CALON
MERTUA
Reisya menuruni anak tangga satu
persatu dengan langkah yang perlahan.
Dia melirik ke arah jam di tangan kirinya. Sudah hampir ke angka 730 pagi. Hari itu dia manis berbaju kemeja merah jambu
dengan dipadankan dengan seluar berwarna hitam.
Reisya tersenyum sendiri apabila aroma nasi lemak sudah mula menyapa
rongga hidungnya. Amboi, sedapnya bau.
Ini yang tak sabar nak makan ni.
“Assalamualaikum Mak Leha.” Tegur
Reisya sambil memeluk erat pembantu rumahnya yang sudah dianggapnya sebagai
seorang ibu. Di melemparkan senyuman
untuk wanita yang sudah hampir menginjak ke angka 60 tahun itu.
“Waalaikumsalam….Wah, nampak cantik
Reisya hari ni. Macam nak pergi jumpa dengan buah hati je Mak Leha tengok.”
Puji Mak Leha jujur.
“Mak Leha ni…. Mana ada. Baju lama ni.
Ini je yang Reisya capai.”
“Ala… orang kalau dah cantik pakai
baju apa pun tetap cantik.” Puji Mak Leha lagi.
“Mak Leha ni…. Ada-ada je. Buat
Reisya malu je.” Reisya sudah malu bila
dia puji seperti itu.
Mak Leha tersenyum.
“Marilah makan sementara masih panas
ni.” Ajak Mak Leha sambil menarik kerusi buat Reisya. Dia kemudiannya menyenduk nasi untuk
majikannya.
“Marilah makan sama Mak Leha.” Ajak Reisya.
Dia kemudiannya memaut mesra tangan Mak Leha.
“Tak apalah. Reisya makan dulu ye. Reisya dah nak pergi kerja. Nanti-nanti sajalah Mak Leha makan. Mak Leha
nak kemaskan dapur dulu.” Reisya
akur. Dia kemudiannya menikmati hidangan
sambil ditemani Mak Leha.
“Dah lama tak merasa nasi lemak Mak
Leha ni.” Ujar Reisya jujur.
Tangan Reisya pantas menyenduk
sambal ikan bilis yang dari tadi begitu mengugat nafsu makannya. Setelah itu dia mencapai timun dan ikan bilis
untuk diletakkan di dalam pinggan.
“Nanti Resiya nak bawa bekal boleh?”
Mak Leha tersenyum dan lantas mencapai bekal yang sudah pun berisi nasi
lemak.
“Mak Leha macam tahu je.” Senyum Reisya.
“Ini yang buat Reisya bertambah
sayang dengan Mak Leha.” Kembang kempis
hidung Mak Leha mendengakan kata-kata Reisya itu.
Memang dari tadi Mak Leha sudah pun
menyediakan bekal untuk Reisya. Reisya
sudah dianggapnya seperti anak. Sejak
kecil lagi Mak Leha sudah mengasuh Reisya memandangkan Reisya sudah kehilangan
ibu semenjak usianya 4 tahun lagi.
Penderitaan Reisya tiada akhirnya apabila dua tahu lepas ayahnya, arwah
Dato’ Muzaffar menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Mak Leha nak bertanya dengan Reisya
boleh tak?” Reisya sedikit tersentak.
Dia berpaling dan memandang ke wajah Mak Leha dalam dan penuh
pengertia.
“Mak Leha tengok Reisya sejak
akhir-akhir ni macam susah hati je.
Kenapa? Boleh Mak Leha tau?”
Mak Leha sering tidak sedap hati
bila melihatkan Reisya yang selalu termenung dan murung. Selalu sahaja gadis itu menyendiri. Sehinggakan hatinya selalu tertanya-tanya. Sihat ke tidak Reisya tidak pernah untuk
meluahkan.
“Mak Leha ni. Mana ada.
Bukan apa, urusan pejabat tu tak habis-habis. Reisya dah letihlah Mak Leha.” Ujar Reisya. Sebolehnya dia cuba untuk
berselindung dengan apa yang bakal terjadi kepada diriya.
“Kerja tu kerja juga. Rehat kena cukup. Sejak akhir-akhir ni Mak Leha tengok Reisya
selalu je balik lambat. Lepas ni
termenung sana, termenung sini. Bimbang
Mak Leha tengok.” Kepritahinan Mak Leha itu disambut oleh senyuman dari Reisya.
“Mak Leha ni…. Janganlah bimbang. Reisya tak apa-apa. Mak Leha ni risau sangat.
Reisya okey.” Mak Leha mengangguk
sahaja. Namun di dalam hati tersirat
dengan perasaan tanda tanya. Kerana
sebelum ini Reisya merupakan seorang gadis yang ceria dan suka bercerita. Namun sekarang ini gadis itu seolah hilang
semangat.
Reisya tersenyum kepada Mak
Leha. Namun yang tersirat dihatinya
penuh dengan rasa getar dan resah.
“6 bulan lagi masa yang tinggal, Cik
Reisya. Cik Reisya mesti menunaikan
wasiat yang ditinggalkan oleh arwah Dato’ Muzaffar. Kalau tidak semua harta akan jatuh ke tangan
lembaga pengarah yang lain. Begitu juga
dengan syarikat kecil Dato’ yang lain.
Ianya akan jatuh kepada tangan orang lain. Namun wasiat dan kehendak
yang diperlukan untuk Cik Reisya terima segala harta adalah Cik Reisya perlu
mencari calon mertua.” Masih terngiang-ngiang akan kata-kata Rafiq yang juga
peguam kepada keluarganya.
Dia yakin sebelum Dato’ Muzaffar
menghembuskan nafas terakhir dia tidak mahu perniagaan keluarganya itu jatuh ke
tangan orang lain. Namun wasiat dan
kehendak yang diperlukan amat berat ditunaikan.
