COPY RIGHT

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Tutorial Photoshop: Background Tulisan

Siti Norshimah Md Yasan | 9:45 PM | 4 Comments so far
Kembali bersiaran...

Okey,  Tutorial ni saya ambil dari Wan Hazel.  Terima kasih banyak dengan ilmu yang diberi.  saya cuma sampaikan dengan cara saya.

Okey... layan jelah....









Okey.... selamat mencuba

Assalamualaikum....

Lirik lagu: Sepi Seorang Perindu (Jamal Abdillah)

Siti Norshimah Md Yasan | 7:21 AM | 3 Comments so far
Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti




Novel: Bisikan Cinta Bab 4

Siti Norshimah Md Yasan | 7:33 AM | 1 Comment so far
BAB 4

            Maya masih setia di hadapan komputer.  Suasana riuh yang menghiasi ruang pejabatnya tidak dihiraukan.  Apa yang perlu dikejarnya kini adalah kerja-kerja yang masih lagi tertangguh.  Bukan senang nak kira gaji orang ni.  Kalau silap key-in mahu puas nak berjawab nanti.  Kalau kurang gerenti ramai-ramai yang datang berjumpa.  Tapi…. bila terlebih masing-masing buat bodoh je.  Sungguh pun tangannya berjalan namun mulutnya juga turut berjalan.  Kacang yang berada di sisi setia menjadi teman. 
            “Eh, kau tak nak tengok si Sofiah ke?”  Tanya Razak tiba-tiba.  Tiada reaksi.  Maya masih lagi dengan tugasannya. 
            “Oi, aku tanya ni kau dengar ke tidak?”  Ulang Razak.  Sengaja dia mendekatkan dirinya ke arah Maya.
            “Aku dengarlah ni.  Kau janganlah ganggu aku.  Aku ada banyak kerja ni.  Kenapa dengan Sofiah?  Dia dapat bunga lagi ke? Ala… kalau setakat dapat bunga ros dah lama aku tahu dah.  Atau pun dia masuk hospital? Ala… ramai teman lelaki yang boleh support dia.  Sudahlah.  Aku nak buat kerja ni.”  Jawab Maya tanpa memandang sedikit pun ke arah Razak.
            “Sofiah dah jadi alim.”  Maya terhenti apabila mendengarkan bicara Razak.  Alim?  Biar benar.  Sofiah jadi alim?
            “Kau jangan nak buat lawak kat sini pulak, Razak.  Aku sumbat kau dengan kacang ni.”  Maya masih lagi tidak percaya.
            “Kalau nak tahu aku melawak atau pun tidak, marilah ikut aku.  Aku gerenti kau mesti terkejut.  Aku mula-mula tengok pun macam tak percaya.” Maya berpaling.  Mencari kejujuran dia riak wajah Razak.  Wajah Razak ditenung.  Sofiah jadi alim.  Betul ke tidak ni?  Hish! Tak percayalah.  Tak mungkin Sofiah boleh jadi alim. Alim yang macam mana hah?   Wah ini sudah kira cerita bagus.  Boleh dapat gossip hangat minggu ni.
            “Sumpah.  Aku tak tipu kau.  Marilah aku tunjukkan.”  Razak menarik tangan Maya. Maya yang berada di dalam keadaan terpinga-pinga akur.  Dia segera mengikut Razak sehingga kelibat Sofiah berada di ruang matanya.   
            Bagaikan tidak percaya Maya apabila melihatkan pesonaliti baru Sofiah.  Berbaju kurung penuh sopan.  Baju kurung warna unggu lemah itu menyerlahkan lagi keayuan Sofiah.  Sejak bila pula Sofiah ni dah insaf?
            “Sofiah, betul ke apa yang aku tengok ni?  Atau pun jelmaan Sofiah Afzan? Kenapa dengan kau ni?  Kau kena brain storming ke? Atau pun pakwe kau sekarang ni ustaz?  Tak pernah aku tengok kau pakai baju kurung.  Kalau nak pakai pun kena paksa.  Apa mimpi kau malam tadi?”  Tanya Maya yang masih lagi dalam keadaan terkejut.  Dia tidak sangka sahabatnya itu boleh berubah.
            “Apa pulak ni?  Tak boleh ke aku nak pakai baju kurung ni?  Ini kan baju tradisional kita.  Memang patut pun aku pakai.  Yang kau ni pelik sangat kenapa?  Bukannya aku tak pakai baju.”
            “Yelah, tiba-tiba kau pakai baju kurung mahu aku tak terkejut.  Kenapa dengan kau ni Sofiah?  Kau dah buang tabiatkah?  Kalau kau belum buat wasiat aku rasa baik kau buat sekarang.  Tak adalah susah nak buat pembahagian harta.”  Sofiah memandang Maya dengan satu jelingan yang tajam.
            “Mulut kau tak ada insuran langsung.”  Bentak Sofiah. Terasa dia dengan kata-kata Maya sebentar tadi.
            “Yelah, mana aku tak fikir bukan-bukan. Tiba-tiba je kau berubah. Risau juga aku tengok kau ni.  Cuba kau cerita sikit macam mana kau boleh jadi macam ni.  Gerenti semua yang ada kat sini nak tahu macam mana kau boleh pakai baju kurung ni.”  Maya cuba menekan Sofiah untuk meceritakan perkara yang sebenar sehinggakan seluruh rakan pejabat terkejut dengan penampilannya.
            “Masakan pantai berubah inikan pula kita manusia.”  Selamba saja Sofiah menjawab.  Maya tidak puas hati.  Dia cuba untuk mencungkil segala rahsia yang membuatkan Sofiah berubah.
            “Aku tak percaya yang kau boleh berubah macam ni cepat.”
            “Okeylah,  sebenarnya….. aku….. hish, malulah aku nak cakap.”  Ujar Sofiah yang malu-malu.
            “Apa kena dengan kau ni, Sofiah?  Nak kata kau gila, aku rasa kau sudah cukup waras.  Cuma kau tu belum matang lagi.  Aku rasa ini mesti sebab seseorang sampai kau berubah.  Cuba kau beritahu aku, siapa orangnya.  Aku nak tahu juga.”  Sofiah mendekatkan dirinya ke arah Maya.  Dia cuba berbisik sesuatu di telinga Maya.  Maya menahan gelak sambil menekan perut.  Mungkin kelakar baginya.  Namun tidak pada Sofiah.  Wajahnya berubah. Merah menahan malu.  Menyesal pula dia menceritakan tentang perihalnya kepada Maya.  Sofiah jadi serba-salah.  Buatnya Maya beritahu seluruh pejabat bukankah itu perkara naya.
            “Hai, dalam ramai-ramai lelaki yang kau kenal muka ‘tempoyak basi’ tu juga yang kau berkenan.  Aku tak tahulah kenapa dengan kau ni.  Mata kayu agaknya.” Maya yang menggelarkan Hafiz ‘tempoyak basi’ terkejut apabila perubahan yang dibuat oleh Sofiah adalah gara-gara dia untuk mengambil hati Hafiz.
            “Kau ni, kalau ye pun janganlah cakap kuat sangat.  Malu aku nanti.”  Wajah Sofiah mula berubah.  Merah menahan malu.
            “Yang kau nak takut kenapa?  Lumrahlah orang jatuh cinta.  Apa yang kau nak malukan.  Ala…. kalau setakat muka Encik Hafiz tu, aku rasa banyak lagi aku boleh jumpa kat kampung aku.  Sofiah, aku nak khabarkan pada kau.  Tunang aku tu, kalau aku letakkan sebelah-menyebelah dengan Encik Hafiz aku gerenti tunang aku lagi macho dan kacak.  Bukan apa, Encik Hafiz kita tu bukannya tak kacak.  Tapi dia tu kedekut.  Nak senyum pun susah.  Sebab itulah muka kacak pun tak guna kalau 24 jam mencuka.  Sebab itulah aku rasa dia belum kahwin lagi.  Agak-agak kaulah, siapalah insan malang yang jadi isteri dia?”
            “Maya!”  Sekali lagi Maya terkedu dengan suara itu.  Sofiah yang berada di hadapannya dipandang.  Maya tidak segera berpaling.  Sebaliknya dia cuba mencari kekuatan untuk bersemuka dengan Hafiz.
            “Er…. Ye… ye… Encik Hafiz, kenapa?  Boleh saya bantu?”
            “Awak ni setiausaha saya ke?”
            “Apa?  Encik Hafiz ingat saya tak boleh buat ke kerja-kerja setiausaha?  Selama ini pun semua kerja saya yang buat.”  Alamak, terlepas cakap.  Maya segera menekup mulutnya dengan tangan.  Sofiah yang masih lagi berdiri tak senang hati.  Buatnya Hafiz tahu yang selama ini sebahagian kerjanya pekerja di pejabat itu sering diberikan kepada Maya mahu dia menangis tak berlagu bila mendapat surat amaran.
            “Apa maksud awak?  Saya tak faham.”
            “A.. er… bukan, maksud saya masa saya sekolah dulu saya saya banyak sertai aktiviti ko-kurikulum.  Saya pernah jadi pengerusi, setiausaha, bendahari dan yang paling banyak sekali ajk kecil.  Tapi…. Kalau nak saya senaraikan memang banyak aktiviti yang saya masuk.  Yang paling saya minat sekali Persatuan Penulis.  Kalau Encik Hafiz nak tahu sayalah juara menulis sajak peringkat sekolah.  Saya pun pandai cipta pantun dan sajak.  Encik Hafiz nak dengar tak?  Hah, saya ada satu pantun.
            Orang tua bermain kotak,
            Pergi bermain di gunung Belum,
            Apa guna berwajah kacak,
            Kalau muka asyik bercantum.
Hah, macam mana?  Okey tak?”
            “Sudah, saya tak nak dengar semua tu.  Awak tak ada kerja lain ke?  Nak saya tambahkan kerja awak?”  Tegur Hafiz kepada Maya.
            “Er.. baiklah Encik Hafiz.  Saya pergi dulu.”  Tanpa sebarang bicara lagi Maya berlalu menuju ke arah mejanya.  Kerja yang tertangguh dari tadi disambung semula.
            “Sofiah, saya nak awak buat tempahan meja di Hotel Grand Seasson untuk dua orang makan tengahari nanti.  Saya nak makan di sana nanti.  Dan lagi satu kalau ada perempuan cari saya biarkan dia masuk.  Saya akan tunggu dia di dalam.”  Pesan Hafiz sebelum dia masuk kembali ke bilik.  Sofiah yang mendengar pesanan itu merasa cemburu tiba-tiba.  Perempuan?  Siapakah dia?  Teman wanita diakah atau pun sekadar pelanggan? 
            Sofiah tersentak apabila melihatkan seorang wanita muda berdiri di hadapannya.
            “Ye cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya  Sofiah lembut.
            “Saya nak berjumpa dengan Encik Hafiz. Ada dia pesan apa-apa?  Sebab saya ada temujanji dengan dia untuk keluar makan.”  Jawab wanita itu dengan penuh manja.  Sofiah terkedu.  Dia tahu kini, dia hanya bertepuk sebelah tangan.
            “Oh ya, dia sedang menanti cik di dalam.  Cik boleh masuk sekarang.”
            “Terima kasih.”  Sofiah menyambut senyuman wanita dengan satu senyuman paksa.  Naluri wanitanya kini bergolak dengan api cemburu.  Tiba-tiba dirasakan dirinya tergugat kini.  Sofiah memandang ke arah meja Maya.  Kosong.
            “Lim, Maya mana?”
            “Dia keluar.  Kenapa?”

