Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar mimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Lirik Lagu: Gemuruh - Faizal Tahir
Teratak pena | 7:31 PM |
lagu
Be the first to comment!
Novel: Bisikan Cinta Bab 6
Teratak pena | 11:19 PM |
Bisikan Cinta
Be the first to comment!
BAB 6
Sofiah
melabuhkan punggung di atas meja Maya.
Maya yang sedang menulis tiba-tiba terhenti. Alamak, apa pulak yang minah seorang ni nak
dari aku? Harap pesonaliti saja yang
berubah peragai macam tu juga.
“Oi, anak dara tak baik duduk atas
meja.” Tegur Maya. Sofiah tersenyum. Tidak sekali menampakkan wajah salahnya. Pen di atas meja Maya dimain. Dipusing-pusingkan dan kemudiannya
mengetuk-ngetuk meja Maya.
“Hah, ada apa kau datang nak jumpa
aku? Kalau setakat nak suruh aku buat kerja kau, baik kau serahkan saja. Aku ada kerja yang nak disiapkan cepat Kalau lambat, kau tahu sajalah bos kita tu bila
dah mengamuk. Bagai nak runtuh bangunan
ini dibuatnya. Suara dia mengalahkan
tarzan dalam hutan. Kalau dah pekik,
macam gajah naik minyak. Hah, mana kerja
yang nak suruh aku buat? Aku tengok kau
berlenggang je.” Tanya Maya sambil
memandang tangan Sofiah di kiri dan kanan.
“Aku bukan nak bagi kau kerja. Tapi…. Kau nak tahu cerita tak pasal bos
kita? Hari tu masa kau keluar, aku
tengok dia bukan main mesra dengan seorang
perempuan. Aku ingat itu mesti
makwe dia. Kau tahu, cantik betul teman
wanita dia. Sampai aku pun sekarang ni
dah gigit jari. Baru nak masuk jarum,
yang kita berkenan dah ada buah hati. Itu yang aku frust. Walau bagai manapun aku tetap aku.”
“O… itu yang kau nak beritahu pada
aku. Aku ingatkan apa tadi. Confrim ke? Atau entah-entah teman kenalan dia.”
“Kalau teman kenalan takkan sampai
berpegang tangan? Itu yang aku
benggang. Tak apa. Nasib baik aku masih belum sempat nak simpan
perasaan serius terhadap dia. Kalau
tidak naya je.”
“Nasib baik kau berpijak di bumi
nyata. Itulah, dari dulu aku dah
beritahu pada kau. Kau juga yang tak nak
dengar. Nasib baik kau tak kembali
kepada pakaian seksi kau tu. Ala ….. nanti satu hari
kau juga akan bertemu cinta sejati. Hah,
macam aku ni. Tak lama lagi aku akan
naik pelamin kau tahu?” Sofiah terkejut
dengan pengakuan Maya.
“Ye ke Maya? Seronoknya.
Tak sangka betullah kau ni. Nak
kata kau ni solid, cantik lagi aku. Tapi
kau yang jalan dulu. Bertuah betullah
kau ni. Eh, bila kau nak kahwin?” Sofiah seperti tidak sabar untuk mengetahui
perkara selanjutnya.
“Cuti sekolah bulan lima nanti.
Nampaknya nanti bila aku cuti kahwin kau kena ambil alih kerja aku. Aku kalau boleh nak ambil cuti sebulan.” Sofiah membeliakkan mata apabila mendengarkan
saranan Maya itu.
“Kau gila ke? Mana ada orang ambil cuti kahwin sampai satu
bulan? Ini bukan syarikat kau.”
“Yelah. Mana masa aku nak buat bunga
telur, mana masa aku nak jahit langsir, nak tempah mak andam, nak beli barang,
nak bulan madu, semuanya aku dah senarai.
Lepas sepuluh bulan pulak aku dah bersalin. Tambah dua bulan lagi. Aku harap dari saat ini kau belajarlah kerja
aku ni sedikit demi sedikit. Nanti masa
aku naik pelamin tak adalah kau nak ganggu aku.
Macam man nak kira ini, macam mana nak buat itu, ala… kalau susah sangat aku suruhlah Encik Hafiz
buat kerja aku. Kau rasalah dia nak tak
buat kerja kerani ni?”
“Cik Maya, nak saya buat kerja
tukang sapu pun boleh.”
“Hah, bukankah aku dah cakap. Dia mesti nak. Ala …
dia duduk kat dalam tu bukannya ada buat kerja pun. Setakat pegang pen dua tiga minit lepas tu
bergayut. Bukan aku tak tahu kerja dia
dalam tu. Eh, kalau aku duduk dalam tu
ada gaya tak?”
“Ada , macam anak gajah duduk dalam sarkas.”
“Hah..” Maya tidak jadi sambung. Dia tahu, dia sudah terlepas cakap. Dia tahu
yang menyampuknya tadi adalah Hafiz.
Wajah Maya berubah. Dia menelan
air liur yang tersekat di kerongkong.
Perit dirasakan. Alamak, macam
mana aku boleh terlepas cakap. Itulah,
kata orang ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’.
“Maya, Sofiah, masuk bilik saya
sekejap.” Arah Hafiz. Sofiah dan Maya tersentak. Alamak…. Kenapa hah? Dia nak bagi surat amaran ke? Habislah macam ni. Itulah, lain kali jangan buat pekerjaan macam
ni lagi. Sekarang siapa yang susah.
“Itulah kau. Cakap tak nak memandang.” Bisik Sofiah ke telinga Maya.
“Aku mana tahu yang dia tiba-tiba
muncul. Aku pun pelik. Tiap kali aku mengumpat mesti dia
dengar. Dia ni ada pasang bomoh ke?” Sampuk Maya.
“Hish! Kamu ni.”
“Sudah habis bercakap?” Maya dan Sofiah terdiam. Hafiz yang duduk berhadapan dengan Maya dan
Sofiah kelihatan bersahaja.
Masing-masing kelu untuk berkata-kata.
Maya yang duduk bersebelahan dengan Sofiah mengambil kesempatan melihat
dengan jelas wajah Hafiz yang sememangnya kacak itu. Patutlah Sofiah perasan bagai nak gila. Raut wajah ala-ala cina dengan rambut ikal
dan dibiarkan sedikit menjamah dahinya membuatkan hati bergolak tika
memandangnya. Kening yang separa lebat
dengan bibirnya yang merah sudah pasti membuatkan perempuan yang memandang
pasti tidak tidur malam. Sudah pasti
bibir yang merah itu tidak pernah menjamah batang rokok yang menjadi simbol
kepada kaum lelaki.
Tanpa disedari Maya terlentok
tatkala memandang ke arah Hafiz.
“Kenapa dengan awak ni Maya? Kalau nak tidur pun bukan di sini.” Maya tersentak dengan teguran Hafiz. Sofiah yang berada di sisi berkerut dahi. Dalam masa macam ni si Maya nak bergurau lagi
ke?
“Encik Hafiz, saya nak minta
maaf. Saya janji lain kali saya akan
ikut segala araha yang Encik Hafiz berikan.
Saya janji saya tidak akan buat lagi.
Tolonglah. Janganlah beri saya
surat amaran. Kalau saya digantung kerja
apa saya nak makan nanti?”
“Siapa yang nak gantung awak
kerja? Saya panggil ni pun bukan sebab
itu. Oh ya, apa yang saya tahu Maya ada
ijazah dalam perakaunan. Betul
ke?” Maya sedikit tersentak. Macam mana dia ni boleh tahu? Fikiran Maya berputar mencari mereka yang cuba
membocorkan rahsianya. Maya memandang ke
arah Sofiah.
“Sorry Maya. Aku tak sengaja. Janganlah marah.”
“Perkara dah lepas. Nak hentam kau pun dia dah tahu.” Selamba saja Maya menjawab.
“Saya nak buat pertukaran.” Kata-kata Hafiz itu membuatkan Maya dan
Sofiah terkejut.
“Maksud Encik Hafiz, saya kena buat
kerja Maya ke?” Tanya Sofiah.
Hafiz menggeleng. “Bukan itu maksud saya.” Maya dan Sofiah membisu.
“Tidak lama lagi kita akan menerima
pengurus bahagian Marketing. Dia
juga merupakan adik saya. Dia akan
datang dalam masa satu minggu. Oleh itu
memandangkan saya yang menjaga akaun bagi syarikat ini, ingin menarik Maya dan
Sofiah saya akan letakkan di bawah jagaan adik saya Daniel. Saya harap tiada masalah antara kamu
berdua.”
“Kenapa saya pula? Tak ada orang lain ke Encik Hafiz nak
pilih?” Ujar Maya seperti tidak berpuas
hati.
“Maya ada ijazah dalam
perakaunan. Sebab itu saya pilih
awak. Tentang pemasaran Daniel boleh
ajar Sofiah. Lagi pun bahagian pemasaran
taklah susah sangat. Cuma saya
bimbangkan bahagian saya ini. Bukan
senang nak buat kira-kira. Saya tahu,
awak boleh buat Maya.”
“Itulah Sofiah. Aku dah cakap jangan beritahu orang
lain. Sekarang siapa yang susah? Aku juga yang susah. Aku bukan apa, dah lama aku tinggalkan ilmu
kira-kira ni. Dulu aku ikut buku, pakai
teori. Sekarang nak kena buat
praktikal. Hish, kau ni betul-betul
menyusahkan oranglah Sofiah. Apa yang
aku nak buat sekarang ni?” Bebel
Maya. Hafiz yang tahu akan perangai Maya
cuma menggelengkan kepala. Mulut macam
burung cabut ekor. Tak pernah senyap.
“Janganlah melenting, Maya. Sayakan ada.
Saya boleh bantu.” Celah
Hafiz. Maya ketawa. Sudah, apa pulak sekarang ni?
“Encik nak bantu saya? Boleh ke? Tak percayalah saya. Nanti silap hari bulan bukan Encik Hafiz ajar
saya, tapi saya yang akan ajar Encik Hafiz pulak.” Hafiz menggelengkan kepala apabila
mendengarkan Maya yang banyak cakap.
Macam manalah laki nak tahan kalau mulut macam ni.
