Kembali bersiaran...
Okey, Tutorial ni saya ambil dari Wan Hazel. Terima kasih banyak dengan ilmu yang diberi. saya cuma sampaikan dengan cara saya.
Okey... layan jelah....
Okey.... selamat mencuba
Assalamualaikum....
Lirik lagu: Sepi Seorang Perindu (Jamal Abdillah)
Teratak pena | 11:21 PM |
lagu
1 Comment so far
Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti
Novel: Bisikan Cinta Bab 4
Teratak pena | 10:33 PM |
Bisikan Cinta
Be the first to comment!
BAB 4
Maya masih setia di hadapan
komputer. Suasana riuh yang menghiasi
ruang pejabatnya tidak dihiraukan. Apa
yang perlu dikejarnya kini adalah kerja-kerja yang masih lagi tertangguh. Bukan senang nak kira gaji orang ni. Kalau silap key-in mahu puas nak
berjawab nanti. Kalau kurang gerenti
ramai-ramai yang datang berjumpa. Tapi….
bila terlebih masing-masing buat bodoh je.
Sungguh pun tangannya berjalan namun mulutnya juga turut berjalan. Kacang yang berada di sisi setia menjadi
teman.
“Eh, kau tak nak tengok si Sofiah
ke?” Tanya Razak tiba-tiba. Tiada reaksi.
Maya masih lagi dengan tugasannya.
“Oi, aku tanya ni kau dengar ke
tidak?” Ulang Razak. Sengaja dia mendekatkan dirinya ke arah Maya.
“Aku dengarlah ni. Kau janganlah ganggu aku. Aku ada banyak kerja ni. Kenapa dengan Sofiah? Dia dapat bunga lagi ke? Ala … kalau setakat dapat bunga ros dah lama
aku tahu dah. Atau pun dia masuk
hospital? Ala …
ramai teman lelaki yang boleh support dia. Sudahlah.
Aku nak buat kerja ni.” Jawab
Maya tanpa memandang sedikit pun ke arah Razak.
“Sofiah dah jadi alim.” Maya terhenti apabila mendengarkan bicara Razak. Alim?
Biar benar. Sofiah jadi alim?
“Kau jangan nak buat lawak kat sini
pulak, Razak. Aku sumbat kau dengan
kacang ni.” Maya masih lagi tidak
percaya.
“Kalau nak tahu aku melawak atau pun
tidak, marilah ikut aku. Aku gerenti kau
mesti terkejut. Aku mula-mula tengok pun
macam tak percaya.” Maya berpaling.
Mencari kejujuran dia riak wajah Razak.
Wajah Razak ditenung. Sofiah jadi
alim. Betul ke tidak ni? Hish! Tak percayalah. Tak mungkin Sofiah boleh jadi alim. Alim yang
macam mana hah? Wah ini sudah kira
cerita bagus. Boleh dapat gossip hangat
minggu ni.
“Sumpah. Aku tak tipu kau. Marilah aku tunjukkan.” Razak menarik tangan Maya. Maya yang berada
di dalam keadaan terpinga-pinga akur.
Dia segera mengikut Razak sehingga kelibat Sofiah berada di ruang
matanya.
Bagaikan tidak percaya Maya apabila
melihatkan pesonaliti baru Sofiah.
Berbaju kurung penuh sopan. Baju
kurung warna unggu lemah itu menyerlahkan lagi keayuan Sofiah. Sejak bila pula Sofiah ni dah insaf?
“Sofiah, betul ke apa yang aku
tengok ni? Atau pun jelmaan Sofiah
Afzan? Kenapa dengan kau ni? Kau kena brain
storming ke? Atau pun pakwe kau sekarang ni ustaz? Tak pernah aku tengok kau pakai baju
kurung. Kalau nak pakai pun kena
paksa. Apa mimpi kau malam tadi?” Tanya Maya yang masih lagi dalam keadaan
terkejut. Dia tidak sangka sahabatnya
itu boleh berubah.
“Apa pulak ni? Tak boleh ke aku nak pakai baju kurung
ni? Ini kan baju tradisional kita. Memang patut pun aku pakai. Yang kau ni pelik sangat kenapa? Bukannya aku tak pakai baju.”
“Yelah, tiba-tiba kau pakai baju
kurung mahu aku tak terkejut. Kenapa
dengan kau ni Sofiah? Kau dah buang
tabiatkah? Kalau kau belum buat wasiat
aku rasa baik kau buat sekarang. Tak
adalah susah nak buat pembahagian harta.”
Sofiah memandang Maya dengan satu jelingan yang tajam.
“Mulut kau tak ada insuran
langsung.” Bentak Sofiah. Terasa dia
dengan kata-kata Maya sebentar tadi.
“Yelah, mana aku tak fikir
bukan-bukan. Tiba-tiba je kau berubah. Risau juga aku tengok kau ni. Cuba kau cerita sikit macam mana
kau boleh jadi macam ni. Gerenti semua
yang ada kat sini nak tahu macam mana kau boleh pakai baju kurung ni.” Maya cuba menekan Sofiah untuk
meceritakan perkara yang sebenar sehinggakan seluruh rakan pejabat terkejut dengan
penampilannya.
“Masakan pantai berubah inikan pula
kita manusia.” Selamba saja Sofiah
menjawab. Maya tidak puas hati. Dia cuba untuk mencungkil segala rahsia
yang membuatkan Sofiah berubah.
“Aku tak percaya yang kau boleh
berubah macam ni cepat.”
“Okeylah, sebenarnya….. aku….. hish, malulah aku nak
cakap.” Ujar Sofiah yang malu-malu.
“Apa kena dengan kau ni,
Sofiah? Nak kata kau gila, aku rasa kau
sudah cukup waras. Cuma kau tu belum
matang lagi. Aku rasa ini mesti sebab
seseorang sampai kau berubah. Cuba
kau beritahu aku, siapa orangnya. Aku
nak tahu juga.” Sofiah mendekatkan
dirinya ke arah Maya. Dia cuba
berbisik sesuatu di telinga Maya. Maya
menahan gelak sambil menekan perut.
Mungkin kelakar baginya. Namun
tidak pada Sofiah. Wajahnya berubah.
Merah menahan malu. Menyesal pula dia
menceritakan tentang perihalnya kepada Maya.
Sofiah jadi serba-salah. Buatnya
Maya beritahu seluruh pejabat bukankah itu perkara naya.
“Hai, dalam ramai-ramai lelaki yang
kau kenal muka ‘tempoyak basi’ tu juga yang kau berkenan. Aku tak tahulah kenapa dengan kau ni. Mata kayu agaknya.” Maya yang menggelarkan
Hafiz ‘tempoyak basi’ terkejut apabila perubahan yang dibuat oleh Sofiah adalah
gara-gara dia untuk mengambil hati Hafiz.
“Kau ni, kalau ye pun janganlah
cakap kuat sangat. Malu aku nanti.” Wajah Sofiah mula berubah. Merah menahan malu.
“Yang kau nak takut kenapa? Lumrahlah orang jatuh cinta. Apa yang kau nak malukan. Ala ….
kalau setakat muka Encik Hafiz tu, aku rasa banyak lagi aku boleh jumpa kat
kampung aku. Sofiah, aku nak khabarkan
pada kau. Tunang aku tu, kalau aku
letakkan sebelah-menyebelah dengan Encik Hafiz aku gerenti tunang aku lagi
macho dan kacak. Bukan apa, Encik Hafiz
kita tu bukannya tak kacak. Tapi dia tu
kedekut. Nak senyum pun susah. Sebab itulah muka kacak pun tak guna kalau 24
jam mencuka. Sebab itulah aku rasa dia
belum kahwin lagi. Agak-agak kaulah,
siapalah insan malang
yang jadi isteri dia?”
“Maya!” Sekali lagi Maya terkedu dengan suara
itu. Sofiah yang berada di hadapannya
dipandang. Maya tidak segera
berpaling. Sebaliknya dia cuba
mencari kekuatan untuk bersemuka dengan Hafiz.
“Er…. Ye… ye… Encik Hafiz,
kenapa? Boleh saya bantu?”
“Awak ni setiausaha saya ke?”
“Apa? Encik Hafiz ingat saya tak boleh buat ke
kerja-kerja setiausaha? Selama ini pun
semua kerja saya yang buat.” Alamak,
terlepas cakap. Maya segera menekup
mulutnya dengan tangan. Sofiah yang
masih lagi berdiri tak senang hati.
Buatnya Hafiz tahu yang selama ini sebahagian kerjanya pekerja di
pejabat itu sering diberikan kepada Maya mahu dia menangis tak berlagu bila
mendapat surat
amaran.
“Apa maksud awak? Saya tak faham.”
“A.. er… bukan, maksud saya masa
saya sekolah dulu saya saya banyak sertai aktiviti ko-kurikulum. Saya pernah jadi pengerusi, setiausaha,
bendahari dan yang paling banyak sekali ajk kecil. Tapi…. Kalau nak saya senaraikan memang
banyak aktiviti yang saya masuk. Yang
paling saya minat sekali Persatuan Penulis.
Kalau Encik Hafiz nak tahu sayalah juara menulis sajak peringkat
sekolah. Saya pun pandai cipta pantun
dan sajak. Encik Hafiz nak dengar
tak? Hah, saya ada satu pantun.
Orang tua bermain kotak,
Pergi bermain di gunung Belum,
Apa guna berwajah kacak,
Kalau muka asyik bercantum.
Hah, macam mana?
Okey tak?”
“Sudah, saya tak nak dengar semua
tu. Awak tak ada kerja lain ke? Nak saya tambahkan kerja awak?” Tegur Hafiz kepada Maya.
“Er.. baiklah Encik Hafiz. Saya pergi dulu.” Tanpa sebarang bicara lagi Maya berlalu
menuju ke arah mejanya. Kerja yang
tertangguh dari tadi disambung semula.
“Sofiah, saya nak awak buat tempahan
meja di Hotel Grand Seasson untuk dua orang makan tengahari nanti. Saya nak makan di sana nanti.
Dan lagi satu kalau ada perempuan cari saya biarkan dia masuk. Saya akan tunggu dia di dalam.” Pesan Hafiz sebelum dia masuk kembali ke
bilik. Sofiah yang mendengar pesanan itu
merasa cemburu tiba-tiba. Perempuan? Siapakah dia?
Teman wanita diakah atau pun sekadar pelanggan?
Sofiah tersentak apabila melihatkan
seorang wanita muda berdiri di hadapannya.
“Ye cik, ada apa-apa yang boleh saya
bantu?” Tanya Sofiah lembut.
“Saya nak berjumpa dengan Encik
Hafiz. Ada dia
pesan apa-apa? Sebab saya ada temujanji
dengan dia untuk keluar makan.” Jawab
wanita itu dengan penuh manja. Sofiah
terkedu. Dia tahu kini, dia hanya
bertepuk sebelah tangan.
“Oh ya, dia sedang menanti cik di
dalam. Cik boleh masuk sekarang.”
“Terima kasih.” Sofiah menyambut senyuman wanita dengan satu
senyuman paksa. Naluri wanitanya kini
bergolak dengan api cemburu. Tiba-tiba
dirasakan dirinya tergugat kini. Sofiah
memandang ke arah meja Maya. Kosong.
“Lim, Maya mana?”
“Dia keluar. Kenapa?”
“Nothing.” Tidak lama kemudian, Hafiz keluar
bersama-sama dengan wanita muda tadi.
Sofiah hanya dapat memerhatikan pasangan itu dengan mengiggit jari. Pasangan itu sungguh mesra. Kenapa bukan aku? Melepaslah kau, Sofiah...
Selamat Tahun Baru
Teratak pena | 12:29 AM |
4 Comments so far
Anak teruna tidak berbaju,Menyusup pelepah diikat-ikatTahun Baru azamnya baru,Tingkatkan keimanan bertambah berkat
Pantu dulu...
Teratak pena | 2:00 PM |
puisi
Be the first to comment!
