BAB 2
Ikhsan
mencapai kemeja merah yang sudah siap
digosok dan kemudian dia mengenakan di tubuhnya. Setelah dikancing semua butang, dia mencapai
sikat dan mengemaskan rambutnya yang hitam dan ikal itu. Semburan minyak wangi menerawang memenuhi
ruang bilik yang serba mewah dan elegan itu.
Ikhsan kemudiannya menutup radio yang menemaninya dari tadi. Sebelum keluar dari bilik sempat dia mencapai
tali leher berwarna merah yang terletak di atas katil.
Keluar sahaja dari bilik dia segera
menuju ke dapur dan membuka peti sejuk.
Dia mencapai fresh orange dan menuang ke dalam gelas. Roti di atas meja dicapai dan dimasukkan ke
dalam pembakar roti. Dia kemudiannya
membuka Ipad yang menjadi teman setia.
Segala e-mail yang diterima dijawab dengan sepantas yang boleh. Mana e-mail yang tidak penting dibiarkan dan
ditag untuk dijawab kemudian.
Setelah selesai bersarapan dia
kemudiannya menguncikan rumah dan sedia untuk memanaskan enjin kereta. Ikhsan, lebih gemar melakukan segala-galanya
dengan sendiri. Semenjak kecil dia sudah berdikari. Kini, setelah kehilangan kedua-dua orang
tuanya Ikhsan mampu melakukannya sendirian walaupun dia adalah CEO kepada
syarikat Gemilang Takluk.
Kereta BMW 6 series milik Ikhsan
kemudiannya keluar dari perkarangan rumah dan meluncur menuju ke pejabatnya
yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Ikhsan segera memakirkan kereta dan bergegas
keluar dari kereta setelah jam di tangan kanannya menunjukkan ke angka 9.30 pagi.
Masuk sahaja di dalam pejabat semua
pekerja sudah berada di meja masing-masing.
Tiada salam dan senyuman dia kemudiannya masuk ke dalam bilik. Desas-desus dari meja kakitangan tidak
dihiraukan. Note book di atas meja di
on. Segala kertas cadangan disemak semula. Tanpa menghiraukan apa-apa dia meneruskan
kerja.
Kerjanya terhenti apabila pintu
biliknya diketuk. Kelihatan wajah Kak
Chom, tukang cuci pejabat itu singgah di pejabat.
“Kak Chom, ingatkan siapa.” Sambut
Ikhsan dengan senyuman. Dia kemudianya
bangkit dan melabuhkan punggung di sofa untuk memberi peluang kepada Kak Chom
menjalankan tugasnya.
Kak Chom dengan pantas mengelap
bersih meja milik Ihsan sambil tangan kirinya menyusun kertas dan fail yang
berselerakan. Sambil membersihkan meja
sempat juga Kak Chom memandang kepada anak muda yang sudah dianggap seperti
anak itu. Sudah lama Kak Chom bekerja
dengan syarikat itu. Semenjak Iksan
kecil lagi. Ketika itu Ikhsan sudah pun
kehilangan ibu. Dengan Kak Chomlah ada
masa tempat dia menumpang manja.
“Kak Chom ingat dah lupa nak senyum
tadi.” Tegur Kak Chom menyindir tatkala
melihatkan Ikhsan yang leka dengan Ipadnya.
“Perli saya nampaknya Kak Chom. Bukan ke saya dah senyum dengan Kak Chom
tadi.” Ujar Ikhsan tanpa memandang sedikit pun kepada Kak Chom.
“Yelah… dengan Kak Chom bolehlah nak
senyum. Tapi… kat luar tu, dah kempunan
nak tengok Encik Ikhsan ni tersenyum tau.”
Ikhsan tersenyum dengan usikan Kak
Chom itu. Dengan segera dia meletakkan
Ipad di atas meja. Dia menggelengkan
kepala. Memang benar akan kata-kata Kak
Chom itu. Memang sudah tidak boleh
diubah sikapnya yang terlalu tegas itu.
Baginya sekiranya dia terlalu baik hati sampai masa ada sahaja
pekerjanya akan memijak kepala. Kerana
itu juga dia tidak mahu memasang setiausaha atau PA kerana dia tahu akan
sikapnya sendiri.
“Senyum lagi. Kalaulah senyum tu sedekahkan sikit kat luar
tu bukan ke elok Encik Ikhsan.”
“Tak naklah saya. Nanti orang kata saya hilang ingatan
pulak. Tak pernah senyum nak senyum. Kak Chom jelah senyumkan untuk saya buat bagi
pihak.” Sambut Ikhsan.
“Hish! Ke situ pulak. Encik Ikhsan, senyum tu bukan
ke satu sedekah.” Kak Chom meneruskan
kerja yang masih berbaki sedangkan Ikhsan hanya menjadi pemerhati.