            “Nothing.”  Tidak lama kemudian, Hafiz keluar bersama-sama dengan wanita muda tadi.  Sofiah hanya dapat memerhatikan pasangan itu dengan mengiggit jari.  Pasangan itu sungguh mesra.  Kenapa bukan aku?  Melepaslah kau, Sofiah...

Selamat Tahun Baru

Siti Norshimah Md Yasan | 9:29 AM | 4 Comments so far

Anak teruna tidak berbaju,
Menyusup pelepah diikat-ikat
Tahun Baru azamnya baru,
Tingkatkan keimanan bertambah berkat

Pantu dulu...

Siti Norshimah Md Yasan | 11:00 PM | Be the first to comment!

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Tutorial photoshop : Banner Assalamualaikum / Selamat Datang

Siti Norshimah Md Yasan | 6:46 AM | 4 Comments so far
Bertemu Kembali...

Hari tu saya dah berjanji kan nak buat tutorial photoshop berkenaan banner Assalamualaikum/ Selamat datang di setiap post.  Hari tu tutorial nak selitkan, dan sekarang nak buat sendiri banner tu.  

Okey,  yang sebenarnya nak menaip terasa malas pulak.  Layan jelah step by step dia yek













Diharap boleh membantu.  Lagi pun seperti apa yang Cik Siti nak kata Cik Siti tak ada pembelajaran formal dalam adobe photoshop ni.  Cuma belajar sendiri.  Try and error.  

Kalau ada salah minta maaf sesangat ye...

Sampai bertemu lagi.  

Jalan beriring bersama teman,
Di dalam kota ingin jelajah,
Ilmu yang ada cuma sekuman,
Untuk dikumpul menjadi gajah.

Karya dan aku

Siti Norshimah Md Yasan | 4:18 AM | Be the first to comment!
Pada tanggal (30 julai 2009) aku pergi jenguk dalam post box kalau ada surat. bila tengok envelope dari Dewan Bahasa dan Pustaka aku dok pikir balik. bila rasa cam keras je aku dah agak mesti majalah. bila aku buka buku Tunas Cipta yang aku pegang macam pernah aku dengar. bila aku selak, aku tengok macam aku pernah tengok sajak ni. Weiiiii..... sajak aku masuk dalam majalah DBP. Bayu Kenangan, PJ selangor. berkali-kali aku baca sajak tu. yang pasti aku bangga sebab DBP tu...... salah satu pusat bahasa yang terkenal kat Malaysia. yang pasti apa yang aku dapat semalam adalah salah satu kepuasan dan ini membuatkan aku rasa cam nak terus berkarya.

aku memang minat dengan bidang penulisan ni. sesungguhnya dia memberikan aku kepuasan.

yang pasti nanti aku akan ceritakan tentang novel pertama aku lak ye. dah published tapi royalti la ni masih tak dapat lagi..... sedih, kan.
Jom layan sajak yang aku antar ari tu......

KEMENANGAN

Kemenangan
Bukannya terletak dari kekuatan
Namun terletaknya dari akal fikiran
Kebijaksanaan
Bukannya terletak dari akal fikiran
Namun terletaknya dari minda yang sempurna
Kesungguhan
Bukannya terletak dari minda yang sempurna
Namun terletak dari hati dan naluri
Kesabaran
Bukannya terletak dari hati dan naluri
Namun terletaknya dari keimanan yang hakiki

Dan untuk mencapai hanya sebutir kemenangan
Keimanan walau seluas lautan
Belum tentu akan dapat digapai
Walau pun hanya bias kemenangan yang dicapai
Bersyukurlah kerana ianya umpama kemenangan
Yang datang dari keikhlasan yang tiada tandingnya



*inilah sajak yang keluar dalam majalah tu*

isk isk bangga lak......

novel : Bisikan Cinta Bab 3

Siti Norshimah Md Yasan | 5:39 AM | Be the first to comment!

BAB 3



            Maya menonton rancangan ‘Dark Angel’ dengan penuh khuyuk.  Setiap minggu cerita itu sering dinantikan.  Kalau ada perancangan untuk ke mana-mana dia sanggup membatalkannya.  Menonton rancangan kegemaran bersendirian membuatkan Maya semakin seronok.  Teman serumah semuanya sudah keluar.  Maria dan Shikin keluar membeli-belah.  Sampai sekarang masih lagi tak nampak batang hidung.  Rozita pula katanya ada temujanji. 

Sejak akhir-akhir ini temannya itu wajahnya sering berseri-seri. Al-maklumlah, sudah dapat gading bertuah tanduk dilupakan.  Siapa yang tak kenal dengan Rozita?  Selalu saja bertukar-tukar pasangan.  Tapi yang peliknya semuanya taste dia kalau bukan kekasih orang, tunang orang juga yang dia minat.  Kalau sudah terdesak, suami orang pun boleh jadi teman lelaki.  Bekas teman serumahnya yang lepas keluar dari rumah itu pun sebab Rozita.  Rozita perampas kekasih orang.

            Maya terkejut apabila terdengarkan bunyi loceng pintu.  Dengan rasa malas Maya bangkit dengan perlahan tanpa melepaskan pandangan ke arah kaca televisyen. Siapalah yang kacau orang malam-malam buta ni?  Tak boleh tengok orang senang.  Ada saja yang nak mengganggu.  Sebaik saja pintu di buka, wajah Maria dan Shikin silih berganti.

            “La…. kamu berdua rupanya.  Kenapa tak buka je pintu ni?”

            “Kami lupa nak bawa kunci.  Ini semuanya pasal si Marialah.  Nak cepat sangat sampai terlupa nak bawa kunci.”  Bebel Shikin.

            “Apa pulak aku.  Aku dah beritahu kau sebelum kau bersiap lagi.  Bawak kunci tu.  Kau juga yang kata yelah.  Aku mana tahu yang kau tak bawa.” Jawab Mariah sambil menunjukkan mukanya yang mencuka.

            “Sudah.  Kau orang berdua ni, janganlah bergaduh depan pintu ni.  Kalau nak bergaduh, pergi sana.  Kat padang tu, kau nak bertekak ke, nak bertumbuk ke, orang tak kisah.  Kalau kau memekak kat sini, silap hari bulan orang sebelah pamerkan penyapu buruk baru kau tahu.  Sudah, masuk.  Berjalan dahlah tak ingat dunia, balik je nak gaduh.”  Bebel Maya sambil tangannya menunding ke arah rumah sebelah.  Shikin dan Maria yang tidak berkata apa, terus masuk ke rumah.  Ada benarnya kata-kata Maya itu.  Buatnya orang sebelah bawa penyapu, tak ke jadi kes haru.

            Shikin dan Maria menghempaskan badannya di atas sofa bersebelahan dengan Maya.  Maya meneruskan pemerhatiannya kepada rancangan kegemaran yang tadinya tertangguh.

            “Eh, Ita belum balik lagi ke?” Tanya Shikin.  Matanya meliar melihat kelibat Rozita.  Walau pun dia tahu yang Rozita sering balik lambat namun dia sebagai seorang teman cuba mengambil berat.
            “Bukan kau tak kenal dengan budak Ita tu, kalau jam dinding belum capai jam dua belas tengah malam, jangan haraplah nak nampakkan batang hidung. Mana dia pergi aku pun tak tahu.  Telefon aku pun tidak.  Aku tengok dia dah tak ada dalam bilik.” Jawab Maya tanpa memandang ke arah Shikin yang masih lagi beria-ia mencari sahabatnya itu.

            “Macam Cinderella pulak si Ita tu.  Aku rasalah agaknya siapalah yang jadi ibu tiri dia sampai dia susah nak balik rumah ye.”  Sampuk Maria.  Maya senyap.