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Tutorial photoshop : Banner Assalamualaikum / Selamat Datang
Teratak pena | 9:46 PM |
tutorial
4 Comments so far
Bertemu Kembali...
Hari tu saya dah berjanji kan nak buat tutorial photoshop berkenaan banner Assalamualaikum/ Selamat datang di setiap post. Hari tu tutorial nak selitkan, dan sekarang nak buat sendiri banner tu.
Okey, yang sebenarnya nak menaip terasa malas pulak. Layan jelah step by step dia yek
Diharap boleh membantu. Lagi pun seperti apa yang Cik Siti nak kata Cik Siti tak ada pembelajaran formal dalam adobe photoshop ni. Cuma belajar sendiri. Try and error.
Kalau ada salah minta maaf sesangat ye...
Sampai bertemu lagi.
Jalan beriring bersama teman,
Di dalam kota ingin jelajah,
Ilmu yang ada cuma sekuman,
Untuk dikumpul menjadi gajah.
Karya dan aku
Teratak pena | 7:18 PM |
Be the first to comment!
Pada tanggal (30 julai 2009) aku pergi jenguk dalam post box kalau ada surat. bila tengok envelope dari Dewan Bahasa dan Pustaka aku dok pikir balik. bila rasa cam keras je aku dah agak mesti majalah. bila aku buka buku Tunas Cipta yang aku pegang macam pernah aku dengar. bila aku selak, aku tengok macam aku pernah tengok sajak ni. Weiiiii..... sajak aku masuk dalam majalah DBP. Bayu Kenangan, PJ selangor. berkali-kali aku baca sajak tu. yang pasti aku bangga sebab DBP tu...... salah satu pusat bahasa yang terkenal kat Malaysia. yang pasti apa yang aku dapat semalam adalah salah satu kepuasan dan ini membuatkan aku rasa cam nak terus berkarya.


aku memang minat dengan bidang penulisan ni. sesungguhnya dia memberikan aku kepuasan.
yang pasti nanti aku akan ceritakan tentang novel pertama aku lak ye. dah published tapi royalti la ni masih tak dapat lagi..... sedih, kan.
Jom layan sajak yang aku antar ari tu......KEMENANGAN
Kemenangan
Bukannya terletak dari kekuatan
Namun terletaknya dari akal fikiran
Kebijaksanaan
Bukannya terletak dari akal fikiran
Namun terletaknya dari minda yang sempurna
Kesungguhan
Bukannya terletak dari minda yang sempurna
Namun terletak dari hati dan naluri
Kesabaran
Bukannya terletak dari hati dan naluri
Namun terletaknya dari keimanan yang hakiki
Dan untuk mencapai hanya sebutir kemenangan
Keimanan walau seluas lautan
Belum tentu akan dapat digapai
Walau pun hanya bias kemenangan yang dicapai
Bersyukurlah kerana ianya umpama kemenangan
Yang datang dari keikhlasan yang tiada tandingnya
Kemenangan
Bukannya terletak dari kekuatan
Namun terletaknya dari akal fikiran
Kebijaksanaan
Bukannya terletak dari akal fikiran
Namun terletaknya dari minda yang sempurna
Kesungguhan
Bukannya terletak dari minda yang sempurna
Namun terletak dari hati dan naluri
Kesabaran
Bukannya terletak dari hati dan naluri
Namun terletaknya dari keimanan yang hakiki
Dan untuk mencapai hanya sebutir kemenangan
Keimanan walau seluas lautan
Belum tentu akan dapat digapai
Walau pun hanya bias kemenangan yang dicapai
Bersyukurlah kerana ianya umpama kemenangan
Yang datang dari keikhlasan yang tiada tandingnya
*inilah sajak yang keluar dalam majalah tu*
isk isk bangga lak......
novel : Bisikan Cinta Bab 3
Teratak pena | 8:39 PM |
Bisikan Cinta
Be the first to comment!
BAB 3
Maya menonton rancangan ‘Dark Angel’
dengan penuh khuyuk. Setiap minggu
cerita itu sering dinantikan. Kalau ada
perancangan untuk ke mana-mana dia sanggup membatalkannya. Menonton rancangan kegemaran bersendirian
membuatkan Maya semakin seronok. Teman
serumah semuanya sudah keluar. Maria dan
Shikin keluar membeli-belah. Sampai
sekarang masih lagi tak nampak batang hidung.
Rozita pula katanya ada temujanji.
Sejak
akhir-akhir ini temannya itu wajahnya sering berseri-seri. Al-maklumlah, sudah
dapat gading bertuah tanduk dilupakan.
Siapa yang tak kenal dengan Rozita?
Selalu saja bertukar-tukar pasangan.
Tapi yang peliknya semuanya taste dia kalau bukan kekasih orang,
tunang orang juga yang dia minat. Kalau
sudah terdesak, suami orang pun boleh jadi teman lelaki. Bekas teman serumahnya yang lepas keluar dari
rumah itu pun sebab Rozita. Rozita
perampas kekasih orang.
Maya terkejut apabila terdengarkan
bunyi loceng pintu. Dengan rasa malas
Maya bangkit dengan perlahan tanpa melepaskan pandangan ke arah kaca
televisyen. Siapalah yang kacau orang malam-malam buta ni? Tak boleh tengok orang senang. Ada
saja yang nak mengganggu. Sebaik saja
pintu di buka, wajah Maria dan Shikin silih berganti.
“La…. kamu berdua rupanya. Kenapa tak buka je pintu ni?”
“Kami lupa nak bawa kunci. Ini semuanya pasal si Marialah. Nak cepat sangat sampai terlupa nak bawa
kunci.” Bebel Shikin.
“Apa pulak aku. Aku dah beritahu kau sebelum kau bersiap
lagi. Bawak kunci tu. Kau juga yang kata yelah. Aku mana tahu yang kau tak bawa.” Jawab
Mariah sambil menunjukkan mukanya yang mencuka.
“Sudah. Kau orang berdua ni, janganlah bergaduh depan
pintu ni. Kalau nak bergaduh, pergi sana . Kat padang
tu, kau nak bertekak ke, nak bertumbuk ke, orang tak kisah. Kalau kau memekak kat sini, silap hari bulan
orang sebelah pamerkan penyapu buruk baru kau tahu. Sudah, masuk.
Berjalan dahlah tak ingat dunia, balik je nak gaduh.” Bebel Maya sambil tangannya menunding ke arah
rumah sebelah. Shikin dan Maria yang
tidak berkata apa, terus masuk ke rumah.
Ada
benarnya kata-kata Maya itu. Buatnya
orang sebelah bawa penyapu, tak ke jadi kes haru.
Shikin dan Maria menghempaskan
badannya di atas sofa bersebelahan dengan Maya.
Maya meneruskan pemerhatiannya kepada rancangan kegemaran yang tadinya
tertangguh.
“Eh, Ita belum balik lagi ke?” Tanya
Shikin. Matanya meliar melihat kelibat
Rozita. Walau pun dia tahu yang Rozita
sering balik lambat namun dia sebagai seorang teman cuba mengambil berat.
“Bukan kau tak kenal dengan budak
Ita tu, kalau jam dinding belum capai jam dua belas tengah malam, jangan
haraplah nak nampakkan batang hidung. Mana dia pergi aku pun tak tahu. Telefon aku pun tidak. Aku tengok dia dah tak ada dalam bilik.”
Jawab Maya tanpa memandang ke arah Shikin yang masih lagi beria-ia mencari
sahabatnya itu.
“Macam Cinderella pulak si Ita
tu. Aku rasalah agaknya siapalah yang
jadi ibu tiri dia sampai dia susah nak balik rumah ye.” Sampuk Maria.
Maya senyap.
“Ala … dia
keluar pun bukannya nak beritahu
ke mana nak pergi. Kalau apa-apa yang
berlaku bukan ke susah. Dia sorang ni
memang nak menyusahkan kita je. Bila
dapat bala masa itulah nak cari kita.
Kita di sini risau bagai nak gila dia senang-lenang dengan pakwe dia.”
Bebel Shikin. Pening kepalanya
memikirkan perihal sahabatnya yang seorang itu. Suka sangat balik lambat.
“Perempuan ni lagi satu. Kalau tidak mulut dia yang paling
bising. Bila dah dapat cerita favorite,
mulut macam berkunci. Engkau dah makan
ke belum?” Maya mengangguk tanpa
menjawab soalan Maria.
“Sudahlah. Malas aku nak layan kau ni, Maya. Shikin, aku nak naik dululah. Letih badan ni. Aku nak mandi sekali. Engkau kalau masuk blik air memang lambat nak
keluar. So, aku masuk dululah ye.” Maria mencapai beg kertas yang dipenuhi
dengan baju-baju yang baru dibelinya dan dengan pantas kakinya mula melangkah
pergi meninggalkan Maya dan Shikin di ruang tamu.
Maya mengeliat sebentar. Matanya kini kian mengantuk. Rozita masih lagi belum pulang. Maya segera menutup televisyen dan semua suis
di ruang tamu. Hanya lampu ruang makan
sahaja dibiarkan terang. Manalah tahu
kalau rakannya itu balik, tak adalah teraba-raba dalam gelap. Maya terkejut apabila pintu ruang tamu
diketuk. Segera ditinjau melalui jendela
ruang tamu. Kelibat Rozita mula bermain
di ruang matanya. Maya memerhatikan
kereta yang baru sahaja meninggalkan ruang kawasan rumahnya. Macam aku kenal. Tapi dia mana ye. Maya mengerutkan keningnya. Ah, peduli apa aku.
“Lambat kau balik, Ita. Dah dekat pukul satu baru nak muncul. Kau pergi mana? Kenapa tak beritahu kami? Kalau ada apa-apa yang terjadi siapa yang
susah? Kita juga yang susah. Kau ni, janganlah buat macam ni selalu. Kalau mak kau tanya puas aku nak jawab. Eh, siapa yang hantar kau tadi?” Maya sempat mencungkil rahsia kawannya itu.
“Engkau ni Maya banyak sangat cakap. Aku bukannya budak kecil nak kau kongkong
aku. Umur aku sudah pun dua puluh empat
tahun. Bukan empat tahun untuk kau tahu
ke mana aku pergi. Sebelum kau nak jaga
urusan orang, lebih baik kau jaga tepi kain kau sendiri. Aku rimaslah kau ni. Asyik nak membebel je.” Ujar Rozita tanpa
memandang ke arah Maya.
“Aku bukan apa, aku risau kalau
apa-apa terjadi pada kau. Kau tu
perempuan. Aku takut kau juga yang
terkena nanti. Aku nak tanya kau sekali
lagi, siapa yang hantar kau tadi?”
“Yang kau peduli? Aku bukannya adik aku atau kakak aku nak kau
ambil tahu. Kau tak perlu risau apa-apa
tentang aku. I can handle my life,
okey. Buat apa kau nak pening kepala
pasal aku? Ini hal aku. Jangan nak ganggu. Oh ya, buat pengetahuan
kau teman lelaki yang hantar aku tadi akan aku kenalkan pada kau dan juga yang
lain. Namun apa yang aku harapkan kau
janganlah terkejut nanti.”
“Apa maksud kau dengan perkataan
‘terkejut’ tu? Cuba kau beritahu aku. Aku nak tahu.” Maya cuba merayu meminta simpati. Dia mula rasa tidak senang hati. Dari tawa dan kata-kata Rozita membuatkan dia
tertanya-tanya.
Rozita menggeleng.
“Bukan sekarang.” Ujar Rozita dengan senyuman sinis. Dia kemudiannya meninggalkan Maya keseorangan
dengan melayani persoalan yang kini sarat mengundang fikirannya.
“Ita, kau nak makan ke?” Laung Maya apabila melihatkan Rozita sudah
pun memanjat tangga untuk ke atas.
“Tak payah. Aku dah kenyang dengan
temujanji tadi. Aku harap kau doakan
supaya aku mimpi yang indah malam ini ye.”
Sambut Rozita dalam nada riang.
Namun, Maya yang masih setia di bawah terkedu. Ah, seperti ada rahsia yang disimpan oleh
Rozita.