Mencari calon mertua.
Reisya merasa tidak puas hati dengan
apa yang perlu dilakukan kini.
Namun dia perlu akur dengan
pesanan akhir ayahnya. Masakan dia perlu untuk mencari calon mertua. Dia perempuan. Apalah sangat yang boleh dia lakukan.
“Carilah calon mertua yang baik
kerana ia lorong kepada melahirkan anak yang baik. Darjat dan pangkat bukan ukuran. Harta dan kekayaan bukan timbangan untuk
melahirkan sebuah ikatan. Ingat pesan ayah.”
Fikirannya Reisya jauh melayang.
“Reisya…” Kali ini Reisya tersentak buat kali kedua.
Reisya berpaling kepada Mak
Leha. Dia melemparkan senyuman untuk
wanita itu. Hilang sekejap anganya.
“Makan pun nak berangan juga ke?”
Usik Mak Leha lembut. Reisya
menggelengkan kepala dan dia kemudiannya meneruskan hidangan sarapan pagi
itu.
Kalaulah Mak Leha tahu, mahu dia
bimbang nanti. Walau pun dia rapat
dengan Mak Leha ada juga perkara yang tidak pernah diluahkan kerana tidak mahu
wanita itu bimbang akan tentang dirinya.
“Reisya pergi dululah Mak Leha. Nanti lambat pulak. Oh ye,
nanti Mak Leha tak perlulah masak.
Takut Reisya balik lewat lagi.
Kalau Mak Leha nak balik dulu baliklah.
Tak perlu nak tunggu Reisya.”
Ujar Reisya sambil menyalam wanita yang dianggapnya ibu itu.
“Janganlah balik lewat lagi. Nak suruh Pak Malik kamu jadi driver Reisya
tak nak. Tapi Reisya nak juga bayar gaji
Pak Malik.” Pak Malik yang juga suami kepada Mak Leha sudah 35 tahun berkhidmat
dengan keluarga itu. Ada masa Mak Leha
segan bila suaminya itu menerima gaji bulanan sedangkan Reisya yang beria-ia
untuk memandu sendiri.
Sehinggakan Pak Malik kadang-kala
menjadi pengintip takut-takut Reisya memerlukan bantuan. Ada kala juga Pak Malik bersifat degil dan
menghantar Reisya ke pejabat. Pak Malik
tidak mahu dikatakan sebagai makan gaji buta sahaja. Kadang-kala Pak Malik juga membawa Reisya
berjalan untuk menghilangkan tekanan kepada Reisya. Pak Malik tahu, dengan umurya yang muda dan
tanggungjawabnya yang besar sudah tentu berat tekanan yang dihadapi oleh
Reisya.
“Reisya, Mak Leha suruh Pak Malik
hantar ye? Kalau nak balik nanti Reisya
telefon Pak Malik. Kesian Reisya nak
memandu sorang-sorang. Anak dara pulak
tu.” Pesan Mak Leha beria-ia.
“Reisya okey, Mak Leha. Janganlah risau.” Pujuk Reisya pula. Dia memeluk lengan Mak Leha dengan
manja. Reisya tersenyum dengan
keprihatinan wanita itu.
“Itulah… baik Reisya kahwin
cepat. Boleh jaga Reisya.” Reisya terkedu saat Mak Leha menerbitkan kata
‘kahwin’ dari bibirnya. Lantas ingatan
kepada wasiat ayahnya terus terlayar.
Ah! Mak Leha ni buat orang
teringat pulak.
“Siapa yang nakkan saya ni Mak
Leha. Orang nak pandang sebelah mata pun
tak ada.” Ucap Reisya.
“Habis Johan tu? Tak nak suruh dia masuk meminang ke? Reisya
bukan ke dah lama kawan dengan dia. ”
Johan? Ah! Mengapa aku boleh lupa? Tapi… adakah memenuhi
kateria yang aku perlukan? Mertua yang baik?
“Hish! Mak Leha.
Ke situ pulak. Reisya ni
perempuan Mak Leha. Takkan Reisya nak paksa
dia masuk meminang.”
“Ala… kalau tanya tak salah. Kawan
lama-lama pun bukannya elok sangat.” Nasihat Mak Leha yang ada masa sangsi
dengan perhubungan Reisya dan Johan.
Namanya bercinta, tetapi nak keluar
sama memang susah nak tengok. Agaknya
zaman sekarang ni bercinta dalam gajet agaknya. Telahan Mak Leha.
“Dahlah
Mak Leha. Layan Mak Leha ni lewat pulak
saya pergi kerja. Mak Leha jangan
bimbang. Reisya akan balik awal.” Janji
Reisya. Dia mengangkat tangan. Dia tidak mahu membimbangkan wanita itu. Kalau tidak mahu juga dia dibebel kerana
pulang lewat.
“Yelah tu… awal dia pukul sepuluh
malam.” Reisya tersenyum dan lantas meninggalkan Mak Leha.
Reisya memandu dengan tenang. Namun ketenangan tidak memihak kepada hati
dan perasaannya. Perasaannya
berbaur. Dia tidak tahu apa yang akan
terjadi untuk masa akan datang jika dia tidak boleh memenuhi akan wasiat
ayahnya. Namun dia tekad walau apa yang
tejadi dia akan tetap menyokong sebarang keputusan yang bakal diterima.
Di pejabat juga Reisya banyak
termenung. Dia sering memikirkan hal
yang perlu diselesaikan. Dia tahu
mencari calon mertua bukan seperti mencari calon suami. Buatnya calon mertua tak terima kita alangkah
malunya. Bukankah restu ibu dan bapa
adalah yang paling penting di dalam mencipta sebuah ikatan perkahwinan? Lamunan
Reisya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
Wajah Liana terus menghiasi ruang matanya.
