BAB
2
Suasana waktu rehat di dalam café
begitu membinggitkan. Sudah keluar satu
department. Memanglah ramai orang. Macam semut bila masing menghurung tuan punya
café nak membeli makanan. Suraya dan
Hani segera mencari tempat duduk dan lantas Suraya mencapai pinggan Hani dan
menyuruh Hani membeli air.
Setelah membeli air, Hani menuju ke
arah Suraya yang sudah pun berjaya mencari tempat duduk. Hani melemparkan senyuman kepada Suraya. Surayalah teman baiknya sejak dari kecil
lagi. Suraya juga adalah anak kepada Mak
Temah, yang kakaknya selalu sahaja mengelarkan wanita itu Mak Temah vogue.
“Nah, air kau. Sarah mana?
Dia kata nak join.” Ujar Hani.
“Entah, ala…. Dia tak apa. Dia nak kejar apa. Yang kita ni, kena isi perut cepat
sikit. Nanti masa habis lambat masuk
singa betina tu bising kat kita. Tak jalan production
nanti. Kau nak?” Bebel Suraya.
“Wei, kau ni. Lambat lagi kot. Biasanya dia dah sampai. Ha, tu dia. Panjang umur.” Tunding Hani ke arah
Sarah. Sarah melambai kepada kedua-dua
rakan baiknya. Walau pun di bahagian HR namun dia lebih suka makan bersama-sama
dengan Hani dan Suraya. Sehinggakan
mereka menjadi teman baik.
“Maaflah, lambat sikit. Banyak kerja
yang aku kena buat.”
“Aku okey lagi. Ni….. minah ni yang tak sabar nak
makan.” Hani memandang kepada Suraya
sambil menggeleng. Hai, perangai anak
dengan mak sama je.
“Sorry
lah beb.”
“Ala… kau jangan layanlah minah
sengal ni. Pergilah beli makanan
kau.” Ujar Hani bila melihatkan wajah
kelat Suraya.
“Oi, mengadap rezeki jangan buat
muka macam tu. Lari rezeki kau tu
nanti.” Hai, geram pulak dia dengan
perangai si Suraya ni.
“Ada aku kisah? Kalau kau nak tunggu dia, kau tunggu. Aku nak makan dulu. Nak tunggu minah tu, memang tak berisilah
perut kita.” E…. rasa macam nak tarik je
rambut karat Suraya tu. Baru kerja
kilang, lagak macam orang kerja pejabat.
Ada masa Hani tak faham dengan sikap Suraya yang sudah memperlekeh orang
lain walau pun dengan kawan sendiri.
“Kau ni kan, cubalah bertimbang rasa
sikit. Aku cucuk kau dengan batang garfu
baru kau tau.” Acah Hani. Melihatkan wajah selamba Suraya itu
membuatkan hati Hani kian geram. Kalau
tak buat orang sakit hati memang tak sah.
Sarah kembali ke tempatnya dengan
menatang sepinggan nasi campur dengan sirap ais yang penuh di tangan. Dia melemparkan senyuman kepada Hani yang
setia menanti.
“Kenapa kau tak makan lagi Hani?”
“Aku tunggu kau lah ni. Tak macam minah senget ni. Lepaskan anak tekak dia je.” Sarah ketawa dengan kata-kata Hani.
Melihatkan Suraya yang sedang makan tanpa memandangnya, Sarah menggelengkan
kepala. Suraya….Suraya….
“Wei korang, esok korang nak balik
kampung kan?” Tanya Sarah sebelum dia
menyuapkan nasi ke mulut.
“Kenapa? Kau nak kirim apa-apa ke?”
“Atau kau nak ikut kita orang balik
kampung?” Pantas kepala Sarah memandang kepada Hani. Ermm…. Macam menarik je bunyinya.
“That’s
good idea.”
“Kau ni jangan nak speking London sangat boleh tak? Aku ni SPM pun cukup makan.” Ujar Hani.
“Kau ni Hani, benda simple macam tu takkan kau tak faham?”
“Sarah ni bukan boleh dipercaya
sangat. Bila dia bagi setempek kat kita,
mamai-mamai tau kita dibuatnya.” Sarah
ketawa dengan kata-kata Hani itu.
“Kalau aku ikut korang balik kampung
boleh tak?” Serta-merta Hani dan Suraya
memandnag kepada Sarah. Biar betul. Hani segera mengengkelkan matanya antara
percaya atau tidak dengan kata-kata Sarah.
“Kau jangan main-main. Kau biar betul.”
“Yelah, aku memang nak pergi kampung
korang. Hani, boleh lah. Aku tidur rumah kau ye.” Hani mengeluh kecil. Bukan dia tidak mahu mempelawa Sarah, tetapi
dia sedar yang dia bukan dari keluarga yang senang. Takut pula Sarah tidak selesa nanti.
