Sedetik Cinta Lebaran
Anas memandang ke segenap penjuru bilik
mesyuarat. Setiap seorang dipandang untuk mendapatkan jawapan dan pendapat.
Segala perancangan telah pun dibentangkan di hadapan semua pekerja.
“Baiklah, kalau tak ada apa-apa kita
proceed apa yang dah kita bincangkan
tadi. Tapi, kalau ada sesiapa yang nak tambah boleh beritahu dengan saya
sebelum next Monday.” Pesan Anas.
Semua memandang sesama sendiri.
“Rasanya tak ada penambahan lagi,
Encik Anas.”
“Baiklah, kalau tak ada apa-apa
mesyuarat ni kita habis di sini.
Baiklah, masing-masing boleh sambung kerja.”
Semua yang berada di dalam bilik itu
meninggalkannya seorang demi seorang.
Akhirnya yang tinggal cuma Anas dan Balqis sahaja. Balqis merapatkan
diri kepada Anas dan memaut lembut leher Anas.
Anas menepis dengan lembut dan kedengaran keluhan dari Anas kerana dia
tidak selesa dengan tindakan Balqis itu.
“Anas…. Jom kita makan. Kita bincangkan hal kita.” Anas memandang kepada Balqis. Dahinya
mempamerkan kerut seribu.
“Bincangkan pasal apa?”
“Pasal kita. Bila you
nak masuk meminang I?” Sekali lagi
Anas mengeluh. Bosan dia dengan
pertanyaan Balqis itu. Macam dah tak ada
topik lain yang dikatakan.
“Boleh tak kalau you sabar? I banyak kerja yang nak diselesaikan. Lagi satu, I pelik kenapa dengan you.
Kenapa you beria-ia sangat nak
tengok presentation I?” Balqis senyum meleret. Senyuman Balqis itu sedikit pun tidak
mengentarkan hati lelaki Anas.
“You
ni take serious sangatlah Anas. I nak tolong you dapatkan tender tu. I akan
tambah mana yang perlu nanti. I yakin yang you akan dapat tender tu.”
“I
tak nak dapat tender tu disebabkan you. Please Balqis,
biar I buat kerja I sendiri dan jangan kacau I.”
“Okey, fine. I tak akan kacau you. Tapi Anas, papa dah banyak kali
tanya I. Bila yang you nak meminang I.” Segera pandangan Anas
terus kepada Balqis. Hish! Minah ni
memang tak faham bahasa melayu agaknya.
“You
faham tak I kata sabar.”
“You!
Papa dah bagi kata putus. Kalau you tak masuk meminang I hari raya ni, papa nak jodohkan I dengan orang lain.”
“So?”
Wajah Balqis berubah masam. Sakit hatinya dengan kata-kata Anas
tadi. Hati Balqis kian panas bila
melihatkan wajah Anas yang tenang itu.
Dia sendiri tidak tahu akan perjalanan cintanya dengan Anas. Dia sayangkan Anas. Dia cintakan Anas. Namun Anas?
Bagaikan main tarik tali dan nampak sangat ketidak sungguhan Anas dalam
hubungan mereka.
“You
sayangkan I ke tidak?”
“Kalau you sayangkan I, you boleh tunggu I kan?” Keras sahaja nada Anas di situ. Rimas pula dia dengan desakan Balqis yang
tidak sudah.
“Anas, I ni perempuan tau. I ni tunggu pinangan orang. Bila-bila masa sahaja orang akan masuk pinang
I.
You nak putih mata?”
“Kalau macam tu you terima sahajalah.”
“You
saja kan nak sakitkan hati I. Dahlah, malas nak layan you ni. Jomlah makan.” Anas mengeluh perlahan dengan
renggekan Balqis itu. Dia menggarukan
kepala yang tidak gatal. Boleh jadi gila
kalau dia layan minah ni. Malas nak
bersoal jawab, Anas mula melangkah untuk keluar dari bilik mesyuarat itu. Namun belum sempat dia dengan Balqis keluar,
langkah mereka terhenti apabila terpandangkan Adam abang sulung Anas masuk ke
dalam bilik mesyuarat itu.
“Along, apa yang along buat
sini?” Anas ternyata terkejut dengan
kehadiran Adam di pejabatnya apatah lagi dengan Sofea yang berusia enam bulan
itu.
“Sorrylah
Anas kalau along kacau kamu. Along nak
minta tolong dengan kamu jagakan Sofea untuk along. Along nak keluar dengan kak
long kamu.”
“Kak long pun pergi sama?” Adam mengangguk.
“Jadi Anaslah yang kena jaga
ni? Manalah Anas tahu, along.” Aduh!
Satu bala lagi. Bala tadi tak selesai
lagi, sampai pula bala yang lain. Pening….
Pening….
“Along tahu, Anas boleh jaga
Sofea. Along percayakan Anas.” Tubuh
Sofea mula bertukar tangan. Sebaik
sahaja di dalam dakapan Anas, suara Sofea mula memetir.
“Along, budak ni menangis.” Berubah wajah Anas ketika itu. Kelam-kabut dia melihatkan Sofea yang sudah
tidak berhenti menangis.
“Please
Anas. Along kena gerak dulu. Semua
keperluan ada dalam beg ni. Along pergi
dulu. Walau apa pun, jaga dia tau.”
“Along…” Belum sempat Anas berkata lagi, Adam lebih pantas
meninggalkannya. Tangisan Sofea kian
lantang. Hish! Nak buat macam mana ni?
“Balqis, tadi you kata yang you nak
kahwin dengan I kan? Apa kata you
ambik budak ni, you pujuk dia. Anggap aje latihan dari I.” Bulat mata Diana
melihatkan wajah Anas yang beria-ia itu.
“What?
I tak nak. Kalau I
kahwin sekali pun I tak nak ada anak. Buat semak ajelah ada anak ni. You suruhlah
staff you jaga.”
“You
ni ada-ada aje lah.” Akur dengan
rancangan Balqis itu Anas kemudiannya singgah di meja Farah, setiausahanya.
“Farah, boleh tolong jagakan anak
buah saya tak?” Terkebil-kebil Farah memandang kepada Anas. Hai bos aku ni agak-agaklah pun nak
bagi. Aku bukannya mak orang pun. Mana tahu
nak menjaga budak kecil ni.
“Tapi saya tak pandai nak jaga budak
ni bos. Lagi pun saya ni anak tunggal.
Bos bagi kat Hanis, budak akaun.
Dia biasa jaga budak sebab adik-adik beradik dia ramai.” Ujar Farah yang masih lagi terpinga-pinga.
“Okey, Hanis budak akaun ya.” Anas
berlalu meninggalkan Farah. Sampai
sahaja di bahagian akaun dia cuba melihat kelibat Hanis. Dia bukannya kenal sangat dengan Hanis. Pekerjanya bukan seorang. Ramai kut kalau dia nak kenal. Kalau tengok muka mungkin dia kenal. Tapi
kalau nak ingat nama memang tak.
