Tips Menulis Novel: Menulis Novel Menggunakan Gajet

Teratak pena | 4:56 PM |


Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Semoga sihat dan berbahagia hendaknya.

Okey, kali ini saya nak kongsi tips menulis novel menggunakan gajet. Terutama sekali Whatsapp.

Dalam dunia yang serba pantas dan canggih ini, sudah tentu telefon pintar kita sentiasa berada di tangan. Tidak kira siang atau malam. scroll IG, scroll FB, Twitter atau sosial media yang lain. Percaya atau tidak, kita boleh menulis novel menggunakan aplikasi Whatsapp.

Beberapa novel saya terhasil daripada aplikasi Whatsapp 100%. Ianya bukan sahaja mudah, malah kita boleh menaip di mana sahaja kita berada. Terutama macam saya yang bekerjaya. Memang susah saya nak curi masa untuk menulis. Kaedah yang terbaik, inilah yang saya lakukan.

Kenapa saya menaip guna Whatsapp?

1. Saya bekerja dan tiada masa untuk saya menghadap manuskrip (MSS) sepanjang hari.

2. Ada masa saya malas nak buka laptop. Maklumlah, nak tunggu dia loading memang makan masa.

3. Saya boleh menaip di mana sahaja dan bila-bila masa. Ada masa semasa tunggu bas pun saya akan menaip juga. Tak perlulah nak tunggu ada laptop kita nak menaip. Kadang-kala kalau kita sedang menunggu nombor terutama di dalam bank atau tunggu isteri/suami/kawan shopping kita boleh menaip.

4. Idea boleh datang bila-bila masa. Kadang-kala sedang menaip, berlaku di sekeliling kita, terus boleh masuk ke dalam manuskrip kita.

Bagai mana ianya terhasil?

Jom saya kongsi.

Sebenarnya saya terima ilmu ini daripada mentor saya, Encik Khairy Tajudin, penulis anekdot yang berjaya. Saya memang berterima kasih dengannya kerana ilmu yang diberikan telah memudahkan saya untuk meneruskan minat saya untuk menulis. Semuanya atas bengkel online yang telah dia anjurkan.

1. Saya yakin boleh dikatakan semua ada applikasi Whatsapp. Sesiapa yang ada 2 nombor, lagi baik. Kalau tak ada pun, jangan bimbang. Kita boleh terus berkarya juga. Saya mempunyai 2 nombor jadi mudah untuk saya create satu group. Kalau satu nombor kena format balik, satu nombor boleh jadikan back up. Tapi... kalau tak ada  dua nombor, ikuti langkah ini. Buka whatsapp anda.

2. Untuk create satu group, tak bolehlah kita seorang. Paling kurang dua orang termasuk kita. Jadi, kita pilih satu nombor tak kiralah sahabat kita atau ahli keluarga. Pastikan beritahu dengan mereka dulu yang kita cuma nak create group sementara sebab tindakan selepas ini memang kejam. (Hahaha Gelak tak berapa nak jahat)

3. So, kita invite nombor tu.  Bila dah invite, pastikan kita removed orang tu. Kejam tak? Jadi sekarang ini, hanya kita seorang sahaja di dalam group tu.

4. Sebelum menaip, bolehlah kita setting keyboard kepada Bahasa Melayu / Malay. Ini kerana ianya boleh mengurangkan typo. Tapi ada masa ada juga typo. Ngeeee.... hehehe..

5. Okey, bila dah setting, bolehlah kita menaip. Berapa panjang nak taip untuk satu-satu bab? Okey, untuk yang baru nak menulis menggunakan Whatsapp, boleh mulakan dengan satu bab. Jika kita transfer ke word dan memenuhi piawaian (5-10 m/s), next step kita dah boleh agak sampai mana kita nak stop setiap bab.

6. Bila dah siap manuskrip, tibalah masa kita transfer ke words. Yang ini ada 2 cara. Terpulang kepada individu.

a. Send text Whatsapp ke email - Di dalam tetingkap group, ada tiga titik sebelah kanan. Klik di situ dan export ke email. Kalau tak jumpa, tekan more terlebih dahulu. Bila dah send email, bolehlah copy ke words dan kemudian edit

b. Kalau saya, buka Whatsapp Web copy semua dan transfer ke words. Tapi... sebelum itu, mana yang kita taip panjang berjela tu, pastikan kita klik more terlebih dahulu.  Bila dah transfer bolehlah kita edit. Kalau nak hantar ke penerbit, pastikan kita ikut term and condition setiap penerbit.

Mudah, kan?

Lately ni, kebanyakkan novel saya menggunakan Whatsapp 100 %. Ya, ianya banyak membantu saya terutama idea spontan. Inilah ia novel hasil ciptaan saya dengan Whatsapp

1. Cinta Hati Mr Kekwat 
2. Alahai Cinta
3. Seri Suri Hatiku
4. Andai Sudah Jodoh (Masih berada di tangan penerbit)
5. Ikat Kemas Cinta Kita (Sudah hantar ke penerbit)

Saya harap, semua ini boleh membantu untuk kita menulis. Ya, mana tahu kita boleh dapat idea di sekeliling kita dan kita sudah bersedia untuk selitkan di dalam manuskrip kita.

Walau bagai mana pun, perlu ada usaha dan disiplin. Barulah ada hasilnya. Bolehlah cuba.

Okey sampai bertemu lagi.

Selamat menulis... Love you!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2020 NJIAKREATIF. All rights reserved. | Sign in|Top of page