Tutorial Blog : Assalamualaikum Di Setiap Post.
Teratak pena | 5:04 PM |
tutorial
Be the first to comment!
Selamat berkembali lagi...
Hari ni nak kongsi buat tutorial buat perkataan Assalamualaikum atau pembuka kata di dalam blog seperti Welcome atau Selamat datang. Turial ini saya dapat dari blog adik Samiqa. Terima kasih kerana beri kebenaran untuk kongsi Tutorial ni. Tutorial ni sesuai kepada mereka yang menggunakan Denim Template. Sebab ianya senang untuk kita ubah Coding dia.
Cuma untuk pengetahuan, mungkin blog ini tidak boleh dicopy paste, kalau nak boleh terus ke blog saya yang satu lagi: BAYU KENANANGAN. Ini disebabkan oleh di dalam blog ini ada mengandungi hasil karya saya.
Mula pergi ke Template - edit HTML - kemudian klik dalam kotak dan tekan CTRL+F
1. Cari Kod ini:
3. Bila dah jumpa copy kod ini
4. Copy Paste antara:
5. So dia akan jadi seperti ini:
Line coding dia antara 1200 keatas. Bergantung kepada coding blog anda.
*yang Warna merah tu URL IMAGE ye.
6. Sebelum Save Preview dulu.
Inshaallah.... berjaya.
Kat sini nak kongsi hasil kerja untuk semua. Nak ambil boleh... tak ada kena bayaran.
Cuma untuk pengetahuan, mungkin blog ini tidak boleh dicopy paste, kalau nak boleh terus ke blog saya yang satu lagi: BAYU KENANANGAN. Ini disebabkan oleh di dalam blog ini ada mengandungi hasil karya saya.
Hari ni nak kongsi buat tutorial buat perkataan Assalamualaikum atau pembuka kata di dalam blog seperti Welcome atau Selamat datang. Turial ini saya dapat dari blog adik Samiqa. Terima kasih kerana beri kebenaran untuk kongsi Tutorial ni. Tutorial ni sesuai kepada mereka yang menggunakan Denim Template. Sebab ianya senang untuk kita ubah Coding dia.
Cuma untuk pengetahuan, mungkin blog ini tidak boleh dicopy paste, kalau nak boleh terus ke blog saya yang satu lagi: BAYU KENANANGAN. Ini disebabkan oleh di dalam blog ini ada mengandungi hasil karya saya.
Mula pergi ke Template - edit HTML - kemudian klik dalam kotak dan tekan CTRL+F
1. Cari Kod ini:
<data:post.body/>2.Cari pulak kod ini:
<div class='post-body entry-content'
3. Bila dah jumpa copy kod ini
<div align='center'><a href='' target='_blank'><img src='URL IMAGE' style='border: 0 !important; background: transparent;'/></a></div>
4. Copy Paste antara:
<div class='post-body entry-content' expr:id='"post-body-" + data:post.id'> dan <data:post.body/>
5. So dia akan jadi seperti ini:
<div align='center'><a href='' target='_blank'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3K6cIm8VPQIRfNeEkNmgV1BMlhAFOn9ig7kqg7Cef9xi34yeACEZjKB61LAsxbUpG1MulPiNG-fzwqEedEPcWbUHK3T1kduilGI0Q3QJMHcBczHJoOLvDhAvf1NodB2w9Pj8RMPTNrfA/s1600/Untitled-4.png' style='border: 0 !important; background: transparent;'/></a></div> <data:post.body/>
Line coding dia antara 1200 keatas. Bergantung kepada coding blog anda.
*yang Warna merah tu URL IMAGE ye.
6. Sebelum Save Preview dulu.
Inshaallah.... berjaya.
Kat sini nak kongsi hasil kerja untuk semua. Nak ambil boleh... tak ada kena bayaran.
Cuma untuk pengetahuan, mungkin blog ini tidak boleh dicopy paste, kalau nak boleh terus ke blog saya yang satu lagi: BAYU KENANANGAN. Ini disebabkan oleh di dalam blog ini ada mengandungi hasil karya saya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnxYWQ7Ku-VVqtaMUByWOmRxTouSTySbz9jUFpAbCGGmlg_-rqes5V8OOOT4bIeQcn_yd9RBiLg9E7pN6VP4PfpDXY8D38fybXHqljmv-N8QOAefldBz0nQ6jULacqsGGXD2T3TGqH9hQ/s1600/Untitled-5.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOfJYAnFMPzTyvhO3ez8Y6KmoBcUyrpUOFbcgm0S8ODctAtZzPDQOq-yflAVAa1OiRVoNpah2LpdiekWg_dGbcb6DSrZyGBNq9zPKp8PiVXuO4f7qKHvkOLWr3nigPGM1yUe3wfoS3jck/s1600/assa.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD9Y1C789hzEhfComPm66dNvX5L61CIJda6b-P-syXSNWJ0M9AYqp35x46Afb6u0VwGyxWs6rzFKtjLG2WhCtHPZ_gtcSI8pZ14QRtKBvYCKNMflv3IbAg75ro4xJYpTPi20tg-p5gmck/s1600/assalamualaikum+1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcjTpIiqXDcccgooZ3pp1QrzeaV3UQx3ECsJRt0801HQKMBQh6sbSSK75k5mAhuBhNAQBmlGsrDgwsbeOTOHAMsLbgWA3-oTOs6_FTKLR3DUUSPh7OVAkmbrUeDws4hq9RtkkqSoo-EFE/s1600/Untitled-4.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhc0IG9P9ZDiFADHQBNgF7HARiCoZ1zQpz5RkZIFsr3RfQcnCv3_CZarojc3_RMcgptKGyfTSYGkZrS3dA2T2vwWvqjECWxUdNMOJ8kb_Yb5M2zRiYVykij_i61JOq95BN5w3ta8eRNxs0/s1600/assalamualaikum.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgE3peKN0zSVTJTdkmlLyYT24BAqnWT4qWoMqkPP-9yK121TP2-n1Dcsvm3aDKdA-2rWL9LmwSnmKPMT0tV6zfyqxP7-aGom29uvNcxzRPMVwi2fc-hDyLS_s6UGwHVqyR0Gx-swXxEys0/s1600/Untitled-1.png
Okey, sampai sini sajalah ye. mana yang terkurang harap maafkan saya. Kalau ambil tu bagi tau ye. Boleh saya BW ke blog anda nanti,
Sampai bertemu lagi....
Insyaallah nanti kalau ada masa saya akan ajar mana nak buat tanda assamualaikum atau selamat datang dengan menggunakan photoshop.
Bye....
Sajak: Kenangan
Teratak pena | 7:12 PM |
puisi
Be the first to comment!
Kenangan...
Kuimbas menjadi satu taman
Taman yang penuh dengan cerita
Cerita yang penuh dengan filem
Manis, sedih duka dan suka
Semuanya berganti bagaikan tiada henti
Kenangan...
Pastinya tiada terhenti ingatannya,
Menjadi pelajaran dan pengajaran,
Menjadi guru dan panduan,
Menyusuri perjalanan yang tiada noktah
Kenangan...
Apa yang perlu ku lakarkan
Tiada perkataan yang perlu kutuliskan
Hanya hati dan perasaan yang menjadi kisah,
Biarlah berlalu walau bertahun
Agar kenangan itu tidaknya mati
Tutorial Photoshop : Buat Cover Buku Guna Photoshop
Teratak pena | 12:20 AM |
tutorial
1 Comment so far
Selamat Bertemu Kembali...
Kali ni nka kongsi cara bagaimana nak buat cover buku guna photoshop. Ini saja yang Cik Siti tahu dan rasanya tak salah kalau di kongsi. Jom... kita layan...
Ini saja yang boleh Cik Siti kongsi... Cik Siti pun belajar sendiri jer...
Ho ho ho Sis lupa lak macam mana nak savekan dia... kalau nak save pergi ke file-save as-pilih file PNG supaya senang kita nak masukkan ke side bar kita.
Sorry.... maklumlah dah tua...
Kali ni nka kongsi cara bagaimana nak buat cover buku guna photoshop. Ini saja yang Cik Siti tahu dan rasanya tak salah kalau di kongsi. Jom... kita layan...
Ini saja yang boleh Cik Siti kongsi... Cik Siti pun belajar sendiri jer...
Ho ho ho Sis lupa lak macam mana nak savekan dia... kalau nak save pergi ke file-save as-pilih file PNG supaya senang kita nak masukkan ke side bar kita.
Sorry.... maklumlah dah tua...
Jika disuluh lagilah terang,Menyuluh bakau akar menjalar,Jika ada salah dan terkurang,Saya juga sedang belajar...
Lagu Peningkat motivasi - The Climb (Miley Cyrus)
Teratak pena | 10:29 PM |
lagu
Be the first to comment!
I can almost see it
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head saying
"you’ll never reach it"
Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with ’known direction
My faith is shakin
But I gotta keep tryin
Gotta keep my handheld high
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
The struggles I’m facing.
The chances I’m taking.
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking.
I may not know it but these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah.
I Just gotta keep going.
And I gotta be strong.
Just keep pushing on,
’cause,
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you’re gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah-yea
Keep on moving,
Keep climbing,
Keep the faith,
Baby
It’s all about,
It’s all about the climb
Keep your faith,
Keep your faith
Whoa, O Whoa
Selamat Hari Guru
Teratak pena | 7:54 AM |
1 Comment so far
Selamat Hari Guru....
Kepada Ibu dan arwah ayah yang membimbing Cik Siti sehingga berjaya sehingga kini
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau, Melaka.
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, Johor
Kepada guru-guru Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat, Johor
Kepada Maktab Adabi Maharani, Muar, Johor
Kepada semua insan yang pernah menjadi pengajar hidup ini....
Sayang U All.... MUAH!!
Kepada Ibu dan arwah ayah yang membimbing Cik Siti sehingga berjaya sehingga kini
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau, Melaka.
Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, Johor
Kepada guru-guru Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat, Johor
Kepada Maktab Adabi Maharani, Muar, Johor
Kepada semua insan yang pernah menjadi pengajar hidup ini....
Sayang U All.... MUAH!!
Pantun Jenaka
Teratak pena | 8:37 PM |
puisi
2 Comments so far
Tanam keladi tumbuhnya lalang,
Keladi bersusun tujuhnya biang,
Pening sungguh kepala Pak Belang,
Melihat tikus menari riang.
Dalam pasu terletakanya ikan,
Pasu terletak di tepi kolam,
Pelik sungguh di hati rakan,
Melihat teman berkokok malam,
Burung punai membuat sarang.
Sarang penuh di dalam hutan,
Apakah gila semut dikarang,
Duduk keliling garam lautan,
Cicak kudung ditepi tiang,
Terkejut sungguh bila diserang,
Kucing berlari bukannnya riang,
Gigi dikandung sakitnya kepalang.
Bulan mengambang indah dan terang,
Sungai tenang nampaknya bayang,
Burung terbang hinggap di sarang,
Tak sedar datang helang melayang.
Novel: Jalinan Cinta Bab 2
Teratak pena | 9:12 PM |
jalinan cinta
Be the first to comment!
BAB 2
Borhan memberhentikan motornya di
hadapan kedai Leha. Leha yang sedang menimbang tepung untuk Lebai Hamzah
terkejut. Dengan wajah bengis Borhan
membuatkan Leha menjadi takut. Dia tahu
akan kedatangan Borhan ke kedainya. Sudah tentu akan perihal hutangnya yang
kini sudah tinggi menggunung. Borhan
menongkat motornya dan bergegas menuju ke arah Leha. Kehadiran Lebai Hamzah sedikit pun tidak
memberikan rasa takut atau segan di hati
Borhan. Dengan keringat yang membasahi
wajahnya itu, dia segera mendapatkan Leha.
Lebai Hamzah yang melihatkan gelagat Borhan yang agak kelam-kabut itu
cuma mampu menggelengkan kepala.