“Kak Chom masak apa hari ni?” Pertanyaan itu membuatkan Kak Chom
terhenti. Kak Chom tersenyum dan
menghampiri Ikhsan sambil membawa perkakas mencuci di tangan.
“Ini yang Kak Chom nak cakap. Pagi ni Kak Chom ada buat nasi lemak
lebih. Kalau Encik Ihsan nak makan nanti
boleh Kak Chom bawa masuk bilik.”
“Tengahari?”
Kak Chom tersenyum lagi. Saban hari memang dia memasak untuk Ikhsan
memandangkan Ikhsan tidak gemar untuk makan di luar. Namun hakikat yang sebenarnya dia tidak
sempat untuk keluar kerana timbunan kerja yang terpaksa dia lakukan. Akhirnya Kak Chom yang menjadi mangsa
menyediakan makanan saban hari.
Seandainya Kak Chom cuti dia rela mengikat perut untuk keluar mencari
makan. Namun rakannya Shah Adam pula
yang menjadi mangsa membeli makanan.
“Kak Chom buat ikan keli masak lemak
cili api dengan sayur bendi goreng je.”
Mendengarkan menu kegemarannya membuatkan dia menelan air liur. Laparlah pulak.
“Sedapnya Kak Chom. Ini yang tak sabar nak makan. Kalau Kak Chom masak memang tak ada siapa
yang boleh lawan.”
“Pandailah Encik Ikhsan cakap. Itulah…. Dah berbuih mulut Kak Chom ni
cakap. Kahwin, Encik Ikhsan. Sekurang-kurangnya ada yang jaga makan dan
minum. Ini tidak, nak juga
membujang. Nanti kalau jadi bujang
terlajak rugi tu Encik Ikhsan.” Bebelan
dari Kak Chom itu bagaikan nyayian di telinga
Ikhsan. Bukan sekali dua dia
mendengarkan kata-kata itu, malahan boleh setiap hari Kak Chom akan bercerita
tentang perkara yang sama. JODOH! Sudah
menjadi seperti alergi pada dirinya.
Nasib baik hanya Kak Chom yang rajin
membebel tentang jodohnya. Kalaulah ada
orang tuanya pasti di rumah dia akan diterjah dengan cerita yang sama. Jodoh?
Macam mana nak kahwin kalau ‘mambang’ pun tak ada. Kalau ada pun selalu
sahaja dia menolak. Sampaikan Shah Adam
pening dengan sikapnya. Sampaikan Shah Adam menggelarkan dirinya sebagai ‘Mamat
Mata Kayu Hati Batu’. Ah, lantaklah orang nak kata apa pun. Yang pasti tak kacau hidup orang.
“Kak Chom jelah kahwin dengan
saya.” Usik Ikhsan dalam tawa.
“Dah mulalah tu nak buat lawak antarabangsa
kat sini. Layan Encik Ikhsan ni memang
satu kerja tak jalan.” Kak Chom pun
mengambil barang-barang yang lain di sisi meja Ikhsan. Ikhsan masih lagi tersenyum gelihati.
“Nanti Kak Chom cari calon baru
padan muka.”
“Carilah kalau berani.” Sahut Ikhsan dengan berani.
Pintu bilik diketuk kuat. Ikhsan dan Kak Chom sama-sama memandang
kepada pintu bilik itu.
“Ha, itu mungkin calon isteri nak
masuk.”
Belum sempat Ikhsan berkata apa,
pintu biliknya dikuak. Lantas wajah Shah
Adam memecah pandangan Ikhsan dan Kak Chom.
Ikhsan menepuk dahi dan Kak Chom cuma tergelak kecil.
“Kak Chom ni agak-agaklah nak
lagakan saya dengan si jejaka perasan ni. E…. selisih.”
“Sekurang-kurangnya jejaka perasan
ni dah kahwin dan ada anak satu tau.”
Kak Chom mengangguk pantas.
Sengaja memberi panas hati Ikhsan.
“Encik Adam, dah macam tanah liat
kak Chom cakap dengan Encik Ikhsan. Tak serap air langsung. Kali ni Encik Adam sajalah yang bebelkan
dia.” Shah Adam tersenyum. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Kak Chom
itu. Ini mesti pasal jodoh. Nampaknya sahabatnya itu perlukan bantuan
hati. Kalau berlarutan sudah pasti hidup
sendirilah nampaknya.
“Dia ni memang macam tu, Kak
Chom. Kalau orang dah mata kayu hati
batu ni susah dah nak lentur. Tak
tahulah apa nak jadi dengan kawan saya ni Kak Chom. Kalaulah dia kahwin Kak Chom, saya tak
tahulah macam mana agaknya.” Shah Adam menggelengkan
kepala saat dia memandang kepada Ikhsan yang berlagak seperti tiada apa.