“Masuklah Liana.” Sambut Reisya perlahan. Liana menggelengkan kepala saat melihatkan
wajah Reisya yang tidak bermaya dan tidak ceria itu. Dia tahu ada sesuatu yang membuatkan
sahabatnya itu bertindak sedemikian.
“Kenapa dengan kau ni Reisya? Aku
tengok kau ni asyik termenung je. Kau
masih teringatkan dengan wasiat arwah ayah kau lagi?” Reisya mengangguk.
Reisya tersenyum tawar. Dia sudah buntu untuk memikirkan rancangan
yang perlu dilakukan. Teringatkan
kata-kata Mak Leha pagi tadi dia teringatkan akan Johan yang sudah lama tidak
bertemu. Hanya wassup, FB dan juga
wechat penyambung hubungannya kini.
“Aku faham dengan perasaan kau,
Reisya. Aku yakin akan jodoh kau. Mungkin belum sampai masanya lagi.” Reisya
mengeluh kecil.
“Sampai bila Liana? Masa sudah suntuk buat aku.” Keluh Reisya.
Reisya sedar, jodoh dan maut di
tangan yang Esa. Cinta dan sayang tak
boleh dipaksa. Pernikahan adalah ikatan
yang suci yang tidak boleh dibuat main.
Mungkin kita sudah menemui akan calon mertua. Tetapi kalau calon suami pula yang
menolak? Ah, susah macam ni.
“Aku tahu, Reisya. Kau sabarlah ye. Apa kata kau hilangkan runsing kau tu dengan
datang rumah aku malam ni. Aku suruh mak aku masak sedap-sedap. Bukan ke kau suka makan masak lemak cili
api.” Pujuk Liana yang mahu mengambil hati
Reisya. Dia juga risau dengan
tingkah laku Reisya yang banyak termenung.
“Kau ni…. Asyik nak makan di rumah kau je. Malulah aku.
Tak nak aku. Nanti apa pulak kata
mak kau nanti. Macam aku ni tak ada
rumah je.”
“Ala… Mak aku tak kisah semua
tu. Lagi pun dah lama kau tak datang rumah
aku. Bukan sebelum ni kau selalu datang
makan rumah aku? Saja kau ni…. Sekaranglah rasa segan. Potong hidung tu baru tahu.”
“Mak kau terlalu baik, Liana.”
“Itulah dia dah pun anggap kau
sebagai sebahagian dari keluarga kami. Dia selalu tanya dengan aku bila kau nak
datang rumah.” Ujar Liana bersungguh-sungguh.
“Tak naklah Liana. Nanti esok lusa aku datang. Aku rasa nak balik awallah hari ni. Mak Leha tu…. Bimbang sangat dengan aku. Pagi
tadi bukan main lagi dia membebelkan aku.” Reisya menolak lembut pelawaan Liana
itu.
Liana
merupakan sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Liana sering menjadi pendengar dan penasihat
yang setia. Kerana itu setiap apa yang
berlaku dia banyak menceritakan kepada sahabatnya itu.
“Yelah…
mahu dia tak membebel dengan kau. Engkau tu kuat sangat bekerja. Sampai nak
pergi dating pun tak sempat.”
“Liana….” Panggil Reisya
perlahan.
“Ye?”
“Kenapa kau tak ada abang?”
“Hish! Soalan
maut kau bagi kat aku? Kau
tanyalah mak aku.” Sambut Liana tersenyum.
Ada ke patut tanya soalan yang tak boleh nak jawab. Budak ni terlebih
makan ubat ke apa?
“Yelah… keluarga kau baik terhadap
aku. Aku nak sangat keluarga seperti
kau.” Reisya kadang-kala cemburu dengan
Liana yang mempunyai keluarga yang
begitu bahagia. Punyai ayah dan
ibu. Dan ada masanya dia teringin
mempunyai keluarga seperti itu.
“Kau tak nak berjumpa dengan
keluarga Johan? Lagi pun aku rasa kau
belum berjumpa dengan keluarga dia.”
Reisya bepaling. Johan? Sekali lagi nama itu disebut. Kali ini dari mulut Liana pula.
“Diakan buah hati pengarang jantung
kau. Pergilah berjumpa dengan keluarga
dia. Mana tahu mak dengan ayah dia suka
dengan kau.” Cadangan dari Liana ada juga benarnya. Memang dia tidak tahu akan mana penghujung
perhubungannya dengan Johan namun dia berhak untuk diberi peluang.
“Kau ikut aku?” Berbular biji mata
Liana mendengarnya.
“Tak nak aku.”
“Ala…. Kau temankanla aku. Segan aku
nak pergi sorang. Kalau kau ada tak
adalah aku takut sangat.” Liana menggelengkan kepala berkali-kali. Tak nak!!!!
“Liana…. Please….” Reisya memujuk dan terus memujuk.
“Kau kawan aku, kan?”
“Ini ugut ke paksa?”
“Kau nak cakap apa pun aku dah tak
peduli. Yang pasti aku nak kau ikut
aku.” Akhirnya Liana akur memandangkan dia diberi peluang untuk memberikan
pendapat.
“Okey…. Kali ni aku nak kau ikut aku
balik rumah. Kau tidur kat rumah
aku. Nanti aku telefon dengan mak kau
dan Mak Leha sekali. Boleh kita bincang
hal ni.”
“Erm…. Barulah nampak kau tu
bersemangat sikit. Tapi kau jangan
terlalu mengharap. Nanti kalau ianya
tidak seperti apa yang kau fikirkan, aku nak kau terima seadanya setiap apa
yang berlaku.”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Bukan apa, aku minta maaf kalau aku
nak cakap ni. Sebab aku tengok Johan tu… entahlah. Macam-macam aku dengar tentang dia. Tapi kau janganlah ambil hati dengan apa yang
aku cakap ni.”