Sudah
berkali dia berjumpa Borhan bermain judi di bawah pohon ketapang di hujung
kampung. Setiap kali dia menegur, setiap
kali itu dia diherdik. Walau pun sering
kali diejek dikalangan mereka, namun Lebai Hamzah tetap meneruskan usahanya suapaya gejala yang buruk ini akan tidak akan berlarutan hingga ke anak
muda remaja kampung itu. Borhan diibaratkan sebagai contoh yang tidak baik
dalam masyarakat kampung yang masih lagi tinggi dengan adat dan budaya.
“Oi,
Leha! Kau dengar sini
baik-baik. Sekali lagi aku tahu kau tak
berikan barang dapur pada bini aku, engkau dengan kedai ini sekali aku bakar
nanti. Kenapa kau berani tak nak berikan
barang dapur pada bini aku?” Pertanyaan dari Borhan itu tidak disambut oleh
Leha. Dia membatu dan takut.
“Takkan
kau buka kedai ni semata-mata untuk jadi muzium? Aku beri kau peringatan sekali lagi. Faham!
Kalau dah kedekut sangat jangan nak berniaga. Engkau dengan laki kau sama je. Kalau tak beri susah orang memang tak sah.” Suara kasar Borhan membuatkan Lebai Hamzah
dan Leha terkejut.
“Borhan, kenapa dengan kau ni? Cubalah bawa bertenang. Bawa mengucap. Kalau
ada apa-apa masalah, kita bincang sama-sama.
Janganlah menengking orang tanpa usul periksa. Cubalah cerita masalah kau, Borhan. Manalah tahu kita boleh sama-sama
selesaikan.” Celah Lebai Hamzah dengan
nada yang tenang.
Borhan
berpaling ke arah Lebai Hamzah dengan bingkisan mata yang merah. Ternyata kehadiran Lebai Hamzah itu sedikit
sebanyak membuatkan dia merasa tidak senang hati.
Leha yang masih membatu terhenti untuk membungkus tepung gandum buat
Lebai Hamzah. Hatinya pada ketika itu
hanya tuhan saja yang tahu. Dia takut
apa yang dikatakan oleh Borhan itu tadi akan menjadi satu kenyataan. Dia kenal sangat dengan panas baran
Borhan. Bukan sekali dua Borhan mengugut
untuk membakar kedainya. Sudah
berkali-kali dia mendapat peringatan.
“Lebai jangan nak jaga tepi kain
saya. Sebelum nak menasihatkan orang,
tengok diri sendiri. Lebai jangan nak
susah dengan cara hidup saya ni. Lebai
buat je kerja lebai. Lubang kubur saya,
pandailah saya nak jaga. Lebai tu,
tolong jaga lubang kubur sendiri.” Lebai
Hamzah beristifar.
Tidak
sangka sampai begitu sekali Borhan sanggup berkata sedemikian. Padanya dia bukanlah untuk menjaga tepi kain
orang, tetapi sebagai rakan masyarakat dan seagama dia mesti menegur mana yang
tidak baik. Dia sedar, dirinya sendiri
pun belum tentu seorang manusia yang sempurna.
Namun sebagai manusia, sifat tegur-menegur adalah penting untuk
membentuk sahsiah peribadi.
“Saya bukan nak jaga tepi kain kamu,
jauh sekali saya nak hal rumah tangga kamu.
Tapi kalau boleh, janganlah dengan cara begini. Tentu ada sebab kenapa Leha tak berikan
pinjam barang dapur kepada isteri kamu.
Kalau boleh cubalah bawa toleransi sikit. Kita ni orang islam. Ada tatacara untuk kita menyelesaikan
masalah. Bukan cara begini. Ni, hah!
Leha. Kenapa kau tak berikan
barang dapur pada si Timah?” Persoalan
Lebai Hamzah beralih kepada Leha.
“Er…. Er… sebenarnya Lebai, saya pun
serba salah juga. Murad, suami saya tak
benarkan saya berikan hutang pada
Timah. Katanya, dah banyak sangat hutang
mereka pada kami. Kami pun nak cari
makan. Kalau hari-hari minta hutang,
lingkuplah perniagaan saya nanti. Orang
kampung pulak yang susah. Nak ke pekan membeli
barang keperluan.” Terang Leha dalam nada perlahan. Tidak berani untuk dia bersemuka dengan
Borhan.
“Kau dengar tu Borhan? Bukan mereka sengaja tak berikan isteri kau
barang dapur. Begini sajalah. Kebun aku tu nak pakai orang. Kalau kau berminat, bolehlah kau kerja dengan
aku. Tentang upah kau jangan bimbang.”
Borhan senyap dan matanya terus memandang ke arah Lebai Hamzah.
“Aku
akan berikan kau upah ikut hari.
Sekurang-kurangnya kau boleh beli barang dan bayar hutang mereka
sekali. Aku rasa lebih baik kau kerja,
Borhan. Tolong isteri kau tu. Tanggungjawab kau sebagai suami adalah
menjaga dia. Kadang-kala kesian pulak
aku tengok si Timah tu kerja seorang.
Kau sebagai suaminya seharusnya memberi nafkah zahir dan batin untuk
isteri. Bukan isteri kau yang menanggung
semuanya.” Borhan gelisah.
Leteran
dari Lebai Hamzah membuatkan dia merasa tidak senang. Dia tahu, lebih lama dia disitu, makin
banyaklah leteran yang akan diterimanya nanti.
Borhan tidak mahu tunggu lama.
Dia ambilnya tepung di tangan Leha dan beberapa barang dapur yang lain. Leha kaget.
Dia tidak tahu untuk berbuat apa dan membiarkan saja Borhan mengambil
barang tanpa membayar.
“Engkau dengar sini Leha. Hey, aku tak kisah dengan hutang kau yang
sebesar kuman tu. Tunggu satu hari
nanti, aku akan bayar balik hutang kau tu.
Dan pada masa tu kau jangan mimpi aku nak beli barang dari kau.” Borhan ingin berlalu namun langkahnya
terhenti.
“Dan
satu lagi, bang lebai oi!!! Siapa lebai nak nasihat saya? Saya tak hairan dengan ceramah percuma lebai
tu. Lebai buat kerja lebai, dan saya
akan buat kerja saya sendiri. Dan
semolek-moleknya, lebai jangan nak ganggu saya.
Rumahtangga saya, tahulah saya nak uruskan. Nak aman ke nak terlingkup ke bukan rumahtangga
bang lebai. Baru pakai serban sejengkal
ada hati nak nasihat orang konon.”
Borhan terus berlalu meninggalkan Lebai Hamzah dan Leha. Lebai Hamzah menggelengkan kepala melihatkan
sikap Borhan yang semakin menjadi-jadi.
“Saya bukan apa, lebai. Kesian saya tengokkan si Timah tu. Ada laki
serupa macam tak ada. Semua duit Timah
habis dikerjakan oleh si Borhan tu.
Kalau bekerja tu tak mengapa juga, ini tidak. Makan pakai Borhan pun Timah yang kena
tanggung.” Lebai Hamzah menggangguk dan
memahami. Sudah lama dia memerhatikan
Borhan yang kaki judi itu. Bukan sekali
dua dia menasihati Borhan, namun ibarat mencurah air di daun keladi
sahaja. Nasihat orang lain langsung tak
pernah dengar.
“Berapa
sangatlah duit yang Timah dapat untuk jual nasi lemak tu. Saya bukan tak kesiankan Timah, lebai. Tapi apa daya saya, sikap Borhan tu yang buatkan
saya tak nak beri hutang dengan dia.
Biar dia rasa.” Leha meluahkan apa
yang terbuku di lubuk hati.
“Aku faham, Leha. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Puas aku nasihatkan dia. Jangan kata nak
dengar, marah kita lagi adalah. Saya pun
kesiankan dengan Timah tu. Dia seorang
isteri yang baik. Cuma sikap Borhan tu
yang membuatkan Fatimah aku tengok makin lama makin tak bermaya.” Lebai Hamzah cuba berfikir, mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah yang melanda Fatimah.
“Begini
sajalah, aku rasa baik kau berbincang dengan Hasan dan Timah mengenai hutang
kamu tu. Suruh Hasan tolak duit nasi
lemak barang sepuluh ringgit. Aku rasa Hasan dan Timah tak ada masalah. Tapi dengan syarat kau jangan pulak beritahu
dengan Borhan. Nahas kamu nanti.”
“Emmmm….. elok juga cadangan
lebai. Nantilah. Kalau senang saya beritahu dengan
mereka. Oh ya, ada apa-apa lagi yang
lebai nak beli?” Leha memasukkan tepung
gandum ke dalam plastik.
“Itu sajalah Leha. Kalau ada apa-apa aku datang lagi. Eh, aku balik dulu. Lama pulak tunggu si Zainab kat rumah
tu. Nanti kamu berbincanglah ye. Kalau ada apa-apa beritahu dengan aku. Baiklah, aku balik dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Fatimah yang sedang melipat telekung
terkejut melihatkan suaminya tiba-tiba muncul di depan pintu. Riak wajah Borhan yang kelihatan bersahaja
sedikit pun tidak memberikan apa-apa perasaan kepadanya. Dia kemudiannya kembali ke dapur dan sedikit
terkejut dengan apa yang dibawa oleh Borhan tadi. Ringan saja mulutnya untuk bertanya, namun
dimatikan di situ juga. Takut dikatakan
suka mengambil tahu. Fatimah mencapai
ubi kayu yang terletak di atas para.
Dikopeknya tanpa berpaling ke arah Borhan yang sibuk memerhatikannya
sejak tadi.
“Itu, abang dan belikan barang dapur. Adalah sikit untuk alas perut. Nanti kau masaka sedap-sedap ye.” Perkataan ‘beli’ yang terkeluar dari bibir
Borhan membuatkan Fatimah merasa tidak senang hati. Beli?
Beli dengan apa? Dengan duit
haram? Fatimah bersumpah walau kering
lapar bagaimana pun dia tidak akan menerima barang sebutir nasi dari duit haram
itu.
“Timah, malam nanti kau ikut abang
ye. Dah lama kita tak keluar sama. Nanti Timah pakailah baju cantik sikit. Boleh?”
Tanya Borhan lantas menuju ke arah Fatimah. Fatimah tersentak. Mimpi apakah suaminya itu dengan tiba-tiba
saja ingin mengajaknya keluar. Kali
terakhir dia keluar dengan suaminya adalah ketika baru sahaja melangsungkan
perkahwinan sepuluh tahun yang lalu.
Kini, dengan tiba-tiba saja dia mengajak keluar.
“Nak buat apa? Tak payahlah
bang. Lagi pun banyak lagi kerja yang
perlu Timah buat. Esok pagi-pagi nak
perg hantar nasi lemak. Lepas tu nak ke
bendang. Tijah dah berapa kali
mengajak. Tanah bendang kita masih lagi
belum berusik. Kalau dah keluarkan hasil,
boleh kita dapat duit sikit. Timah minta
izin dengan abang. Timah tak nak
pergilah bang. Abang pergi sorang
jelah.” Fatimah cuba untuk mencari
alasan. Entah mengapa hatinya merasa tidak tenteram.
“Aku kata, ikut! Ikut sajalah. Yang kau banyak sangat cari alasan
kenapa? Orang nak ajak berjalan pun tak
nak? Sudah, aku tak nak dengar apa-apa
lagi alasan. Malam nanti lepas maghrib
aku tahu kau dah siap. Jangan nak banyak
cakap lagi. Sudah! Aku nak keluar. Jangan lupa.
Aku jemput kau lepas maghrib.
Fatimah merasa janggal bersama-sama
dengan suaminya di dalam rumah tumpangan itu.
Dia tidak tahu apakah tujuan sebenar suaminya untuk ke sini. Fatimah memerhatikan sekelilingnya. Begitu asing baginya. Fatimah mencari kelibat suaminya. Hampa.
“Timah,” Fatimah terkejut apabila disergah. Ternyata wajah suaminya itu membuatkan dia
hilang semangat sebentar tadi.