“Encik Anas nak cari siapa?” Faizal
yang kebetulan lalu bertanya.
“Hanis mana?” Faizal menundingkan
jari kepada satu sudut. Hanis yang menangkap suara kecil milik Sofea
menjengahkan muka.
“Awak Hanis?” Hanis mengangguk.
“Awak boleh boleh tolong saya tak?”
“Tolong apa Encik Anas?”
“Awak biasa tak dengan budak?” Hanis mengangguk lagi.
“Tolong jagakan anak buah saya. Saya nak pergi makan sekejap.”
“Tapi Encik Anas, kerja saya macam
mana?”
“Saya pergi sekejap je. Lepas makan saya datang ambil balik. Keperluan Sofea dalam ni.” Tubuh Sofea
dicapai. Dengan perlahan Hanis menepuk
lembut belakang Sofea sambil memujuk.
“Tapi….”
“Thanks
Hanis. Saya pergi tak lama.” Terus sahaja Anas meninggalkan Hanis.
“Amboi, macam tak menyempat.” Sempat
juga Hanis berbicara dengan Sofea yang kian reda tangisannya.
“Kita minun susu dulu ye sayang.”
Pujuk Hanis sambil mencium pipi Sofea.
Suasana di dalam restoran itu agak
bising dengan kehadiran orang ramai yang menikmati hidangan. Walaupun Anas sudah biasa dengan suasana itu
namun tidak bagi Balqis. Terbantut dia
untuk berbincang tentang perhubungan mereka.
“Anas, please! Bagi tau dengan I,
bila yang you nak masuk meminang I?”
Arghhh!!! Rasa macam nak campak je steak yang berada dihadapannya. Anas mengeluh keras. Berserabut fikirannya dengan soalan yang sama
dari Balqis itu.
Anas tidak menjawab soalan itu
sebaliknya dia meneruskan hidangan tengaharinya. Entah mengapa hatinya panas tiba-tiba dengan
soalan Balqis tadi. Daripada dia
berbalah dengan Balqis, ada baiknya dia diam tidak menjawab.
“Anas, you dengar tak ni?” Anas
mendongakkan kepala. Namun belum sempat Anas membuka mulut, telefon milik Anas
berbunyi.
Tubuh Anas kaku saat dia menerima
panggilan itu. Suara Balqis hanya sayup
kedengaran. Serta-merta hatinya dilanda
debaran yang amat sangat. Dadanya bagaikan mahu pecah. Telefon yang dipegang hampir terlepas dari
genggamannya.
“Balqis, I kena balik dulu. Urgent!”
“Kita tak habis lagi, Anas!”
“So
sorry, I have to go.” Anas bangkit meninggalkan Balqis di dalam keadaan
terpinga-pinga.
HANIS memandang jam dinding di dalam
pejabat. Kemudian pandangannya bersilih
kepada Sofea yang sedang tidur lena. Dia
mengeluh perlahan.
“Manalah bapa saudara awak ni
Sofea. Ini bukan sekejap. Dah nak satu hari dia tinggalkan.” Hanis menyambung semula kerja-kerja yang
tertangguh walau pun hatinya dilanda rasa gelisah yang amat sangat.
Jam sudah menunjukkan ke angka 6
petang. Namun kelibat Anas masih belum
kelihatan. Meja Farah acapkali disinggah
untuk bertanyakan tentang Anas. Namun
hampa. Setiap kali dia menghubungi Anas,
telefon bimbit telah dimatikan. Takkan
dia nak buangkan anak buah kat sini pulak?
Hish! Mengarutlah.
“Hanis, awak tak balik lagi ke?”
Tersentak Hanis apabila dia disergah oleh Faizal.
“Macam mana aku nak balik kalau
budak ni tak dituntut oleh tuannya.”
Pandangan Faizal beralih kepada Sofea.
“La… Encik Anas tak balik lagi?”
Hanis menggeleng.
“Kau dah call dia?”
“Dah, tapi tak dapat. Dia off
kan telefon.”
“Pulak…. Habis macam mana ni? aku dah nak balik ni. Nak pergi terawikh.” Hanis menepuk dahi. Alamak!
Esok dah start puasa. Macam mana ni?
“Aduh! Matilah aku.”
“Kalau aku balik kau tinggal sorang
pulak.”
“Aku tak kisah. Aku ada kunci. Masalahnya budak ni.” Faizal menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Macam ni lah Hanis. Kau bawa budak tu kita pergi rumah Encik
Anas.” Melebar senyuman Hanis. Hai, macam mana dia boleh tak terfikirkan
tentang itu. Kalau dia tahu, dari tadi
dia suruh Faizal menghantarnya ke rumah Anas.
Hanis tidak menunggu lama. Dia
kemudiannya mengemaskan meja dan barang keperluan Sofea. Lantas dia mengelek Sofea dan meninggalkan
pejabat itu.
Faizal memberhentikan kereta di
hadapan rumah banglo tiga tingkat milik Anas.
Namun rumah itu kosong tiada penghuni.
Gelap dan sebarang tanda Anas juga tiada di situ. Keretanya juga tiada di dalam garaj.
“Kau yakin ke ni rumah Encik Anas?”
Tanya Hanis yang agak gelisah. Kepalanya
mula memikirkan yang buruk sahaja.
“Betul. Aku selalu pergi rumah dia hantarkan
dokumen.”
“Tapi gelap aje rumah dia. Kereta
dia pun tak ada.”
“Dia tak balik lagi agaknya. Dia cakap tak dia pergi mana?”
“Dia cakap yang dia nak pergi makan
sekejap. Takkan dari tengahari sampai
sekarang tak habis makan lagi?”
“Pelik.”
“Takkan dia kena culik kot?”
“Hish! Kamu ni Hanis. Tak baik tau awak cakap macam tu.”
“Masalahnya sekarang ni, si Farah
pun tak tahu dia pergi mana.” Faizal diam.
Dia berfikir. Takkan dia nak
duduk diam di situ bersama-sama dengan Hanis untuk menunggu Anas? O….. bahaya tu. Berdua dengan Hanis, ada pulak yang kena ketuk
cermin kereta nanti.
“Macam ni, apa kata untuk malam ni
kau bawak balik si Sofea ni dulu.”
“Hah? Kau gila Faizal? Nanti apa pulak kata housemate aku. Silap hari
bulan dia kata aku bawa lari anak orang.”
“Itu okey lagi. Kalau aku yang bawa balik ada pulak bini aku
parangkan aku. Silap hari bulan dia kata
anak ni anak aku dengan perempuan lain.”
Ya tak ya juga. Hanis menggarukan
kepala.