Reisya tersenyum kelat. Yang
sebenarnya dia juga berperasaan begitu. Sejak akhir-akhir ini Johan seolah
menjauhkan dirinya. Wassup sudah kurang
menghiasi telefon bimbitnya.
“Aku tahu, Liana. Kau adalah sahabat aku. Nanti kita tunggu dan lihat, ye.”
Liana mengangguk.
“Kau ada rancangan ke?”
“Sebab aku ada rancanganlah aku
suruh kau dok diam-diam je. Okeylah,
malam nanti aku ceritakan semuanya kat kau.
Tapi apa yang pasti aku nak kau buat apa yang aku suruh. Boleh?”
Reisya mengangguk laju. Berbunga
hatinya mendengarkan kata-kata Liana itu.
Malam itu seperti yang dijanjikan,
Liana bermalam di rumah Reisya.Betapa gembiranya hati Mak Leha apabila mendapat
panggilan telefon dari Reisya yang Reisya akan pulang lebih awal bersama-sama
dengan Liana.
“Lega hati Mak Leha bila Reisya kata
nak balik awal. Tambahan pulak si Liana
ni nak temankan Reisya. Lepas makan ni
Mak Leha balik, ye. Esok pukul 630 Mak
Leha datang balik.” Pesan Mak Leha sebelum dia meninggalkan kedua-dua anak
gadis itu menikmati hidangan malam
itu.
“Mak Leha tahu tak pasal wasiat tu?”
Tiba-tiba Liana membuka mulut dan bersuara.
Sambil itu matanya meliar melihat sekiranya ada kelibat Mak Leha. Reisya menggelengkan kepala.
“Hanya kau seorang saja yang
tahu. Aku yakin dengan kau. Kau takkan bocorkan rahsia ni, kan?”
Liana menggelengkan kepala. Dia sudah berjanji tidak akan memberitahu
kepada orang lain dengan rahsia yang telah diamanahkan olehnya dari Reisya.
“Tapi… aku boleh simpan rahsia kau
kalau kau ikut rancangan yang aku nak beritahu dengan kau.”
“Kau yakin ke apa yang aku tengah
buat sekarang ni?” Tanya Reisya
seolah-olah dia tidak yakin dengan apa yang dirancangkan.
“Aku tahu dengan apa yang aku
buat. Wasiat peninggalan arwah ayah kau
sebenarnya memberi pelindungan kepada kau, Reisya. Aku yakin kau bukan sahaja akan mendapat
keluarga yang baru malah dengan rancangan ni kau akan tahu akan perangai
sebenar Johan.” Reisya mengeluh
keras. Selama ini dia hanya tahu memekakkan
telinga apabila banyak cerita kurang enak yang didengarinya tentang Johan.
Reisya memandang kepada Liana dan
cuba mendapatkan harapan dan kejujuran.
“Esok kau jangan tersalah cakap
pulak. Kita buat ni semuanya adalah untuk kebaikan kau juga.” Reisya mengangguk
dan faham. Dia tekad. Jika benar khabar angin tentang Johan, dia
sendiri akan segera memutuskan hungungan.
Keesokkan harinya Reisya dan Liana pergi
ke rumah Johan. Mereka bernasib baik
kerana Johan tiada di rumah. Cuma yang
ada Datin Dania yang juga ibu kepada Johan.
“Assalamualaikum, makcik.” Reisya dan Liana bersalaman sambil melemparkan sebuah
senyuman. Namun senyuman mereka disambut
dengan senyuman sinis dari Datin.
Melihatkan Reisya dan Liana seperti kekampungan itu membuatkan Datin
Dania menjauhkan diri. Memang mereka
sengaja berpakaian begitu demi melihat reaksi keluarga Johan.
“Boleh saya tahu siapa kamu berdua
ni?”
“Er… maafkan saya, Datin. Ini kawan saya Reisya. Dia dengan Johan dah lama kenal. Jadi dia datang nak berjumpa dengan
Johan.
“Johan ada makcik?” Tanya Reisya
perlahan. Kadang-kala dia memperbetulkan
tudungnya.
“Makcik? Please…. Saya ni datin. Bukan makcik.
Dengan standard macam kamu ni mana layak nak panggil makcik. Mak ayah kerja apa?”
“Kerja kampung je.”
Berbular biji mata Datin Dania
mendengarkan penjelasan Reisya. ‘Anak
aku berkawan dengan anak kampung?’ Sudah gila agaknya dengan si Johan ni. Getus hati Datin Dania sambil memandang
kepada Reisya dengan pandangan yang tajam.
Nama tak serupa dengan darjat.
Nama sedap tapi rupanya anak kampung.
“Maaflah. Johan tak ada. Dia keluar dengan bakal tunang
dia, Qistina. Anak Dato’ Musa. Harap awak tak ambil hati ye. Anak saya mana nak kawan dengan anak orang
kampung.” Reisya tersentak dengan kata-kata Datin Dania itu.
“Tidak lama lagi Johan akan berkahwin dengan Qistina yang sama pangkat
dan sama darjat dengan kami. Kalau
Reisya nak boleh saya jemput nanti.
Duduk kat khemah biasa je lah ye.” Ujar Datin Dania dengan senyum sinis.
“Tapi… saya cintakan Johan makcik.”
Air mata Reisya mula murah untuk menghiasi wajahnya.
Ah, dugaan apakah ini?