“Apa? Awak ingat saya ni teruk sangat ke? Saya tak kira. Lagi pun keputusan ini bukannya atas pilihan
saya, tapi atas arahan Dato’ Khalil berkuatkuasa minggu depan. Kalau awak berdua tak puas hati boleh buat
aduan pada dia. Lagi pun saya bukannya
nak sangat setiausaha macam anak gajah ni.
Oleh sebab dah pilihan ayah saya terpaksalah saya akur. Lagi pun nanti tak adalah orang buat warong
kopi dalam pejabat ni.” Terasa pedih
mendengar sindiran Hafiz itu. Maya
mengetap gigi menahan marah.
“Saya harap kalau saya terima pun
janganlah anggap saya suka bekerja di bawah Encik Hafiz tetapi dengan arahan
Dato’ Khalil. Nasib baiklah saya bekerja
nak cari rezeki. Kalau Malaysia sekarang
ni senang nak cari kerja, dah lama saya berhenti. Tak apalah.
Kalau itu sudah keputusan dia, saya ikut saja.” Ucap Maya.
Sofiah yang masih setia di sisi Maya cuma membatu.
“Sofiah, saya akan berikan tempat
baru untuk awak. Nanti akan saya
kenalkan kepada awak bos yang baru iaitu Encik Daniel. Sudah, lepas ni awak berdua bolehlah
berkemas. Surat kenaikan pangkat awak
Maya, nanti akan menyusul. Bukankah awak
juga yang pernah berkata awak pernah menjawat jawatan setiausaha. Sekarang, saya nak tengok sejauh mana
kehebatan awak.”
“Ala … Encik Hafiz, bukannya susah sangat nak
jadi setiausaha ni. Telefon berbunyi,
ambil nota. Tiap pagi bacakan jadual
bos. Cukup masa, pergi makan. Apa bos
cakap semuanya kena tulis. Bos kata A,
setiausaha kena ikut. Kacang je.
Bukannya susah sangat. Setakat
kerja macam tu, sekelip mata saya oleh buat.”
Ujar Maya bangga.
“Yelah. Bukan itu saja, bila ada mesyuarat, awak kena
ikut saya. Bila saya buat laporan, awak
juga kena buat. Bila saya ada masalah,
awak juga yang akan kena. Bila saya nak
itu, awak kena ikut. Bila saya suruh
ini, awak kena turut. Dan yang paling penting,
saya akan jadi bos awak nanti.” Hafiz
tersenyum sinis. Dibiarkan wajah Maya
berubah. Biar dia tahu betapa susahnya
menjadi seorang setiausaha yang berjaya.
“Baiklah, sekarang awak berdua boleh
keluar. Saya ada banyak kerja lagi. Al-maklumlah.
Seperti ada orang kata, saya ni kaki gayut. Jadi sekarang ni saya nak bergayut dengan
ayah saya tentang keputusan ini. Jadi,
apa tunggu lagi?” Maya dan Sofiah
bangun. Kaki yang dipijak seperti tidak
bermaya. Terkejut dengan segala
keputusan yang mengejut.
“Oh ya, Sofiah. Sebelum awak keluar kalau Rozita berjumpa
dengan saya suruh dia tunggu. Okey?”
Sofiah mengangguk. Tak lama lagi,
tak dapatlah aku tengoknya muka hari-hari.
Usik hati Sofiah.
“Itulah Sofiah. Lain kali mulut tu jangan nak pandai buat
cerita. Sekarang ni aku ke mana, kau ke
mana. Aku bukan apa, aku malaslah nak kerja
bawah dia. Dia tu banyak perangai. Gerenti aku perang dengan dia setiap
hari.” Luah Maya selepas mereka keluar
dari bilik Hafiz.
“Aku pun dah tak boleh buat
apa. Nampak gayanya tak adalah peluang
kita nak berborak lagi. Kalau abang dah
perangai macam tu, aku tak tahu macam manalah perangai adik dia. Aku harap dia tidak seperti Encik Hafiz.”
“Entah-entah lagi teruk tak?” Serkap Maya.
“Engkau ni janganlah fikir yang
bukan-bukan.” Mereka kemudiannya
ketawa. Beberapa orang pekerja yang
berada di dalam pejabat itu, cuma tercenggang.
Biarlah.
Tiba-tiba ketawa Maya terhenti. Begitu juga dengan Sofiah. Wajah Maya nampak terkejut. Dia tidak menyangka, Rozita yang disebut oleh
Hafiz tadi adalah rakannya.
“Ita, apa kau buat kat sini?” Sofiah juga terkejut. Maya kenal dengan perempuan ni?
“Cik, Encik Hafiz ada? Saya nak berjumpa dengan dia.” Ujar Rozita
kepada Sofiah tanpa menjawab pertanyaan Maya.
Malahan Rozita juga sedikit pun tidak memandang ke arah Maya. Maya terkedu.
“Sekejap ye Cik. Saya panggilkan dia.” Sofiah berlalu meningalkan Maya dan Rozita.
“Ita, apa kau buat kat sini?”
“Aku punya sukalah. Kau jangan nak ganggu aku. Dan ingat, Maya. Kita di sini anggap saja tidak pernah kenal
antara satu sama lain.”
“Hai sayang…” Hafiz yang muncul dari dalam bilik kini
melangkah menuju ke arah Rozita. Rozita
kemudiannya memaut lengan Hafiz dengan manja sambil memandang sinis ke arah
Maya. Meluatnya aku. Maya yang melihatkan adegan itu mencebikkan
bibir.
“Hai… macam mana? Perut ni dah laparlah.” Renggek Rozita.
“Mari, kita pergi makan.” Ajak Hafiz.
Maya dan Sofiah yang melihat adegan mesra itu bagaikan nak
termuntah. E…. meluat sungguh. Maya menghantar pasangan itu dengan ekoran
mata dan seribu rasa kasihan kepada Hafiz.
Padan dengan muka kau, Hafiz.
Memang dah kena masuk perangkap nampak gayanya.
Puisi: Pantun Cinta
Teratak pena | 12:20 AM |
puisi
Be the first to comment!
Anak Penghulu cantik melaram,
Bersubang gading keliling kota,
Mengapa hati tidak tenteram,
Adakah ini tandanya cinta.
Pohon mengkudu di pinggir kota,
Pohon Kepayang si buah keranji,
Menganyam rindu membenih cinta,
Bersulam sayang bersemaikan janji.
Rindu sayang menjadi buruan,
Belaian kasin meruntun jiwa,
Hati gelisah tidak keruan,
Di manakah hati ingin dibawa.
Janji seia harus di kota,
Membawa hati tidak keruan,
Menyemai kasih menyemai cnta,
Hati rindu tidak keruan.
Bila sudah bertentang mata,
Hati gelisah ingin bersua,
Indah sungguh dilamun cinta,
Pinggan dan cawan serupa juga.
Baik-baik memasang pelita,
Api yang ada usah terkena,
Apakah ini tandanya cinta,
Mandi tak basah, tidur tak lena.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata,
Saat kita bertentang mata,
Lidah kelu tidak terkata.
MELODI CINTA Edisi 3: Cerpen Kuih Koci Pulut Hitam
Teratak pena | 8:08 PM |
Cerpen
Be the first to comment!
Al-hamdullilah....
Segala rezeki datangnya dari Allah. Sememangnya tidak menyangka akan cerpen ni boleh melepasi seisi penilaian dari Penulisan2U. Inilah kali pertama cerpen saya diterbitkan dan sesungguhnya memberi semangat untuk saya terus berkarya. Buku ini bakal dilancarkan semasa Pameran Buku Antarabangsa 2016 yang akan berlangsung selama dua minggu.
Buku antologi cerpen ini boleh diperolehi di sana dengan harga RM 16.00. Jom layan sedikit coretan dari Cerpen KUIH KOCI PULUT HITAM.
Berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Penulisan2U dan juga Karyaseni yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang penulis di dalam Antologi cerpen MELODI CINTA edisi 3. Kepada yang berminat, boleh dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa 2016.
Segala rezeki datangnya dari Allah. Sememangnya tidak menyangka akan cerpen ni boleh melepasi seisi penilaian dari Penulisan2U. Inilah kali pertama cerpen saya diterbitkan dan sesungguhnya memberi semangat untuk saya terus berkarya. Buku ini bakal dilancarkan semasa Pameran Buku Antarabangsa 2016 yang akan berlangsung selama dua minggu.
Buku antologi cerpen ini boleh diperolehi di sana dengan harga RM 16.00. Jom layan sedikit coretan dari Cerpen KUIH KOCI PULUT HITAM.
“Saya ni hantu kuih koci. Tambah lagi kuih koci pulut ni. Yang lain tak berapa sangat. Tapi…. Tak apalah. Bungkuskan saya talam berlauk tu seringgit. Tak pernah pula saya makan kuih ni.” Riang sahaja Ihsan menyambutnya. “Eh, kau ingat makan kuih koci macam makan nasi ke Ihsan. Banyak sangat ni. Aku tahulah kau suka dengan kuih ni tapi takkan banyak macam ni.” Tegur Rahim. “Jangan risaulah. Aku boleh habiskan. Betul tak Kasih?” Kasih tersentak. Wajah Kasih berubah. Pertanyaan Ihsan tidak dijawab. “Kasih?” Kasih tersentak.
Ihsan memandang kepada Kasih. Perubahan wajah Kasih itu benar-benar memberikan tanda tanya buat dirinya. Tiba-tiba dia bertanya kepada dirinya sendiri. Ah, adakah tersalah cakap atau kurang ajar perilakunya sehingga menyebabkan Kasih yang rasa gelisah?
Berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Penulisan2U dan juga Karyaseni yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang penulis di dalam Antologi cerpen MELODI CINTA edisi 3. Kepada yang berminat, boleh dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa 2016.
Cerpen: Menantu-Menantu Mak Senah
Teratak pena | 9:49 PM |
Cerpen
1 Comment so far
Menantu Mak Senah
Mak
Senah menyusun semua bekas kuih dan diletakkan di satu tempat. Kuih koci dan karipap yang masih berbaki
dikeluarkan dari bekas. Dia menyeluk
kocek bajunya dan mengeluarkan buku 555 untuk dia menulis keuntungan pada hari
itu. Melebar senyuman Mak Senah
melihatkan hanya berbaki tiga ketul sahaja yang tinggal. Al-hamdulillah rezeki hari ini. Mak Senah
memandang kepada Mak Limah tuan kedai tempat dia meletakkan kuihnya.