“Kenapa bang? Ada apa yang tak kena? Marilah kita balik bang. Timah rasa tak sedap hatilah duduk lama-lama
kat sini. Bang, Timah balik dulu boleh
tak?” Fatimah cuba meminta izin untuk
pulang. Namun itu semuanya tidak
membuahkan realiti apabila Borhan menarik tangannya. Fatimah cuba untuk melepaskan diri tapi dia
tidak betah. Kudrat Borhan lebih kuat
daripadanya.
“Kau jangan bising. Kau masuk dalam bilik ni. Kejap lagi aku datang.” Borhan menarik Fatimah masuk ke dalam sebuah
bilik dikuncinya dari luar. Fatimah cuba
untuk melepaskan diri. Dia hampa. Dia tidak tahu apakah muslihat suaminya
sehingga sanggup meninggalkan dirinya di bilik yang asing buat dirinya.
Tidak lama kemudian, Fatimah
mendengarkan pintu biliknya dibuka.
Disangkakan suaminya, tetapi tidak!
Tiga orang asing yang tidak pernah ditemuinya berlegar di ruang mata. Fatimah mencari kelibat suaminya, walau bagaimanapun
ianya tiada. Yang hanya kedengaran
adalah suara milik suaminya di luar bilik.
“Engkau orang santaplah
puas-puas. Yang pasti hutang aku dengan
kamu semua kira jelas.” Fatimah dapat
memerangkap suara suaminya di luar bilik.
Dia tidak sangka sampainya hati Borhan memperdagangkan isteri sendiri.
“Amoi jangan marah ye…. Ini malam
tidur dengan kami semua, esok jangan bimbang pasal hutang lu punya suami. Kasi langsai semua.” Kata lelaki asing berbangsa cina membuatkan
Fatimah sedar akan kedudukan dirinya kini.
Dia dijadikan barang dagangan oleh suaminya yang selama ini amat
dicintainya. Fatimah akhirnya terjaga
apabila dia dihimpit oleh tiga lelaki yang
telah melayani nafsu buas mereka.
Fatimah menangisi dirinya sendiri.
Ya Tuhan! Kau ampunkanlah dosa
ku. Fatimah menangis semahunya. Entah bagaimanakah dia harus untuk meneruskan
hidupnya yang kini bagaikan gelap tiba-tiba.
Lirik Lagu: Rindu Merindu (Fauziah Idris)
Teratak pena | 8:37 PM |
lagu
2 Comments so far
Gelisah di jiwa
Aduh sayang
Resah merindu
Berdodoi lara
Aduh! lara
Hambalah seorang
Dalam sepi
Menanti tuan sayang Tuanlah seorang
Hendaklah belayar
Aduh! sayang
Ke laut madu
Bahtera cinta
Aduh! lara
karamlah di pantai
Belum Kembang
Layarnya kembang
Sayang tidaklah kembang
c/o
Rindu-rindu aduh sayang merindu
Jauh-jauh orang sudah menjauh
Kasih-kasih aduh sayang berkasih
Bukan-bukan hamba orang terpilih
Kiri duri kanan pun berduri
Arah mana kemana
Hendak hamba melangkah
Nasib diri begini nasib diri
Rela hamba terima
walau pun jiwa parah
Gelisah alah resah
Rindu diamuk sakit rindu
Mengenang alah kenang
Junjungan kalbu
Hibur alah tuan
Nak berhibur lagu rindu
Rindu merindu
Cerpen : Warkah Cinta
Teratak pena | 10:12 PM |
Cerpen
Be the first to comment!
Warkah
Cinta
‘Anak teruna seberang titi,
Hendak pergi ke Tanah
Jawa,
Hidup kini kian
bererti,
Kehadiran adinda
pengubat jiwa.
Suria melipat surat yang baru diterimanya
petang tadi. Sebelum dia menyelak buku
makroekonomi dia terpandangkan sampul surat berwarna ungu yang tertera
namanya. Suria mengerut dahi
seribu. Tanpa pengirim dan dan tanpa
kata-kata hanya pantun yang menghiasi isi kandungan surat itu.
Pada mulanya dia berkali-kali
membaca nama penerima yang tertera di atas sampul surat itu. Yelah… mana tahu kalau ada orang yang
tersalah hantar kepadanya. Namun
akhirnya dia membuka setelah nama dan binti adalah namanya. Suria binti Ahmad 6 Atas 2 tertera di sampul
surat itu. Siapa lagi kalau bukan
dia. Suria menggarukan kepala yang tidak
gatal. ‘Siapa pulak yang nak
mempermainkan aku ni?’ Mata Suria kemudiannya terus kepada nama pengirim. HANG
TUAH? Sudah, siapa pulak Hang Tuah di zaman serba canggih ni? Zaman sains dan
teknologi. Ini mesti Hang Tuah
moden. Kalau tidak takkan dia hantar
surat dengan menggunakan komputer?
Mata Suria masih lagi menatap surat
yang baru diterimanya. Kalau surat ini
ditulis dengan tangan boleh juga dia membandingkan dengan tulisan pelajar
dikelasnya. Ini bertaip dengan
menggunakan komputer, siap dengan tulisan roman lagi. Suria mengeluh perlahan. Berserabut fikirannya dengan kehadiran surat
itu.
“Wah! Mengeluh nampak. Kenapa? Banyak sangat ke kerja sekolah yang
kau nak kena buat?” Tanya Wadina
tiba-tiba. Suria memandang kepada
sahabatnya di katil sebelah. Tanpa menjawab pertanyaan dari Wardina, Suria
menyerahkan surat yang diterimanya.
Wardina pula tanpa meminta izin terus membaca dan ternyata mengundang
rasa terkejut sahabatnya itu.
“Bila masa pulak kau ada secret
admire ni Su?”
“Banyakkan kau punya secret
admire. Aku tengah runsing siapa yang
bagi surat ni kau pulak yang buat lawak antarabangsa kat sini.”
“Yelah…. Setahu aku kau ni bukanlah
minah cintan. Minah ulat buku
adalah. Nak kata kau ni pelajar popular
sekolah lagilah jauh. Ni, jantan mana
pulak yang dok syok dengan kau ni?”
Surat itu ditilik oleh Wardina berkali-kali.
“Itulah yang aku peningkan sekarang
ni. Agak-agaknya kau tahu tak siapa yang
bagi surat ni kat aku?” Tanya Suria.
“Manalah aku tahu. Kalau aku tahu baik aku beritahu dengan
kau. Sebab kau tak tahu jadi aku pun tak
tahu. Entah-entah engkau tahu tak? Eh, apa yang aku cakap ni?”
Suria mencapai surat dari tangan
Wardina dan terus menyemadikan di dalam buku.
Dia menongkat dagu dan cuba untuk berfikir. Namun dia akhirnya kalah. Malaslah nak ingat semua ni.
“Dahlah Dina. Buat apa kita nak pusing kepala dengan semua
ni. Kita buat bodoh jelah. Nanti kita juga yang pening kepala. Sedangkan
Hang Tuah kita ni bertepuk riang.”
“Yelah kan, dah ada buah hati macam
kau ni.”
“Hish! Kau ni. Ke situ pulak.” Suria buntu dan tidak tahu apakah yang perlu
dilakukan ketika ini. Nak buat bodoh? Buatnya dapat surat kali kedua? Peninglah!
“Takkan kau tak nak tahu siapa yang berikan
surat tu? Kalau aku, akan aku cari sampai ke lubang cacing. Tak kiralah apa saja caranya.” Ujar Wardina
sambil mencebikkan bibirnya.
“Buat masa sekarang ni aku nak
tumpukan perhatian pada STPM yang bakal aku duduki. Aku tak nak gagal sebab makhluk yang bernama
Hang Tuah ni.”
“Takkan sikit pun kau tak nak ambil
tahu?” Pujuk Wardina seakan memberikan ruang kepada Suria untuk menyiasat.
“Dah, jangan nak pujuk aku
pulak. Ni, kalau aku siasat siapa Hang
Tuah di zaman mellinium sudah pasti aku akan gagal STPM nanti. Silap haribulan impian aku nak jadi cikgu
terkubur macam tu je.”
“Baiklah…. Kita tunggu dan lihat.
Aku takut kau yang tidak tidur malam sebab terkenangkan Hang Tuah.” Sindir
Wardina sambil tersenyum. Suria tidak
mengiakan sebaliknya dia terus kembali ke katil dan menyimpan kembali buku
mikroekonomi itu.
Suria melangkah laju saat dia sudah
terlambat untuk ke perpustakaan. Tangan kanan acapkali menjadi santapan
matanya.
“Aduh! Matilah aku. Mesti Wardina membebel. Dahlah mulut minah tu tak boleh nak
kunci.” Bebel Suria berseorangan. Dengan laju dia menuruni anak tangga. Namun setiba di anak tangga terakhir dia
terlanggar seseorang dan menyebabkan dia jatuh terduduk. Habis semua buku yang dibawanya
bertaburan.
“La… kau Su. Apa yang kelam-kabut sangat ni?” Suria mendongakkan kepala. La…. Syahrin rupanya.
“Sorrylah Syahrin. Aku dah lambat nak ke perpustakaan. Wardina tunggu aku kat sana. Bising pulak dia kalau lambat. Kau bukan tak
tahu dengan mulut minah tu.” Syahrin cuba untuk membantu namun ditegah oleh
Suria.
“Aku boleh bangun sendiri.” Syahrin mengalah dan kemudiannya membantu
Suria mengutip buku-buku Suria yang bertaburan.
Syahrin kemudiannya menghulurkan
buku-buku itu dengan sepucuk surat.
“Ini surat awak.”
“Surat?” Berkerut kening Suria
apabila Syahrin menyerahkan sepucuk surat yang begitu dikenalinya. Sudah!
Hang Tuah ni mesti dah selitkan surat tu masa rehat tadi. Dengan perlahan Suria mencapai surat dari
tangan Syahrin. Berubah wajah Suria
apabil menyambut surat itu. Mesti mamat ni
fikirkan yang bukan-bukan.
“Untunglah…. Dapat surat.”
“Kalaulah saya tahu Syahrin. Masalahnya saya tak tahu siapa dia.”
“Habis tu awak dapat surat ni awak
buang ke awak baca?” hish! Mamat
ni. Banyak sangat tanyalah pulak.
“Dah amanah. Saya baca sajalah.” Syahrin tersenyum dengan penjelasan Suria
itu.
“Boleh saya tahu apa isinya?”
“Dan amanah ini saya tak boleh
kongsi dengan orang lain. Tambah lagi
spesis yang sama dengan pengirim surat ni.”
Syahrin mengangguk dan senyumannya penuh dengan makna.
“So…. Lelakilah penulisnya. Okey, dah tahu.” Syahrin berlalu dengan senyuman yang masih
tidak lepas dari bibirnya.
“Aduh! Bodohnya aku.” Suria menutup mukanya dengan buku. Malunya usah dicerita. Gerenti dia bercerita dengan semua
orang. Ah, lelaki ada masa pun suka
bergossip juga. Apa? Ingat perempuan saja ke yang suka bergossip? Erm… silap hari bulan lelaki yang lebih
dahsyat lagi.
Suria merenung kepada surat di
tangan kanannya. Dia memandang
sekeliling. Tiada orang. Nak baca ke tidak? Kalau nak baca diperpustakaan bukannya boleh
percaya dengan si Wardina tu. Ada saja
yang diusiknya. Akhirnya dia mengambil
keputusan untuk membacanya di situ juga.
Namun bukan kerana dia takut diusik oleh Wardina namun hatinya bagaikan
melonjak untuk mengetahui isi surat itu. Ternyata surat itu diselitkan
serangkap pantun. Erm…. Seperti biasa.
Cantik
menarik si rama-rama,
Hinggap
sebentar di atas perdu,
Wajah dinda bagaikan purnama,
Hamba
ibarat pungguk merindu.
E…. dah gila agaknya Hang Tuah
ni. Apalah istimewa sangat aku ni sampai
jadi macam ni. Kalaulah tahu siapa Hang
Tuah ni, mahu cilikan mulut dia. Menyusahkan
orang betul. Tak pasal-pasal nak
tambahkan masalah yang sedia ada.