“Datin.” Sekali lagi Datin Dania membetulkan
Reisya. Namun Reisya bertindak tenang
dan masih lagi memanggil dengan panggilan ‘makcik’. Hatinya mula bercampur baur. Sedih, geram, marah dan semuanya sebati
dengan hatinya yang kian luluh.
“Cinta tak cukup, Reisya. Sekarang ni status dan wang yang paling
penting. Sudahlah… baik Reisya balik
je. Nanti saya kirimkan salam ye.” Datin
Dania cuba menghalau Reisya dan Liana.
“Tapi makcik…”
“Tak faham bahasa ke? Dah saya kata balik tak tahu nak balik?” Datin Dania bangkit dan membuka pintu untuk
Reisya dan juga Liana. Tatkala itu juga
Johan muncul di muka pintu bersama-sama dengan seorang perempuan.
“Balik. Nanti sampai masa saya akan jemput
awaklah.” Tegas suara Datin Dania yang
membuatkan Reisya tersentak.
“Johan?” Ternyata Johan terkejut dengan kedatangan
Reisya yang mengejut itu. Johan
kelihatan serba salah. Apa lagi
kelakuannya yang mesra dengan Qistina.
“How
dare you?”
“Reisya…. Tolong dengar penjelasan
aku.”
“Cukup Johan. Selama ini aku percaya dengan kau. Aku pekak telinga dengan apa yang orang
kata. Ternyata aku ni buta. Dan sekarang ni aku bersyukur yang aku sudah
tahu dengan perangai sebenar kau. Aku
berharap yang akan bahagia. Kita
putus! Selamat jalan, Johan. Aku harap kau jangan nak cari aku lagi. We
finish!” Reisya menarik tangan Liana dan terus meninggalkan keluarga itu tanpa
bersalam dengan Datin Dania.
Hati Reisya hancur. Kini baru dia tahu selama ini berita angin
yang dia dengar oleh orang lain adalah benar belaka.
“Mama…. Kenapa mama tak beritahu
dengan Joe yang Reisya datang?”
“Nak buat apa? Lagi pun budak tu tak layak buat Joe. E… budak kampung.”
“Apa yang mama cakap ni? Itu kan anak uncle Muzaffar.”
“Muzaffar?”
“Ye!
Dialah antara orang yang paling kaya dalam Malaysia ni mama. Mama
ni….lain kali bagilah tahu. So, sekarang ni nak buat apa?” Ternyata wajah
Johan kelihatan serba salah dan tidak keluarkeruan.
“Manalah mama tahu. Lagi pun Joe tak pernah nak bawa dia. Jangan nak salahkan mama pulak. Tunggu apa lagi? Pergilah kejar.”
“Dah tak ada gunanya mama. Dia dah putuskan hubungan kami. Argh!!!”
“Joe siapa dia tu?” Qistina yang sekian lama diam mula
bersuara.
“Er…. Er… tak ada siapa. Joe hantar Qis balik.” Johan berlalu dengan Qistina sambil hatinya
masih diselubungi rasa bersalah.
“Joe bawa Reisya balik.”
“Joa rasa dia tidak akan kembali
lagi, ma.” Itulah ayat penyata yang membuatkan
Datin Dania terkedu.
Angin malam yang menerjah di ruang
jendela kamar Reisya sedikit pun tidak memberikan rasa dingin di dalam
hatinya. Reisya terkejut, marah dan
akhirnya dengan rasa sedikit kesyukuran dia ternyata rela dengan apa yang telah
berlaku. Air mata yang sedari tadi menjadi teman setianya telah pun
kering.
Sudah lama dia menyimpul kasih
terhadap Johan. Begitu juga dengan cinta
yang kian lama dijalin. Namun dia tidak
menyangka tuba yang menjadi balasannya.
Jam dinding menunjukkan ke angka 3.00 pagi. Reisya masih lagi berjaga. Dia ternyata tidak dapat melelapkan mata
setelah apa yang terjadi. Dia berharap
agar perpisahan ini akan menjadi titik tolak dalam mencari erti cinta yang
sebenarnya.
*********************************************************************
Hari minggu kini tidak bermakna buat
dirinya. Reisya kini lebih gemar
menghabiskan masa dengan berehat di rumah.
Mak Leha yang berada di dapur sesekali menjengah ke ruang tamu.
“Reisya tidak ada apa-apa ke?” Tegur
Mak Leha. Semenjak tempohari dia dapat
merasakan ada sesuatu terjadi kepada Reisya.
Cuma anak gadis itu sahaja yang tidak mahu bercerita. Reisya terlalu banyak rahsia yang
disimpannya.
“Tak apa apalah Mak Leha. Reisya okey.
Lagi pun malaslah nak keluar. Rasa macam nak duduk rumah je.” Sambut
Reisya dengan matanya tidak lepas memandang ke kaca televisyen.
“Sejak Reisya balik dari rumah Johan
Mak Leha tengok Reisya asyik termenung je.
Cuba ceritakan pada Mak Leha.
Manalah tahu kalau Mak Leha boleh tolong. Risau tengok Reisya monyok macam ni. Atau nak suruh Pak Malik hantar Reisya
jalan-jalan?”
“Tak apalah Mak Leha. Reisya rasa okey.”
Mak Leha senyap dan terus
berlalu. Namun belum sempat dia ke dapur
kedengaran suara memberi salam dari luar.
“Tak apa, Mak Leha pergi bukakan pintu.” Reisya menjengahkan muka sekiranya dia
mendapat tahu yang bertandang di rumahnya.
Dan dia berharap dianya bukan Johan.
Kerana dia sudah pun menolak Johan di dalam hidupnya.
“La…. Kenapa tak cakap dengan mak
nak balik?” Mak? Balik? Reisya bangkit. Siapa pulak ni?