“Kita tunggu sampai dia baliklah.”
“Kau nak kita kena cekup
Hanis?” Pantas Hanis menggelengkan
kepala.
“Kau bawa balik Sofea ni. Aku yakin yang Encik Anas tak kemana tu. Mesti dia telefon kau nanti.” Hanis
diam. Mungkin ada benarnya kata-kata
Faizal itu.
“Hai, memang kerja gilalah.”
Hanis akhirnya akur untuk membawa
pulang Sofea ke rumah. Puas jugalah
Hanis bercerita tentang Sofea. Nasib
baik jugalah susu yang ditinggalkan masih bersisa. Namun dia perlu mendapatkan keperluan
Sofea. Buatnya tengah malam
semuanya habis, tak ke haru
dibuatnya. Susu yang ditinggalkan cukup
hanya sekali bancuhan sahaja. Di dalam
kepekatan malam Hanis membeli akan keperluan Sofea. Puas juga dia membelek satu persatu susu yang
berada di atas rak. Akhirnya dia tawakal
membeli susu kerana takut susu yang dibeli tidak sama dengan susu yang biasa digunakan
oleh Sofea sekarang ini.
Memang benar sangkaan Hanis apabila
Sofea menangis tidak berhenti malam itu.
Puas juga Hanis memujuk namun Sofea merajuk panjang. Betapa Hanis merasa serba-salah dengan rakan
serumah. Namun dia berterima kasih
dengan Suraya dan Reisya yang turut membantunya. Hati Hanis berdetik. Mungkin Sofea merindui ibunya. Kasihan pula dia melihatkan Sofea yang dari
tadi tidak henti menangis. Puas juga dia
memujuk.
“Kemanalah agaknya mama Sofea
kan? Yang Encik Anas ni pun satu, takkan dia tak ingat anak buah dia?” Bebel Hanis sorang-sorang. Dia mengeluh perlahan.
Setelah puas memujuk akhirnya Sofea
tidur juga. Mungkin sebab dia sudah
lapar, susu yang diberikan oleh Hanis habis diminum. Akhirnya dapat juga Hanis melelapkan matanya. Itupun ketika jam sudah pun menginjak ke
angka 2 pagi.
Hanis terjaga apabila telefonya
berbunyi. Segera dia mencapai telefon
bimbit dan menjawab.
“Assalamualaikum Hanis,” Dalam
keadaan terpisat-pisat itu sempat juga Hanis memandang kepada skrin
telefon. Tertera nombor yang tidak
dikenalinya. Siapa ni?
“Hanis, ini saya. Anas.”
Terus bangkit saat Hanis mendengarkan nama itu.
“La…. Encik Anas? Encik Anas tak ada
apa-apa ke? Encik Anas pergi mana? Risau
tau saya. Sofea ni…. kesian dia.” Bagaikan ada nada rajuk di situ. Yelah, mahu dia tak merajuk. Hilang tanpa berita.
“Maafkan saya, Hanis. Saya betul-betul lupakan dia. Masa saya tengah makan tadi, saya terima
khabar tentang abang dan kakak ipar saya.
Mereka kemalangan, Hanis.”
Terkejut Hanis dia dengan cerita
Anas itu. Perasaan marah dan merajuk
bertukar menjadi sedih dan kasihan.
“Kedua-dua mereka meninggal
dunia. Saya sibuk uruskan jenazah mereka
sampai saya lupakan Sofea. Kalau jiran
abang saya tak tanya tadi, mungkin sampai sekarang saya terlupakan dia.”
“Maafkan saya, Encik Anas. Takziah dari saya.”
“Terima kasih, Hanis. Kalau tak ada kamu tak tahulah saya. Nasib baik awak balik Sofea.”
“Itulah, tadi saya ke rumah Encik
Anas tapi Encik Anas tak ada. Jadi saya
bawalah balik Sofea ni.”
“Terima kasih sekali lagi,
Hanis.”
“Sekarang ni saya dah tahu hal yang
sebenarnya. Legalah hati saya ni. Risau tau bila call Encik Anas tak dapat tadi.”
“Maaf sangat-sangat ye Hanis. Sofea macam mana?”
“Merajuk jugalah dia Encik
Anas. Mungkin susu yang saya beli tak
kena dengan susu yang dia biasa minum. Lama juga saya pujuk dia. Tak kena gaya
dia minum juga sebab dah lapar. Sekarang
ni dia tengah tidur.”
“Macam ni lah Hanis. Saya nak minta tolong dengan awak jagakan
Sofea untuk sementara waktu.”
“La… Habis kerja saya macam mana
Encik Anas?”
“Saya akan arrangekan orang lain buat kerja awak. Saya kena selesaikan beberapa dokumen abang
saya. Esok, saya akan hantarkan
keperluan Sofea. Saya minta tolong
sangat-sangat dengan awak, Hanis.” Rayu
Anas perlahan. Sebenarnya jauh di sudut
hati, Anas merasa amat bersalah. Tak
pasal Hanis menjadi mangsa menjaga Sofea.
Yelah, mana tahu ianya akan membebani Hanis.
Lama juga Hanis berdiam diri. Dia cuba untuk mempertimbangkan segala
permintaan Anas. Hai, nasib baik lah
bos. Nak tak nak kenalah juga menjaga
budak kecik ni.
“Yelah, Encik Anas. Tapi jangan lama-lama.”
“Habis urusan saya akan inform awak.”
“Baiklah.”
“Terima kasih, Hanis. Awak banyak
dah tolong saya. Bangunlah, dah pukul
4.30 dah ni. Bangun sahur.” Terbuntang
mata Hanis mendengarkan perkataan sahur itu.
Yelah, hari ini dah mula berpuasa.
Terus sahaja Hanis bangkit dan menuju ke dapur. Hai, nasib baiklah ada orang kacau pagi-pagi
ni. Kalau tidak, dah sah-sah dia
terlajak tidur.
Pagi itu, seperti yang dijanjikan
Anas datang ke rumah sewa milik Hanis.
Berpisahkan pintu pagar Anas melemparkan senyuman dari jauh.
“La… Encik Anas, kata nak bawa
barang keperluan Sofea. Ini kosong je
tangan tu.”
Anas senyum. Melihatkan muka pelik milik Hanis, dia ketawa
kecil. Comel pulak Hanis buat muka pelik
macam tu.
“Saya nak minta tolong awak temankan
saya belikan keperluan Sofea. Kat rumah
abang saya tu banyak yang dah habis. Lagi pun saya mana tahu nak beli semua
tu.”
Aduh! Malasnya nak keluar, dengan bos pulak
tu. Dia ni kan, suka sangat nak bagi terkejut
orang. Nak tak nak terpaksa jugalah
Hanis terima ajakan Anas. Ini, kalau
buah hati dia nampak sah-sah dia kena libas muay tai. Hish! Cari nahas betullah kau Hanis.