“Tak
banyak yang tinggal, Limah. Bolehlah aku
menyimpan.” Tegur Mak Senah sambil
tersenyum.
“Hari
ni pun aku tak menang tangan. Ramai
sangat. Maklumlah cuti sekolah. Itu yang ramai makan luar. Eh, Sarah mana? Biasanya dia yang datang ambil bekas-bekas
tu.” Mak Limah mencari.
“Ada
kat rumah tu. Tengah siapkan tempahan
tok penghulu. Katanya ada tetamu hari
ni. Dia minta buatkan bakar berlauk
dengan seri muka. Itu yang aku datang
tu. Kalau lupa mana aku nak sumbat kuih
aku esok ni.” Mak Limah tertawa.
“Siapa
yang nak datang?”
“Entah,
katanya kawan anaknya yang tinggal kat KL.
Saja nak datang bercuti.”
“Oooo….”
Tiba-tiba
pandangan mata Mak Limah terlihatkan Mak Temah yang sedang jalan berlenggang
sambil membawa payung. Di tangan
kanannya penuh dengan barang. Sambil
berjalan dia menyanyi riang.
“Amboi
Temah bukan main senang lagi kamu hari ni.” Tegur Mak Limah sambil matanya
ralit memandang barang yang sarat di tangan kanannya.
“Marilah
singgah.” Mak Temah menyimpang menuju ke gerai Mak Limah. Cuaca panas macam ni kalau pekena teh ‘o’ ais
ni boleh jugak. Tekak dah kering
ni. sudahlah penat mengangkut barang
dari kedai si Husin tu.
“Banyak
barang kau bawak, Temah. Kamu nak buat
kenduri ke?” Kali ini Mak Senah pula yang bersuara.
Melihatkan penampilan Mak Temah itu
membuatkan Mak Senah agak terpinggir.
Baju kebaya bersulam kalau tidak main ratus bukan sulam namanya. Barang kemas?
Usah cerita. Kalau tidak sampai
lengan atau rantai sampai ke pinggang bukan Temah namanya. Tak takut kena samun agaknya si Temah ni.
“Adalah
sikit. Panas betul hari ni. Eh, kamu berikan aku teh ‘o’ ais satu. Dahaga pulak rasanya.” Mak Limah masuk ke dalam dan membuat air
untuk Mak Temah. Mak Senah melabuhkan
punggung di hadapan Mak Temah sambil melemparkan senyuman.
“Barang
untuk seminggu ke Temah?”
“Tak
adalah Senah. Barang untuk masak esok
nanti.”
“Banyak
sangat ni. Macam nak buat kenduri satu
kampung.” Ujar Mak Senah.
“Hish!
Tak adalah Senah. Tapi kalau jadi
insyaallah aku jamu satu kampung.” Mak
Temah menyinsing lengan baju sambil mengibaskan tangannya. Mengerlip barang kemas Mak Temah. Silau setaman!
“Habis
tu?”
“Tak,
si Seri tu esok ada orang datang merisik.
Itu yang aku beli barang sikit.
Maklumlah nak jamu orang bandar.
Bakal besan aku tu duduk rumah besar. Seganlah aku kalau aku nak
hidangkan dia orang tu ikan masin.” Huh!
Tak tanya pun!
“Untunglah
kau Temah. Muda-muda lagi anak kau dah
ada jodoh.” Ada masa Mak Senah cemburu juga dengan Mak Temah. Namun dia sedar ada jodoh dan rezeki untuk
anak-anaknya.
“Siapa
yang tak kenal dengan anak Mak Temah?
Satu kampung tau beratur nak pinang anak aku. Cuma aku je yang tolak. Takkan nak tengok anak kita makan pasir. Tak gitu Senah?” Mak Senah mengangguk.
“Anak
kau bila lagi, Senah?” Soalan cepu emas itulah yang membuatkan Mak Senah kunci
mulut. Dia sendiri tidak tahu akan
jawapannya.
“Entahlah
Temah. Aku tak tahulah diaorang tu. Mungkin belum masanya untuk dia orang
kahwin.”
“Takkan
nak suruh anak kau tu jadi anak dara tua?
Cubalah kau ikhtiar sikit. Ini
kau simpan je si Sarah tu kat dalam rumah.
Zaman sekarang bukan macam kita dulu.”
“Anak-anak
aku tu bukannya lelaki yang boleh pergi masuk meminang. Anak-anak aku tu perempuan. Dia orang tunggu
pinangan je. Lagi pun tak manis kalau
perigi yang cari timba.” Mak Senah agak
kurang senang dengan kata-kata Mak Temah itu.
“Ala
zaman sekarang ni dah tak kira siapa cari siapa. Kau tu, tak terigin ke nak timang cucu?”
“Bodohlah
aku kalau aku kata aku tak nak. Aku
yakin ada jodoh anak-anak aku tu. Cuma
lambat je. Aku dah tak kisah siapa yang
akan jadi suami pada mereka tu. Yang penting boleh bahagiakan mereka.”
“Itu
aku tahu. Tapi kalau buat tak tahu
sampai bila pun jodoh tak sampai.” Mak Senah tersentak dengan kata-kata Mak
Temah itu.
“Amboi,
bukan main rancak lagi berborak.” Mak Limah keluar membawa teh ‘o’ ais seperti
mana yang pesan oleh Mak Temah. Di kiri
pula dia sediakan the panas untuk Mak Senah.
“Tak….
Ini aku tanya pada si Senah. Dia tak
teringin ke nak timang cucu. Kalau dia
simpan je anak dara tu macam mana dia nak dapat cucu. Ye tak Limah?” Berubah wajah Mak Senah bila
mendengarkan sindiran dari Temah itu.
“Kau
ni janganlah buat si Senah ni pening kepala.
Ada jodoh anak-anak dia tu. Cuma lambat je. Mana tahu jodoh dia dengan
orang yang kita tak sangka. Kau banyak
sabarlah Senah.”
“Tapi
kalau tak berusaha nak dapatkan menantu mana boleh?”
“Siang
malam aku berdoa, Temah. Aku tahu yang
Allah akan dapatkan jodoh untuk anak-anak aku tu.”
Mak
Temah tidak bersuara lagi. Dia meneguk
air sambil memandang kepada Limah dan Senah.
Dia segera menghabiskan air dan mula bangkit.
“Aku
nak balik dululah. Banyak lagi kerja
yang aku kena buat. Nak melayan korang
ni memang satu kerja pun tak jalan.
Nanti kalau jadi aku ajak kau datang rumah. Lepas ni giliran anak aku yang bongsu pula.”
Mak
Senah dengan Mak Limah hanya memerhatikan sahaja lenggang Mak Temah yang sudah
meninggalkan gerai. Ada masa Mak Senah
agak terasa dengan kata-kata Mak Temah.
Namun dia telankan jua kerana dia yakin setiap yang hidup di dunia ini
berpasang-pasangan.
Kemudiannya
Mak Senah pula yang meminta izin untuk pulang.
Sudah tentu Sarah ingin pergi ke rumah Tok penghulu untuk menghantar
kuih. Mak Senah balik ke rumah dengan
hati yang sedikit terguris. Masakan dia
tidak kasihankan Sarah. Umurnya sudah
meningkat mencecah ke angka 30 tahun.
Aisyah dan Rohaya juga yang selang setahun masih belum bertemu dengan
jodoh mereka. Namun Sarahlah yang paling
kasihan. Dia hanya tinggal dikampung dan
membuat kuih untuk membantunya.
Sarah
memanjangkan lehernya. Sudah dua kali
dia memberi salam, namun salamnya tiada disambut. Tanganya penuh dengan kuih bakar berlauk dan
kuih seri muka seperti mana yang diminta oleh Tok penghulu. Akhirnya dia tersenyum apabila salamnya yang
kali ketiga disambut. Namun dia sedikit
terkejut apabila sambutnya itu bukanlah insan yang dia kenal.
“Ye,
ada apa?” Tanya pemuda itu yang membuatkan Sarah kelihatan gelisah.
“Er….
Nak hantar kuih. Tok penghulu ada?”
“Oh,
nak hantar kuih.” Iskandar memandang kepada Sarah dengan tidak berkelip. Betapa cantiknya gadis yang berada di
hadapannya.
“Pakcik,
ada orang hantar kuih.” Kelihatan Tok
penghulu menjengahkan mukanya di jendela.
“La….
Sarah. Masuklah. Dah siap kuih tu ye.” Sarah masuk dan dia tunduk saat melintas di
hadapan Iskandar.
Iskandar
mengikut Sarah dari belakang.
“Marilah
saya tolong awak bawa kuih tu.”
“Eh,
tak apalah. Bukan berat sangat pun.”
Tolak Sarah. Dia segera ke dapur dan kehadiran Iskandar itu membuatkan dia
tidak senang hati.
Sampai
sahaja di dapur Sarah terus bertemu dengan Mastura, anak Tok penghulu. Sarah dan Mastura adalah sahabat baik dari
kecil lagi. Namun nasib menyebelahi
Mastura dan Mastura mendapat pekerjaan yang baik dan sudah berkahwin.
Betapa
dia gembira saat dia berjumpa dengan Mastura.
“Dah
nampak besar dah perut kau ni.” Tegur Sarah.
“Dah
masuk lapan bulan, Sarah. Engkau bila lagi nak kahwin?” Pertanyaan dari Mastura
itu tidak segera dijawab. Dia cuma
tersenyum tawar. Soalan itu memang sukar
untuk dia jawab. Jodoh bukan perkara
yang mudah bukannya perkara yang boleh di buat main.
“Aku
ni tunggu pinangan orang je Mas. Orang
macam aku ni siapalah yang nak. Aku
bukan bekerja. Setakat tolong mak aku
buat kuih je.”
“Kau
ni janganlah cakap macam tu. Nampak
sangat mengalahnya.” Ujar Mastura yang bersimpati dengan sahabatnya itu.