“Maafkan Mak Leha, Reisya. Mak Leha tak tahu pulak si Irfan ni balik
hari ni.” Ujar Mak Leha sambil tidak
putus-putus memeluk anaknya yang sudah 5 tahun tidak berjumpa selepas Irfan
melanjutkan pelajaran di London.
“Maafkan Irfan, mak. Irfan tak sabar rasanya nak jumpa dengan
mak. Sebab itulah Irfan terjah mak kat
sini. Mak marah ke?” Ujar Irfan dengan
penuh rasa gembira dan ceria.
“Tak apalah Mak Leha. Kalau Mak Leha nak balik pergilah. Lagi pun hari ni mesti Mak Leha nak
bersama-sama dengan keluarga.” Reisya
melemparkan senyuman buat Irfan sebelum dia memberikan keputusan untuk memberi
cuti kepada Mak Leha.
“Tapi…. Macam mana dengan Reisya?” Tanya
Mak Leha yang tidak mahu meninggalkan Reisya keseorangan.
“Reisya tak ada apa-apa. Mak Leha pergilah.”
“Reisya jemput datang rumah
kami. Itu pun kalau Reisya sudi. Lagi ramai lagi meriah.” Tiba-tiba Pak Malik
muncul dari muka pintu.
“Tak mengapalah Pak Malik. Tentu banyak yang Pak Malik dan Mak Leha nak
bualkan dengan Irfan. Tak naklah Reisya
yang jadi kacau daun.”
“Siapa cakap Reisya tu kacau
daun. Reisya dah pun kami anggap macam
anak kami sendiri. Marilah…. Kalau tak
nak tidur malam nanti Mak Leha suruh Pak Malik hantarkan. Dari Reisya duduk sorang dalam rumah ni. Marilah… boleh juga kita berborak.” Pujuk Mak
Leha.
“Tapi…” Reisya memandang ke arah Irfan seolah-olah
meminta keizinan.
“Saya tak kisah.” Ujar Irfan sambil
tersenyum sambil memperlihatkan lesung pipit di pipi. Sudah lama dia tidak bertemu dengan
Irfan. Walau pun semasa kecil dia sering
bermain bersama namun setelah usia menginjak ke usia remaja hubungannya menjadi
regang. Dan akhirnya dia cuma melihat
kelibat Irfan dari balik langsir jendelanya…
Reisya begitu gembira di samping
keluarga Mak Leha. Walau pun kehidupan
mereka sederhana namun mereka hidup dengan gembira. Tambahan lagi dengan Irfan yang sudah
berjaya. Sudah lama dia tidak merasai
gelak tawa dan keseronokan
berkeluarga. Sesekali dia ingin bercerita
namun dia lebih banyak menyepi dari bersuara.
Dia tiba-tiba menjadi malu bila bersama-sama dengan Irfan.
“Reisya, Pak Malik nak minta sesuatu
boleh?” Ujar Pak Malik tiba-tiba. Reisya
memandang ke arah Pak Malik sambil membaca dari raut wajah lelaki itu.
“Esok Pak Malik tak dapat nak hantar
Reisya sebab ada hal yang perlu Pak Malik uruskan.”
“La…. Ingatkan apa tadi. Pak Malik ni macam tak biasa je. Reisya tak kisah. Reisya boleh pergi sendiri.”
“Reisya jangan risau. Pak Malik dah gantikan tempat Pak Malik
dengan Irfan.” Reisya berpandangan kepada Irfan.
“Eh, tak payah nak susah-susah Pak
Malik. Lagi pun Irfan baru saja
balik. Dia masih penat tu. Tentang saya jangalah Pak Malik risaukan. Pak Malik ni macam tak biasa je. Tahulah
Reisya jaga diri. Reisya boleh drive sendiri.”
“Pak Malik bukan apa, risau dengan
Reisya yang pulang lewat malam. Lagi pun
Irfan dah setuju. Sementara dia belum
cari kerja ni. Nanti kalau dah ada kerja
susah pulak Pak Malik nak buat urusan.”
“Pak Malik nak pergi mana? Maaflah kalau Reisya ambil tahu pulak.” Pak Malik ketawa dengan kata-kata Reisya
itu.
“Ala…. Pak Malik nak balik kampung
sekejap. Ada hal yang perlu Pak Malik
selesaikan.” Reisya mengangguk walau pun
dia tidak tahu apa yang ada disebaliknya.
Dia tidak mahu dilabelkan sebagai perempuan yang suka menjaga tepi kain
orang.
“Mak Leha, tentu seronok kat
kampung. Sepanjang hidup Reisya tak
pernah pun jejakkan kaki di kampung. Apa
yang menarik kat sana Mak Leha?”
Mak Leha tersentak dan terus
memandang kepada Reisya dengan rasa penuh kasih sayang. Dia sudah pun menganggap Reisya seperti
anaknya sendiri. Pengakuan dari Reisya
membuatkan rasa kasihan mula menjengah pintu hatinya.
“Reisya nak balik kampung ke? Nanti kalau sampai hari raya nanti Mak Leha
akan bawa Reisya balik kampung. Nak
tak?” Bagai pucuk dicita ulam mendatang Reisya memeluk erat Mak Leha.
“Sayang Mak Leha….” Reisya
benar-benar merasa bahagia kini.
Keesokkan harinya Irfan sudah sedia
menggantikan ayahnya menjadi pemandu kepada Reisya. Reisya manis dengan memakai baju kurung
berwarna hijau pucuk pisang dipadankan dengan aksesori rantai dan beg tangan
terserlah akan keayuannya. Walau
bagaimana pun dia merasa kekok apabila Irfan menjadi pemandunya. Sedang semasa kecil mereka sering bermain
bersama.