            “Ala… dia  keluar pun  bukannya nak beritahu ke mana nak pergi.  Kalau apa-apa yang berlaku bukan ke susah.  Dia sorang ni memang nak menyusahkan kita je.  Bila dapat bala masa itulah nak cari kita.  Kita di sini risau bagai nak gila dia senang-lenang dengan pakwe dia.” Bebel Shikin.   Pening kepalanya memikirkan perihal sahabatnya yang seorang itu. Suka sangat balik lambat.

            “Perempuan ni lagi satu.  Kalau tidak mulut dia yang paling bising.  Bila dah dapat cerita favorite, mulut macam berkunci.  Engkau dah makan ke belum?”  Maya mengangguk tanpa menjawab soalan Maria. 

            “Sudahlah.  Malas aku nak layan kau ni, Maya.  Shikin, aku nak naik dululah.  Letih badan ni. Aku nak mandi sekali.  Engkau kalau masuk blik air memang lambat nak keluar.  So, aku masuk dululah ye.” Maria mencapai beg kertas yang dipenuhi dengan baju-baju yang baru dibelinya dan dengan pantas kakinya mula melangkah pergi meninggalkan Maya dan Shikin di ruang tamu.

            Maya mengeliat sebentar.  Matanya kini kian mengantuk.  Rozita masih lagi belum pulang.  Maya segera menutup televisyen dan semua suis di ruang tamu.  Hanya lampu ruang makan sahaja dibiarkan terang.   Manalah tahu kalau rakannya itu balik, tak adalah teraba-raba dalam gelap.  Maya terkejut apabila pintu ruang tamu diketuk.  Segera ditinjau melalui jendela ruang tamu.  Kelibat Rozita mula bermain di ruang matanya.  Maya memerhatikan kereta yang baru sahaja meninggalkan ruang kawasan rumahnya.  Macam aku kenal.  Tapi dia mana ye.  Maya mengerutkan keningnya.  Ah, peduli apa aku.

            “Lambat kau balik, Ita.  Dah dekat pukul satu baru nak muncul.  Kau pergi mana?  Kenapa tak beritahu kami?  Kalau ada apa-apa yang terjadi siapa yang susah?  Kita juga yang susah.  Kau ni, janganlah buat macam ni selalu.  Kalau mak kau tanya  puas aku nak jawab.  Eh, siapa yang hantar kau tadi?”  Maya sempat mencungkil rahsia kawannya itu.

            “Engkau ni Maya banyak sangat cakap.  Aku bukannya budak kecil nak kau kongkong aku.  Umur aku sudah pun dua puluh empat tahun.  Bukan empat tahun untuk kau tahu ke mana aku pergi.  Sebelum kau nak jaga urusan orang, lebih baik kau jaga tepi kain kau sendiri.  Aku rimaslah kau ni.  Asyik nak membebel je.” Ujar Rozita tanpa memandang ke arah Maya. 

            “Aku bukan apa, aku risau kalau apa-apa terjadi pada kau.  Kau tu perempuan.  Aku takut kau juga yang terkena nanti.  Aku nak tanya kau sekali lagi, siapa yang hantar kau tadi?”

            “Yang kau peduli?  Aku bukannya adik aku atau kakak aku nak kau ambil tahu.  Kau tak perlu risau apa-apa tentang aku.  I can handle my life, okey.  Buat apa kau nak pening kepala pasal aku?   Ini hal aku.  Jangan nak ganggu. Oh ya, buat pengetahuan kau teman lelaki yang hantar aku tadi akan aku kenalkan pada kau dan juga yang lain.  Namun apa yang aku harapkan kau janganlah terkejut nanti.”

            “Apa maksud kau dengan perkataan ‘terkejut’ tu?  Cuba kau beritahu aku.  Aku nak tahu.”  Maya cuba merayu meminta simpati.  Dia mula rasa tidak senang hati.  Dari tawa dan kata-kata Rozita membuatkan dia tertanya-tanya.

            Rozita menggeleng. 

            “Bukan sekarang.”  Ujar Rozita dengan senyuman sinis.  Dia kemudiannya meninggalkan Maya keseorangan dengan melayani persoalan yang kini sarat mengundang fikirannya.

            “Ita, kau nak makan ke?”  Laung Maya apabila melihatkan Rozita sudah pun memanjat tangga untuk ke atas.


            “Tak payah. Aku dah kenyang dengan temujanji tadi.  Aku harap kau doakan supaya aku mimpi yang indah malam ini ye.”  Sambut Rozita dalam nada riang.  Namun, Maya yang masih setia di bawah terkedu.  Ah, seperti ada rahsia yang disimpan oleh Rozita. 

Tutorial Blog : Assalamualaikum Di Setiap Post.

Siti Norshimah Md Yasan | 2:04 AM | Be the first to comment!
Selamat berkembali lagi...

Hari ni nak kongsi buat tutorial buat perkataan Assalamualaikum atau pembuka kata di dalam blog seperti Welcome atau Selamat datang.  Turial ini saya dapat dari blog adik Samiqa.  Terima kasih kerana beri kebenaran untuk kongsi Tutorial ni.  Tutorial ni sesuai kepada mereka yang menggunakan Denim Template.  Sebab ianya senang untuk kita ubah Coding dia.

Cuma untuk pengetahuan, mungkin blog ini tidak boleh dicopy paste, kalau nak boleh terus ke blog saya yang satu lagi: BAYU KENANANGAN. Ini disebabkan oleh di dalam blog ini ada mengandungi hasil karya saya.


Mula pergi ke Template - edit HTML - kemudian  klik dalam kotak dan tekan CTRL+F

1.  Cari Kod ini:

<data:post.body/>
2.Cari pulak kod ini:

<div class='post-body entry-content'

3. Bila dah jumpa copy kod ini

<div align='center'><a href='' target='_blank'><img src='URL IMAGE' style='border: 0 !important; background: transparent;'/></a></div>

4. Copy Paste antara:

<div class='post-body entry-content' expr:id='&quot;post-body-&quot; + data:post.id'> dan  <data:post.body/> 

5. So dia akan jadi seperti ini:


<div align='center'><a href='' target='_blank'><img src='http://2.bp.blogspot.com/-aSpNrdNDIJ0/VDlI6JeZDnI/AAAAAAAACfs/RnUzigsyehg/s1600/Untitled-4.png' style='border: 0 !important; background: transparent;'/></a></div>        <data:post.body/>

Line  coding dia antara  1200 keatas. Bergantung kepada coding blog anda.

*yang Warna merah tu URL IMAGE ye.

6. Sebelum Save Preview dulu.

Inshaallah.... berjaya.

Kat sini nak kongsi hasil kerja untuk semua.  Nak ambil boleh... tak ada kena bayaran.

Cuma untuk pengetahuan, mungkin blog ini tidak boleh dicopy paste, kalau nak boleh terus ke blog saya yang satu lagi: BAYU KENANANGAN. Ini disebabkan oleh di dalam blog ini ada mengandungi hasil karya saya.


http://2.bp.blogspot.com/-NMfGoDUVo24/VDlNnfZe_aI/AAAAAAAACf4/SXbB5im9NrA/s1600/Untitled-5.png

 http://1.bp.blogspot.com/-IG5NXgB65Ms/VDpBYf3uyKI/AAAAAAAACg8/3Eq8hXbuoZo/s1600/assa.png

 http://2.bp.blogspot.com/-qaycfESPfn0/VDpBzhTdzCI/AAAAAAAAChM/VpZKfUmPvyQ/s1600/assalamualaikum%2B1.png


http://4.bp.blogspot.com/-Tq76PgQhOEg/VDpCOJIiBZI/AAAAAAAAChc/g2SDmm9NunY/s1600/Untitled-4.png


http://4.bp.blogspot.com/-dtcywMN4HAs/VDpCpBJ4vXI/AAAAAAAAChs/5zPAQbIPvoc/s1600/assalamualaikum.png

 http://4.bp.blogspot.com/-AXMxbX2i_-8/VDpDDLvG8_I/AAAAAAAACh8/ufnYR5FxHGU/s1600/Untitled-1.png

Okey, sampai sini sajalah ye.  mana yang terkurang harap maafkan saya. Kalau ambil tu bagi tau ye.  Boleh saya BW ke blog anda nanti,

Sampai bertemu lagi....

Insyaallah nanti kalau ada masa saya akan ajar mana nak buat tanda assamualaikum atau selamat datang dengan menggunakan photoshop.  

Bye....


Salam Aidiladha...

Siti Norshimah Md Yasan | 8:39 PM | Be the first to comment!

Sajak: Kenangan

Siti Norshimah Md Yasan | 4:12 AM | Be the first to comment!

Kenangan...
Kuimbas menjadi satu taman
Taman yang penuh dengan cerita
Cerita yang penuh dengan filem
Manis, sedih duka dan suka
Semuanya berganti bagaikan tiada henti
Kenangan...
Pastinya tiada terhenti ingatannya,
Menjadi pelajaran dan pengajaran,
Menjadi guru dan panduan,
Menyusuri perjalanan yang tiada noktah
Kenangan...
Apa yang perlu ku lakarkan
Tiada perkataan yang perlu kutuliskan
Hanya hati dan perasaan yang menjadi kisah,
Biarlah berlalu walau bertahun
Agar kenangan itu tidaknya mati

Tutorial Photoshop : Buat Cover Buku Guna Photoshop

Siti Norshimah Md Yasan | 9:20 AM | 1 Comment so far
Selamat Bertemu Kembali...