“Sekarang ni lelaki cari orang perempuan yang bekerja. Hish, malas aku nak fikirkan pasal jodoh
ni. Ada jodoh adalah.” Ujar Sarah perlahan.
“Ehemmm.” Tersentak Sarah dan Mastura. Erm, tak perasan pulak ada orang yang
ketiga.
“Oh,
lupa pula aku nak kenalkan. Ini
Iskandar, kawan abang aku masa U dulu.
Dia saja datang sini sambil nak cari rumah sewa katanya.” Sarah mengangguk tanpa memandang kepada
Iskandar.
“Abang
Is, ini Sarah kawan baik Mas dari kecik
lagi. Dia masih single dan available
tau.” Usikan dari Mastura itu membuatkan
Sarah menghinggap satu cubitan kepada Mastura.
Hish! Buat malu kaum je. Nak menjaja sampai begitu sekali.
“Ye
ke?”
“Mas, aku balik dulu. Mak aku tinggal sorang kat rumah tu. Nanti kita jumpa lagi.” Sarah berlalu
meninggalkan Mastura dan Iskandar.
Iskandar tersenyum penuh makna.
Kelibat Sarah dihantar sehingga hilang dari pandangan matanya.
********************************************************************
Aisyah
melabuhkan punggung di hadapan Suzana dan Azizah. Mereka berbual sambil menikmati hidangan
tengahari itu. Suzana yang juga anak
kepada Mak Temah adalah teman serumah kepada Aisyah. Manakala Azizah adalah sahabat mereka semenjak
5 tahun lalu dan mereka sering kali bertemu jika ada masa kelapangan.
“Aisyah,
Ana… aku teringinlah nak pergi kampung kau.
Korang selalu cerita macam-macam pasal kampung. Kalau aku datang kampung kau boleh tak?”
“Ala…
tak ada istimewanya kampung aku tu, Azie oi. Peliklah kau ni Azie, orang semua
nak keuar kampung kau pulak nak masuk kampug.” Sambut Suzana.
“Kau
ni Ana, tak baik tau kau cakap macam tu.
Sungguh pun kampung, tempat itulah kau dilahirkan tau. Tempat macam tulah yang banyak memberikan
ketenangan.” Aisyah tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Suzana itu.
“Yelah
Ana. Kau sepatutnya bangga ada kampung
tau. Tak macam aku ni. Hari-hari
menghadap bandar yang hiruk-pikuk ni.
Boleh jadi stress tau tak.
Family aku pun dah lama teringin nak ke
kampung kau. Kalau aku datang
dengan family korang sambut aku tak?”
Aisyah mengangguk.
“Kau
jangan risaulah mesti aku sambut. Kau
nak kompang sekali ke?”
“Kalau
macam tu aku kena pinang salah sorang dari koranglah.” Usik Azizah.
“Gila
kau nak pinang perempuan.”
“Bukan
untuk akulah. Untuk abang aku yang liat
nak kahwin tu.” Aisyah dan Suzana
tertawa.
“Bila
kau nak datang kampung kita orang?” Pertanyaan dari Suzana disambut dengan
mengangkat keningnya. Anytime my friends.
Perjalanan
ke kampung yang memakan masa hampir 2 jam itu membuatkan Azizah merasa tidak
sabar untuk bertemu dengan sahabatnya.
Dia mengambil keputusan untuk bertandang ke rumah Suzana terlebih dahulu. Halaman luas dengan suasana rumah yang bersih
cantik membuatkan Azizah terkesima sebentar.
Ah, tenang dan nyaman pula rasanya. Tambahan pula dengan pohon mangga
yang redup dan rendang.
Azizah
memberi salam dan ternyata salamnya bersahut.
Suzana dengan riang menerima kunjungan rakannya yang datang bersama
keluarga. Azizah bersalaman dengan Mak
Temah dan Mak Temah begitu menyenangi akan keluarga yang baru bertandang itu.
“Masuklah. Buat macam rumah sendiri.” Pelawa Mak
Temah. Azizah begitu senang dengan
layanan keluarga Suzana. Mak Temah
mengerling kepada pemuda yang agak segak dan menawan di antara keluarga Azizah
itu. Erm, ada peluang ni. Apa lagi kalau bukan nak masuk jarum
menjodohkan anaknya Suzana.
“O….
Azizah kawan Ana di bandarlah ye. Tak
sangka sudi singgah rumah mak cik ni.
Terima kasih Puan Siah sudi datang.”
“Tak
payahlah nak panggil puan. Panggil Siah
dah cukup kak. Yang ini saya kenalkan
anak lelaki saya yang sulung. Daniel
namanya.” Daniel tersenyum dan tidak bersuara.
“Kerja
apa anak bujang ni?”
“Kerja
driver, makcik.” Jawapan dari Daniel itu
sudah cukup membuatkan Mak Temah lemah semangat. Driver?
Ah, apa kelas nak kahwin dengan anak aku? Mulalah muncung Mak Temah panjang sedepa.
Daniel
yang memandang kepada Mak Temah tersenggeh seperti kerang busuk. Mak Temah tidak senang duduk. Buatnya dia orang ni datang nak meminang kes
haru ni. Mak Temah cuba untuk mencari
alasan. E…. tak naklah berbesan dengan mereka ni.
“Anak
perempuan Kak Temah manis orangnya.”
Nah! Mak Temah menelan air liur
yang tersekat di kerongkong.
“Siapa? Ana?
Dia dah ada calon dah. Esok lusa
dah nak bertunang pun.”
“Hah? Ana tak pernah cakap pun dengan saya yang dia
nak bertunang.” Azizah terkejut dengan
kata-kata Mak Temah itu. Mustahil
kawannya itu merahsiakan darinya.
“Baru
semalam orang tu datang meminang. Mak
cik dah terima pinangan tu. Ana tak tahu lagi.
Bukan calang-calang
orangnya. Kerja kat bandar. Dah pulak tu, ada syarikat sendiri.” Beritahu
Mak Temah dengan riak.
“Bukan apa Siah, sekarang ni kalau
gaji kecik macam mana nak sara anak dara orang, ye tak?” Puan Siah mengangguk
mengerti. Dia memandang kepada Daniel
yang memperlihatkan wajah yang tidak bersalah.
Mak Temah tersenyum puas dengan perubahan kepada wajah Puan Siah. Ala, bohong sunat apa salahnya. Takkan nak kahwinkan dengan driver?
Azizah
seperti tidak puas hati. Kelibat Suzana
cuba dicari. Dia perlukan
kebenaran. Mustahil Suzana tidak
memberitahu akan berita yang penting itu.
Azizah memandang kepada Mak Temah yang tersenyum sinis. Huh! Pandang abang macam orang kerja kuli je!
Encik
Hamdan tidak bersuara. Dia menyiku
kepada anak lelakinya. Daniel
mematungkan dirinya. Dia tidak memberi
reaksi kepada isyarat yang diberi oleh Encik Hamdan itu.
“Yang
sebenarnya Daniel ni…”
“Eh,
lupa pulak saya. Yang sebenarnya saya ni
nak keluar. Ada hal sikit. Er….”
Encik Hamdan mengerti. Orang tak
ingin takkan kita nak terhegeh-hegeh?
“Yang
kami ni pun sebenarnya nak ke rumah kawan Azizah yang seorang lagi tu. Kami ni datang sebenarnya saja je nak berjalan. Nak tengok kampung orang. Alang-alang kami nak ke Batu Pahat sebab ada
urusan.” Mak Temah mengangguk dan
mengurut dada lega. Fuh! Ingat datang
nak meminang.
Keluarga
Azizah turun dari rumah Mak Temah dengan hati yang sedikit kecewa. Pada mulanya layanan yang diberi memang cukup
baik. Bila dengar sahaja kita dari orang
yang kurang berada terus buat tak peduli.
Hidang air pun tidak!
Kemudiannya
mereka menuju ke rumah Mak Senah yang berada tidak jauh dari rumah Mak
Temah. Mujur Mak Senah ada di rumah yang
sedang sibuk di dapur. Apabila Azizah
mula memperkenalkan dirinya barulah Mak Senah mempelawa keluarga itu masuk.
“Maaflah. Akak ni tak kenal dengan kawan Aisyah. Aisyah ada kat dapur tengah masak dengan
kakaknya.” Puan Siah tersenyum dengan
kata-kata Mak Senah itu. Dia berharap
mereka tidak dihalau seperti tadi.
“Kami
yang sepatutnya minta maaf sebab datang macam tu je.”
“Eh,
tak apa. Terima kasihlah kerana sudi datang rumah buruk kami ni.” Puan Siah tersenyum lagi.
“Kalau
tak keberatan jemputlah makan sini. Tak
ada lauk sedap mana pun. Lauk kampung
je.”
“Tak
payahlah susah-susah. Kami dah makan
dah.” Encik Hamdan menolak.
“Tak
ada susahnya. Akak tahu semua belum makan lagi.”
“Ala
kak, kami ni datang bukan nak makan cuma singgah sekejap sebab si Azizah ni
beria-ia nak singgah rumah kawannya.”
Ujar Puan Siah.
“Dah
nak siap dah tu.”
Mak
Senah mengajak keluarga itu ke dapur untuk menikmati hidangan tengahari
itu. Menu ala kampung yang dihidangkan
oleh Mak Senah itu sudah cukup keluarga Azizah menikmati hidangan dengan begitu
selera. Pucuk pegaga masak lemak dengan
keledek, sambal belacan, ikan masin dengan ikan masak pindang membuatkan Daniel
bertambah. Puan Siah membulatkan matanya
kepada Daniel dengan isyarat supaya menjaga tatatertib. Ala dah lapar! Sudahlah tadi bukan kata biskut kering,
seteguk air pun tak dihidangnya.
“Biarlah
dia Siah. Sedaplah pada dia tu.” Ujar Mak Senah. Dia sebenarnya senang hati
jika dapat menjamu hidangan kepada tetamu.
“Daniel
kerja kat mana?” Mak Senah cuba untuk beramah mesra.
“Kerja
driver je makcik. Tak besar mana pun.”
“Ala
janji halal, nak. Biar berkat gaji walau
pun sedikit.” Daniel mengangguk.