“Nanti sekejap. Saya ada barang yang nak kena bawa.” Reiya berpaling dan membawa barang yang sarat di kedua belah
tangannya.
“Mari saya tolong.” Tawar
Irfan. Wajah Irfan di pandang
sekilas. Tiada garisan senyuman dan wajah
itu sentiasa sahaja tenang.
“Eh, tak apalah….” Namun
belum sempat Reisya berkata lagi Irfan
sudah pun mencapai barang yang berisi fail dan dokumen yang dibawa
pulang tempoh hari.
Sampai sahaja di pejabat dia merasa
tidak senang dengan pandangan mata nakal para pekerjanya. Bukan sebab kerana dia segan dengan Irfan
yang menjadi pemandunya namun dia segan dengan gaya Irfan yang sudah semestinya
mereka anggap yang bukan-bukan.
“Wah… bukan main lagi kau hari ni.
Siap bawa PA lagi. Bila kau hired dia?” Usik Liana saat Reisya masuk ke bilik.
“Engkau ni jangan nak fikir yang
bukan-bukan boleh tak? Dia gantikan Pak Malik.
Pak Malik ada hal.” Terang Reisya.
“Wah, pandai Pak Malik cari
pengganti. Muda dan kacak. Tak macam driver
pun.” Usik Liana.
“Hello! Itu si Irfanlah. Anak Pak Malik.”
“Hah? Irfan?
Bila masa dia balik? Nampak lain sangat dia sekarang ni. Yelah…. Orang belajar luar negaralah katakan.
Makin handsome aku tengok dia.” Liana
memandang keluar jendela Reisya.
Erm… nasib baiklah aku ni dah
bertunang. Kalau tak mahu juga mengorat
si Irfan ni. Makin kacak pulak.
“Semalam dia sampai.” Acuh tak acuh sahaja jawapan yang diberikan
oleh Reisya.
Dia sebenarnya juga merasa tidak
selesa saat bersama-sama dengan Irfan.
Semua yang di pegang seperti tidak dapat dicapai. Setiap perkataan yang dilafazkan oleh Irfan
bagaikan sayup di cuping telinganya.
Debarannya juga bagaikan mahu tercabut jantung dan organ dalamannya. Semuanya bergerak pantas.
“Wah…. Semalam dah sampai hari ni
dah sanggup jadi driver kau? Ini mesti ada apa-apa. Kau ada sorokkan apa-apa dengan aku tak?”
“Kau ni…. Aku sebenarnya tak nak
mula-mula. Habis tu dah aku kena desak
dengan Pak Malik aku ikut jelah.”
Liana berpaling kepada Reisya. Dia kemudiannya tersenyum penuh makna.
“Dah engkau kenapa pulak? Senyum macam kera dapat bunga lak.”
“Susah-susah sangat kau kahwin
sajalah dengan si Irfan tu. Lagi pun Pak
Malik dengan Mak Leha dah sayang sangat dengan kau. Engkau dengan Irfan pun dah berkawan sejak
kecil lagi.” Liana cuba memberikan buah fikiran yang tidak pernah terlinta di
fikiran Reisya.
“Bukan semudah itu, Liana. Memang Mak Leha dengan Pak Malik sayangkan
aku. Tapi Irfan? Mana tahu dia sudah ada buah hati kat sana. Lima tahun bukan jangka masa yang singkat,
Liana. Aku tak tahu sama dia suka aku
atau pun tidak. Perasaan dan hati tidak
boleh dipaksa.” Keluh Reisya.
“Itu aku tahu…. Tapi tak salah kalau
kau cuba dulu. Mana tahu dia tak ada sesiapa lagi. Nah, nak tunggu apa lagi?”
“Engkau ni bagi buah fikiran yang
elok sikit boleh tak?” Reisya seolah
tidak berpuas hati dengan kata-kata Liana itu.
“Ala… kau ni pasif sangatlah. Aku gerenti, entah-entah dia tu syok kat kau
tak?”
“Engkau ni…. Takkan perigi nak cari
timba pulak?”
“Reisya, bukankah dulu kau pernah
kata yang kau sukakan dia? sekarang
tibalah masanya untuk kau luahkan.” Reisya tunduk menganalisa dengan setiap
kata-kata Liana. Namun dia takut kalau
dia mengejar bayang-bayang. Mungkin Irfan sudah ada calon yang tersendiri dan
mungkin juga Irfan punyai teman istimewa.
Reisya terkedu.
Reisya menutup pintu kereta dan
segera mengikut Irfan dari belakang.
Semenjak dari pejabat lagi perutnya mula minta di isi. Laparnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Usai menantikan Irfan bersembahyang isya’
barulah dia meminta Irfan membawanya pulang.
Di dalam kereta dia cuba untuk menyusun ayat untuk mengajaknya
makan. Namun lidahnya bagaikan terkunci.
“Nak makan ke?” Tegur Irfan memecah
keheningan.
Reisya tersentak.
“Tak payahlah nak buat muka terkejut
tu. Saya tahu Cik Reisya tak makan
lagi.” Belum sempat Reisya berkata apa
Irfan sudah memakirkan kereta.
Reisya akur.
Reisya melabuhkan punggung di
hadapan Irfan. Entah mengapa debaran
hatinya tidak boleh dikira. kalau
disukat nadi tangan mahu capai 100 denyutan seminit! Sekali lagi Reisya menjadi
pemerhati. Cukup Reisya! Anak teruna orang tu.
“Nak makan apa?” Reisya membatu.
“Nak makan apa?” Kali ini suara
Irfan sedikit meninggi.
“Hah?”
“Dah sah melamun. Cik Reisya nak makan apa?”
“Oh, nasi goreng USA dengan air
tembikai.” Pinta Reisya. Irfan
mengangguk faham dan memanggil pekerja kedai itu.