“Kak Chom tahu yang Encik Ikhsan ni
baik. Beruntung siapa dapat kahwin
dengan dia. Kalaulah Kak Chom ada anak
perempuan awal-awal Kak Chom dah booking Encik Ikhsan ni.” Meledak tawa Shah Adam dan Ikhsan.
“Amboi Kak Chom, cakap mengalahkan
apa. Siap nak booking lagi.” Sampuk Ikhsan.
“Dahlah, Kak Chom keluar dulu. Nanti Kak Chom bawa masuk nasi lemak untuk Encik
Ikhsan.”
“Ikhsan saja ke Kak Chom? Saya punya ada tak?” Sengaja Shah Adam
mengusik. Sedangkan dia sudah pun
bersarapan dengan isteri tercinta di rumah.
Memang itu rutin hariannya. Bagi Shah Adam menikmati hidangan
bersama-sama adalah masa untuk mengeratkan lagi hubungan.
“Nak juga? Boleh, lagi pun Kak Chom bawa lebih
tadi. Nanti Kak Chom bawa.”
“Eh, tak payah. Saya gurau je. Dah kenyang makan dengan isteri saya
tadi.” Sengaja Shah Adam meninggikan
suara pada perkataan ‘isteri’ untuk melihatkan reaksi Ikhsan. Namun Ikhsan bagaikan tiada apa
perasaan.
“Erm… dia buat bodoh je.” Ikhsan! Ikhsan!
“Okey, jumpa lagi. Sekejap lagi Kak Chom datang balik bawah nasi
lemak Encik Ikhsan.” Kak Chom lantas meninggalkan Ikhsan dan Shah Adam sambil
tangannya penuh dengan perkakasan mencuci.
Shah Adam membantu membukakan pintu
untuk Kak Chom. Kemudiannya dia menutup
semula pintu dan duduk di kerusi tanpa kebenaran dari Ikhsan. Ikhsan memeluk tubuh dan memandang kepada
Shah Adam. Shah Adam menyambut pandangan
Ikhsan dengan senyuman sinis.
“Yang kau tersenyum macam nak
tercabut bibir tu dah kenapa?” Ikhsan melabuhkan punggung di hadapan Shah Adam
sambil mengangkat kening. Dia menantikan
kata-kata Shah Adam yang memandangnya bagaikan mahu menelan.
“Kau ni memang tak suka dengan
perempuan ke?” Amboi, sesedap rasa dia dikatakan sebegitu. Nampaknya kena makan kasut tengahari ni
ni.
“Fitnah tu, Adam. Kau tak baik tau
fitnah aku. Kau fitnah aku bagaikan kau
tikam jiwa aku ni.” Shah Adam tersenyum
lagi.
“Pukul berapa kau balik
semalam?” Tanya Shah Adan tegas.
“Pukul sebelas. Kenapa?”
Shah Adam mengeluh perlahan. Susah untuk dia berceritakan tentang sahabatnya
itu. Susah betul untuk dia melihat Ikhsan
keluar malam. Hujung minggu pula dia
banyak menghabiskan masa di rumah. Sudah
puas dia ‘melagakan’ wanita untuk dijadikan teman, namun semuanya hampa. Ikhsan lebih banyak menolak dari
menerima. Namun Shah Adam masih belum mahu berputus asa. Selagi dia ada, dia mahu melihat akan
sahabatnya itu bahagia. Bukan apa,
Ikhsan sudah lama bersendirian. Sampai
masa untuk dia punya teman istimewa yang mungkin akan menjadi isteri.
“Tidaklah, kalau ada setiausaha atau
PA sekurang-kurangnya kurang sikit beban kau.
Ini tidak, pergi pagi balik malam.
Memang kau tak ada social life ke Ikhsan? E… kau tak bosan ke hidup sendiri ni?”
Ikhsan terhenti menaip di papan
kekunci milik note booknya. Tajam
pandangan Ikhsan dengan menerima kata-kata Shah Adam itu. Nampak sangat dah lama tak makan kasut budak
ni. Kali ini Ikhsan pula yang tersenyum
sinis.
“Kau macam tak kenal dengan
aku. Dah sepuluh tahun aku hidup sendiri
tau. Aku selesa macam ni. Aku bebas untuk pulang pukul berapa, dan aku
memang tak mahu komitmen yang boleh merosakkan kerjaya aku. Kau tahu kan macam mana aku merangkak masa
aku kehilangan papa.”