Daniel
menikmati hidangan dengan tenang. Dalam
diam dia sudah pun dua kali tambah. Dia
yang memang menggemari masakan kampung tidak sedikit pun terusik dengan
jelingan tajam yang dihadiahkan oleh Puan Siah itu. Namun sesekali dia sempat juga melirik kepada
Aisyah yang sedang rancak melayani adiknya.
Mak
Senah menghantar pulang keluarga itu dengan rasa syukur dan gembira. Bertambahlah rakannya kini. Azizah juga begitu peramah dan santun. Encik Hamdan dan Puan Siah pula merasa
gembira dengan layanan yang diberikan oleh keluarga itu. Daniel sejak keluar dari pintu rumah Mak
Senah senyumannya tidak lekang dari bibirnya.
Seminggu
semenjak dari kedatangan Puan Siah ke rumah Mak Senah, kedatangan untuk kali
kedua dari keluarga Puan Siah benar-benar membuatkan Mak Senah terkejut. Kedatangan kali ini bukanlah seperti
kedatangan yang sebelum ini. Kedatangan
kali ini telah merubah hidup Mak Senah.
Kedatangan Puan Siah penuh bermakna.
Anaknya Aisyah kini disunting.
Namun hatinya bagaikan berbelah bagi.
Bukan kerana dia tidak sudi, namun anaknya Sarah masih belum berkahwin
lagi membuatkan dia merasa serba salah.
“Akak tak kisah, tapi….”
“Tapi
apa kak?” Puan Siah berharap rombongan peminangannya tidak ditolak.
“Kakak
Aisyah masih belum berkahwin lagi. Akak
kena tanya dengan Sarah dengan Aisyah dulu.”
“Saya
faham, kak.” Mak Senah berlalu dan berjumpa dengan Sarah yang baru selesai
menunaikan solat Zuhur. Mak Senah
memandang ke arah Sarah dengan hati penuh rasa kasihan.
“Sarah,
mak nak beritahu dengan kamu ni.”
“Apa
dia mak?”
“Ada
orang masuk meminang Aisyah. Mak rasa….”
“Kenapa? Mak kesiankan Sarah? Mak,
jodoh dan maut di tangan Allah.
Apa yang mak nak runsingkan kalau Aisyah yang kahwin dulu? Sepatutnya mak rasa gembira tau sebab mak
bakal terima menantu. Pasal Sarah
janganlah mak risaukan.”
“Tapi…”
“Kenapa?
Mak takut dengan mulut orang
kampung? Yang anak mak ni melangkah bendul?
Biarlah mereka tu mak. Apa yang mak nak
takutkan? Takkan nak tunggu Sarah kahwin
baru adik-adik boleh kahwin?” Mak Senah
terdiam.
“Mak,
sekarang sudah sampai masanya Aisyah berkahwin.
Mak patut bersyukur. Tentang
Sarah janganlah mak risau.” Pujuk Sarah.
“Kalau
adik kamu tu tak setuju pulak?”
Hish! Pening juga. Buatnya Aisyah nak juga tunggu kakaknya
kahwin tak ke naya namanya?
“Mak
jangan risau. Aisyah mesti dengar cakap mak. Mak beritahulah dengan Asiyah yang Sarah
setuju dengan peminangan ni.”
Mak Senah memandang sayu kepada
Sarah. Air matanya mula mengalir. Sarah mencapai telefon bimbitnya dan segera
mendail nombor Aisyah. Dia kemudiannya
menyampaikan berita baik buat adiknya itu.
Pada mulanya Aisyah berat untuk
menerima pinangan dari Daniel itu. Namun
setelah mendapat restu daripada ibunya dan kakaknya Sarah akhirnya dia
bersetuju juga. Namun di dalam hati
Aisyah terselit juga rasa bersalah. Mana
mahu untuk dia merasa bahagia sedangkan kakaknya masih lagi sendiri.
Tersenyum lebar Puan Siah saat Mak
Senah memberitahu akan berita gembira itu.
Tidak sabar rasanya untuk dia menerima menantu. Sudah puas dia menasihati Daniel untuk
berkahwin. Namun hampa. Bila balik dari rumah Mak Senah, Puan Siah
dapat merasakan perubahan kepada anak terunanya. Telahannya benar. Daniel bersedia untuk berkahwin dan calonnya
adalah Aisyah. Gembira Azizah apabila
mendengarkan berita yang disampaikan oleh abangnya itu.
Berita
pertunangan cepat tersebar di seluruh kampung.
Tambahan lagi dengan loud speaker dari Mak Timah yang suka sangat
mencanang berita sensasi itu. Mak Senah
membuat persediaan dengan kadar yang mampu.
Segalanya Puan Siah beria-ia untuk melaksanakan majlis besar itu.
Betapa
megahnya Mak Temah mencanang akan kerja bakal menantu Mak Senah. Dikatakan Driver
Low Class. Mak Senah pendamkan sahaja perasaan. Memang tak ada insuran langsung mulut Mak
Temah ni!
Majlis
pertunangan Aisyah berlangsung dengan meriah.
Mak Senah semenjak pagi senyumannya tidak lekang dari bibir. Doa dan harapan untuk salah seorang anaknya
kian tercapai.
“Kita
tak payah nak tunang budak ni lama-lama kak.
Cukup tiga bulan kita nikahkan mereka.”
Mak
Senah keberatan dengan cadangan yang diusulkan oleh Puan Siah. Namun Puan Siah beria-ia untuk melangsungkan
perkahwinan dengan secepat mungkin.
“Pasal
belanja janganlah akak risau. Saya akan
uruskan semuanya.”
“Tak
payahlah susah-susah. Kesian Daniel nak
kena tanggung semuanya. Lagi pun
hantaran tu dah lebih dari cukup untuk buat majlis kat sini.” Ujar Mak Senah yang berbelah bagi dengan
cadangan untuk membuat majlis di dewan.
“Tak
ada susahnya, Kak. Lagi pun Aisyah saya
dah anggap dia seperti anak saya sendiri.
Akak jangan risau. Daniel yang
beria-ia nak buat kat dewan.”
“Ala…
berapa sangatlah gaji si Daniel tu. Tak
payah nak membazir Siah.”
“Siapa? Daniel?
Erm…. Akak dengarlah dia cakap tu.
Daniel tu memanglah kerja dia driver kak. Tapi bukan driver kereta atau pun bas. Dia tu driver kapal terbang.” Mak Senah terkejut dengan pengakuan Puan Siah
itu. Menantu aku Pilot?
********************************************************************
Rohaya
mengetuk pintu bilik Ihsan sambil membawa fail untuk majikannya itu. Saat dia mendengar akan suara Ihsan barulah
dia masuk ke dalam bilik sambil melemparkan senyuman untuk majikannya itu.
“Ini
fail yang Encik Ihsan nak. Semuanya saya dah siapkan. Cuma perlukan tanda tangan Encik Ihsan
saja.” Rohaya meletakkan fail di atas meja
Ihsan.
“Encik
Ihsan ada apa-apa lagi ke?” Tanya Rohaya sambil tanganya mencapai mug kosong di
atas meja.
“Rohaya,
kalau saya tanya awak jangan marah boleh?”
Rohaya mengerutkan keningnya.
Sudah, bos aku ni dah kenapa? Tak
pernah pulak nak buat muka macam orang tak siap.
“Er….
Awak ada tunang?” Rohaya menggeleng.
“Pak
we?” Rohaya menggeleng.
“Bos
ni dah kenapa? Tanya saya soalan tu?”
Ihsan tersenyum dengan penuh makna.
“Kalau
tak ada bolehlah saya nak buat projek.”
“Hah! Apa?
Bos! Apa ni?”
“Awak
ni lain pulak dia fikir. Itulah orang
perempuan. Cepat sangat fikirkan yang
bukan-bukan.”
“Yelah….
Cara Encik Ihsan cakap tu macam nak tercabut jantung saya ni. Kalau mak saya dengar ni mahu dia parangkan
Encik Ihsan sekarang juga.” Ihsan ketawa.
“Bukan….
Macam ni. saya nak minta tolong awak
minggu ni. Awak tidur rumah saya.”
Terbuntang mata Rohaya mendengarkan kata-kata Ihsan itu. Meletus lagi
tawa Ihsan. Melihatkan perubahan Rohaya
itu sudah cukup untuk dia merasa kasihan.
“Awak
jangan nak takut sangatlah. Bukan apa,
saya perlukan pertolongan awak untuk temankan ibu saya. Bukan nak temankan saya.” Rohaya mengurut
dadanya. Hish! Bos ni suka sangat nak buat jantung ni
bumping tau!
“Kenapa?”
“Awak
pun tahu kan saya kena pergi outstation sabtu dengan ahad ni. Kebetulan orang gaji saya pulak balik
kampung. Ibu saya tak berapa sihat. Risau pulak kalau saya tinggalkan dia
sorang-sorang.”
“O….
Encik Ihsan nak minta tolong saya temankan ibu bos ke?” Ihsan mengangguk.
“Boleh…
tak ada masalah.” Ihsan tersenyum dengan
jawapan yang dilemparkan oleh Rohaya itu.
“Terima
kasih. Esok pagi-pagi saya akan jemput awak.
Awak bawalah dua tiga helai baju.”
Kali ini Rohaya pula yang sudah berjangkit dengan burung belatuk. Dia menggangguk tanpa suara.
Keesokkan
harinya Ihsan menjemput Rohaya sebelum dia pergi ke out station. Tergugat hati Rohaya saat dia melihatkan
Ihsan hanya berpakaian santai dengan mengenakan t-shirt dan jeans. Dia kelihatan lebih kacak berbanding dengan
pakaian formal.
“Awak
ada nak beli apa-apa tak?”
“Tak
payahlah Encik Ihsan.”
“Tak
apa. Awak cakap saja apa yang awak nak.
Nanti saya belikan.”
“Encik
Ihsan selamat pergi selamat balik pun dah cukup baik.”
“Erm….
Sayang juga awak dengan saya.”
“Tak
ada maknanya Encik Ihsan. Kalau Encik
Ihsan tak ada macam mana saya nak dapat
gaji? Kesian mak dengan kakak saya kat
kampung tu.”
“Boleh
percaya ke dengan alasan tu?”
