Anekdot Uncle: Kisah 2

Teratak pena | 3:58 PM | Be the first to comment!


Uncle masuk ke dalam premis dengan hati yang girang. Dia menyanyi riang sambil mengangkat tangan kepada staf kaunter.
"Selamat pagi, uncle."
"Good morning, uncle. Cerianya uncle hari ni. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
Uncle tersenyum. Dia menggeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya.
"Amoi, uncle ada satu masalah. Auntie ada bagi uncle hadiah. Tapi..."
"Kenapa uncle? Sim kad problem ke?"
Uncle menggeleng.
"Uncle mahu dengar lagu. Uncle mahu dengar sorang saja. Tapi masalahnya semua orang boleh dengar. Uncle tak ada dengar."
Staf kaunter menggarukan kepalanya.
"Uncle, kalau mahu dengar lagu seorang sahaja, kena guna ear phone. Itu, yang pasang dekat telinga."
Uncle kemudiannya mencapai sesuatu dari poket baju kemejanya pula.
"Amoi, you mesti pandai. Uncle sudah pasang dekat telinga. Tapi tak boleh. Boleh tolong uncle tak?"
Meratap staf kaunter melihatkan barang di tangan uncle.
"Uncle... Ini ear plug. Bukan ear phone. Wa..."

TIPS MENULIS NOVEL: Bagaimana menjana Idea

Teratak pena | 12:47 AM | 2 Comments so far


Bertemu kembali semua....

Harap semuanya sihat dan berbahagia

Okey, kali ini saya nak share tips menulis novel : Bagaimana menjana idea

Idea... ianya adalah sesuatu yang subjektif. Idea boleh kita perolehi daripada pembacaan kita, pengalaman, atau pun apa yang berlaku di sekeliling kita. 

Tahu atau tidak, daripada sumber-sumber di atas, kita boleh menulis senaskah novel. Ya, mungkin kita perlukan sedikit imaginasi untuk kita kembangkan jalan cerita.

Walau bagaimana pun. sesebuah novel yang kita nak hasilkan, perlu kita timbang-tara dengan genre yang akan kita tulis nanti. Kalau saya, mestilah genre cinta. Sebab cinta itu sesuatu yang luas. Tidak semestinya cinta antara adam dan hawa. Malah cinta kita dengan Allah, keluarga, dan  juga cinta kita terhadap masyarakat. Namun, idea itu kena selari dengan genre yang kita mahu tulis. 

Sebagai penulis, kita perlu banyak memerhati. Pemerhatian itulah akan timbul idea. Walau pun kita rasa ianya sekecil peristiwa, namun siapa sangka akan menjadi satu cerita. 

Untuk diri saya sediri, pemerhatian itu penting. Dengan pemerhatian, kita boleh mengulas sesuatu idea. Okey, saya bagi contoh. 

Contoh yang saya nak bagi ini adalah contoh untuk 2 novel saya yang saya dapat idea dengan pemerhatian saya. 

1. CEO TAK DIJANGKA
- Novel ini mengisahkan seorang anak muda yang berniaga burger tiba-tiba menerima satu wasiat untuk menjadi seorang CEO. Oleh sebab dia tidak mahu memegang jawatan seorang CEO dia ingkar wasiat dengan berkahwin dengan pembantunya. Sedangkan sepatutnya dia berkahwin dengan anak CEO tersebut. Walau bagaimana pun, apabila wasiat kedua dibaca, Dia tetap menjadi CEO dan ini membuatkan anak CEO itu marah. Di penghujung cerita, baru kita tahu siapa sebenarnya Hadif (HERO)

Okey... idea yang saya dapat ni, masa saya tunggu beli burger. Saya hanya memerhati dari jauh. Saya tengok anak muka yang jual burger tu, nampak bersungguh-sungguh. Ketika itu, ada seorang kanak-kanak yang sedang menunggu. 

- Apa idea yang saya dapat:
a. Kalaulah budak burger  ni tida-tiba dapat durian runtuh. Macam mana agaknya.
b. Dia belanja kanak-kanak itu sebab kanak-kanak itu tidak cukup duit. - Idea yang saya dapat: Di dalam cerita Ceo Tak Dijangka, Hadif mempertahankan rumah anak yatim yang diusahakan oleh Reisya sehinggakan dia sanggup berkahwin dengan Reisya demi mahu menyelamatkan rumah anak yatim itu dijual.

2. KESUMA JIWA
- Novel ni kisah seorang anak muda yang pemalas yang amat. Namanya Jiwa. Kerja dia makan tidur dan ukur jalan. Abah dia pengusaha kebun pisang. Omak dia, jual  pisang goreng. Hingga pada satu peristiwa, dia berusaha untuk memperbaiki dirinya apabila isterinya curang dan sering kali menghina dirinya. Daripada seorang pemuda yang pemalas, akhirnya dia menjadi seorang yang berjaya. 

Okey... idea cerita ni saya dapat semasa saya balik kampung. Rumah mak saya berhadapan dengan kebun pisang. Tidaklah besar mana. Tapi, banyak juga pokok pisang yang ditanam. Kemudian, datang tuan tanah (sepasang suami isteri) mengerjakan tanah itu. 

apa idea yang saya dapat: 
a. Ke mana anaknya pergi? Kenapa dia tak nak tolong mak dengan abah dia kat kebun? - kat sini saya dapat idea. Hurm... anak dia pemalas. (sebenarnya... anak dia tengah belajar... hahaha... dan ada yang bekerja di bandar)

Jadi, bila dah dapat idea, barulah kita wujudkan konflik-konflik yang lain. 

Biasakan dengan pertanyaan ini:

Bagaimana
Apa
Siapa
Macam mana

Kita melihat, kita bertanya. Kita bertanya, kita menjawab. 

Insya Allah.... akan terjadi satu cerita.


Anekdot Uncle : Kisah 1

Teratak pena | 10:57 AM | 2 Comments so far


Uncle mengangkat tangan sambil tersenyum riang. Ketika itu, kakinya sudah pun melangkah masuk ke dalam premis untuk membuat urusan. Staf kaunter yang berada di kaunter pertanyaan, turut tersenyum.

"Selamat pagi, uncle. Sudah lama tak datang sini. Uncle sihat?"

"Uncle banyak sihat. Amoi, uncle mahu buat internet yang baru punya. Boleh ka?"

"Boleh... Tak ada masalah. Uncle isi borang dulu, ya." Staf kaunter bermanis mulut sambil menyerahkan borang kepada uncle.

"Wah! Banyak soalan yang uncle kena jawab. Macam SPM."

"Jangan risau, uncle. Semua soalan senang saja."

Uncle membaca setiap perkataan dan ayat di atas borang.

"Nombor rumah kena isi, nombor jalan, nombor poskod, contact nombor, pilih nombor, tapi... Ada satu nombor amoi tak nak ke?"

Borang bertukar tangan. Staf kaunter menggarukan kepala.

"Uncle mahu letak nombor apa?"

"Nombor plat kereta tak mahu ke?"

"Uncle sudah beli kereta? Bestnya. Itu basikal tinggal rumahlah ya."

"Adoi, amoi. Berapa kali uncle cakap. Uncle bawa basikal. Itu plat kereta jiran sebelah punya. Cakap dengan itu teknikal jangan salah rumah."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2020 NJIAKREATIF. All rights reserved. | Sign in|Top of page