Shah Adam memandang kepada
Ikhsan. Dia sedar, Ikhsan sudah
kehilangan ibu semasa kecil. Dan sepuluh tahun yang lalu papanya pula yang
meninggal dunia. Semua itu memberikan
tamparan hebat bagi Ikhsan. Dia juga
tidak menyalahkan Ikhsan sekiranya Ikhsan gemar bersendirian kerana sejak kecil
lagi dia didedahkan dengan sikap berdikari.
Namun itu bukan halangan untuk melihat Ikhsan berpasangan.
“Aku tahu,”
“So?”
“Tidaklah, sekurang-kurangnya kerja
kau teratur. Ini, nak makan tengahari
dengan kau pun aku kena buat temujanji?
Aku dah iklankan kerja PA untuk kau.”
Tenang sahaja Shah Adam membuat pengakuan.
“What?!”
“Jangan nak buat muka terkejut
sangat. Aku buat ni pun untuk kebaikan
kau. Biar kau boleh rehatkan badan. Balik awal dan cari kawan. Tak pun cari buah hati. Mana tahu tersangkut boleh jadikan
isteri. Ini tidak, semua kerja kau nak
buat.”
Shah Adam melihatkan wajah Ikhsan
yang sudah berubah itu. Di dalam hatinya
takut juga sekiranya Ikhsan tidak puas hati dengan tindakannya. Buatnya Ikhsan campak dari dari bangunan 30
tingkat melayang nyawa dibuatnya. Ikhsan
memandang kepada Shah Adam dengan pandangan yang agak dalam. Memang nak kena dia ni.
“Kau ingat syarikat ni kau yang
punya ye.” Tegas sahaja suara Ikhsan.
Shah Adam tersenggeh.
“Semua ni untuk kebaikan kau juga,
Ikhsan. Sekurang-kurangnya kerja kau
taklah tanggung seorang. Tak adalah kau
nak balik sampai lewat malam.” Shah Adam cuba untuk mencucuk jarum
pujukan. Ikhsan masih lagi tidak puas
hati.
Ikhsan mengaku yang dia tiada masa
untuk keluar apa lagi bertemu janji.
Hidupnya adalah kerja dan syarikat.
Kalau hari cuti rumah sahajalah tempat dia melepak sambil menyiapkan
kerja. Shah Adam sudah banyak kali
bising tentang kehidupannya. Namun itu
memang sudah menjadi rutin hariannya.
“Aku nak kau tarik balik jawatan
kosong tu dalam website.”
“Dah kenapa pulak. Aku nak tolong
kau ni.” Shah Adam kecewa dengan tindakan
Ikhsan itu.
“Aku kata tarik balik buat
sajalah. Kalau kau nak tolong aku cari
PA aku nak kau tarik balik jawatan tu.
Kalau tidak, kau saja yang bayar gaji dia.”
“Yelah! Hish!
Susahlah kau ni. Aku nak tolong
kau pun kena marah.” Ada nada merajuk
dalam kata-kata Shah Adam itu.
“Okey, kalau kau nak aku ambil PA
kau kena dengar cakap aku.” Bersinar mata Shah Adam mendengarkan butir-butir
kata Ikhsan.
“Apa dia?”
“Aku nak kau umumkan jawatan tu
dalam suratkhabar tempatan. Utusan Malaysia atau Berita Harian. Lepas tu aku cuma nak yang berkelulusan SPM
atau STPM sahaja. Yang lain biar aku yang fikirkan.”
“Apa? Kau ni nak cari PA ke atau nak cari cleaner?”
Terkejut Shah Adam dengan permintaan Ikhsan itu.
Kalau dulu bolehlah nak buat pengumunan dalam surat khabar. Sekarang ni dah zaman IT kot. Semuanya cepat dan pantas. Shah Adam menggelengkan kepala tanda kurang
setuju.
“Kau buat je apa yang aku
suruh. Dan pastikan calon tu aku yang
pilih.” Terang Ikhsan tegas.
Shah Adam bangkit dengan sedikit
kecewa. Namun dia terpaksa menerima
keputusan Ikhsan itu. Mungkin ada sebab
mengapa Ikhsan berbuat demikian. Walau
pun begitu ada sinar gembira di hati Shah Adam bila Ikhsan menerima pendapatnya
untuk menerima seorang PA untuk membantu kerja-kerja Ikhsan.
“Okey, aku buat hari ni juga.” Shah Adam berlalu menuju ke arah pinti bilik
Ikhsan. Dia memulas tombol pintu dan dia
sedikit terkejut bila Kak Chom sudah terpacul di depan pintu bilik Ikhsan. Kemudiannya berpaling kepada Ikhsan dan
kemudiannya menggelengkan kepala.
Ikhsan… Ikhsan….
No comments:
Post a Comment