“Aku bukan tak nak ajak kau,
Sarah. Aku ni orang miskin. Rumah aku pun rumah papan. Kau biasa rumah
batu.”
“Sebab itu aku nak pergi rumah
kau. Nak pergi rumah Suraya ada abang
dia. Tak nak aku.” Suraya mengangguk tanpa suara.
“Bolehlah Hani. Korang naiklah kereta aku.” Pujuk Sarah.
Dia tidak puas hati selagi Hani tidak setuju dengan angan-angannya.
“Aku takut kau tak biasa
nanti.” Sarah senyum dengan alasan
Hani.
“Belum cuba belum tahu.”
“Okey juga. Jimat sikit duit tambang kita, Hani.”
“Amboi, kau ni Su…. Kalau bab duit,
bukan main lagi celik semuanya.” Suraya
mencebikkan bibirnya. Dia buat tidak
tahu dengan kata-kata Hani itu.
“Betul ke kau nak tidur rumah
aku?” Tanya Hani selagi lagi. Boleh percaya ke ni?
“Betullah. Aku tidur rumah kau. Kan aku dah kata rumah Suraya ada
lelaki. Aku tak nak.”
“Eh, nanti kejap. Kau kata nak naik kereta kau. Bila masa pulak kau boleh bawa kereta? Bukan
ke kau datang kerja abah kau yang hantar?”
Sarah senggeh. He…he…he… memang
dia fobia bila dia pegang stereng semenjak dia kemalangan 3 tahun lepas. Selepas kemalangan abahnya pula bagaikan
pemandu kepada Sarah.
“Sarah, janganlah kau susahkan ayah
kau pulak. Tak payahlah wei.” Hani masih lagi berat untuk mempelawa Sarah
bertandang ke rumahnya.
“Itu kau jangan bimbang. Tahulah aku nak buat apa.”
“Sarah, kau jangan kata yang kau nak
bawak kereta tu. Aku tak nak. Nanti kau terbabas, aku tak nak tidur
hospital. Baik mak aku tak ada sakit
jantung terus gol pulak dia tu nanti.”
“Kau ni pun satu Hani. Tak ada fikiran lain. Cubalah kau fikir yang baik-baik.” Hani memandang kepada Suraya.
“Su, ini melibatkan nyawa tau
tak? Kau bukan tak tahu yang Sarah ni
dah lama tak pegang stereng.”
“Kejap, korang ni janganlah
gaduh. Bukan aku yang bawak kereta tu.”
“Habis siapa? Abah kau?”
“Pun bukan.”
“Habis siapa?”
“Abang akulah. Dia nak ke Melaka sebab nak jumpa dengan kawan
dia. Itu yang aku kata nak tumpang
dia. Bolehlah Hani. Aku nak sangat pergi kampung.” Renggek Sarah. Hai, serba-salah pulak rasanya bila Sarah
buat muka mengharap. Siap kelipkan mata
bagai. Aduh! Ini yang buat rasa tak senang.
“Habis balik?”
“Balik kita naiklah bas.”
“Pulak! Habis abang kau?” Tanya Suraya.
“Entah. Dia kata nak balik hari.”
“Ala…. Kalau macam tu, tak ada
gunanya juga. Ingat nak jimat duit
tambang tadi.” Sekali lagi Hani tidak
senang dengan kata-kata Suraya itu.
“Kau ni kan, kalau bab duit berkira
sangat.”
“Yelah, kau ingat yang kita ni kaya
sangat.”
“Yang si Sarah ni pun bukannya bodoh
sangat sampai tambang dia nak kita taja.
Tambang dia, dia bayarlah sendiri. Hai, kau ni….” Keluh Hani.
Suraya tersenggeh.
“Kira jadilah ye.”
“Seganlah kalau satu kereta dengan
abang kau.”
“Dah, tak ada alasan lagi. Aku dah cakap dengan abah dan umi aku yang
aku nak pergi kat kampung korang. Lagi
pun abang aku tak tak kisah.”
“Susahlah dengan kau ni Sarah. Kau jangan menyesal nanti.”
“Sekali pun tak.” Ujar Sarah bangga.
“Rumah aku tak ada aircond.” Sedaya upaya Hani cuba untuk memberi alasan.
“Alasan ditolak. Okeylah, masa rehat nak habis. Nanti aku ambil korang kat rumah. Esok jangan lupa pukul 8 pagi. Lagi cepat
bertolak lagi cepat sampai. E…. tak
sabarnya rasa.” Senyuman Sarah terukir
sehingga ke telinga. Sedangkan Hani? Dia menelan air liur sambil berfikir bagai
mana untuk dia memberitahu kepada ibunya.
No comments:
Post a Comment