“Encik Anas tak ajak Cik Balqis ke?”
Entah mengapa mulut Hanis gatal bertanya. Anas tersenyum kelat.
“Takkan dia nak punya. Cepatlah siap.”
Hanis akur. Dia masuk ke dalam rumah dan segera menukar
baju. Terasa kekok pula dia berjalan
dengan Anas, majikan yang selama ini tidak pernah dia bertegur sapa. Hanis memandang sekilas kepada Sofea.
“Kesian Sofea. Kecil lagi dia dah jadi anak yatim piatu.”
Sekali lagi Anas tersenyum kelat. Masih
teringat saat dia mendapat berita tentang kemalangan yang meragut insan yang tersayang.
Hanya Adamlah anggota keluarga yang ada dan tempat dia menumpang manja.
“Macam saya juga.” Hanis tersenyum memandang kepada Anas.
“Encik Anas dah besar panjang. Sofea ni kecil lagi. Dia perlukan kasih sayang seorang ayah dan
ibu.” Anas diam. Tidak dapat dia
bayangkan bagaimana kehidupan Sofea selepas ini.
“Buntu saya nak fikirkan hal ini,
Hanis.”
“Encik Anas, walau macam mana pun,
Sofea sekarang sudah menjadi tanggungjawab Encik Anas. Yang penting Encik Anas kena jaga dia.”
Anas diam. Dia memandang kepada Hanis, pekerja bawahan
yang tidak begitu dikenalinya. Namun dia
kagum dengan Hanis yang begitu matang dan yakin.
“Sampai bila saya boleh jagakan
Sofea untuk Encik Anas. Susah sangat
Encik Anas kahwin je lah cepat-cepat dengan Cik Balqis. Senang. Ada juga yang boleh menjaga Sofea
ni.”
Bila Hanis menyebut akan nama
Balqis, wajah kekasihnya mula terbayang di ruang matanya. Hai, macam manalah nak jaga Sofea kalau
awal-awal dah beritahu tak nak ada anak!
Anas menyambut idea Hanis dengan sebuah senyuman yang dipaksa. Entah mengapa, hatinya begitu tawar dengan
Balqis sekarang ini.
“Susah tu, Hanis. Hai, entahlah. Dia bukan suka sangat dengan budak ni.”
“Mula-mula tu memanglah kekok Encik
Anas. Tapi percayalah, bila kita dah
biasa nak berenggang dengan dia pun kita tak nak.”
“Boleh caya ke?”
“Tak percaya? Okey, saya jaga Sofea
minggu sepanjang ni. Minggu depan Encik
Anas ambil Sofea dan jaga dia. Nanti
senang nak jaga anak sendiri.” Ujar Hanis.
“Saya tak tahulah Hanis.”
“Tak tahu belajar Encik Anas. Tak apa, saya boleh tolong ajarkan.” Mata
Anas melirik kepada Hanis.
“Awak nak tidur rumah saya ke?”
Terbuntang mata Hanis mendengar kata-kata itu.
“Hei, Mana boleh!” Anas ketawa. Gelihati dia apabila melihatkan perubahan
wajah Hanis yang merona merah itu. Nampak sangat menahan malu.
“Kalau macam tu biar saya je yang
jaga. Nak tak nak Encik Anas kena ambil
dia minggu depan. Kalau Encik Anas ada
masalah, telefon je saya.”
“Kena juga ke?”
“Yelah, kalau tak siapa lagi yang
nak jaga dia. Saya yakin yang Encik Anas
boleh buat. Encik Anas sajalah waris yang dia ada.”
“Betul ni?”
“Betul…. Percayalah cakap saya. Silap hari bulan, Encik Anas nak pisah dengan
dia pun tak nak. Sampaikan nanti kalau dia tak ada, Encik Anas yang akan
tercari-cari dia pulak. Lagi pun si
Sofea ni cerdik tau.” Anas tersenyum.
Fikirannya jauh melayang. Tidak
dapat dia bayangkan bagaimana untuk dia menjaga si Sofea.
SEMINGGU berlalu dengan
cepatnya. Seperti yang dijanjikan, Anas
datang ke rumah Hanis untuk mengambil Sofea.
Sudah seminggu jugalah Hanis tidak menjejaki kaki ke pejabat. Nampaknya bertimbunlah kerja yang menanti
lepas ni.
Malam itu, Anas buntu apabila Sofea
tidak berhenti menangis. Puas juga Anas
memujuk namun satu pun tidak berhasil.
Jam sudah menunjukkan ke angka 1 pagi ketika itu. Anas mengeluh perlahan.
“Tidurlah Sofea. Pak su mengantuk ni. Janganlah menangis.”
Lemah sahaja kata-kata yang terbit dari bibir Anas. Dia memandang kepada telefon bimbitnya. Takkan nak ganggu Hanis tengah malam buta ni?
Apabila tangisan Sofea masih belum
reda, akhirnya Anas mula mengalah.
Telefon bimbit dicapai dan nombor Hanis mula didail.
“Hanis…”
“Encik Anas, ada masalah ke? Itu bukan ke suara Sofea?” Tanya Hanis apabila mendengaran suara Sofea
yang nyaring itu.
“Tolong saya, Hanis. Sofea tak nak
berhenti menangis.”
“Susu dah bagi?”
“Dah, tapi dia campakkan botol.”
“Encik Anas buat susu macam mana?”
“Macam yang Hanis ajar. Masukkan susu lepas tu masukkan air.”
“Air panas dah masukkan ke?”
“Nak kena letak juga ke?”
Hanis menepuk dahi. Aduh!
Bos aku ni. Dia tak dengarlah
tadi. Orang suruh masukkan air panas sikit
bukannya dia nak buat.
“Mesti Encik Anas bagi dia susu
sejuk. Mestilah dia mengamuk. Itu dah sah perut masuk angin. Tak apa, macam ni Encik Anas. Encik Anas ambil
minyak panas letakkan sikit kat perut dengan betis dia. Berikan dia susu yang baru, jangan panas
sangat dan jangan sejuk sangat. Biar suam-suam aje. In Sha Allah…. Okeylah dia tu.”
“Betul ni?” Anas bagaikan tidak percaya.
“Selawat banyak-banyak, Encik
Anas. Saya yakin yang dia mesti nyeyak
tidur. Ada apa-apa lagi tak?”
“Buat setakat ni, tak ada
apa-apa. Nanti kalau ada, saya telefon
awak balik.” Anas kemudiannya meletakkan telefon bimbit setelah dia memberi
salam.
Lama juga Anas memujuk Sofea untuk
tidur. Namun setelah dia meletakkan
minyak dan membuat susu seperti diajar oleh Hanis terus sahaja anak kecil itu
tidur. Setelah Sofea nyeyak tidur, Anas
bangkit untuk bersahur. Alang-alang
berjaga malas pula dia untuk tidur semula.