Kali ni nka kongsi cara bagaimana nak buat cover buku guna photoshop.  Ini  saja yang Cik Siti tahu dan rasanya tak salah kalau di kongsi.  Jom... kita layan...















Ini saja yang boleh Cik Siti kongsi... Cik Siti pun belajar sendiri jer...

Ho ho ho Sis lupa lak macam mana nak savekan dia... kalau nak save pergi ke file-save as-pilih file PNG supaya senang kita nak masukkan ke side bar kita.

Sorry.... maklumlah dah tua...

Jika disuluh lagilah terang,
Menyuluh bakau akar menjalar,
Jika ada salah dan terkurang,
Saya juga sedang belajar... 

Lagu Peningkat motivasi - The Climb (Miley Cyrus)

Siti Norshimah Md Yasan | 7:29 AM | Be the first to comment!
I can almost see it
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head saying
"you’ll never reach it"
Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with ’known direction
My faith is shakin
But I gotta keep tryin
Gotta keep my handheld high
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
The struggles I’m facing.
The chances I’m taking.
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking.
I may not know it but these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah.
I Just gotta keep going.
And I gotta be strong.
Just keep pushing on,
’cause,
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you’re gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah-yea
Keep on moving,
Keep climbing,
Keep the faith,
Baby
It’s all about,
It’s all about the climb
Keep your faith,
Keep your faith
Whoa, O Whoa


Selamat Hari Guru

Siti Norshimah Md Yasan | 4:54 PM | 1 Comment so far
Selamat Hari Guru....

Kepada Ibu dan arwah ayah yang membimbing Cik Siti sehingga berjaya sehingga kini
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau, Melaka.
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, Johor
Kepada guru-guru Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat, Johor
Kepada Maktab Adabi Maharani, Muar, Johor
Kepada semua insan yang pernah menjadi pengajar hidup ini....

Sayang U All.... MUAH!!

Pantun Jenaka

Siti Norshimah Md Yasan | 5:37 AM | 2 Comments so far


Tanam keladi tumbuhnya lalang,
Keladi bersusun tujuhnya biang,
Pening sungguh kepala Pak Belang,
Melihat tikus menari riang.

Dalam pasu terletakanya ikan,
Pasu terletak di tepi kolam,
Pelik sungguh di hati rakan,
Melihat teman berkokok malam,

Burung punai membuat sarang.
Sarang penuh di dalam hutan,
Apakah gila semut dikarang,
Duduk keliling garam lautan,

Cicak kudung ditepi tiang,
Terkejut sungguh bila diserang,
Kucing berlari bukannnya riang,
Gigi dikandung sakitnya kepalang.

Bulan mengambang indah dan terang,
Sungai tenang nampaknya bayang,
Burung terbang hinggap di sarang,
Tak sedar datang helang melayang.

