Harap semuanya sihat dan berbahagia
Okey, kali ini saya nak share tips menulis novel : Bagaimana menjana idea
Idea... ianya adalah sesuatu yang subjektif. Idea boleh kita perolehi daripada pembacaan kita, pengalaman, atau pun apa yang berlaku di sekeliling kita.
Tahu atau tidak, daripada sumber-sumber di atas, kita boleh menulis senaskah novel. Ya, mungkin kita perlukan sedikit imaginasi untuk kita kembangkan jalan cerita.
Walau bagaimana pun. sesebuah novel yang kita nak hasilkan, perlu kita timbang-tara dengan genre yang akan kita tulis nanti. Kalau saya, mestilah genre cinta. Sebab cinta itu sesuatu yang luas. Tidak semestinya cinta antara adam dan hawa. Malah cinta kita dengan Allah, keluarga, dan juga cinta kita terhadap masyarakat. Namun, idea itu kena selari dengan genre yang kita mahu tulis.
Sebagai penulis, kita perlu banyak memerhati. Pemerhatian itulah akan timbul idea. Walau pun kita rasa ianya sekecil peristiwa, namun siapa sangka akan menjadi satu cerita.
Untuk diri saya sediri, pemerhatian itu penting. Dengan pemerhatian, kita boleh mengulas sesuatu idea. Okey, saya bagi contoh.
Contoh yang saya nak bagi ini adalah contoh untuk 2 novel saya yang saya dapat idea dengan pemerhatian saya.
1. CEO TAK DIJANGKA
- Novel ini mengisahkan seorang anak muda yang berniaga burger tiba-tiba menerima satu wasiat untuk menjadi seorang CEO. Oleh sebab dia tidak mahu memegang jawatan seorang CEO dia ingkar wasiat dengan berkahwin dengan pembantunya. Sedangkan sepatutnya dia berkahwin dengan anak CEO tersebut. Walau bagaimana pun, apabila wasiat kedua dibaca, Dia tetap menjadi CEO dan ini membuatkan anak CEO itu marah. Di penghujung cerita, baru kita tahu siapa sebenarnya Hadif (HERO)
Okey... idea yang saya dapat ni, masa saya tunggu beli burger. Saya hanya memerhati dari jauh. Saya tengok anak muka yang jual burger tu, nampak bersungguh-sungguh. Ketika itu, ada seorang kanak-kanak yang sedang menunggu.
- Apa idea yang saya dapat:
a. Kalaulah budak burger ni tida-tiba dapat durian runtuh. Macam mana agaknya.
b. Dia belanja kanak-kanak itu sebab kanak-kanak itu tidak cukup duit. - Idea yang saya dapat: Di dalam cerita Ceo Tak Dijangka, Hadif mempertahankan rumah anak yatim yang diusahakan oleh Reisya sehinggakan dia sanggup berkahwin dengan Reisya demi mahu menyelamatkan rumah anak yatim itu dijual.
2. KESUMA JIWA
- Novel ni kisah seorang anak muda yang pemalas yang amat. Namanya Jiwa. Kerja dia makan tidur dan ukur jalan. Abah dia pengusaha kebun pisang. Omak dia, jual pisang goreng. Hingga pada satu peristiwa, dia berusaha untuk memperbaiki dirinya apabila isterinya curang dan sering kali menghina dirinya. Daripada seorang pemuda yang pemalas, akhirnya dia menjadi seorang yang berjaya.
Okey... idea cerita ni saya dapat semasa saya balik kampung. Rumah mak saya berhadapan dengan kebun pisang. Tidaklah besar mana. Tapi, banyak juga pokok pisang yang ditanam. Kemudian, datang tuan tanah (sepasang suami isteri) mengerjakan tanah itu.
apa idea yang saya dapat:
a. Ke mana anaknya pergi? Kenapa dia tak nak tolong mak dengan abah dia kat kebun? - kat sini saya dapat idea. Hurm... anak dia pemalas. (sebenarnya... anak dia tengah belajar... hahaha... dan ada yang bekerja di bandar)
Jadi, bila dah dapat idea, barulah kita wujudkan konflik-konflik yang lain.
Biasakan dengan pertanyaan ini:
Bagaimana
Apa
Siapa
Macam mana
Kita melihat, kita bertanya. Kita bertanya, kita menjawab.
Insya Allah.... akan terjadi satu cerita.
pengkongsian yang bagus. Selalu berangan nak tulis novel. Tapi jenis tak pandai beno nak kembangkan idea. huhu
ReplyDeleteInsya Allah... perlukan imaginasi sikit boleh rencanakan idea. Selamat menulis
Delete