Apabila dia selesai bersahur jam sudah menunjukkan ke angka 3 pagi. Sambil membelek wajah anak kecil itu, Anas
tersenyum sendiri. Alahai, comelnya anak
buah aku ni. Dalam erti kata dia melayan
Sofea yang sedang tidur, dengan dia juga
sudah terlelap.
Anas terkejut apabila telefon
bimbitnya berbunyi. Dia segera mencapai
telefon bimbit dengan segera untuk tidak mengejutkan Sofea. Melihatkan Sofea yang lena di atas lengannya
membuatkan Anas tersenyum sendiri.
Terbutang mata Anas apabila melihatkan jam sudah menunjukkan ke angka
6.30 pagi dan sebanyak 10 missed call
tertera di skrin telefon bimbitnya.
Hanis! Sah dia kejutkan aku
tadi.
Anas meletakkan kepala Sofea dengan
perlahan. Dia bangkit dan menunaikan
solat subuh. Nasib baik juga dia sudah
sahur tadi. Selesai sahaja menunaikan
solat subuh, dia mencapai telefon bimbit dicapai dan nama Hanis dipilih.
‘Terima
kasih kerana mengejutkan saya solat subuh.’ Butang send dihantar dan
senyuman Anas mula terukir. Dia
memerhatikan Sofea yang masih lagi lena.
Entah mengapa hatinya mula tersentuh saat memandang wajah milik Sofea. Dalam usia yang begitu muda dan baru
mengenali dunia, dia sudah kehilangan kasih sayang ibu dan ayah. Anas mengusap lembut pipi Sofea.
“Pak su janji sayang, pak su akan
menjadi ayah yang terbaik buat Sofea.
Tapi….” Entah mengapa tiba-tiba wajah Balqis pula yang singgah di ruang
matanya. Anas mengeluh perlahan. Kata-kata Balqis yang tidak mahu anak mula
menyesakkan perasaannya. Ah, masalah betul!
ANAS masuk ke pejabat setelah tiga
hari bercuti. Dia melangkah kemas ke
dalam bilik bersama-sama dengan Sofea.
Dia masih belum kelapangan untuk mencari pengasuh bagi Sofea dan
akhirnya dia mengambil keputusan untuk bawa bersama ke pejabat. Sibuk menjaga Sofea, sampai terlupa untuk dia
mencari pengasuh. Kalau ada pun mesti
tak nak. Kena pulak bulan puasa begini.
“Encik Anas,” Langkah Anas terhenti bila namanya dipanggil.
“Farah, kenapa?”
“Cik Balqis cari Encik Anas
berkali-kali. Marah betul dia bila Encik
Anas tak call dia balik.” Arghhh!!! Balqis. Kenapalah nama itu disebut pula.
“Dia ada cakap apa-apa tak?”
“Tak ada pulak. Tapi…. Kalau nak diikutkan hari-hari dia
singgah sini bertanyakan tentang Encik Anas. Sekejap lagi sampailah tu.” Adu Farah sambil bermain dengan pipi Sofea
yang bulat itu. E…. geram!
“Anas!” Tersentak Anas dan Farah apabila mereka
disergah. Erm…. Panjang pulak umur
perempuan ni.
“Balqis,”
“Susah betul I nak jumpa dengan nak jumpa dengan you sekarang ni.”
“So?”
Malas Anas nak melayan Balqis yang bagaikan datang tidak diundang. Sudahlah masuk ke pejabat orang, lepas tu
boleh pulak sesuka hati sergah orang.
Macamlah pejabat ni dia yang punya.
“Ini anak buah you kan? Apa dia buat kat
sini?”
“Ini anak buah I tak ada kena mengena dengan you.”
“Kan I dah kata yang I tak nak
you jaga budak ni.”
“Look
here, Balqis. Sofea adalah
tanggungjawab I.”
“Habis I ni apa?”
“You
tak ada kena mengena pun dengan I.”
Keras sahaja nada yang lontarkan oleh Anas.
“I
sebenarnya malas nak gaduh dengan you. I nak
you temankan belikan barang untuk
raya nanti.” Hah? Kali ini pandangan Anas tajam memandang
kepada balqis. Farah awal lagi telah
meninggalkan bilik itu. Malas dia nak
tonton drama swasta di dalam bilik Anas.
“I
baru je masuk kerja, Balqis. I ada
banyak kerja yang nak kena buat.”
“Please….
Temankan. Lagi pun …. You banyak hutang dengan I. Kita dah lama tak keluar sama.”
“Kan I dah kata yang I banyak
kerja yang nak kena buat. You pergilah seorang. Habis Sofea ni nak campak mana?” Balqis mula mencebik. Sofea! Sofea! Sofea! Geram sungguh Balqis
bila Anas lebih mementingkan Sofea daripada dirinya.
“You mintaklah
staff you jaga sekejap.” Staff?
Anas senyap.
“Jomlah Anas.”
“Boleh, dengan satu syarat.”
“Apa dia?”
“Sofea akan ikut. I
akan bawa Hanis sekali untuk jaga Sofea.” Berubah wajah Balqis mendengarkan
cadangan Ana situ.
“Kalau tak nak, you boleh pergi sendiri.” Kali ini Balqis mati dengan kata. Ah, janji dapat keluar dengan Anas pun dah
cukup baik. Akhirnya Balqis setuju
dengan cadangan Anas untuk membawa Sofea dan juga Hanis. Walau pun dia setuju
namun wajah Balqis kelat semacam.
Tambahan lagi bila Anas menelefon Hanis untuk diajak keluar
bersama. Sakit hatinya tidak boleh
dicerita.
Hati Balqis bertambah sakit bila
Anas banyak memberikan perhatian kepada Sofea berbanding dengan dirinya. Dia merasakan yang dia tidak wujud di
situ. Hanis yang menyedari perubahan
wajah Balqis turut merasa serba salah.
Bukan dia mengharap sangat untuk mengekor Anas. Kalau bukan sebab Sofea, baik dia duduk
pejabat buat kerja sendiri. Boslah ni. Sesuka hati aje nak ajak kita sekali. Takut juga Hanis dengan wajah Balqis yang
masam mencuka.
“Balqis, I nak cari baju Sofea. Boleh
temankan I pilihkan tak?” Terus
Balqis berpaling.
“What? Kenapa I
pulak?”
“Ala…. Tolonglah.”
“I
tak nak. You sajalah yang cari.”
Balqis meletakkan beg kertas di atas meja.
Merah padam dia bila disuruh menemani Anas untuk mencari baju Sofea.
“Tadi I dah temankan you. Sekarag ni you temankanlah I pulak.”
Balqis memeluk tubuh tanda tidak puas hati.