Novel: Jalinan Cinta Bab 2

Siti Norshimah Md Yasan | 6:12 AM | Be the first to comment!
BAB 2

            Borhan memberhentikan motornya di hadapan kedai Leha. Leha yang sedang menimbang tepung untuk Lebai Hamzah terkejut.  Dengan wajah bengis Borhan membuatkan Leha menjadi takut.  Dia tahu akan kedatangan Borhan ke kedainya. Sudah tentu akan perihal hutangnya yang kini sudah tinggi menggunung.  Borhan menongkat motornya dan bergegas menuju ke arah Leha.  Kehadiran Lebai Hamzah sedikit pun tidak memberikan  rasa takut atau segan di hati Borhan.  Dengan keringat yang membasahi wajahnya itu, dia segera mendapatkan Leha.  Lebai Hamzah yang melihatkan gelagat Borhan yang agak kelam-kabut itu cuma mampu menggelengkan kepala. 
Sudah berkali dia berjumpa Borhan bermain judi di bawah pohon ketapang di hujung kampung.  Setiap kali dia menegur, setiap kali itu dia diherdik.   Walau pun sering kali diejek dikalangan mereka, namun Lebai Hamzah tetap meneruskan  usahanya suapaya gejala yang buruk  ini akan tidak akan berlarutan hingga ke anak muda remaja kampung itu. Borhan diibaratkan sebagai contoh yang tidak baik dalam masyarakat kampung yang masih lagi tinggi dengan adat dan budaya.
            “Oi,  Leha!  Kau dengar sini baik-baik.  Sekali lagi aku tahu kau tak berikan barang dapur pada bini aku, engkau dengan kedai ini sekali aku bakar nanti.  Kenapa kau berani tak nak berikan barang dapur pada bini aku?” Pertanyaan dari Borhan itu tidak disambut oleh Leha.  Dia membatu dan takut.
            “Takkan kau buka kedai ni semata-mata untuk jadi muzium?  Aku beri kau peringatan sekali lagi.  Faham!  Kalau dah kedekut sangat jangan nak berniaga.  Engkau dengan laki kau sama je.  Kalau tak beri susah orang memang tak sah.”  Suara kasar Borhan membuatkan Lebai Hamzah dan Leha terkejut.
            “Borhan, kenapa dengan kau ni?  Cubalah bawa bertenang. Bawa mengucap. Kalau ada apa-apa masalah, kita bincang sama-sama.  Janganlah menengking orang tanpa usul periksa.  Cubalah cerita masalah kau, Borhan.  Manalah tahu kita boleh sama-sama selesaikan.”  Celah Lebai Hamzah dengan nada yang tenang. 
Borhan berpaling ke arah Lebai Hamzah dengan bingkisan mata yang merah.  Ternyata kehadiran Lebai Hamzah itu sedikit sebanyak membuatkan dia merasa tidak  senang hati.  Leha yang masih membatu terhenti untuk membungkus tepung gandum buat Lebai Hamzah.  Hatinya pada ketika itu hanya tuhan saja yang tahu.  Dia takut apa yang dikatakan oleh Borhan itu tadi akan menjadi satu kenyataan.  Dia kenal sangat dengan panas baran Borhan.  Bukan sekali dua Borhan mengugut untuk membakar kedainya.  Sudah berkali-kali dia mendapat peringatan.
            “Lebai jangan nak jaga tepi kain saya.  Sebelum nak menasihatkan orang, tengok diri sendiri.  Lebai jangan nak susah dengan cara hidup saya ni.  Lebai buat je kerja lebai.  Lubang kubur saya, pandailah saya nak jaga.  Lebai tu, tolong jaga lubang kubur sendiri.”  Lebai Hamzah beristifar. 
Tidak sangka sampai begitu sekali Borhan sanggup berkata sedemikian.  Padanya dia bukanlah untuk menjaga tepi kain orang, tetapi sebagai rakan masyarakat dan seagama dia mesti menegur mana yang tidak baik.  Dia sedar, dirinya sendiri pun belum tentu seorang manusia yang sempurna.  Namun sebagai manusia, sifat tegur-menegur adalah penting untuk membentuk sahsiah peribadi.
            “Saya bukan nak jaga tepi kain kamu, jauh sekali saya nak hal rumah tangga kamu.  Tapi kalau boleh, janganlah dengan cara begini.  Tentu ada sebab kenapa Leha tak berikan pinjam barang dapur kepada isteri kamu.  Kalau boleh cubalah bawa toleransi sikit.  Kita ni orang islam.  Ada tatacara untuk kita menyelesaikan masalah.  Bukan cara begini.  Ni, hah!  Leha.  Kenapa kau tak berikan barang dapur pada si Timah?”  Persoalan Lebai Hamzah beralih kepada Leha. 
            “Er…. Er… sebenarnya Lebai, saya pun serba salah juga.  Murad, suami saya tak benarkan saya berikan  hutang pada Timah.  Katanya, dah banyak sangat hutang mereka pada kami.  Kami pun nak cari makan.  Kalau hari-hari minta hutang, lingkuplah perniagaan saya nanti.  Orang kampung pulak yang susah.  Nak ke pekan membeli barang keperluan.” Terang Leha dalam nada perlahan.  Tidak berani untuk dia bersemuka dengan Borhan. 
            “Kau dengar tu Borhan?  Bukan mereka sengaja tak berikan isteri kau barang dapur.  Begini sajalah.  Kebun aku tu nak pakai orang.  Kalau kau berminat, bolehlah kau kerja dengan aku.  Tentang upah kau jangan bimbang.” Borhan senyap dan matanya terus memandang ke arah Lebai Hamzah.
“Aku akan berikan kau upah ikut hari.  Sekurang-kurangnya kau boleh beli barang dan bayar hutang mereka sekali.  Aku rasa lebih baik kau kerja, Borhan.  Tolong isteri kau tu.  Tanggungjawab kau sebagai suami adalah menjaga dia.  Kadang-kala kesian pulak aku tengok si Timah tu kerja seorang.  Kau sebagai suaminya seharusnya memberi nafkah zahir dan batin untuk isteri.  Bukan isteri kau yang menanggung semuanya.”  Borhan gelisah. 
Leteran dari Lebai Hamzah membuatkan dia merasa tidak senang.  Dia tahu, lebih lama dia disitu, makin banyaklah leteran yang akan diterimanya nanti.  Borhan tidak mahu tunggu lama.  Dia ambilnya tepung di tangan Leha dan beberapa barang dapur yang lain.  Leha kaget.  Dia tidak tahu untuk berbuat apa dan membiarkan saja Borhan mengambil barang tanpa membayar.
            “Engkau dengar sini Leha.  Hey, aku tak kisah dengan hutang kau yang sebesar kuman tu.  Tunggu satu hari nanti, aku akan bayar balik hutang kau tu.  Dan pada masa tu kau jangan mimpi aku nak beli barang dari kau.”  Borhan ingin berlalu namun langkahnya terhenti.
“Dan satu lagi, bang lebai oi!!! Siapa lebai nak nasihat saya?  Saya tak hairan dengan ceramah percuma lebai tu.  Lebai buat kerja lebai, dan saya akan buat kerja saya sendiri.  Dan semolek-moleknya, lebai jangan nak ganggu saya.  Rumahtangga saya, tahulah saya nak uruskan.  Nak aman ke nak terlingkup ke bukan rumahtangga bang lebai.  Baru pakai serban sejengkal ada hati nak nasihat orang konon.”  Borhan terus berlalu meninggalkan Lebai Hamzah dan Leha.  Lebai Hamzah menggelengkan kepala melihatkan sikap Borhan yang semakin menjadi-jadi. 
            “Saya bukan apa, lebai.  Kesian saya tengokkan si Timah tu. Ada laki serupa macam tak ada.  Semua duit Timah habis dikerjakan oleh si Borhan tu.  Kalau bekerja tu tak mengapa juga, ini tidak.  Makan pakai Borhan pun Timah yang kena tanggung.”  Lebai Hamzah menggangguk dan memahami.  Sudah lama dia memerhatikan Borhan yang kaki judi itu.  Bukan sekali dua dia menasihati Borhan, namun ibarat mencurah air di daun keladi sahaja.  Nasihat orang lain langsung tak pernah dengar.
“Berapa sangatlah duit yang Timah dapat untuk jual nasi lemak tu.  Saya bukan tak kesiankan Timah, lebai.  Tapi apa daya saya, sikap Borhan tu yang buatkan saya tak nak beri hutang dengan dia.  Biar dia rasa.”  Leha meluahkan apa yang terbuku di lubuk hati.
            “Aku faham, Leha.  Aku tak tahu nak cakap apa lagi.  Puas aku nasihatkan dia. Jangan kata nak dengar, marah kita lagi adalah.  Saya pun kesiankan dengan Timah tu.  Dia seorang isteri yang baik.  Cuma sikap Borhan tu yang membuatkan Fatimah aku tengok makin lama makin tak bermaya.”  Lebai Hamzah cuba berfikir, mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang melanda Fatimah.
“Begini sajalah, aku rasa baik kau berbincang dengan Hasan dan Timah mengenai hutang kamu tu.  Suruh Hasan tolak duit nasi lemak barang sepuluh ringgit. Aku rasa Hasan dan Timah tak ada masalah.  Tapi dengan syarat kau jangan pulak beritahu dengan Borhan.  Nahas kamu nanti.”
            “Emmmm….. elok juga cadangan lebai.  Nantilah.  Kalau senang saya beritahu dengan mereka.  Oh ya, ada apa-apa lagi yang lebai nak beli?”  Leha memasukkan tepung gandum ke dalam plastik. 
            “Itu sajalah Leha.  Kalau ada apa-apa aku datang lagi.  Eh, aku balik dulu.  Lama pulak tunggu si Zainab kat rumah tu.  Nanti kamu berbincanglah ye.  Kalau ada apa-apa beritahu dengan aku.  Baiklah, aku balik dulu. Assalamualaikum.” 
            “Waalaikumsalam.”
            Fatimah yang sedang melipat telekung terkejut melihatkan suaminya tiba-tiba muncul di depan pintu.  Riak wajah Borhan yang kelihatan bersahaja sedikit pun tidak memberikan apa-apa perasaan kepadanya.  Dia kemudiannya kembali ke dapur dan sedikit terkejut dengan apa yang dibawa oleh Borhan tadi.  Ringan saja mulutnya untuk bertanya, namun dimatikan di situ juga.  Takut dikatakan suka mengambil tahu.  Fatimah mencapai ubi kayu yang terletak di atas para.  Dikopeknya tanpa berpaling ke arah Borhan yang sibuk memerhatikannya sejak tadi. 
            “Itu, abang dan belikan barang dapur.  Adalah sikit untuk alas perut.  Nanti kau masaka sedap-sedap ye.”  Perkataan ‘beli’ yang terkeluar dari bibir Borhan membuatkan Fatimah merasa tidak senang hati.  Beli?  Beli dengan apa?  Dengan duit haram?  Fatimah bersumpah walau kering lapar bagaimana pun dia tidak akan menerima barang sebutir nasi dari duit haram itu.
            “Timah, malam nanti kau ikut abang ye.  Dah lama kita tak keluar sama.  Nanti Timah pakailah baju cantik sikit.  Boleh?”  Tanya Borhan lantas menuju ke arah Fatimah.  Fatimah tersentak.  Mimpi apakah suaminya itu dengan tiba-tiba saja ingin mengajaknya keluar.  Kali terakhir dia keluar dengan suaminya adalah ketika baru sahaja melangsungkan perkahwinan sepuluh tahun yang lalu.  Kini, dengan tiba-tiba saja dia mengajak keluar. 
            “Nak buat apa? Tak payahlah bang.  Lagi pun banyak lagi kerja yang perlu Timah buat.  Esok pagi-pagi nak perg hantar nasi lemak.  Lepas tu nak ke bendang.  Tijah dah berapa kali mengajak.  Tanah bendang kita masih lagi belum berusik.  Kalau dah keluarkan hasil, boleh kita dapat duit sikit.  Timah minta izin dengan abang.  Timah tak nak pergilah bang.  Abang pergi sorang jelah.”  Fatimah cuba untuk mencari alasan. Entah mengapa hatinya merasa tidak tenteram.
            “Aku kata, ikut! Ikut sajalah.  Yang kau banyak sangat cari alasan kenapa?  Orang nak ajak berjalan pun tak nak?  Sudah, aku tak nak dengar apa-apa lagi alasan.  Malam nanti lepas maghrib aku tahu kau dah siap.  Jangan nak banyak cakap lagi.  Sudah!  Aku nak keluar.  Jangan lupa.  Aku jemput kau lepas maghrib.
            Fatimah merasa janggal bersama-sama dengan suaminya di dalam rumah tumpangan itu.  Dia tidak tahu apakah tujuan sebenar suaminya untuk ke sini.  Fatimah memerhatikan sekelilingnya.  Begitu asing baginya.  Fatimah mencari kelibat suaminya.  Hampa. 
            “Timah,”  Fatimah terkejut apabila disergah.  Ternyata wajah suaminya itu membuatkan dia hilang semangat sebentar tadi.
            “Kenapa bang?  Ada apa yang tak kena?  Marilah kita balik bang.  Timah rasa tak sedap hatilah duduk lama-lama kat sini.  Bang, Timah balik dulu boleh tak?”  Fatimah cuba meminta izin untuk pulang.  Namun itu semuanya tidak membuahkan realiti apabila Borhan menarik tangannya.  Fatimah cuba untuk melepaskan diri tapi dia tidak betah.  Kudrat Borhan lebih kuat daripadanya.
            “Kau jangan bising.  Kau masuk dalam bilik ni.  Kejap lagi aku datang.”  Borhan menarik Fatimah masuk ke dalam sebuah bilik dikuncinya dari luar.  Fatimah cuba untuk melepaskan diri.  Dia hampa.  Dia tidak tahu apakah muslihat suaminya sehingga sanggup meninggalkan dirinya di bilik yang asing buat dirinya. 
            Tidak lama kemudian, Fatimah mendengarkan pintu biliknya dibuka.  Disangkakan suaminya, tetapi tidak!  Tiga orang asing yang tidak pernah ditemuinya berlegar di ruang mata.  Fatimah mencari kelibat suaminya, walau bagaimanapun ianya tiada.  Yang hanya kedengaran adalah suara milik suaminya di luar bilik.
            “Engkau orang santaplah puas-puas.  Yang pasti hutang aku dengan kamu semua kira jelas.”  Fatimah dapat memerangkap suara suaminya di luar bilik.  Dia tidak sangka sampainya hati Borhan memperdagangkan isteri sendiri.

            “Amoi jangan marah ye…. Ini malam tidur dengan kami semua, esok jangan bimbang pasal hutang lu punya suami.  Kasi langsai semua.”  Kata lelaki asing berbangsa cina membuatkan Fatimah sedar akan kedudukan dirinya kini.  Dia dijadikan barang dagangan oleh suaminya yang selama ini amat dicintainya.  Fatimah akhirnya terjaga apabila dia dihimpit oleh tiga lelaki yang  telah melayani nafsu buas mereka.  Fatimah menangisi dirinya sendiri.  Ya Tuhan!  Kau ampunkanlah dosa ku.  Fatimah menangis semahunya.  Entah bagaimanakah dia harus untuk meneruskan hidupnya yang kini bagaikan gelap tiba-tiba.