“Terpulanglah.” Ihsan tersenyum. Dia kemudiannya membelok ke perkarangan
rumah tiga tingkat milik keluarganya.
Kedatangan mereka disambut oleh Datin Rubiah.
“Assalamualaikum,
Datin.”
“Masuklah
Rohaya. Buat macam rumah sendiri.” Pelawa Datin Rubiah. Perasaan Rohaya agak kekok untuk berhadapan
dengan Datin Rubiah. Kerana dia sedar
akan dirinya sendiri. Kalau bukan kerana
Ihsan adalah majikannya memang sudah tentu dia tidak mahu berada di situ.
“Ibu,
Ihsan pergi dulu ye. Jaga diri
elok-elok. Kalau ada apa-apa telefon
Ihsan tau.”
“Yelah
sayang oi. Tak payah nak bimbang
sangat. Ibu dah sihat sikit. Lagi pun Rohaya ada temankan ibu. Jalan elok-elok tau.” Pesan Datin Rubiah.
“Esok
Ihsan balik ye bu. Kalau cepat habis
cepatlah Ihsan balik.” Datin Rubiah mengangguk sambil menyambut tangan Ihsan
yang ingin bersalam dengannya.
Datin
Rubiah mengajak Rohaya masuk ke dalam rumah.
Debaran dan rasa kekok di dalam diri Rohaya masih belum hilang lagi
walau pun Datin Rubiah hanya bersikap tenang.
Relaks Rohaya… Datin ni bukannya makan orang.
“Rohaya
tak payahlah panggil datin. Panggil mak
cik je. Rasa janggal pulak Rohaya panggil datin.”
“Eh,
mana boleh datin. Datin majikan saya.”
“Itu
kalau kat pejabat. Kat sini tak payahlah
nak panggil datin, ye.” Rohaya
mengangguk.
“Dah
masuk tengahari ni makcik. Biar Rohaya
masak dulu. Encik Ihsan kata makcik tak
sihat. Rohaya masakkan makcik bubur.”
“Rohaya
pandai masak?” Pertanyaan dari Datin
Rubiah disambut dengan senyuman yang meleret.
“Sikit-sikit
bolehlah makcik. Kalau nak buat kenduri
satu taman tak adalah.”
“Tak
sabar nak merasa masakan Rohaya. Sedap
ke tidak.”
“Makcik
ni ada-ada saja.” Rohaya masuk ke dapur dan mula memasak. Dia tidak menyagka kehadirannya itu disambut
baik oleh Datin Rubiah.
Keesokkan
harinya Rohaya bersama-sama dengan Datin Rubiah sibuk berada di dapur. Datin Rubiah gembira dengan kehadiran Rohaya
di dalam rumah itu. Seperti mereka sudah
lama kenal.
“Sedap
semalam bubur yang Rohaya masak.”
“Mak
yang ajar makcik. Biasanya kalau kami
tak sihat dia buatkan bubur dengan sup.
Letakkan halia banyak-banyak.”
“Hari
ni nak masak apa ye Rohaya?”
“Terpulanglah
pada makcik nak masak apa. Rohaya ikut
je.”
“Kita
masak ayam masak lemak. Kalau Ihsan
balik mesti dia suka.” La…. Macam mana boleh lupakan Ihsan ni? Dia balik hari ni. Baru teringat.
“Tapi
dia balik selalunya malam nanti. Rohaya
tidurlah barang semalam lagi kat sini.” Pelawa Datin Rubiah.
“Esok
saya kerjalah makcik. Lagi pun saya mana
bawa baju banyak. Terima kasihlah
makcik.”
“Tak
pe. Esok makcik suruh Ihsan bagi cuti
kat Rohaya. Bab baju tu janganlah
risau. Baju makcik banyak.” Sebenarnya dia sudah suka dengan anak gadis
itu. Kalaulah dia punya anak gadis sudah
tentu dia akan menghabiskan masa dengan anak gadis itu. Rohaya mula rasa serba salah.
“Nanti
Rohaya fikirkan macam manalah makcik.”
Datin Rubiah tersenyum sambil memandang kepada Rohaya.
“Makcik
pergi sembahyang dulu. Lepas sembahyang
bolehlah kita makan.” Ujar Datin Rubiah
dengan mengangkat punggungnya. Rohaya
mengangguk faham. Lagi pun dia sudah pun
selesai memasak. Cuma untuk dihidangkan
sahaja.
Rohaya
leka menghidangkan makanan di atas meja.
Dia kemudianya tersenyum puas dengan hidangan tengahari itu. Kini cuma menunggu Datin Rubiah turun dari
biliknya. Sambil dia menghidangkan
makanan dia menyanyi kecil. Namun semasa
dia menghidangkan makanan dia tidak menyedari akan kehadiran seseorang.
“Assalamualaikum,” Tersirap darah Rohaya. Dia berpaling. Ihsan!
“Mak!!!!” Rohaya berlari terus ke dalam biliknya. Dia tidak tahu di mana untuk dia sorokkan
mukanya.
“La…
kenapa Rohaya menjerit tu?” Tanya Datin Rubiah yang sudah pun turun dari
biliknya.
Ihsan
tersenyum.
“Mahunya
dia tak menjerit bu, dia tak berhijab.
Erm…. Cantik juga dia kan ibu.”
Puji Ihsan. Masih terbayang lagi
wajah Rohaya di ruang matanya apabila setiausahanya itu tidak bertundung.
“Patutlah
dia berlari. Yang kamu ni pun satu. Masuk rumah tak beri salam lagi.”
“Dah
rumah sendiri. Takkanlah….”
“Yelah….
Bukankah ada tetamu. Itu mahu lama
memerap dalam bilik dia.” Ihsan
tersenyum. Dia tidak boleh lupa bagaimana Rohaya menjerit bila dai melangkah
masuk ke dalam rumah itu.
“Awal anak ibu balik. Dah settle semuanya?” Ihsan mengangguk.
Mahu
tidak mahu Rohaya akhirnya keluar untuk makan tengahari. Di dalam hati dia mengutuk sekeras-kerasnya
apa yang telah berlaku tadi. Ihsan
tersenyum penuh makna saat dia melihatkan Rohaya yang sudah duduk bertentang
denganya. Rohaya tidak betah untuk
mengangkat mukanya. Sisa malu tadi masih
belum hilang lagi.
“Lauk
kegemaran Ihsan ni ibu. Nampak macam
sedap ni.”
“Rohaya
yang masak. Sedap tau.” Rohaya sudah mati dengan kata-kata. Dia membiarkan dua beranak itu bercerita.
“Untunglah
siapa yang dapat berkahwin dengan awak ni Rohaya.” Oksigen please! Bagai terhenti nafasnya bila Ihsan berkata
begitu. Bos ni tak ada tapis langsung
nak bercakap. Depan mak dia pulak tu.
“Itulah
Ihsan. Kalau dapat anak perempuan macam
Rohaya ni memang mak suka.” Terbuntang
mata Rohaya mendengarnya. Mak dengan
anak sama saja!
Datin
Rubiah menghantar Rohaya dengan perasaaan yang sedih. Walau pun hanya dia mengenali anak itu dalam
masa dua hari dia sudah merindui Rohaya.
Dia melambai kepada Rohaya sehingga kereta Ihsan hilang dari pandangan
matanya.
“Terima
kasih kerana sudi menjaga ibu saya sehingga sihat.”
“Tak
ada apalah Encik Ihsan perkara kecil je.”
“Pada
awak perkara kecil. Pada saya besar
maknanya.”
“Dahlah
Encik Ihsan. Jangan nak emo sangat. Ini…. Kita nak kemana? Simpang rumah saya dah
terlepas dah.” Rohaya memandang sekilas kepada Ihsan yang masih tenang dalam
pemanduannya.
“Kita
pergi ke satu tempat. Ada perkara yang
saya nak berbincang dengan awak.”
“Saya
ada buat salah ke Encik Ihsan?”
“Ye
memang. Awak ada buat salah. Sampai melibatkan saya.” Ah sudah!
Rohaya menelan air liur namun tersekat di kerongkong. Diberhentikan kerja ke? Rohaya membilang kesalahan yang
dilakukan. Rasanya tak ada pulak yang
melibatkan kerugian syarikat. Hati
Rohaya mula dilanda kegelisahan.
Rohaya
dan Ihsan membisu. Ketenangan tasik
membuatkan mereka tidak bersuara. Rohaya
lagilah tidak mahu membuka mulut.
Kata-kata Ihsan tadi sudah cukup menyeramkan. Rohaya sabar untuk menantikan apa yang bakal
dikatakan oleh Ihsan.
“Apa
salah saya, Encik Ihsan?”
Rohaya
sudah tidak boleh sabar lagi. Kebisuan
Ihsan membuatkan dia merasa geram.
Akhirnya dia pula yang bersuara.
“Awak
sudah mencuri hati ibu saya.” Rohaya
menghela nafas.
“La….
Ingatkan apalah Encik Ihsan ni. Okeylah
tu. Lagi pun datin tak ada anak
perempuan. Kenapa? Encik Ihsan cemburu ye.” Ihsan berpaling
kepada Rohaya. Betapa gadis itu begitu
jujur dan polos. Ihsan seperti mati dengan kata-kata.
“Relakslah
Encik Ihsan. Ibu Encik Ihsan sebenarnya
dia sunyi. Encik Ihsan kena banyak
meluangkan masa dengannya. Kalau Encik
Ihsan ada masa dengan dia mesti dia rasa gembira.”
“Masalahnya
bukan hati ibu saya saja yang awak dah curi.” Perlahan sahaja bicara yang
dilontarkan oleh Ihsan.
“Maksud
Encik Ihsan? Saya tak faham.” Ihsan memandang kepada Rohaya. Okey…
“Encik
Ihsan jangan kata yang…”
“Ye! Awak sudah curi hati saya!” Kali ini Rohaya
pula yang mati kata-kata. Dia ni betul
ke tidak? Ke saja nak buat lawak antarabangsa kat sini?
“Encik
Ihsan dah gila agaknya. Jomlah hantar
saya balik.” Rohaya bangkit. Dia tidak
mahu berpaling kepada Ihsan. Dia tidak
sanggup.
