COPY RIGHT

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Pantun Kasih

Siti Norshimah Md Yasan | 7:14 AM |

Harum mekar si bunga melati,
Kalungan bunga sedia ditempah,
Kasih dan cinta kusimpul mati,
Agar bersemi sayang melimpah.


Jangan dihitung hati kecewa,
Kelak merana jiwa dan raga,
Janji hidup kehujung nyawa,
Tetap bersama walau apa menduga.


Bunga harum tumbuh melata,
Bunga bernama si bunga selasih,
Berkait kelingking seia sekata,
Beriring bersama dimahligai kasih.


Hujung perigi meminta jerami,
Jerami bersusun sipadi huma,
Indah melingar cinta bersemi,
Keakhir hayat tetap bersama.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page