“I
penat.” Bentak Balqis dengan nada yang tinggi.
“Okey, kalau macan tu you rehat dulu. Hanis, jom temankan saya cari baju Sofea.”
Hanis tersentak. Ha? Aduh, dia ni memang nak kena makan jeling Cik
Balqis agaknya. Hanis sempat memandang kepada Balqis yang sudah pun menjeling
tidak rasa puas hati.
“Tapi….”
“Awak tak dengar ke yang Anas ajak
awak tu. Pergi jelah.” Hanis bangkit di dalam keadaan serba-salah. Hish!
Susah betullah jadi orang tengah ni.
Selalu sahaja terkena.
Lama juga Anas dan Hanis mencari
baju untuk Sofea. Hati Hanis bagaikan
tidak tenteram. Bersama-sama dengan Anas
hatinya tidak pernah untuk lepas dari debaran yang amat sangat. Walau pun majikannya bertindak dengan tenang
namun gelora hatinya sebaliknya. Hai,
hati… tenteramlah kau.
“Kalau Encik Anas nak Sofea pakai
baju kurung, seeloknya Encik Anas belikan yang kain cotton. Sejuk sikit.”
Cadang Hanis apabila melihatkan Anas yang dari tadi tidak henti
membelek. Anas mengangguk sambil matanya
tidak lepas dari melihat baju kurung yang comel.
“Alang-alang kita keluar ni, saya
belikan untuk awak sepasang.” Hanis terkedu. Nafasnya bagaikan terhenti. Ah, apakah
yang aku dengar ni? tak mimpi kan?
“Eh, tak payahlah Encik Anas. Sepatutnya Encik Anas beli baju Sofea, bukan
saya. Saya ni bila-bila masa pun boleh
beli. Nanti kalau Encik Anas beli, hai
perang dunia ketigalah jawabnya Encik Anas dengan Cik Balqis.” Anas ketawa.
“Ala… anggap je saya belikan sebab upah
jagakan Sofea untuk saya.”
“Saya jaga dia ikhlas, Encik Anas.”
“Dan saya juga ikhlas nak belanja
awak ni. Saya pilihkan baju untuk awak
ye, ke awak nak pilih sendiri?”
“Tapi…”
“No!
awak kena terima. Tidak boleh tidak.”
Hanis mengeluh. Aduh, matilah aku macam
ni. Kalaulah minah tu tahu yang Anas
belikan baju untuknya mahu kena kerate ala komando silap hari bulan.
Hanis akur sahaja bila Anas mengajak
pulang. Sampai sahaja di tempat Balqis,
hati Hanis mula tidak keruan. Tambahan
lagi dengan wajah masam milik Balqis yang merah dek menahan marah.
“You
ni pergi beli baju ke atau mereban ke tempat lain?” Pandangan tidak puas hati
dilontarkan oleh Anas kepada Balqis.
“Hai, tadi you juga yang tak nak ikut I
kan? Sekarang ni yang you nak marah-marah dah kenapa?” Kali
ini Hanis melihat pula wajah Anas yang sudah masam mencuka. Kasihan pula Hanis kepada Anas ketika
itu. Sudahlah baru kehilangan orang yang
tersayang, kemudian terpaksa memikul tanggungjawab baru dan kekasih hati pula
buat hal. Hanis menggelengkan kepala
apabila melihatkan Balqis yang tidak berhenti membebel.
“Encik Anas, saya minta maaf.” Anas memandang kepada Hanis sekilas.
“Tak ada apa yang perlu awak minta
maaf. Awak tak salah, Hanis.” Hanis
tunduk. Dia merasa amat bersalah sekali
apabila Anas dan Balqis bermasam muka.
Anas menurunkan Hanis di rumah
sewanya. Wajah Balqis masih lagi
masam. Tambahan lagi bila dipaksa
memangku Sofea. Jelingan Balqis kian tajam
bila melihatkan beg kertas di tangan Hanis.
Kembang kuncup Balqis menahan marah.
Kemudiannya Anas memecutkan kereta untuk menghantar pulang Balqis. Nasib baiklah Sofea terlena ketika itu. Kalau tidak, bertambah masamlah minah sebelah
ni.
“Anas, raya ni I nak you jumpa family I.” Keras sahaja nada Balqis
berkata-kata.
“I
tahu, Balqis.”
“Tapi, I nak sangat you datang
seorang.” Pantas Anas berpaling kepada Balqis.
“Apa salah Sofea?”
“I
minta tolong kali ni je.” Anas mengeluh.
Bibirnya terus terkunci tiada bersuara.
FIKIRAN Anas jauh melayang. Dia tidak tahu apakah yang perlu dikatakan
kepada Hanis. Bagaikan sudah banyak dia
menyusahkan gadis itu. Susah untuk dia
menyusun ayat menceritakan apa yang terpendam di dalam hatinya. Masakan Hanis nak bawa pulang Sofea ke
kampung? Anas buntu memikirkan permintaan Balqis itu. Hatinya mula berbelah bagi. Masa cuma ada tiga hari sahaja Hari Raya
bakal menjelma. Namun dia masih belum
memberitahu apa-apa kepada Hanis.
“Masuk,” Arah Anas apabila mendengarkan pintu biliknya
diketuk. Sofea masih di dalam baby court sambil diperhatikan oleh Anas. Melihatkan Hanis yang melangkah masuk ke
dalam biliknya, senyuman Anas kemudiannya melebar.
“Ye Encik Anas? Apa apa yan boleh saya bantu?”
Anas senyum lagi. Yes!
Inilah masanya. Dia perlu
beritahu apa yang ingin dia sampaikan.
“Nak minta jaga Sofealah ni.” Serkap Hanis.
Melihatkan wajah Anas, dia sudah tahu apa yang ingin disampaikan oleh
majikannya itu.
“Awak ni macam tahu aje Hanis.”
“Boleh… bak sini Sofea tu.”
“Tapi bukan sekarang.” Hanis mengerutkan
dahi.
“Raya nanti.” Bulat mata Hanis mendengarnya. Betul ke tidak bos aku ni? Aduh!
Matilah macam ni.
“Tapi Encik Anas, raya ni saya balik
kampung. Takkan saya nak bawa dia sekali naik bas? Lagi pun….”
“Saya minta tolong kali ni aje.” Dah
banyak kali aje ni. Lepas ni buat
lagi. Hanis menggarukan kepalanya yang
tidak gatal.
“Encik Anas ni, apa pulak kata mak
saya nanti?”
Anas mengeluh.
“Sebenarnya saya serba salah dengan
awak. Balqis ajak datang rumah dia raya
nanti. Tapi dia tak nak saya bawa Sofea ni.”
Hai….. bos….bos…. kesian pulak bila
kena buli macam tu.