Lirik Lagu: Rindu Merindu (Fauziah Idris)

Siti Norshimah Md Yasan | 5:37 AM | 2 Comments so far


Gelisah di jiwa
Aduh sayang
Resah merindu
Berdodoi lara
Aduh! lara
Hambalah seorang
Dalam sepi
Menanti tuan sayang Tuanlah seorang
Hendaklah belayar
Aduh! sayang
Ke laut madu
Bahtera cinta
Aduh! lara
karamlah di pantai
Belum Kembang
Layarnya kembang
Sayang tidaklah kembang
c/o
Rindu-rindu aduh sayang merindu
Jauh-jauh orang sudah menjauh
Kasih-kasih aduh sayang berkasih
Bukan-bukan hamba orang terpilih
Kiri duri kanan pun berduri
Arah mana kemana
Hendak hamba melangkah
Nasib diri begini nasib diri
Rela hamba terima
walau pun jiwa parah
Gelisah alah resah
Rindu diamuk sakit rindu
Mengenang alah kenang
Junjungan kalbu
Hibur alah tuan
Nak berhibur lagu rindu
Rindu merindu

Cerpen : Warkah Cinta

Siti Norshimah Md Yasan | 7:12 AM | Be the first to comment!
Warkah Cinta

Anak teruna seberang titi,
Hendak pergi ke Tanah Jawa,Hidup kini kian bererti,Kehadiran adinda pengubat jiwa.
             Suria melipat surat yang baru diterimanya petang tadi.  Sebelum dia menyelak buku makroekonomi dia terpandangkan sampul surat berwarna ungu yang tertera namanya.  Suria mengerut dahi seribu.  Tanpa pengirim dan dan tanpa kata-kata hanya pantun yang menghiasi isi kandungan surat itu. 
            Pada mulanya dia berkali-kali membaca nama penerima yang tertera di atas sampul surat itu.  Yelah… mana tahu kalau ada orang yang tersalah hantar kepadanya.  Namun akhirnya dia membuka setelah Nama dan binti adalah namanya.  Suria binti Ahmad 6 Atas 2 tertera di sampul surat itu.  Siapa lagi kalau bukan dia.  Suria menggarukan kepala yang tidak gatal.  ‘Siapa pulak yang nak mempermainkan aku ni?’ Mata Suria kemudiannya terus kepada nama pengirim. HANG TUAH? Sudah, siapa pulak Hang Tuah di zaman serba canggih ni? Zaman sains dan teknologi.  Ini mesti Hang Tuah moden.  Kalau tidak takkan dia hanta surat dengan menggunakan komputer?
            Mata Suria masih lagi menantap surat yang baru diterimanya.  Kalau surat ini ditulis dengan tangan boleh juga dia membandingkan dengan tulisan pelajar dikelasnya.  Ini bertaip dengan menggunakan komputer, siap dengan tulisan roman lagi.  Suria mengeluh perlahan.  Berserabut fikirannya dengan kehadiran surat itu. 
            “Wah!  Mengeluh nampak.  Kenapa? Banyak sangat ke kerja sekolah yang kau nak kena buat?”  Tanya Wadina tiba-tiba.  Suria memandan kepada sahabatnya di katil sebelah. Tanpa menjawab pertanyaan dari Wardina, Suria menyerahkan surat yang diterimanya.  Wardina pula tanpa meminta izin terus membaca dan ternyata mengundang rasa terkejut sahabatnya itu. 
            “Bila masa pulak kau ada secret admire ni Su?”
            “Banyakkan kau punya secret admire.  Aku tengah runsing siapa yang bagi surat ni kau pulak yang buat lawak antarabangsa kat sini.”
            “Yelah…. Setahu aku kau ni bukanlah minah cintan.  Minah ulat buku adalah.  Nak kata kau ni pelajar popular sekolah lagilah jauh.  Ni, jantan mana pulak yang dok syok dengan kau ni?”  Surat itu ditilik oleh Wardina berkali-kali. 
            “Itulah yang aku peningkan sekarang ni.  Agak-agaknya kau tahu tak siapa yang bagi surat ni kat aku?” Tanya Suria.
            “Manalah aku tahu.  Kalau aku tahu baik aku beritahu dengan kau.  Sebab kau tak tahu jadi aku pun tak tahu. Entah-entah engka tahu tak? Eh, apa yang aku cakap ni?”
            Suria mencapai surat dari tangan Wardina dan terus menyemadikan di dalam buku.  Dia menongkat dagu dan cuba untuk berfikir.  Namun dia akhirnya kalah.  Malaslah nak ingat semua ni.
            “Dahlah Dina.  Buat apa kita nak pusing kepala dengan semua ni.  Kita buat bodoh jelah.  Nanti kita juga yang pening kepala. Sedangkan Hang Tuah kita ni bertepuk riang.”
            “Yelah kan, dah ada buah hati macam kau ni.”
            “Hish!  Kau ni. Ke situ pulak.”  Suria buntu dan tidak tahu apakah yang perlu dilakukan ketika ini.  Nak buat bodoh?  Buatnya dapat surat kali kedua?  Peninglah!
            “Takkan kau tak nak tahu siapa yang berikan surat tu? Kalau aku, akan aku cari sampai ke lubang cacing.  Tak kiralah apa saja caranya.” Ujar Wardina sambil mencebikkan bibirnya. 
            “Buat masa sekarang ni aku nak tumpukan perhatian pada STPM yang bakal aku duduki.  Aku tak nak gagal sebab makhluk yang bernama Hang Tuah ni.”
            “Takkan sikit pun kau tak nak ambil tahu?” Pujuk Wardina seakan memberikan ruang kepada Suria untuk menyiasat. 
            “Dah, jangan nak pujuk aku pulak.  Ni, kalau aku siasat siapa Hang Tuah di zaman mellinium sudah pasti aku akan gagal STPM nanti.  Silap haribulan impian aku nak jadi cikgu terkubur macam tu je.”
            “Baiklah…. Kita tunggu dan lihat. Aku takut kau yang tidak tidur malam sebab terkenangkan Hang Tuah.” Sindir Wardina sambil tersenyum.  Suria tidak mengiakan sebaliknya dia terus kembali ke katil dan menyimpan kembali buku mikroekonomi itu. 
            Hari-hari berlalu seperti biasa.  Walau pun dia tidak mahu mengetahui siapakah Hang Tuah yang telah memberikannya surat namun di dalam kelas dia menjadi pemerhati.  Pelajar lelaki di dalam kelas bukannya ramai sangat.  Cuma empat orang sahaja.  Tetapi dengan empat orang itu sudah cukup membuatkan dia pening kepala.  Kehadiran surat dari ‘Laksamana Hang Tuah’  itu benar-benar membuatkan dia keliru. 
            Siapakah Hang Tuah? Adakah datang dari kelasnya sediri atau pun dari kelas lain? Suria mula bermain dengan teka-teki.  Firdaus?  Tidak mungkin.  Dia budak geografi.  Tak mungkin dia yang tulis pantun tu.  Syahrin?  Lagilah terkeluar dari senarai.  Dia dah ada affair dengan si Halina.  Takkan dia nak main kayu tiga pulak.  Nasir?  Budak rock tu?  Mana ada dia suka dengan jiwang-jiwang ni.  Nazli?  Ustaz 6 Atas 2?  Tak mungkin.  Mana dia nak campakkan si Dayang  adik angkatnya tu? Ah…. Pening kepala.  Baru 4 orang.  Kalau 40 orang mahu botak kepala nak fikirkan.
            “Eh, Su. Kenapa dengan kau sejak tadi aku tengok bukan main lagi kau tenung anak muda dalam kelas ni.  Kenapa?  Kau nak tahu siapa yang berikan kau surat tu?  Kau punya Hang Tuah?”
            Suria senyap.  Dia tidak bersuara.  Kemudian dia seperti malu sendiri.  Kalaulah budak lelaki tahu yang dia menjadi pemerhati mahu sahaja dia melompat dari tingkap sekolah.  Sebab memang dia bukan jenis seperti itu.
            “Bukan ke kau kata yang kau tak nak tahu siapa Hang Tuah tu? Sekarang ni nampaknya kau dah pandai nak pandang anak teruna orang.”  Usik Wardina,
            “Hish! Kau ni janganlah cakap kuat sangat.  Kalau dia orang tahu malu aku.”  Suria tidak senang dengan usikan Wardina itu.  Dia mencubit lengan Wardina.  Seolah-olah tidak mahu orang lain tahu yang dia sedang mencari siapakah sebenarnya Hang Tuah.
            “Susah sangat kau pergi tanyalah dengan dia orang tu.”  Berbular biji mata Suria mendengarnya.  Oh!  Tidak!  Dia bukan sampai terdesak sangat untuk membuat semua itu. 
            “Gila kau?”
            “Lebih baik kau gila sekarang ni dari kau gila esok hari.”
            “Aku binggung betullah. Sampai sekarang aku masih belum tahu siapa Hang Tuah yang berani kacau hidup aku.  Agak-agak kaulah…. Mungkin datang dari kelas lain tak?” Tanya Suria yang cuba mendapatkan pendapat dari sahabatnya itu. 
            “Entah-entah ada orang yang nak mempermainkan kau tak? Manalah tahu kan?  Kau kan best student.  Mesti ada yang dengki dengan kau.”
            “Susah aku nak cakap, Dina.  Semalam dia berikan aku surat lagi.  E…. kalau aku tahu siapa Hang Tuah tu nahas aku berikan dia penumbuk sulung.  Dia lebam biji mata dia.”
            “Itu kata kau.  Entah-entah bila kau dah bertentang mata dengan dia lidah kelu tak terkata.  Silap haribulan engkau pula yang dah jatuh cinta.” Usik Wardina dalam tawa.
            Suria turut ketawa.  Walau pun dia tidak menyenangi akan kedatangan warkah ungu itu, namun dia tetap ingin taku siapakah milik disebalik pengirim surat itu.
            “Betul ke kau nak siasat” Pertanyaan dari Wardina itu membuatkan Suria tersentak.  Siasat?  Perkataan itu terus meluncur dari bibir Wardina.
            “Entahlah.  Bila nak kenangkan sekarang ni memang aku nak tahu siapa orangnya. Tapi bila aku kenangkan masa depan aku malas pulak aku nak ambil kes.  Nanti Hang Tuah kemana, STPM pun kemana.”
            “Aku rasa esok lusa mesti dia penat berikan surat untuk kau.  Kau lupakan jelah.  Memang aku mula-mula ingat nak siasat juga, tetapi bila kenangkan bebudak lelaki dalam kelas ni ‘ramai’ sangat aku rasa tak ada  adventure langsung.  Dahlah tu, jangan fikirkan sangat.  Nanti kau juga yang sakit.”
            Memang ada benarnya kata-kata Wardina itu. Mana tahu esok lusa dia tidak akan dapat warkah itu lagi.  Sudah tentu dia akan kering idea untuk mencipta pantun.  Namun persoalanya, adakah Hang Tuah itu adalah benar-benar seorang lelaki?
            Suria memandang ke belakang di saat dia mendengarkan bebelan dari Nazli. 
            “Kenapa dengan kau ni, Nazli?  Aku tengok muka kau dari tadi macam tempoyak basi je.  Masam betul.” Tegur Nasir.  Nazli melepaskan keluhan perlahan.  Suria masih lagi menjadi pemerhati. 
            “Tu… si Dayang.  Dia punya berani ada ke patut dia cakap dengan mak aku yang dia nak kahwin dengan aku.  Buat malu aku je.”  Luah Nazli.
            “Habis mak kau cakap apa?”
            “Dia gelakkan akulah. Budak tu siang malam suka buat aku susah.  Nak makan ubat pun nak tanya aku dulu.  Dia bukannya budak umur 4 tahun sampai aku nak suapkan dia.” 
            “Kau terus-terang jelah dengan dia.”
            “Puas aku cakap dengan dia.   Aku anggap dia macam adik aku sendiri. Tapi dia tak dengar.”
            “Itulah….  Dari dulu aku dah cakap.  Buat susah je ambik anak angkat ni.  Tapi kau tak nak dengar.  Sekarang siapa yang susah?  Jangan kata aku tak beritahu dengan kau. Itulah… adik angkat…. Adik angkat sekarang dah terangkat.”  Nazli menggelengkan kepala.  Dia sudah buntu untuk melepaskan diri dari Dayang yang sering kali mengekorinya.  Menyesal pula dia berjanji untuk menjadikan Dayang sebagai adik angkatnya.
            Suria mendengarkan perbualan Nazli dan Nasir sambil dia berfikir. Dia mula menyusul kemungkinan. Nazli?  Mungkinkah dia?  Tapi…. Ah! Tapi lagi.  Suria kemudiannya memandang ke arah Syahrin yang wajahnya kelihatan sugul. Mungkinkah dia bergaduh dengan Halina?  Hish!  Kenapa pulak?  Buat andaian yang bukan-bukan. Arhg!!! Tolong!!!!
