Teaser: CEO TIDAK DIJANGKA

Teratak pena | 9:18 PM |


Selamat malam semua....

Moga sihat hendaknya.  Okey, malam ni nak belanja teaser CEO TIDAK DIJANGKA.  Layankan ajelah ya.

Hadif melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang perlahan.  Lampu di ruang tamu juga tidak dihidupkan.  Jam di dinding menunjukkan ke angka 3 pagi.  Meraba juga dia di dalam gelap malam.  Segala barang jualan yang tidak habis diletakkan di atas meja.  Sayur-sayuran perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.  Sebolehnya dia tidak mahu mengejutkan ibunya yang sedang tidur.

“Hadif,”

“Ibu,” Hadif tersengih walau pun dia tahu ibunya itu hanya nampak akan tubuhnya sahaja.

“Kenapa tak tidur lagi?” Tanya Hadif perlahan. Dia melangkah menuju ke arah Puan Julia. 

“Tunggu kamulah.  Takkan nak tunggu menantu pulak.”  Hadif terus menghidupkan lampu ruang tamu.  Hadif menggarukan kepala yang tidak gatal.  ‘Ibu aku ni memang dah kemaruk nak bermenantu agaknya.’

“Ibu ni kan, suka sangat buat lawak.”

“Lawak tu lawak juga, Hadif.  Ibu ni, bila kamu keluar berniaga balik waktu macam ni ingat ibu tak risau ke?”  Puan Julia sudah mula membebel.

“La…. Ibu tak nampak ke yang Hadif ada bawak menantu ni?  Tu…”  Tunding Hadif.

“Hadif!”  Hadif ketawa.  Gelihati dia melihatkan ibunya yang sudah pun berubah wajah.

“Ha, tahu takut.”

“Yelah…. Cantik menantu ibu.  Mana Hadif jumpa?  Kalau macam ni lah menantu ibu, simpan je lah dalam rumah.  Jangan bagi dia keluar siang.  Bagi dia keluar malam macam Hadif.”  Kali ini Puan Julia pula yang cuba mengusik.

Hadif diam. “Ha, jangan pandang belakang.  Nanti lain yang datang.”

“Ibu jangan buat Hadif naik bulu roma.  Sudahlah tadi Hadif dah seram sejuk.”  Serta-merta wajah lelaki yang membiasakan ‘pakcik Hamdan’  segera terbayang di ruang matanya.

“Kenapa?  Hadif jumpa dengan bakal menantu ibu ke? Cantik tak dia?  Ada macam Neeolofa?  Nora Danish?”

“Ibu….”

“Manalah tahu kan, kamu tu penakut dengan perempuan.  Macamlah ibu tak kenal dengan kamu. Kalau jumpa perempuan mahu sebatu kamu duduk.  Bila ibu nak bermenantu macam ni, ibu pun tak tahu.”  Hadif tersenyum sambil memandang kepada Puan Julia.  Segera dia mencubit manja pipi ibunya itu.

“Ibu ni tak ada nak fikir yang lain.  Menantu tak habis-habis.  Ala… sampai masa nanti kahwinlah anak bertuah ibu ni.  Yang nak dirisaukan kenapa?”

“Hadif, umur ibu bukan main lama makin muda.  Macam kamu juga.  Umur kamu tu makin lama makin tua.” Puan Julia menarik lembut telinga Hadif.  Geram pula dia dengan kata-kata Hadif itu.

“Dahlah ibu.  Tak payah bincang pasal ni boleh tak?  Ha, tu…. Menantu mak dah lari.”  Sekali lagi bahu Hadif dipukul manja.

“Sakitlah ibu.”

“Kamu main-mainkan ibu ye.”  Hadif tersengih.

3 comments:

  1. Replies
    1. maafkan saya, buku ni kehabisan stok dengan saya. kalau nak boleh dapatkan di kedai buku berhampiran

      Delete
  2. Tergerak hati saya nak buka blogger sis.. saya pun penulis di aplikasi yang sangat glamor iaitu Wattpad.. Masa saya buka blogger ni , saya rasa nak memperbaiki tulisan manuskrip saya .. Terima kasih atas tips tips tu... saya amat menghargai..

    saya pun adalah peminat karya sis , antaranya karya CEO TIDAK DIJANGKA.. banyak pengajaran dan pengetahuan baru dalam karya tu ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2020 NJIAKREATIF. All rights reserved. | Sign in|Top of page