“Ye
memang! Saya sudah gila. Gila pada awak.”
“Encik
Ihsan! Boleh sedar diri tak? Saya ni bukan setaraf dengan Encik
Ihsan. Saya cuma pekerja Encik Ihsan
saja.”
“Apa? Kalau awak pekerja saya tak boleh nak
bercinta dengan awak ke? Undang-undang mana yang awak pakai ni?” Rohaya hanya
menahan rasa.
“Encik
Ihsan enggang. Sedangkan saya ni
pipit. Saya tak layak untuk Encik
Ihsan. Encik Ihsan tak pernah terfikir
ke apa yang orang lain kata? Maaf Encik
Ihsan. Saya tak boleh terima.” Rohaya mengalirkan air mata. Dia tidak menyangka di dalam diam majikannya
itu menaruh hati terhadap dirinya.
“Kenapa
nak fikirkan semua itu. Kita ni di sisi
tuhan adalah sama. Tiada darjat atau pangkat.
Kita yang manusia ni saja yang buat semua garisan tu. Ibu saya sudah sukakan awak. Dia sendiri beritahu dengan saya tadi. Dan saya sememangnya menyintai awak, Rohaya.”
“Encik
Ihsan tak faham. Maafkan saya Encik
Ihsan. Saya balik dulu. Tak perlu risaukan saya. Saya boleh balik naik teksi.”
“Rohaya!”
*******************************************************************
Betapa
gembira hati Mak Senah dan Sarah apabila melihatkan tangan manis Rohaya
tersarung cincin belah rotan pemberian orang sebelah. Air mata Sarah perlahan menghiasi wajahnya. Dia tidak kisah dengan tomahan orang kampung
yang melepaskan adik-adiknya berkahwin kerana dia tahu kerana itu semuanya
jodoh yang diaturkan oleh Allah.
“Malam
nanti tunang kamu dan bakal mertua kamu datang rumah.” Pesan Mak Senah.
“Eh,
yang sarung cincin tadi bukan bakal mertua Rohaya ke mak?”
“Hish! Bukan.
Itu bakal sedara kamu. Dah,
jangan nak banyak borak lagi. Siap sedia
untuk malam nanti.” Rohaya menyalahkan
dirinya sendiri. Aduh! Macam manalah aku boleh terlupa tanyakan mak
siapa tunang aku Inilah balasan marah
sangat dengan orang. Ambil keputusan
terburu-buru. Padan muka!
Malam
itu Rohaya dengan penuh debaran menantikan kedatangan tunang dan bakal
mertuanya. Rohaya menyiapkan hidangan
dan tangannya mula merasai getarannya.
Ah, apakah yang perlu untuk dia memanggil akan tunangannya itu? Abang?
Malunya….. Rohaya mula tidak
senang duduk bila kedengaran orang memberi salam dari luar. Dup dap dup dadanya bagaikan motor bot.
Rohaya
menangkap perbualan ibu dan bakal mertuanya berbual. Kakinya bagaikan terkunci untuk dia keluar
dari dapur, sedangkan Sarah sudah pun tersenyum bila melihatkan Rohaya yang
tidak senang.
“Apa
lagi? Pergilah jumpa dengan bakal
keluarga.” Ujar Sarah mengusik.
“Hish! Kakak ni.
Jangan buat Rohaya malu boleh tak?
Seganlah kak.”
“Apa
nak segankan? Esok lusa dah jadi
keluarga adik kan? Masa nilah nak
kenal.” Rohaya menggelengkan kepala.
“Dah
siap semua? Kalau dah siap boleh angkat
depan. Kita makan sama-sama.” Tegur Mak Senah yang masuk ke dapur.
“Dah
kau kenapa Rohaya? Macam orang berak
kapur je?” Tanya Mak Senah. Sarah
ketawa.
“Apa
lagi mak? Segan katanya. Macamlah tunang dia tu tak ada muka.”
“Dah,
mari. Kesian tetamu kita tu tunggu
lama-lama. Rohaya tolong angkat nasi
ni.” Rohaya akur. Dia tunduk dan mengekori ibunya dari
belakang.
“Amboi
sedapnya bau.”
Rohaya
bersimpuh dan menyendukan nasi ke dalam pinggan. Saat pinggan dihulur dia dapat menangkap baju
melayu biru milik tunangnya.
“Ayam
masak lemak ni memang kegemaran saya.”
Suraya tersentak. Dia seolah
kenal akan suara itu. Dia mengangkat
muka. Ihsan? Ihsan mengeyitkan matanya.
“Encik
Ihsan? Apa yang encik buat kat sini?”
“Eh,
Rohaya kenal ke?”
“Mak, ini bos Rohaya.”
“Bos?”
Mak Senah terpinga-pinga.
“Dah
tak boleh panggil Encik Ihsan lagi sayang.
Kena panggil abang tau.” Teguran
dari Datin Rubiah itu benar-benar membuatkan dia terkejut.
“Hah?”
“Makanlah
dulu. Sejuk nasi nanti.” Pelawa Mak Senah yang masih lagi dalam
keadaan tertanya-tanya. Memang dia tahu yang Ihsan satu tempat kerja
dengan Rohaya namun dia tidak tahu yang Ihsan adalah majikan anaknya.
Selesai
makan Mak Senah memberikan keizinan untuk Ihsan bertemu dengan tunangnya,
Rohaya. Debaran Rohaya bagaikan mahu
tercabut dari badannya bila Ihsan melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Maafkan
abang. Ini saja jalan yang abang boleh
buat. Itulah…. Marah sangat dengan
abang, kan? Sampaikan tunang dengan
siapa pun tak tahu.”
Aduh! Mahu sahaja Rohaya menyorok di belakang
pintu. Ingatkan nak lari, namun sekarang
dia pula kena tambat. Rasa macam nak
terjun tingkap je.
“Kenapa? Dah tak boleh nak cakap dah?”
“Malu
eh….”
“Kenapa
Encik Ihsan buat macam ni?”
“Ibu
yang beria-ia nak pinang awak. Saya
tepuk tangan je. Lagi saya suka. Bak kata orang kecil tapak tangan nyiru saya
tadahkan. Dah memang saya sayang, suka
dan cintakan awak. Saya tahu awak pun
suka dengan saya.” Rohaya mati dengan
kata-kata. Ah, apakah ini dikatakan
jodoh? Rohaya bermain dengan jari
jemarinya. Seram sejuk mula dirasai.
“Nasib
baik belum halal lagi. Kalau tak dah
lama saya bagi tangan awak tu tak bergerak lagi.” Usik Ihsan.
“Encik
Ihsan ni!”
“Abang. Sekarang kena belajar panggil abang. Mandatori! Tak ada alasan lagi.”
“Nanti-nanti
boleh tak? Saya masih terkejut lagi ni.”
“Nak
terkejut apa lagi? Memang dah betul
dah. Ibu kata cukup bulan kita
nikah.” Zup! Sepintas kilat Rohaya memandang kepada
Ihsan. Biar betul.
“Dah! Jangan nak buat muka cuak sangat. Minggu depan kita settlekan apa yang
patut. Dan….. untuk permulaan kena
belajar panggil ‘abang’. No Encik
Ihsan atau bos.”
“Tapi….”
“I’m waiting.” Rohaya serba salah. Lidahnya kelu untuk memanggil nama keramat
itu. Ihsan mengangkat kening. Sabar
menanti.
“Okey….
Abang. Puas?”
“Flat
sangat pitching tu sayang. Bagi low note
sikit. Kalau boleh berirama macam lagu
dondang sayang.”
“Abang…!”
“Hah! Macam itulah.” Rohaya tunduk malu.
Di
sebalik pintu Mak Senah memanjat rasa kesyukuran yang amat sangat. Dia tidak menyangka kedua-dua anaknya mendapat
jodoh yang baik dan juga besan yang sanggup menerima anak-anaknya.
*************************************************************************
Mak
Senah memerhatikan Mak Temah yang sedang berjalan melaui laman rumahnya. Dia menegur seperti biasa namun sapaannya
tidak disambut. Sudah, apa pula jin yang
merasuk badan si Temah ni?
“Singgah
dulu Temah?”
“Tak
apalah Senah. Aku banyak kerja nak
buat.” Mak Senah tidak faham dengan
tindakan Mak Temah itu.
“Kenapa
mak?” Tegur Sarah yang baru datang dengan
menatang air dan kuih.
“Entah
Mak Temah kamu tu. Bila mak tegur jawab
pun macam nak tak nak je. Bila ajak
singgah macam-macam alasan dia. Dulu
boleh pulak duduk borak bawah ni.”
“Dia
seganlah tu mak.”
“Dah
Kenapa pulak?”
“Mak
Limah cerita, dia segan dengan mak.
Yelah…. Dulu bukan main dia cerita satu kampung yang si Daniel tu driver
low class. Bila dia dapat tahu yang
Daniel bawa kapal terbang terus kunci mulut dia.”
Terkebil-kebil
Mak Senah mendengarkan cerita Sarah. Cerita itu memang dia ada mendengarnya dan
Mak Temah pernah bercakap sendiri dengannya.
“Lepas
tu dia cerita lagi pasal Ihsan. Dia kata
Ihsan tak setaraf dengan Rohaya. Dia
kata Ihsan kerani cabuk tak setaraf dengan Rohaya yang kerja setiausaha. Tapi bila dia dapat tahu yang Ihsan bos
Rohaya, orang dah dok mengata dia buat mulut langsung dah tak cakap apa.”
“La…
ye ke?”
“Itu
Sarah dengar dari Mak Limah. Betul tidak
Sarah tak tahu.”
“Tak
apalah. Biarlah dia. Jangan-jangan pasal kamu pun dia jaja juga
tak?”
“Pasal
Sarah ni dah bernanah telinga ni mendengarnya.
Tapi Sarah buat tak tahu je mak.
Malas nak ambil tahu sangat.
Nanti bila dah penat berhentilah dia nak panggil Sarah ni anak dara
tua.” Mak Senah memandang ke arah Sarah.
“Maafkan
mak, Sarah. Sarah juga yang keseorangan.” Sarah tersenyum.
“Mak
ni… jangan nak fikir sangatlah. Mak
sepatutnya gembira tau yang dua anak mak dah kahwin.”