            Suria menggarukan kepala yang tidak gatal.  Dia menghempaskan badan di atas katil sambil mencapai buku Sejarah 2. Dalam erti kata dia ingin menyelak untuk mengulangkaji tiba-tiba sepucuk surat jatuh ke badannya.  Warkah ungu lagi.  Suria hanyar sekadar memandang.  Hatinya mula berbelah bagi.  Nak baca ke tidak ni?
            Akhirnya Suria tekad.  Dia membuka surat itu dan seperti biasa hanya ada serangkap pantun.
            ‘Salam diutus di hari lebaran,
             Budi tersemai di bawa mati,
             Hati teruna penuh debaran,
             Melihat adinda pujaan hati.
            Ah! Hang Tuah ni memang sudah gila barangkali.  Makin lama makin menjadi pula.  Suria hampir mengalirkan air mata.  Siapakah yang cuba untuk mempermainkan hidupnya? Mahu sahaja dia menjerit.  Geram, marah semuanya bercampur.  Kalau ingin diikutkan hati mahu sahaja dia mengetuk setiap meja sahabatnya di dalam kelas siapakah yang memberikan surat itu.  Tidak!  Sudah pasti tiada siapa yang mengaku.
            Wardina masuk ke dalam dorm sambil memerhatikan Suria yang sedang jauh mengelamun.  Dia menggelengkan kepala. Apalah nak jadi dengan kawan aku sorang ni. Asyik termenung je sejak akhir-akhir ni. 
            “Oi!  Teringatkan hero Hang Tuah ke?” Sergah Wardina.
            “Engkau ni Dina, kalau bercakap tu berlapiklah sikit.  Boleh tak?” Suria sedikit terasa akan pertanyaan Wardina itu tadi. 
            “Aku tengok kau sekarang ni dah lainlah Su.  Asyik termenung panjang ke aku tengok.  Nampak gayanya kau dah jatuh hati dengan Hang Tuah tu.”  Serkap Wardina lagi.
            “Gila kau.  Kenal tidak, jumpa tidak mana boleh aku jatuh cinta dengan dia? kau tu jangan nak buat cerita lain pulak ye.”
            “Yelah…. Dari pantun yang dia beri kau terpaut hati dengan dia.  Apa yang dia kata pada kau hari tu? ‘Engkau sinar dalam hidupku?’ Syahdu tu.  Kalau aku pun cair dengarnya.” Ujar Wardina.
            “Tapi aku tak puas hatilah.  Selagi aku tidak tahu siapakah Hang Tuah yang sebenarnya.  Budak lelaki di dalam kelas kita bukannya ramai sangat.  Cuma ada 4 orang saja. Itu pun aku tak boleh nak agak.  Bijak betul Hang Tuah ni simpan rahsia.”
            “Ala dia pun takut nak buka pekung di dada.   Mungkin dia segan akan dikata atau pun dia takut kau marah dia.  Bukan ke hari tu kalau nak jumpa dengan dia nak bagi penumbuk sulung kat dia.  Tapi… best juga ada secret admire ni.” Usik Wardina.  Serta-merta wajah Suria bertukar mendung.
            “Best apa? Tak tidur malam adalah.  Dok tanya siapa Hang Tuah di zaman moden ni.”
            “Aku takut bukan menumpuk sulung yang kau nak bagi kat dia, silap haribulan kau berikan dia flying kiss kat Hang Tuah kau tu.”  Kian galak Wardina mengusik sahabatnya.
            “Agaknya sampai bilalah dia nak tulis surat kat kau, kan.  Aku tengok dia tak jemu nak berikan kau sampul ungu tu.  Makin lama makin kerap pulak aku tengok.  Aku rasalah dia pun memang betul-betul suka kat kau.”
            Suria mengangguk perlahan. Dalam diam dia mengiakan kata-kata Wardina itu.  Apa?  Jatuh hati?  Hello pleaselah…. Tapi….. Suria sedar sejak akhir-akhir ini dia sering menantikan surat itu.
            “Entalah Dina.  Biarlah dia.  Aku yakin lama-kelamaan berhentilah dia tu.”
“ Aku bukan apa, aku takut silap haribulan dia hantar surat peminangan kat pulak nanti.”  Mendengarkan kata-kata Wardina itu Suria menghinggapkan satu cubitan bisa di lengan Wardina.
            “Agak-agaklah kau ni.”
            “Agak-agak engkaulah… siapa agaknya Hang Tuah tu ye?”  Nah! Soalan maut Wardina tujukan kepada Suria.
            “Entahlah aku.  Lagi aku fikirkan lagi buntu otak kepala aku.  Kau ada idea tak?” Tanya Suria pula kepada Wardina.  Saja untuk dia bertanyakan jika tahu siapakah yang menghantarkan surat kepadanya.
            “Kalau aku tahu tak adalah aku tanya dengan kau.”
            “Nak kata Syahrin aku rasa tak mungkin.  Bukankah dia dah ada buah hati? Si Halina tu mana nak letak?”
            “Aku rasa itu hanya sementara.  Sebab gossip yang aku dengar dia dengan Halina tengah perang besar.  Aku tengok si Syahrin tu asyik termenung je.”  Ujar Wardina. 
            “Atau pun Nazli?”  Serkap Suria meminta pendapat dari Wardina. 
            “Mungkin.”
            “Tapi rasa tak mungkin.  Sebab apa, si Dayang tu bukan main lagi control dia.  Ada ke patut nak makan ubat pun dia sanggup jumpa dengan Nazli?”
            “Itu ada potensi nak berikan kau surat.”  Fikir Wardina.
            “Macam mana pulak dengan Nasir budak kepala rock tu?”  Perbincangan mereka bertambah hangat.  Suria dengan penuh harapan dapat mengetahui siapakah Hang Tuah sebelum dia mengakhiri persekolahan di sini.  Sudah pasti bila rahsia tidak dapat dirungkai rahsia akan kekal menjadi rahsia.
            “Dia aku tengok sekarang ni dah tak ada nyanyi lagu XPDC atau Search, tapi dah pandai layan lagu Anuar Zain.  Itu yang aku sikit keliru.  Macam mana dia boleh berubah sekarang ni aku pun tak tahu.  Yang pasti kepala gila-gila dia dah hilang entah ke mana.”
            Suria setia mendengarnya.
            “Susah tau nak dengar dia menyanyi lagu yang terkeluar anak tekak.  Entah-entah dia tak?” Teka Wardina.
            “Takkan sampai macam tu sekali? Ini yang buat aku pening kepala. Mereka semua ni nak sabotaj supaya aku gagal dalam peperiksaan ke?” Suria sudah mula putus asa. 
            “Tinggal seorang lagi.  Si Firdaus.  Aku tengok dia bukan main ceria lagi sekarang ni.  Bila aku tanya dia tak menjawab.  Dia kata dia dah ada jumpa mata air.  Sebab itu aku syak dengan dia.”  berbular biji mata Suria mendengar kata-kata Wardina itu.
            “Kau jangan nak buat cerita pulak.  Si Firdaus tu tengah bercinta dengan si Gayah budak 6 Atas 1.”
            “Ye ke?  Macam mana aku boleh tak tahu.  Wah!  Aku ingat aku yang ekspress, tapi kau lagi advanced dari aku.  Kau boleh tahu sebelum dari aku.”
            “Ala… aku malas nak hebohkan.  Nanti dia kata aku yang bawa mulut pulak.  Sebab itu aku tak kisah yang dia berubah.  Sebab aku pasti bukan dia yang hantar.” Ujar Suria penuh yakin.
            “Hish!  Pelik juga dengan kes kau ni Suria.  Apa kata kita report je kat balai polis.  Biar dia siasat siapa yang punya angkara.” Cadang Wardina sambil menganggukkan kepala.
            “Dah!  Kau jangan nak mengada-ada.  Banyak lagi kes yang dia orang nak fikirkan.  Setakat surat sekeping tu buat dia orang gelak je tau.”
            Meladak tawa Wardina bila Suria berkata begitu. 
            “Aku dah surrender nak tahu siapa Hang Tuah ni.  Tapi…”
            “Tapi apa?” Wardina merapatkan dirinya seolah ingin tahu.
            “Aku dah jatuh hatilah.”  Sebenarnya dia merasa malu untuk meluahkan namun dia tidak boleh menipu dirinya. 
            “Dengan Hang Tuah? Kau biar betul.  Entah-entah dia saja nak kenakan kau tak? Kau pula yang terhegeh-hegeh kat dia.  Aku rasa kau ni kena bawa berubat. Mana tahu nanti kau jawab STPM kau tulis nama Hang Tuah sampai 10 muka surat.  Suria, aku rasa kau lupakan saja Hang Tuah tu.  Kalau dah jodoh tu tak kemana.”
            Suria termenung dan memikirkan akan kata-kata Wardina itu tadi.  Memang dia ingin melupakannya.  Namun setiap kali ingin melupakannya setiap kali itulah warkah berwarna ungu ditatap.
            STPM bakal menjelang tidak lama lagi.  Suria mengambil keputusan untuk belajar bersama dengan Wardina demi ingin melupakan pengirim misteri itu.  Namun ia tidak lama berkekalan.  Warkah ungu itu datang lagi.
            ‘Tumpang teduh di tepi perigi,
             Menanti sahabat untuk bersua,             Walau ke mana adinda pergi,             Bawalah hati ini menyusur jua.
            Argh!!!!  Sudah sah!  Tak lama lagi boleh masuk hospital jiwa aku dibuatnya.  Mahu sahaja Suria menjerit.  Tapi tidak terluah.   Sudah berkali dia bertanyakan kepada rakan pelajar lelaki di dalam kelasnya.  Namun tiada siapa yang mengaku.  Ialah siapa yang nak mengaku. Nak control macho konon.  Tak gentleman langsung.  Suria melipat semula surat itu dan segera ingin melupakan warkah itu.  Dia mesti bangkit agar tidak kecundang di medan peperiksaan.
            Peperiksaan STPM berlangsung dengan lancar.  Ingatan kepada Hang Tuah berjaya ditepis.  Suria menghela nafas lega setelah kertas Pengajiam Am 2 yang juga kerta terakhir kini telah selesai.  Dia bersama dengan Wardina meninggalkan dewan peperiksaan sambil bersalaman dengan rakan-rakan yang lain.   Di dalam diam Suria menyimpan harapan agar hari ini segala pertanyaan akan terjawab.  Namun hampa, bukan sahaja jawapan malahan juga warkah yang selalu singgah di halaman bukunya juga tiada.  Dia tahu Hang Tuah yang selama ini menjadi pengirim misteri akan kekal sebagai satu rahsia.
            Akhirnya Suria berlalu dengan harapan dan angan yang kosong yang pastinya dia sendiri tiada jawapannya.  Suria masih lagi berpaling ke arah Sekolah Dato’ Bentara Dalam sebagai lambaian terakhir.  Mungkin ini kali terakhir dia akan menjejaki kaki di sekolah ini.  Perjalanannya masih jauh lagi.  Banyak lagi yang perlu dirterokai.  Sudah pasti warkah ungu itu tidak akan kelihatan lagi.
            Sepuluh tahun sudah berlalu.  Kini, Suria sudah pun menjadi seoarang pendidik.  Dan berita terkini adalah dia sudah disunting orang.  Ya, Suria sudah menjadi tunangan orang dan akan bergelar isteri tidak lama lagi.  Walau pun tidak pernah bercinta, namun Suria sedar bahawa percaturan jodoh dari keluarga memberikan keistimewaan yang tersendiri.  Berkat dan restu dari orang tua Suria tekad untuk belajar dan menyayangi dan menyintai tunangnya itu.  Biar pun dia tidak pernah berjumpa, namun dia yakin akan jodoh yang diaturkan oleh keluarga. 
            Pintu bilik diketuk berkali-kali.  Suria membuka pintu dan ternyata wajah ibunya menghiasi ruang mata. Halimah menghulurkan sepucuk surat yang ternyata membuatkan dia terkejut.
            “Ini ada orang berikan kamu surat.”  Suria menyambut surat tanpa alamat itu.  Getaran hatinya muka bertandang.  Surat yang selama ini hampir dilupakan.  Surat ungu yang pernah membuatkan dia tidak tidur malam.  Suria membuka surat dan sekali lagi dia terkejut akan surat itu dipenuhi dengan tulisan tangan dan bukannya bertaip seperti selalu.
            ‘Duduk berdua di pohon jati,
             Duduk bersama penuh cerita,            Kasih adik disimpul mati,            Seiring bersama dimahligai cinta.