“Encik Anas, Cik Balqis kena terima
seadanya si Sofea ni. Sofea
tanggungjawab Encik Anas. Dia tak boleh
nak menolak semua tu.”
Anas diam dengan kata-kata Hanis itu. Menyesal pula Hanis bila dia sudah terlepas
cakap. Mungkin Anas berfikir dia sudah
melampaui batas sebagai seorang pekerja bawahan.
“Maafkan saya, Encik Anas. Saya tak bermaksud begitu. Saya sayangkan Sofea. Saya tak nak Sofea ni jadi macam bola
ditendang sana, lepas tu sini.”
“Kalau macam tu tak apalah
Hanis.”
Suasana bilik itu sunyi seketika.
Masing-masing tidak bersuara.
“Habis tu macam mana dengan mak
saya?”
Terus berseri wajah Anas saat
itu. Wah, ada can ni.
“Awak setuju nak jaga Sofea?”
“Ye….tapi…”
“Tentang mak awak tu janganlah
risau. Saya akan ceritakan
segalanya. Pasal balik kampung pun awak
jangan risau. Saya akan hantar awak balik
kampung. Siap ambil lagi nanti. Terima kasih, Hanis. Awak adalah peyelamat saya.”
“Yelah…. Nak buat macam mana. Kesian Sofea tu.”
Seperti yang dijanjikan, keesokan
hari Anas menghantar Hanis pulang ke kampung. Pemanduan ke Melaka itu
memberikan debaran yang amat sangat kepada Anas dan Hanis.Takut juga Anas untuk
berdepan dengan ibu Hanis. Tak dapat dibayangkan kalau ibu Hanis menunggunya di
muka pintu sambil memegang parang. Silap
hari bulan dia dicop sebagai buntingkan anak orang.
Sampai sahaja di kampung Hanis, Anas
cuba menggumpul kekuatan untuk bercerita tentang apa yang telah berlaku. Sempat juga Anas melirik kepada Hanis yang
dari tadi senyum tak sudah.
“Anas jangan bimbang. Tinggal je Sofea kat sini. Ramai yang boleh
tengokkan dia. Hanis selalu cerita pasal
Sofea. Baru sekarang dapat jumpa. Comel budak ni.”
Anas terkedu.
“Makcik tahu?”
“Dah lama tahu dah. Hanis selalu cerita kat makcik. Dekat sebulan dah Hanis ni kata yang ada masa
dia menjaga Sofea ni.”
“Legalah saya kalau makcik dah
tahu. Saya janji dengan makcik, kalau
habis aje saya terus balik sini.”
Mak Leha senyum.
“Yelah, pergilah Anas. Pasal Sofea janganlah kamu risau.”
Akhirnya Anas pulang ke Kuala Lumpur
dengan hati yang tenang. Gembira rasanya
bila keluarga Hanis dapat menerima Sofea.
Satu
Syawal……
Anas kacak mengenakan baju melayu
cekak musang berwarna biru laut. Rumah
agam milik keluarga Balqis bagaikan sunyi walau pun ramai tetamu yang
datang. Entah mengapa rasa rindu kepada
Sofea mula membuak. Hai, kalau ada Sofea
boleh juga dia bermain dengan budak kecik tu. Namun bukan wajah Sofea sahaja
yang menari di ruang mata, namun wajah Hanis juga turut menjadi
ingatannya.
“Anas!”
Anas tersentak.
“Balqis,”
“You
ni kan, dari tadi I tengok masam je. You
tak suka datang rumah I ke?”
Anas menggeleng.
“Thanks
sebab tak bawak budak kecik tu hari ni.”
Anas memandang kepada Balqis. Geram pulak bila Balqis berkata begitu. Hati Anas mula dilanda rasa sunyi yang amat
sangat. Terbayang wajah Sofea di ruang matanya.
Dia rindukan senyuman milik Sofea.
Dia rindukan tangisan Sofea.
“You
ni kenapa? Dah, jom kita pergi jumpa papa dengan mama. Mereka nak bincangkan pasal perkahwinan
kita.”
Anas tersentak.
“You
jangan main-main, Balqis.” Senyuman Balqis meleret.
“Kalau I tak buat macam ni entah bila you
nak datang pinang I.” Panas hati Anas mendengarnya.
“Kenapa you tak bincangkan dengan I
dulu?”
“Habis you tu asyik dengan anak buah you
tu je.”
“Hai, Dengan Sofea pun you nak cemburu juga ke? Rasanya dia tak
ada kacau hidup you pun.”
“Tak kacau kata you? Sebab dia hubungan kita renggang. Sebab dia juga you tak pedulikan I
lagi.”
“You
tahu tak Sofea tu dah tak ada sesiapa di dunia ni. Hanya I
saja yang menjadi penjaganya yang sah. You kena terima semua tu.” Tegang suara
Anas. Dia cuba untuk menahan marah, namun wajah selamba Balqis membuatkan
hatinya geram.
“I
nak kalau kita kahwin, I tak nak
budak tu dalam hidup kita.”
“Balqis!” Kali ini suara Anas
memetir. Dia sudah tidak tahan
lagi. Nafasnya turun naik menahan marah
yang amat sangat. Pandangan mata dari
tetamu yang lain tidak dihiarukan.
Balqis terkejut bila dia disergah begitu.
“I
sayangkan dia. Hanya I saja yang dia ada. Walau macam mana pun I tetap akan menjaga dia!”
Tegas Anas.
“Sofea! Sofea! Sofea! Sekarang ni you pilih. I
atau budak tu!?”
“I
tetap akan pilih dia. So?
You nak buat apa?”
Suasana sunyi seketika.
“Yes! I
dah agak. You memang jantan tak guna, Anas. Kita putus! I
tak nak ada perhubungan dengan you.”
“Kalau I memikul tanggungjawab you
kata I ni jantan tak guna, lebih baik
you jadi lelaki sebab hati you buta dengan perasaan seorang ibu!”
“Anas!”
“Terima kasih, Balqis. I
pun tak nak ada perhubungan you
lagi.”
“You
keluar dari sini! I tak nak tengok
muka you lagi!” Jerit Balqis.
“Dengan berbesar hati, Cik Balqis.”
“And
one more thing!” Langkah Anas terhenti.
“You
jangan harap yang you akan dapat
tender tu.”
Anas berpaling.
“Dan you bukan tuhan nak tetapkan rezeki orang. Selamat tinggal, Balqis.” Anas melangkah kaki
dengan pantas keluar dari rumah agam milik keluarga Balqis. Entah mengapa, dadanya bagaikan lapang bila
Balqis menamatkan perhubungan dengannya.
Anas menghidupkan enjin kereta dan
berlalu dari situ. Hatinya meronta untuk
bertemu dengan Sofea. Dia tidak menunggu
lama untuk terus memandu ke Melaka.