Sudahlah periksa nak dekat. Silap
haribulan ada pulak yang tulis nama Hang Tuah sepuluh muka! Arghhh!!!! Mengapa perkara ini harus terjadi?
Hari-hari berlalu seperti
biasa. Walau pun dia tidak mahu
mengetahui siapakah Hang Tuah yang telah memberikannya surat namun di dalam
kelas dia menjadi pemerhati. Pelajar
lelaki di dalam kelas bukannya ramai sangat.
Cuma empat orang sahaja. Tetapi
dengan empat orang itu sudah cukup membuatkan dia pening kepala. Kehadiran surat dari ‘Laksamana Hang
Tuah’ itu benar-benar membuatkan dia
keliru.
Siapakah Hang Tuah? Adakah datang
dari kelasnya sediri atau pun dari kelas lain? Suria mula bermain dengan
teka-teki. Firdaus? Tidak mungkin. Dia budak geografi. Tak mungkin dia yang tulis pantun tu. Syahrin?
Lagilah terkeluar dari senarai.
Dia dah ada affair dengan si Halina.
Takkan dia nak main kayu tiga pulak.
Nasir? Budak rock tu? Mana ada dia suka dengan jiwang-jiwang
ni. Nazli? Ustaz 6 Atas 2? Tak mungkin.
Mana dia nak campakkan si Dayang
adik angkatnya tu? Ah…. Pening kepala.
Baru 4 orang. Kalau 40 orang mahu
botak kepala nak fikirkan.
“Eh, Su. Kenapa dengan kau sejak
tadi aku tengok bukan main lagi kau tenung anak muda dalam kelas ni. Kenapa?
Kau nak tahu siapa yang berikan kau surat tu? Kau punya Hang Tuah?”
Suria senyap. Dia tidak bersuara. Kemudian dia seperti malu sendiri. Kalaulah budak lelaki tahu yang dia menjadi
pemerhati mahu sahaja dia melompat dari tingkap sekolah. Sebab memang dia bukan jenis seperti itu.
Tambahan pula dengan Syahrin. Jejaka
itulah yang mengetahui yang dia telah menerima sepucuk surat dari lelaki! Dan Wardina tidak tahu semua itu.
“Bukan ke kau kata yang kau tak nak
tahu siapa Hang Tuah tu? Sekarang ni nampaknya kau dah pandai nak pandang anak
teruna orang.” Usik Wardina. Wardina kemudiannya juga menjadi pemerhati
seperti Suria.
“Kesian kau Su. Orang bagi kau surat kau tak tahu siapa
pengirimnya.”
“Hish! Kau ni janganlah cakap kuat
sangat. Kalau dia orang tahu malu
aku.” Suria tidak senang dengan usikan
Wardina itu. Dia mencubit lengan
Wardina. Seolah-olah tidak mahu orang
lain tahu yang dia sedang mencari siapakah sebenarnya Hang Tuah.
“Susah sangat kau pergi tanyalah
dengan dia orang tu. Tak pun kau jerit depan kelas tanya sesiapa yang ada bagi
kau surat.” Berbular biji mata Suria
mendengarnya. Oh! Tidak!
Dia bukan sampai terdesak sangat untuk membuat semua itu.
“Gila kau? Tak nak aku buat kerja
gila tu.” Geleng Suria.
“Kalau kau nak suruh aku jerit aku
tak kisah. Aku boleh tolong kau.”
“Kau jangan nak buat perangai
gila-gila kau kat sini boleh tak?”
“Lebih baik kau gila sekarang ni
dari kau gila esok hari. Tak nak sahabat yang aku sayang menjadi gila. Tak
nak…. Tak nak…. ” Geleng Wardina pantas.
“Aku binggung betullah. Sampai
sekarang aku masih belum tahu siapa Hang Tuah yang berani kacau hidup aku. Agak-agak kaulah…. Mungkin datang dari kelas
lain tak?” Tanya Suria yang cuba mendapatkan pendapat dari sahabatnya itu.
“Entah-entah ada orang yang nak
mempermainkan kau tak? Manalah tahu kan?
Kau kan best student. Mesti ada
yang dengki dengan kau. Saja je dia nak tengok kau gagal.”
“Entah-entah engkau tak Dina?”
“Oi!
Kau gila?! Aku ni kan kawan kau.
Tak pernah terfikir aku nak buat lagu tu. Dari aku buat kerja yang sia-sia ni baik aku
baca buku banyak faedahnya.” Suria ketawa.
Saja dia nak mengenakan rakannya itu.
“Susah aku nak cakap, Dina. Semalam dia berikan aku surat lagi. E…. kalau aku tahu siapa Hang Tuah tu nahas
aku berikan dia penumbuk sulung. Dia
lebam biji mata dia.”
“Itu kata kau. Entah-entah bila kau dah bertentang mata
dengan dia lidah kelu tak terkata. Silap
haribulan engkau pula yang dah jatuh cinta.” Usik Wardina dalam tawa.
Suria turut ketawa. Walau pun dia tidak menyenangi akan
kedatangan warkah ungu itu, namun dia tetap ingin taku siapakah milik disebalik
pengirim surat itu.
“Betul ke kau nak siasat?”
Pertanyaan dari Wardina itu membuatkan Suria tersentak. Siasat?
Perkataan itu terus meluncur dari bibir Wardina.
“Entahlah. Bila nak kenangkan sekarang ni memang aku nak
tahu siapa orangnya. Tapi bila aku kenangkan masa depan aku malas pulak aku nak
ambil peduli. Nanti Hang Tuah kemana,
STPM pun kemana. Silap hari bulan aku yang tersungkur dia senang-senang berjaya
dalam hidup.”
“Aku rasa esok lusa mesti dia penat
berikan surat untuk kau. Kau lupakan
jelah. Memang aku mula-mula ingat nak
siasat juga, tetapi bila kenangkan bebudak lelaki dalam kelas ni ‘ramai’ sangat
aku rasa tak ada adventure
langsung. Dahlah tu, jangan fikirkan
sangat. Nanti kau juga yang sakit.”
Memang ada benarnya kata-kata
Wardina itu. Mana tahu esok lusa dia tidak akan dapat warkah itu lagi. Sudah tentu dia akan kering idea untuk
mencipta pantun. Namun persoalanya,
adakah Hang Tuah itu adalah benar-benar seorang lelaki? Mungkin dia sekadar nak
sabotaj aku?
Suria memerhati novel terbaru dari
satu ke rak yang lain. Rambang matanya
untuk memilih novel terbaru di pasaran. Namun begitu dia sedar ada sesuatu yang
perlu dikejar. Ye! Pelajaran. Namun begitu kalau satu novel apa salahnya,
kan?
Sedang dia memerhatikan novel-novel
di rak buku dia terpandangkan Firdaus yang sedang membeli stationary di rak….
Sampul surat? Tiba-tiba Suria bertukar
menjadi seorang pemerhati dari jauh. Mengintai bagus ni. Dengan perlahan dia beralih ke rak lain. Dia
ingin melihat apakah sampul surat yang akan dicapai oleh Firdaus. Unggu? Biar benar!
Takkan Firdaus? Suria menggigit
bibirnya. Cuba mencari jalan untuk dia
mencungkil rahsia dari dari rakan sekelasnya.
Dengan perlahan dia mendekati ke arah Firdaus.
“Assalamualaikum.” Ternyata Firdaus terkejut apabila disergah
sebegitu. Suria tersenggeh menampakkan
barisan giginya yang putih. Habislah kau
Firdaus. Aku akan gali sampai kau tak
boleh jumpa jalan keluar.
“Kau buat kat sini?” Tegur Firdaus. Wajahnya ternyata
berubah. Habislah kau, Firdaus.
“Aku cari buku. Yang kau kat sini pulak buat apa?”
“Tak ada apa. Cuma cari barang sekolah. Eh, aku pergi dulu ye.” Namun belum sempat Firdaus berlalu dia di
halang oleh Suria.
“Kalau aku nak nak tahu sesuatu
boleh tak?” Saat itu wajah Suria benar-benar serius. Tiada sekelumit senyuman
dari bibirnya.
“Apa dia?”
“Sampul surat tu untuk siapa?”
“Er…”
“Untuk aku eh,”
“Hish! Mana ada. Kalau kau tak ada maknanya aku nak hantar
surat. Baik aku terus jumpa kau je. Terus terang.
Lagi bagus. Lagi pun kita kan sekelas.
Mana aci nak bercinta satu kelas. Tak ada feelling langsung. Hari-hari mengadap muka yang sama.”
Suria malu sendiri. Mahu sahaja dia menyorok di belakang rak itu.
“Habis kalau bukan aku punya siapa
punya pulak?”
“Engkau ni memang perasan eh. Yang kau nak tahu beria-ia ni kenapa? Mesti
kau nak canangkan kat satu kelas, kan?”
Kali ini Firdaus bertindak berani.
“Mana ada? Okey, kalau kau tak tak
beritahu….”
“Yelah…yelah…. Aku beritahu dengan
kau. Tapi aku minta dengan kau jangan
beritahu dengan orang lain tau.” Ujar
Firdaus.
Suria mengangkat tangan. “Aku
janji.”
“Yang sebenarnya aku nak berikan
surat dengan Rugayah. Budak 6 atas
1. Dah lama aku minat dengan dia. Aku nak beritahu dengan dia aku segan. Jadi itu yang aku nak tulis surat pada dia.”
“Fir, kalau aku cakap dengan kau
jangan marah ye.”
Firdaus mengerut dahinya. Tidak faham dengan apa yang cuba ingin
disampaikan oleh Suria.
“Kau ni pengecutlah Fir.”
“Maksud kau?”
“Kalau kau tulis surat pada dia kau
tak akan tahu apa perasaan dia terhadap kau.
Baik kau terus terang je dengan dia.
Mana tahu dia perasaan sama dengan kau.
Kalau kau tulis surat kau juga yang akan tertanya-tanya reaksi dia
nanti.” Firdaus terdiam saat Suria
berkata-kata. Ada kebenarannya.
“Aku nasihatkan baik kau bersemuka
dengan dia. Kesian dia. Baik kau terus terang. Ada baiknya.
Dia terima atau tidak itu belakang cerita. Yang pasti kau beritahu
dengan dia. Aku janji bila kau kau bersemuka dengan dia dan beritahu hal yang
sebenar mesti hati kau yang berat tu akan menjadi ringan. Kau percayalah dengan
cakap aku ni.”
“Aku takut kalau dia tak terima
aku. Mana tahu aku beritahu dengan dia
penampar sulung hinggap kat pipi aku yang handsome ni. Malu aku nanti.”
“Ala….kalau macam tu kau dah tahulah
jawapan dia. Terang-terang dia tak suka
dengan kau. Apa lagi kau pasanglah kaki cari yang lain. Kalau kita tak cuba kita tak tahu. Aku yakin kau boleh lakukan. Pergilah kau berjumpa dengan dia. Kalau dia suka dengan kau? Menang loteri kau nanti.” Firdaus melemparkan senyuman buat Suria. Ada benarnya dengan kata-kata Suria itu. Erm…. Kalau tak cuba tak tahu kan?
“Terima kasih, Su. Kalau bukan nasihat kau dah tentu aku buat
kerja bodoh dengan berikan dia surat.”
“Good
Luck, Fir. Aku doakan kau berjaya.” Suria berlalu dengan hati yang sedikit
kecewa. Benarkah Firdaus dan
Rugayah? Atau dia cuba untuk menutup
rasa malunya? Sekali lagi Suria menjadi
seorang pemikir. Hish! Kalau macam ni mahu botak kepala
dibuatnya. Hish! Payah betul.
Semenjak peristiwa itu Suria cuba
untuk menepis nama Firdaus dari list nama-nama wanted untuk nama samaran Hang
Tuah. Ini kerana semenjak peristiwa itu
dia sudah dapat melihat perubahan dari Firdaus yang sering bersama-sama dengan
Rugayah. Dan kini yakin Firdaus bukanlah pengirim surat itu.