“Mak
tak akan putus doakan untuk kamu, Sarah.
Esok lusa kalau mak pergi siapa yang nak tengokkan kamu?” Linangan air
mata Mak Senah itu membuatkan hati Sarah tiba-tiba meruntun.
“Mak
janganlah cakap macam tu. Sarah boleh
jaga diri Sarah. Mak ni…. dah, jangan
menangis lagi. Mak menangis tak comellah
mak.” Mak Temah tersenyum dengan pujukan
itu.
“Dahlah
mak. Sarah nak masuk masak
tengahari. Nanti kita makan nasi lauk
ikan pekasam ye mak.” Sarah
bangkit. Namun belum sempat dia
melangkah jauh Sarah jatuh tersadung batu.
“Mak…
sakit mak.” Rayu Sarah.
“Hish! Kamu ni.
Mana kamu letak mata tu. Mak ni
mana larat nak angkat kamu. Kamu boleh
bangun tak?” Sarah menggeleng.
“Kamu
tunggu situ. Mak cari orang tolong
kamu. Tak pun mak pergi rumah tok
penghulu kamu.” Sarah mengangguk dan air matanya mula mengalir.
Tidak
lama kemudian tok penghulu datang bersama-sama dengan Iskandar. Ala… mak ni.
Kenapa dia panggil si Iskandar ni sekali?
“Sarah
tak apa-apa ke?” Sarah menggeleng. Kalau aku tak ada apa-apa tak adalah aku kat
tanah ni.
“Awak
boleh bangun?” Sarah menggeleng. Dia segera melihat kaki Sarah.
“Kebetulan.
Saya nak ke hospital. Saya bawa awak sana. Kita tengok kaki ni. harap-harap cuma terseliuh je.”
“Tak
payahlah. Saya okey ni.”
“Dah,
jangan nak degil sangat boleh tak?”
Iskandar mencempung Sarah ke dalam kereta. Mak Senah mengekor dari belakang.
“Tak
apalah Senah. Kamu pergi tutup pintu dan
tingkap. Kamu ikut aku je ke
hospital. Si Sarah ni biar Iskandar yang
bawa.” Mak Senah mengangguk setuju. Dia membiarkan sahaja Iskandar membawa Sarah
ke hospital.
Mak
Senah menuju ke wad setelah mendapat tahu Sarah mengalami keretakan di buku
lali. Pintu wad dikuak.
“Kamu
seorang saja ke Sarah?” Tanya Mak Senah
sambil memandang ke sekeliling.
“Entahlah
mak. Si Iskandar tu. Tiba-tiba je nurse tu masukkan Sarah dalam
wad ni. Sarah bosanlah mak. Sarah nak balik.”
“Ala…
duduklah dulu kat sini. Kaki kamu tu
retak. Bukannya terseliuh. Nasib baik ada Iskandar yang bawa kamu ke
sini. Kalau tidak tak tahulah mak.” Sarah diam.
Dia juga sebenarnya berterima kasih kepada Iskandar namun dia tidak mahu
akan termakan budi.
“Tak
apalah Sarah. Esok mak bawa baju
kamu. Kamu tu rehat puas-puas. Pasal mak jangan kau risau.”
“Mak
temankan saya.”
“Hish! Kamu ni.
kamu tu dah besar. Jangan nak
mengada-ngada. Kat sini ada ramai nurse
yang boleh tengok kamu. Tak pun doktor
pun boleh tengok-tengokkan kamu.” Sarah
bagaikan berat untuk berpisah dengan ibunya.
Mak
Senah berpaling dan kelihatan doktor dan dua orang jururawat melangkah masuk ke
dalam bilik itu. Terkejut Mak Senah
melihatkan kelibat doktor itu.
“La….
Iskandar. Makcik ingatkan siapa.” Namun
bukan Mak Senah sahaja yang terkejut.
Sarah juga terkejut melihatkan Iskandar yang beruniform putih itu. Mereka tidak menyangka Iskandar adalah
seorang doktor.
“Mak
cik jangan risau. Sarah tak ada
apa-apa. Buku lali dia retak sikit. Nanti kalau dia tak ada apa-apa esok dia
boleh keluar.” Ujar Iskandar sambil
meneliti fail di tangan kanannya.
“Ha,
dengar tu Sarah. Esok kamu dah boleh
keluar. Ini ha, si Sarah.
Suruh makcik duduk dengan dia.
Dia kata bosan. Dah macam budak
kecik.” Cerita Mak Senah yang membuatkan
Sarah memandang terus kepada ibunya.
“Mak…
Apa ni!”
“Dah
kamu yang cakap tadi,kan?” Mak ni…. tak boleh nak cover.
“Tak
apalah makcik. Makcik jangan risau. Nanti saya tolong tengokkan dia.” Mak Senah tersenyum puas.
“Nasib
baik Iskandar ada. Lega hati
makcik. Esok makcik datang lagi.” Iskandar mengangguk dan meninggalkan anaknya.
“Jangan
sedihlah… nanti saya jenguk awak. Saya
habis kerja pukul 11 malam nanti. Sebelum
balik saya lawat awak. Awak tu, rehat
cukup-cukup.” Sarah tidak memandang
kepada Iskandar sebaliknya dia memandang kepada 2 orang jururawat di sebelah
Iskadar. Betapa dia malu apabila
Iskandar bersikap mesra dengannya.
Mungkin jururawat itu fikirkan yang bukan-bukan. Mahu sahaja dia menjerit untuk keluar segera
dari situ.
Keesokan
harinya Sarah tabah menantikan ibunya.
Berita dari Iskandar yang mengatakan dia sudah boleh keluar dari
hospital membuatkan dia merasa gembira.
Namun pesanan dari Iskandar membuatkan dia gelisah dari tadi.
“Nanti
saya hantarkan awak balik. Hari ni saya
habis kerja 6 petang. Awak tunggu
saya. Jangan balik dulu.”
Sarah
memandang kepada jam di dinding wad. Jam
sudah menunjukkan ke angka 4 petang.
‘Mana mak ni. Tak datang lagi
ni?’ Namun tidak berapa lama kemudian
senyuman Sarah bertamu di bibirnya apabila dia didatangi tetamu.
“Mak!” Namun bukan Mak Senah sahaja tetamu yang
bertandang mengunjunginya namun wajah Aisyah, Rohaya, Ihsan dan Iskandar juga
ada bersama. Seperti semalam Iskandar
segak berbaju doktor namun hari ini dia mengenakan baju kemeja merah hati. Sarah terus memeluk Mak Senah.
“Macam
tak jumpa setahun je akak ni.” Tegur
Aisyah.
“Hish! Mak buyung ni diam boleh tak?” Sarah menyambut tangan Aisyah untuk
bersalam. Aisyah tersenyum dengan usikan
Sarah itu.
“Daniel
mana?”
“Terbang
ke Jakarta kak.” Sarah mengangguk.
“Er….
Kebetulan semua ada kat sini, makcik…. Saya nak cakap sikit.” Mak Senah berpaling kepada Iskandar.
“Kenapa? Sarah kena tinggal kat hospital lagi
ke?” Iskandar menggeleng.
“Mungkin
apa saya cakapkan ni nampak tidak bersopan.
Namun saya nak minta restu daripada makcik. Saya nak menjaga Sarah sepanjang hidup
saya.” Mak Senah tersentak. Begitu juga yang lain. Sarah memandang kepada Iskandar.
“Saya
mula suka dengan Sarah semenjak saya pandang dia buat kali pertama. Saya minta maaf kalau terlalu lama untuk saya
ambil keputusan ni. Saya banyak
bertanyakan kepada Pak Mail dan Mastura tentang Sarah. Saya yakin Sarah masih belum ada yang punya
sebab itu saya bertanyakan kepada makcik.”
“Saya
harap makcik terima akan saya. Saya
sebatang kara. Saya ingin menumpang
kasih seorang ibu dan punya adik-adik, makcik.”
Mak Senah masih membisu lagi. Dia
memandang sekilas kepada Sarah yang masih dalam keadaan terkejut.
“Kita
ada adat, nak.”
“Yang
itu makcik jangan risau. Saya akan minta
Pak Mail jadi wakil saya. Hanya Pak Mail
saja yang saya kenal. Saya berharap
makcik akan terima saya.”
“Makcik
tak kisah, nak. Cuma…..” Mak Senah memandang kepada Sarah. Sarah tunduk.
Dia tidak betah untuk memandang kepada ibunya apalagi kepada Iskandar.
“Anggap
jadilah Iskandar. Si Sarah diam tandanya
setujulah tu.” Ujar Mak Senah tersenyum.
“Lepas
ni merasa nasi minyak lagilah kita.”
Usik Rohaya sambil memegang erat tangan kakaknya.
“Tahniah
kak.” Aisyah memeluk erat kakaknya.
“Welcome to our family, bro.” Ihsan menghulurkan tangan dan disambut kemas
oleh Iskandar.
Mak
Senah mengalirkan air mata. Kini Sarah
pula yang bertemu jodoh. Segala
penantiannya kini bakal berakhir. Berkat
doa diyakini akan setiap pasangan di dunia ini akan punya jodoh yang
tersendiri. Sebenarnya dia tidak pernah
mengidamkan menantu-menantu yang berstatus atau bekerja besar. Hanya cukup untuk memberikan kebahagiaanya
untuk anak-anaknya. Namun kehadiran
menantu-menantu yang berjaya dipanjatkan syukur yang tidak terhingga.
Mak
Senah tersenyum gembira. Kini, Sarah
bakal berkahwin dengan Iskandar seorang doktor yang begitu menghormati orang
tua. Aisyah bahagia bersama-sama dengan
Daniel yang merupakan seorang juruterbang dan juga peramah orangnya. Rohaya pula berbahagia bersama-sama dengan
Ihsan yang merupakan seorang yang suka mengusik dan suka menyakat, juga
merupakan CEO Syarikat Utuh Berjaya.
Tiada lagi yang lebih bahagia di hati Mak Senah bila melihatkan
anak-anaknya sudah bertemu jodoh…. Dan kini doanya dipanjatkan agar jodoh itu
berkekalan sehingga akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)