Sepanjang perjalanan itu, fikirannya hanya kepada Sofea. Kemudiannya kata-kata Hanis pada suatu ketika
dulu terngiang di cuping telinga.
“Mula-mula
tu memanglah kekok Encik Anas. Tapi percayalah,
bila kita dah biasa nak berenggang dengan dia pun kita tak nak.” Ya!
Memang benar katamu Hanis!
Anas tersenyum bila wajah Sofea mula
bermain di ruang matanya. Kemudian wajah
anak kecil itu diganti dengan wajah manis milik Hanis. Akhirnya senyuman Anas kian meleret. Sampai sahaja di kampung Hanis, perasaan
gembira tidak dapat digambarkan oleh Anas. Kini dia sedar, kedua-dua insan
itulah yang kini bertahta di dalam hatinya. Hai, tidak sabar rasanya untuk dia
bertemu dengan kedua-dua insan itu.
“La…. Anas. Masuklah.” Pelawa Mak Leha ramah.
Anas membuka kasut dan masuk terus
ke rumah itu.
“Dah habis dah kerja kat kolumpo tu?”
“Dah, makcik. Semuanya dah selesai. Habis semua saya terus ke sini. Sofea dengan Hanis mana makcik?” Tanya Anas sambil matanya meliar.
“Hanis ada dalam bilik tidurkan
Sofea. Seronok betul Sofea tu berjalan
raya, sampai letihlah dia.”
Anas ketawa.
“Makcik,”
“Ye Anas, kenapa? Anas nak bawa balik Sofea ke? Ala…. Biarlah dua tiga hari lagi dia kat
sini. Makcik pun tak puas nak bermain dengan dia.”
“Bukan itu maksud saya, makcik.”
“Habis tu dah kenapa?”
“Kerja saya kat sini pula yang belum
selesai.”
“Kerja? Kerja apa pulak ni? jangan buat makcik takut boleh tak? Hanis ada buat salah ke?”
“Mungkin cara saya ni tak beradat
makcik. Saya ni tiada orang tua dan
hidup sebatang kara. Saya dah fikir
masak-masak, makcik.”
“Ada masalah besar ke Anas?”
“Makcik, saya nak tambah satu lagi
tugas untuk Hanis.”
Mak Leha mengurut dada lega. Hish!
Budak ni, buat terkejut orang aje.
“La… makcik ingatkan apa tadi.”
“Makcik tolong tanyakan untuk saya
boleh tak?”
“Kenapa pulak makcik? Anas kan bos dia. Apa kata Anas yang tanya. Sekejap, makcik panggilkan dia.”
Anas menantikan dengan sabar dan
penuh rasa debaran di hati. Di dalam
hatinya tidak putus-putus berdoa agar Hanis dapat menerimanya. Dia tidak mahu
melepaskan seseorang yang istimewa di dalam hidupnya. Dia yakin, hanya Hanis sahaja yang layak
untuk menjadi peneman sepanjang hidupnya.
“Eh, Encik Anas dah sampai.” Tegur Hanis tersenyum. Anas memandang kepada Hanis tanpa lepas. Anas turut menyambut senyuman Hanis itu.
“Tanyalah Anas,”
“Kenapa Encik Anas?”
“Tak… sebenarnya nak berikan satu
lagi tugas untuk awak.”
“Tugas? Cari orang lain boleh tak
Encik Anas?”
“Tak boleh. Hanya awak sahaja yang boleh pikul tugas tu.”
“Kenapa pulak saya?”
“Sebab Hanislah yang paling layak.”
“Apalah kelayakan yang saya ada,
Encik Anas.”
“Kelayakan seorang ibu. Sudi tak Hanis terima tugas seorang isteri?
Hanis, kahwin dengan saya.”
Hanis dan Mak Leha terkejut. Hanis terus memandang kepada Anas. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar
tadi. Hanis menggeleng.
“Encik Anas milik Cik Balqis.”
“Awak silap, Hanis. Saya bukan milik Balqis. Saya tak pernah terima akad atas nama
dia. Kami dah putus. Dia sendiri yang putuskan perhubungan kami.
Izinkan saya lafazkan akad atas nama awak, Hanis.”
“Maafkan saya Encik Anas. Semua ni salah saya. Kalau saya tak jaga Sofea….” Hanis tunduk dan
hatinya dipaut dengan perasaan serba-salah yang amat sangat.
“Sudah, bukan salah awak. Dia yang tidak boleh terima saya dan Sofea. Dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
Tapi, saya tak nak berpisah dengan Sofea dan saya pun tak nak berpisah dengan
awak.”
Debaran hati Hanis kencang dan
bergelora. Dah macam nak gugur
jantungnya bila Anas cuba untuk melamarnya.
Betul tidak bos aku ni?
“Saya tak nak buat Sofea macam
bola. Kejap dengan awak, kejap dengan
saya. Kalau satu bumbung kan
senang.”
“Tapi….”
“Saya rasa mesti Sofea suka kalau
awak jadi isteri saya, jadi mama dia.”
Anas senyum sambil mengenyitkan mata.
“Saya…. Saya…..” Aduh! Gagaplah pulak. Hilang semua yang nak dikatakan bila Anas
mengenyitkan mata. Benci!
“Dia seganlah tu, Anas.”
“Makcik tak kisah ke kalau saya
berkahwin dengan Hanis?”
“Makcik tak kisah dia yang menjadi
suami Hanis asalkan dia sayangkan anak makcik ni. Dia diam tu tanda setujulah tu. Kita ada adat
nak, datanglah masuk meminang. Makcik
yakin, Hanis pun sayangkan Sofea. Dia
terima Sofea ibarat dia terima Anas juga.”
Yes! Meleret senyuman Anas mendengarkan green light dari Mak Leha.
Hatinya melonjak gembira. Hanis
pula menghadiahkan jelingan kepada Mak Leha.
Mak ni pun satu. Buat malu orang
je. Hanis tertunduk malu. Sah! Lidahnya kelu nak berkata. Nak pandang Anas saat itu pun dia tak
berani.
“Lepas ni kena belajar panggil
abang.” Hanis menggeleng.
“Tak nak tak apa. Lepas kahwin abang paksa juga. Tengoklah….”
Wa…. Segan wei! Anas senyum.
Melihatkan wajah Hanis yang merona merah
membuatkan dia tidak berhenti mengusik sehingga Hanis memanggilnya…
“Abang!”
“Kan manis….” Senyum Anas.
Anas tidak menyangka, kasih sayang
Sofea telah menemukannya dengan kasih sayang yang lain. Kasih sayang yang terikat dengan Sofea telah
dijalinkan dengan kasih sayang kian bercambah.
Anas yakin dengan kasih sayang kepada Sofea dan Hanis akan melengkapkan
hidupnya kini.
No comments:
Post a Comment