Suria
memandang ke belakang di saat dia mendengarkan bebelan dari Nazli. Beberapa orang pelajar yang mendengarkan
bebelan itu menjadi penyibuk mengetahui akan yang telah terjadi.
“Kenapa dengan kau ni, Nazli? Aku tengok muka kau dari tadi macam tempoyak
basi je. Masam betul.” Tegur Nasir. Nazli melepaskan keluhan perlahan. Suria masih lagi menjadi pemerhati.
“Tu… si Dayang. Dia punya berani ada ke patut dia cakap
dengan mak aku yang dia nak kahwin dengan aku.
Buat malu aku je.” Luah Nazli.
“Habis mak kau cakap apa?”
“Dia gelakkan akulah. Budak tu siang
malam suka buat aku susah. Nak makan
ubat pun nak tanya aku dulu. Dia
bukannya budak umur 4 tahun sampai aku nak suapkan dia. Kalau nak ikutkan hati
aku memang aku malas nak layan. Bila
mengenangkan dia baik dengan mak aku dah macam kena cucuk hidung pulak.”
“Kau terus-terang jelah dengan dia. Kalau kau tak cakap macam mana dia nak tahu.”
“Puas aku cakap dengan dia. Aku anggap dia macam adik aku sendiri. Tapi
dia tak dengar. Aku dah kata aku dah ada
buah hati, tapi dia gelakkan aku pulak.
Ada patut dia kata ‘belum kahwin….ada saya kisah?’” Ajuk Nazli.
“Itulah…. Dari dulu aku dah cakap. Buat susah je ambik adik angkat ni. Tapi kau tak nak dengar. Sekarang siapa yang susah? Jangan kata aku tak beritahu dengan kau.
Itulah… adik angkat…. Adik angkat sekarang dah terangkat.” Nazli menggelengkan kepala. Dia sudah buntu untuk melepaskan diri dari
Dayang yang sering kali mengekorinya.
Menyesal pula dia berjanji untuk menjadikan Dayang sebagai adik
angkatnya.
Suria mendengarkan perbualan Nazli
dan Nasir sambil dia berfikir. Dia mula menyusul kemungkinan. Nazli? Mungkinkah dia? Nafasnya terhenti dan
bagaikan sesak saat Nazli membuat pengakuan bila mengatakan dia sudah ada buah
hati. Tapi…. Ah! Tapi lagi. Suria
kemudiannya memandang ke arah Syahrin yang wajahnya kelihatan sugul. Mungkinkah
dia bergaduh dengan Halina? Semenjak dua
tiga hari ini Syahrin bagaikan tiada semangat.
Dia bagaikan gelisah. Perubahan itu juga terjadi kepada Halina. Susah juga jadi orang yang bercinta ni
ye. Kalau gaduh muka macam tempoyak basi
je. Hish! Kenapa pulak dengan akau ni? Buat andaian yang bukan-bukan. Arhg!!!
Tolong!!!!
Suria menggarukan kepala yang tidak
gatal. Dia menghempaskan badan di atas
katil sambil mencapai buku Sejarah 2. Dalam erti kata dia ingin menyelak untuk
mengulangkaji tiba-tiba sepucuk surat jatuh ke badannya. Warkah ungu lagi. Suria hanyar sekadar memandang. Hatinya mula berbelah bagi. Nak baca ke tidak ni?
Akhirnya Suria tekad. Dia membuka surat itu dan seperti biasa hanya
ada serangkap pantun.
‘Salam
diutus di hari lebaran,
Budi tersemai di bawa mati,
Hati teruna penuh debaran,
Melihat adinda pujaan hati.
Namun
kali ini bukan setakat serangkap pantun. Tetapi dua!
Bunga
disunting penuh cermat,
Untuk
adinda ingin kusemat,
Kata adinda kupanjatkan azimat,
Buat
penawar dan kata semangat.
Ah! Hang Tuah ni memang sudah gila
barangkali. Makin lama makin menjadi
pula. Suria hampir mengalirkan air
mata. Siapakah yang cuba untuk
mempermainkan hidupnya? Mahu sahaja dia menjerit. Geram, marah semuanya bercampur. Kalau ingin diikutkan hati mahu sahaja dia
mengetuk setiap meja sahabatnya di dalam kelas siapakah yang memberikan surat
itu. Tidak! Sudah pasti tiada siapa yang mengaku.
Wardina masuk ke dalam dorm sambil
memerhatikan Suria yang sedang jauh mengelamun.
Dia menggelengkan kepala. Apalah nak jadi dengan kawan aku sorang ni.
Asyik termenung je sejak akhir-akhir ni.
Mesti gara-gara Hang Tuah yang buatkan minah ni termenung macam nak
tembus dinding dibuatnya.
“Oi!
Teringatkan hero Hang Tuah ke?” Sergah Wardina.
“Engkau ni Dina, kalau bercakap tu
berlapiklah sikit. Boleh tak?” Suria
sedikit terasa akan pertanyaan Wardina itu tadi.
“Aku tengok kau sekarang ni dah
lainlah Su. Asyik termenung panjang ke
aku tengok. Nampak gayanya kau dah jatuh
hati dengan Hang Tuah tu.” Serkap
Wardina lagi.
“Gila kau. Kenal tidak, jumpa tidak mana boleh aku jatuh
cinta dengan dia? kau tu jangan nak buat cerita lain pulak ye.” Suria cuba
untuk menolak perasaannya. Masakan mahu
dia mengaku akan hatinya sendiri.
“Yelah…. Dari pantun yang dia beri
kau terpaut hati dengan dia. Apa yang
dia kata pada kau hari tu? Syahdu
tu. Kalau aku pun cair dengarnya.” Ujar
Wardina.
“Tapi aku tak puas hatilah. Selagi aku tidak tahu siapakah Hang Tuah yang
sebenarnya. Budak lelaki di dalam kelas
kita bukannya ramai sangat. Cuma ada 4
orang saja. Itu pun aku tak boleh nak agak.
Bijak betul Hang Tuah ni simpan rahsia.”
“Ala dia pun takut nak buka pekung
di dada. Mungkin dia segan akan dikata
atau pun dia takut kau marah dia. Bukan
ke hari tu kalau nak jumpa dengan dia nak bagi penumbuk sulung kat dia. Tapi… best juga ada secret admire ni.” Usik Wardina.
Serta-merta wajah Suria bertukar mendung.
“Best apa? Tak tidur malam
adalah. Dok tanya siapa Hang Tuah di
zaman moden ni.”
“Aku takut bukan menumpuk sulung
yang kau nak bagi kat dia, silap haribulan kau berikan dia flying kiss kat Hang Tuah kau tu.”
Kian galak Wardina mengusik sahabatnya.
“Agaknya sampai bilalah dia nak
tulis surat kat kau, kan. Aku tengok dia
tak jemu nak berikan kau sampul ungu tu.
Makin lama makin kerap pulak aku tengok.
Aku rasalah dia pun memang betul-betul suka kat kau.”
Suria mengangguk perlahan. Dalam
diam dia mengiakan kata-kata Wardina itu.
Apa? Jatuh hati? Hello pleaselah…. Tapi….. Suria sedar sejak
akhir-akhir ini dia sering menantikan surat itu.
“Entalah Dina. Biarlah dia.
Aku yakin lama-kelamaan berhentilah dia tu.”
“
Aku bukan apa, aku takut silap haribulan dia hantar surat peminangan kat kau pulak
nanti.” Mendengarkan kata-kata Wardina
itu Suria menghinggapkan satu cubitan bisa di lengan Wardina.
“Agak-agaklah kau ni.”
“Agak-agak engkaulah… siapa agaknya
Hang Tuah tu ye?” Nah! Soalan maut
Wardina tujukan kepada Suria.
“Entahlah aku. Lagi aku fikirkan lagi buntu otak kepala
aku. Kau ada idea tak?” Tanya Suria pula
kepada Wardina. Saja untuk dia bertanyakan
jika tahu siapakah yang menghantarkan surat kepadanya.
“Kalau aku tahu tak adalah aku tanya
dengan kau.”
“Nak kata Syahrin aku rasa tak
mungkin. Bukankah dia dah ada buah hati?
Si Halina tu mana nak letak?”
“Aku rasa itu hanya sementara. Sebab gossip yang aku dengar dia dengan
Halina tengah perang besar. Aku tengok
si Syahrin tu asyik termenung je.” Ujar
Wardina.
“Atau pun Nazli?” Serkap Suria meminta pendapat dari
Wardina.
“Mungkin.”
“Tapi rasa tak mungkin. Sebab apa, si Dayang tu bukan main lagi
control dia. Ada ke patut nak makan ubat
pun dia sanggup jumpa dengan Nazli?”
“Itu ada potensi nak berikan kau
surat.” Fikir Wardina.
“Macam mana pulak dengan Nasir budak
kepala rock tu?” Perbincangan mereka
bertambah hangat. Suria dengan penuh
harapan dapat mengetahui siapakah Hang Tuah sebelum dia mengakhiri persekolahan
di sini. Sudah pasti bila rahsia tidak
dapat dirungkai rahsia akan kekal menjadi rahsia.
“Dia aku tengok sekarang ni dah tak
ada nyanyi lagu XPDC atau Search, tapi dah pandai layan lagu Anuar Zain. Itu yang aku sikit keliru. Macam mana dia boleh berubah sekarang ni aku
pun tak tahu. Kalau tidak orang yang
berikan semangat, kan? Yang pasti kepala gila-gila dia dah hilang entah ke
mana.”
Suria setia mendengarnya.
“Susah tau nak dengar dia menyanyi
lagu yang terkeluar anak tekak.
Entah-entah dia tak?” Teka Wardina.
“Takkan sampai macam tu sekali? Ini
yang buat aku pening kepala. Mereka semua ni nak sabotaj supaya aku gagal dalam
peperiksaan ke?” Suria sudah mula putus asa.
“Tinggal seorang lagi. Si Firdaus.
Aku tengok dia bukan main ceria lagi sekarang ni. Bila aku tanya dia tak menjawab. Dia kata dia dah ada jumpa mata air. Sebab itu aku syak dengan dia.” berbular biji mata Suria mendengar kata-kata
Wardina itu.
“Kau jangan nak buat cerita
pulak. Si Firdaus tu tengah bercinta
dengan si Gayah budak 6 Atas 1.”
“Ye ke? Macam mana aku boleh tak tahu. Wah!
Aku ingat aku yang ekspress, tapi kau lagi advanced dari aku. Kau boleh tahu sebelum dari aku.”
“Ala… aku malas nak hebohkan. Nanti dia kata aku yang bawa mulut
pulak. Sebab itu aku tak kisah yang dia
berubah. Sebab aku pasti bukan dia yang
hantar.” Ujar Suria penuh yakin.
“Hish! Pelik juga dengan kes kau ni Suria. Apa kata kita report je kat balai polis. Biar dia siasat siapa yang punya angkara.” Cadang
Wardina sambil menganggukkan kepala.
“Dah! Kau jangan nak mengada-ada. Banyak lagi kes yang dia orang nak
fikirkan. Setakat surat sekeping tu buat
dia orang gelak je tau.”
Meladak tawa Wardina bila Suria
berkata begitu.
“Aku dah surrender nak tahu siapa Hang Tuah ni. Tapi…”
“Tapi apa?” Wardina merapatkan
dirinya seolah ingin tahu.
“Aku dah jatuh hatilah.” Sebenarnya dia merasa malu untuk meluahkan
namun dia tidak boleh menipu dirinya.
“Dengan Hang Tuah? Kau biar
betul. Entah-entah dia saja nak kenakan
kau tak? Kau pula yang terhegeh-hegeh kat dia.
Aku rasa kau ni kena bawa berubat. Mana tahu nanti kau jawab STPM kau
tulis nama Hang Tuah sampai 10 muka surat.
Suria, aku rasa kau lupakan saja Hang Tuah tu. Kalau dah jodoh tu tak kemana.”