            Kalau cinta berikan tanda,            Untuk pengubat hati yang sedih,            Terima kasih wahai adinda,            Terima kanda mengikat kasih.
Tatapan buat adindaku sayang….
Buat pertama kali maaf kiranya terlalu lama menantikan warkah yang tidak seberapa ini dan terlalu lama  merahsiakan akan hal yang sebenarnya.  Hati hamba sudah tertawan sejak pertama kali bertemu.  Semakin kerap hamba ingin mengenali adida semakin kerap juga dugaan yang mendatang.  Sesungguhnya setiap dugaan yang datang sudah pasti ada hikmah disebaliknya.  Hamba tahu, segala apa yang berlaku akan menjadi baik keesokkan harinya. 
            Disaat kasih putus di tengah jalan, adinda menjadi penyambungnya walau pun adinda diam seribu bahasa.  Dari jauh hamba tahu yang adinda sering menantikan surat dari hamba.  Hamba tahu yang adinda rindukan hamba.
            Hamba cuba untuk mendiamkan diri, namun dengan sepuluh musim yang kini sudah berlalu dan hamba percaya kepada jodoh yang telah ditentukan.  Dan kini… er… abang mengambil langkah drastic dengan menyunting adinda.  Kalau sudah jodoh tidak kemana.  Abang gembira saat adinda setuju dengan lamaran abang. Er… er… sayang, maaf sekali lagi kalau selama ini membuatkan sayang menanti terlalu lama.  Yang pasti selepas ini abang akan selalu disampingmu…. Dan rahsia kini sudah terakhir.  Yang pasti dan nyata abang mencintaimu setulus hati.
            Yang Benar,
Hang Tuah@abang@Muhammad Syahrin Azhar
            Suria berlalu meninggalkan kamarnya dan lantas mendapatkan ibunya.   Namun langkahnya terhenti apabila melihatkan Syahrin yang sudah berada di ruang tamu.
            “Su… ini ibu kenalkan tunang kamu. Syahrin.  Hari tu ibu nak berikan gambar dia kamu tak nak tengok.  Sekarang ibu bawa tuan badannya. Dah, ibu nak ke dapur nak buat air.  Kamu berboraklah dengan dia.”  Suria memandang ibunya sehingga hilang dari pandangan matanya.  Suria tunduk malu.  Debaran hatinya kian kencang.  Tidak betah untuk dia bertetang mata.
            “Maafkan abang sayang. Abang merahsiakan terlalu lama dengan sayang.  Sampai abang sendiri pun menderita.”  Suria tersenyum.  Menderita?  Dia lebih menderita.
            “Abang bukannya tidak mahu memberitahu akan hal yang sebenarnya, tetapi abang takut.  Di saat hubungan abang menjadi renggang dengan Halina, abang banyak menulis kepada sayang.  Pada mulanya abang berbuat demikian hanya untuk suka-suka sahaja tetapi tidak lama kemudian timbul perasan lain di dalam hati abang. Abang sudah mula jatuh hati saat Halina menolak cinta abang.” 
            Suria memandang kepada Syahrin.  Kemudian dia tunduk kembali.  Malu dengan pandang Syahrin kepadanya.
            “Perpisahan selama sepuluh tahun telah banyak merubah abang.  Abang begitu rindu sehinggalah pada suatu hari abang terjumpa dengan Wardina.  Sudah memang ada jodoh antara kita.  Abang tahu Su  masih belum berpunya dan akhirnya abang beranikan diri untuk berjumpa dengan ibu Su. Tak sangka sebenarnya mereka pernah menjadi sahabat dari kecil.   Kesabaran Su bukan sahaja memberikan abang cinta suci malah kesabaran Su juga telah menemukan sahabat yang  telah lama terpisah.”
            Air mata Suria mula tumpah.  Perasaa bahagia meniti di setiap sudut hatinya. 
            “Kenapa buat saya begini?” Perlahan sahaja suara yang keluar dari mulut Suria.
            “Apa?  Abang tak dengar.”
            “Kenapa abang buat saya macam ni?”

            “Abang…. Erm… perkataan itulah yang abang nak dengar.  Sudah, jangan menangis sayang.  Nanti abang akan tebus balik ye?” Suria melemparkan sebuah senyuman manis untuk tunangnya.  Dia yakin kini dengan kata-kata Wardina.  Kalau ada jodoh sudah pasti tidak akan ke mana.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page