Suria termenung dan memikirkan akan
kata-kata Wardina itu tadi. Memang dia
ingin melupakannya. Namun setiap kali
ingin melupakannya setiap kali itulah warkah berwarna ungu ditatap.
STPM bakal menjelang tidak lama
lagi. Suria mengambil keputusan untuk
belajar bersama dengan Wardina demi ingin melupakan pengirim misteri itu. Namun ia tidak lama berkekalan. Warkah ungu itu datang lagi.
‘Tumpang
teduh di tepi perigi,
Menanti sahabat untuk bersua,
Walau ke mana adinda pergi,
Bawalah hati ini menyusur jua.
Argh!!!! Sudah sah!
Tak lama lagi boleh masuk hospital jiwa aku dibuatnya. Mahu sahaja Suria menjerit. Tapi tidak terluah. Sudah berkali dia bertanyakan kepada rakan
pelajar lelaki di dalam kelasnya. Namun
tiada siapa yang mengaku. Ialah siapa
yang nak mengaku. Nak control macho konon.
Tak gentleman langsung. Suria
melipat semula surat itu dan segera ingin melupakan warkah itu. Dia mesti bangkit agar tidak kecundang di
medan peperiksaan.
Peperiksaan STPM berlangsung dengan
lancar. Ingatan kepada Hang Tuah berjaya
ditepis. Suria menghela nafas lega
setelah kertas Pengajiam Am 2 yang juga kerta terakhir kini telah selesai. Dia bersama dengan Wardina meninggalkan dewan
peperiksaan sambil bersalaman dengan rakan-rakan yang lain. Di dalam diam Suria menyimpan harapan agar
hari ini segala pertanyaan akan terjawab.
Namun hampa, bukan sahaja jawapan malahan juga warkah yang selalu
singgah di halaman bukunya juga tiada.
Dia tahu Hang Tuah yang selama ini menjadi pengirim misteri akan kekal
sebagai satu rahsia.
Akhirnya Suria berlalu dengan
harapan dan angan yang kosong yang pastinya dia sendiri tiada jawapannya. Suria masih lagi berpaling ke arah Sekolah
Dato’ Bentara Dalam sebagai lambaian terakhir.
Mungkin ini kali terakhir dia akan menjejaki kaki di sekolah ini. Perjalanannya masih jauh lagi. Banyak lagi yang perlu dirterokai. Sudah pasti warkah ungu itu tidak akan kelihatan
lagi.
SEPULUH tahun sudah berlalu. Kini, Suria sudah pun menjadi seorang
pendidik. Dan berita terkini adalah dia
sudah disunting orang. Ya, Suria sudah
menjadi tunangan orang dan akan bergelar isteri tidak lama lagi. Walau pun tidak pernah bercinta, namun Suria
sedar bahawa percaturan jodoh dari keluarga memberikan keistimewaan yang
tersendiri. Berkat dan restu dari orang
tua Suria tekad untuk belajar dan menyayangi dan menyintai tunangnya itu. Biar pun dia tidak pernah berjumpa, namun dia
yakin akan jodoh yang diaturkan oleh keluarga.
Minggu hadapan dia akan menghadiri
majlis alumni bagi kelas tingkatan 6 Dato’ Bentara Dalam bagi tahun 1997. Debarannya kian terasa kerana sudah tentu dia
akan disuakan dengan soalan dan pertanyaan yang bakal menyesakkan jiwanya. Bila nak kahwinlah, siapa nama tunanglah….
Pintu bilik diketuk
berkali-kali. Suria membuka pintu dan
ternyata wajah ibunya menghiasi ruang mata. Halimah menghulurkan sepucuk surat
yang ternyata membuatkan dia terkejut.
“Ini ada orang berikan kamu
surat.” Suria menyambut surat tanpa
alamat itu. Getaran hatinya muka
bertandang. Surat yang selama ini hampir
dilupakan. Surat ungu yang pernah
membuatkan dia tidak tidur malam. Suria
membuka surat dan sekali lagi dia terkejut akan surat itu dipenuhi dengan
tulisan tangan dan bukannya bertaip seperti selalu.
‘Duduk
berdua di pohon jati,
Duduk bersama penuh cerita,
Kasih
adik disimpul mati,
Seiring
bersama dimahligai cinta.
Kalau
cinta berikan tanda,
Untuk
pengubat hati yang sedih,
Terima kasih wahai adinda,
Terima
kanda mengikat kasih.
Tatapan buat adindaku sayang….
Buat pertama kali maaf kiranya
terlalu lama menantikan warkah yang tidak seberapa ini dan terlalu lama merahsiakan akan hal yang sebenarnya. Hati hamba sudah tertawan sejak pertama kali
bertemu. Semakin kerap hamba ingin
mengenali adida semakin kerap juga dugaan yang mendatang. Sesungguhnya setiap dugaan yang datang sudah
pasti ada hikmah disebaliknya. Hamba
tahu, segala apa yang berlaku akan menjadi baik keesokkan harinya.
Disaat
kasih putus di tengah jalan, adinda menjadi penyambungnya walau pun adinda diam
seribu bahasa. Dari jauh hamba tahu yang
adinda sering menantikan surat dari hamba.
Hamba tahu yang adinda rindukan hamba.
Hamba
cuba untuk mendiamkan diri, namun dengan sepuluh musim yang kini sudah berlalu
dan hamba percaya kepada jodoh yang telah ditentukan. Dan kini… er… abang mengambil langkah drastik
dengan menyunting adinda. Kalau sudah
jodoh tidak kemana. Abang gembira saat
adinda setuju dengan lamaran abang. Er… er… sayang, maaf sekali lagi kalau
selama ini membuatkan sayang menanti terlalu lama. Yang pasti selepas ini abang akan selalu
disampingmu…. Dan rahsia kini bakal berakhir tidak lama lagi. Dan yang pasti untuk pertemuan kita nanti
abang akan berada di sisi sayang. Percayalah…. Dan abang akan pastikan yang
sayang akan menjadi milik abang.
Yang
Benar,
Hang Tuah@abang
Suria berlalu meninggalkan kamarnya
dan lantas mendapatkan ibunya. Sampai
sahaja di ruang tamu dia cuba mencari kelibat yang akan menjadi jawapan kepada
teka-tekinya selama ini. Namun dia
hampa.
“Mana dia mak?” Suria masih lagi mencari.
“Siapa? Tunang kamu?
Dah balik dah. Dia kata jumpa
minggu depan.” Pesan Mak Limah.
“Mak…. Dari hari tu tak nak berikan
nama tunang Su. Mak saja nak berpakat
dengan bakal menantu mak tu kan? Berapa
rasuah yang dia berikan kat mak? Mak… cakaplah…”
“Tak boleh. Amanah orang.
Yang pasti bakal menantu mak tu baik budi pekertinya. Mak yakin dia boleh bahagiakan anak mak ni.”
“Mak ni orang tanya yang lain dia
jawab yang lain pulak.”
“Sabar ye sayang. Sabar tu kan separuh dari iman.” Pujuk Mak Limah yang membuatkan Suria terkedu
dan mula pening semula!
Suasana malam itu kelihatan meriah
dengan pertemuan semula bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Dato’ Bentara
Dalam. Suria cuba mencari kelibat
sahabat yang mungkin dia kenali. Sudah sepuluh
tahun tidak bersua dan cuma telefon penyambung silaturrahim namun ada yang dia
gagal untuk mengenali sahabat sekelasnya sendiri.
Dia cuba untuk mencari sahabatnya,
Wardina. Namun gagal. Mungkin Wardina belum sampai agaknya. Telahan Suria. Tiba-tiba Suria tersentak apabila
mendengarkan suara yang memberi salam.
Dia berpaling.
“La… Syahrin. Awak rupanya. Ingatkan siapa.” Syahrin tersenyum dengan sambutan Suria itu.
“Awak kenal lagi dengan saya, ye.
Awak cari siapa?”
“Dina…. Dah lama sangat tak berjumpa
dengan dia. Awak seorang je ke? Halina
mana?” Syahrin menunding jari ke arah satu sudut. Kelihatan Halina sedang sarat mengandung.
“Tahniah! Bila nak bersalin?”
“Itu kena tanya suaminya lah.” Suria mengerut dahi tanpa tidak faham.
“Dia mengandung, tapi bukan
mengandungkan anak saya.”
“Jadi… awak dengan dia….” Syahrin menggelengkan kepala.
“Habis awak datang dengan siapa?”
“Dengan tunang.” Suria mengangguk.
“Mana tunang awak tu?” Syahrin
tersenyum dan cuba melihat reaksi Suria.
“Ada kat sayalah.”
“Saya tak faham.”
“Bukankah saya katakan untuk
pertemuan ini saya akan berada di sisi?” Suria memandang tepat kepada anak mata
Syahrin. Cuba untuk mencari kebenaranya.
“Kalau
cinta berikan tanda,
Untuk
pengubat hati yang sedih,
Terima kasih wahai adinda,
Terima
kanda mengikat kasih.”
Air
mata Suria bagaikan ingin tumpah. Dia
tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
Tak mungkin!
“Abang minta maaf kalau selama ini
abang cuma menjadikan surat sebagai orang ketiga abang dalam mencari cinta
Su. Abang takut sebenarnya. Takut dengan bayang-bayang cinta monyet abang
dan juga mencari cinta suci abang.”
“Sepuluh tahun abang pendamkan
semuanya. Puas abang cari Su. Akhirnya abang berjumpa dengan Su bila abang
dapat tahu yang bakal mak mertua abang ni rakan baik semasa mengerjakan
haji. Bagaikan bulan jatuh di riba bila
umi suruh menyunting Su. Memang itu yang
abang nantikan. Abang ingin menebus
segalanya untuk Su.”
“Kenapa buat saya macam ni? Buat saya tertanya, buat saya tak tidur malam. Buat saya termenung sana sini.”
“Jadi selama ini Su pun dah jatuh
cinta dengan abanglah.” Senyuman manis yang dilemparkan oleh Syahrin itu
membuatkan airmata Suria akhirnya tumpah.
Kini segala teki-tekinya sudah terjawab.
“Ingat masa kita berlanggar masa Su
nak ke perpustakaan? Masa tu saja je
abang bagi dengan tangan nak tengok apa reaksi Su. Ternyata abang tak bertepuk sebelah tangan
bila Su sanggup baca surat abang.”
Suria menyeka air matanya. Kalau tidak kerana hatinya sudah terikat
dengan ‘Hang Tuah’ sudah tentu Syahrin sudah terkena penumbuk sulungnya. Ye!
Memang dia sudah lama menyintai ‘Hang Tuah’ ops! Syahrin di dalam
diam.
“Saat cincin tersarung di jari manis
mu sayang abang berjanji dan saat tibanya ijabnya kita nanti abang akan menjaga
sayang dengan sepenuh hati abang sepanjang hayat yang ada. Dan untuk untuk itu abang nak berikan kad
jemputan kita ni. Abang nak jemput semua
yang ada ke majlis kita.” Suria
menganga.
“Dah! Jangan macam tu sekali. Mak Su mesti tak beritahu yang kita nikah
bulan depan.” Bulan depan?
Saat itu wajah Wardina menerjah di
ruang matanya. Namun dia bagaikan batu
dan tidak reaksi.
Akhirnya dia tersentak apabila
Wardina memeluknya.
“Wei! Ko datang dengan siapa?” Pertanyaan itu bagaikan tidak didengar.
“Wei! Aku tanya dengan kau ni. Kau datang dengan siapa?”
“Er… tunang.”
“Syahrin?” Nada itu membuatkan Syahrin cuma tersenyum.
Wardina bagaikan tidak percaya. Tidak berkelip matanya memandang kepada
Syahrin.
“Nah, kad jemputan kami.” Belum lagi Suria berkata apa Syahrin telah
pun menyerahkan kad jemputan kepada Wardina.
Wardina membuka kad jemputan itu dan
sekali lagi Wardina terkejut.
“Kau Hang Tuah?”
“Yup. Akulah hero Malaya Suria. I
really love her.”
Dan Suria…. Dia masih tidak percaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)