“Reisya!” Reisya tersentak. Dia berpaling.
“Johan?”
“Apa kau buat kat sini Johan?” Reisya agak terkejut dengan kehadiran lelaki
itu.
“Kebetulan aku lalu sini. Reisya, please….
Dengar penjelasan aku.”
Johan tidak menghiraukan akan
mata-mata yang memandang kepadanya.
Irfan pula yang tidak tahu akan perihal yang berlaku ternyata dia
terpinga-pinga. Johan menggenggam tangan
Reisya.
“Lepaskan aku Johan. Bukankah aku katakan yang hubungan kita dah
putus. Dah putus, Johan. Kau sendiri
yang menyebabkan hubungan kita putus Johan.
Please….. jangan ganggu aku
lagi.” Rayu Reisya.
“Tidak selagi kau tidak kembali
kepada aku.” Kali ini genggaman Johan kian pejap.
“Sakit, Johan. Aku merayu….”
Johan cuba menarik Reisya. Namun Irfan sudah mendahului menghalang Johan
dari membawa Reisya pergi.
“Relakslah Bro. Nak bawa mana tu? Ada orang lagi kat sini tau.” Tenang sahaja
kata-kata yang dilemparkan oleh Irfan itu.
“Kau siapa? Ini urusan aku antara Reisya. Kau jangan masuk campur!”
“Ho….. Apa? Bukan urusan aku? Aku yang bawa dia datang dengan selamat dan
aku juga akan bawa dia pulang dengan selamat.”
Irfan memandang tepat kepada anak mata Johan.
Kali ini Irfan pula yang menggenggam
tangan kiri Johan. Pejap dan kuat.
“Reisya hak aku.”
“Sejak bila kau lafazkan akad
nikah?”
“Dia kekasih aku!”
“Apa buktinya? Dengan cara kau pegang tangan dia? Baik kau lepaskan tangan dia sebelum aku
hinggapkan penumbuk aku ni. Jangan
sampai kau berdiri tak nampak jalan.” Perlahan dan tegas sahaja kata-kata Irfan
itu.
“Kau siapa yang jaga urusan aku?”
“Aku siapa kau tak perlu tahu. Bukankah aku dah kata…. Lepaskan dia. Kalau penumbuk kali kedua kena kat mata kau,
silap hari bulan kau merangkak keluar dari kedai ini.” Sekali lagi Irfan
memberi amaran.
“Reisya!”
“Johan, lepaskan aku. Hubungan kita dah berakhir.” Air mata Reisya mengalir. Johan berpaling.
“Jangan buat aku macam ni, Reisya.”
“Aku rela dengan kebahagiaan kau,
Johan. Please…. Kau jangan lukakan hati
Qistina seperti mana kau lukan aku.”
“Bro, nak lepaskan ke tidak?”
Akhirnya Johan akur. Dia merengangkan genggaman tangannya. Begitu juga dengan Irfan.
“Aku merayu dengan kau,
Reisya.” Reisya menggeleng. Dia sudah menetapkan pendiriannya. Johan tidak akan diterimanya lagi.
“Pintu aku sudah tertutup untuk kau,
Johan. Tiada apa antara kita lagi.” Johan memandang kepada Irfan.
“Dan aku juga mengucapkan selamat berbahagia
kepada kau juga.” Johan berlalu dengan
rasa kecewa. Dia tidak berpaling
lagi. Dia sedar kekecewaannya itu adalah
berpunca darinya sendiri jika dia tidak bermain kayu tiga di belakang Reisya.
“Kita balik. Makan kat rumah je. Nanti saya suruh mak masak.” Ketegasan Irfan itu membuatkan Reisya
akur. Dia masuk semula ke dalam kereta
dan dia masih di dalam rasa terkejut dengan tindakan Johan itu.
Di dalam diam Reisya memanjat
kesyukuran dengan kehadiran Irfan di sisinya.
Jika tiada Irfan dia tidak dapat bayangkan bagaimana dia akan meloloskan
diri dari Johan.
“Terima kasih.” Ucapan itu tiada reaksi dari Irfan. Reisya agak kecewa. Marahkah dia?
Akhirnya air mata Reisya kalah
sekali lagi. Sudah tentu Irfan sudah
berfikir macam-macam tentang dirinya.
MALAM itu sengaja Mak Leha pulang
lewat. Irfan sudah menantinya di luar rumah. Cerita
yang dibawa oleh anaknya itu benar-benar memeanjatkan dirinya. Namun begitu dia
memanjat rasa kesyukuran kerana Reisya tidak diapa-apakan.
“Reisya nak Mak Leha temankan malam
ni ke?” Reisya menggeleng.
“Tak apalah Mak Leha. Reisya dah tak ada apa-apa. Terima kasih sebab ambil berat pasal
Reisya.” Mak Leha tersenyum tawar.
Walaupun Mak Leha ingin memegang
kata-kata Reisya namun dia sebenarnya merasa bimbang dengan keselamatan Reisya
yang tinggal keseorangan. Kalau Johan
ingin buat sesuatu yang tidak baik…. Ah, minta dijauhkan. Mak Leha tekad. Dia memanggil Irfan yang masih setia di luar
rumah.
“Irfan, mak rasa kita tidur barang
semalam kat sini. Mak bimbang kalau si
Johan tu datang buat tak senonoh dengan si Reisya ni.”
“Irfan ikut saja. Tak apalah.
Mak dengan Cik Reisya pergilah masuk tidur. Dah lewat ni. Irfan tidur kat sini je.” Mak
Leha mengangguk.
“Mak Leha, Irfan boleh tidur bilik
tetamu. Mak Leha tidur dengan Reisya
ye. Nanti Reisya ambil baju arwah ayah
untuk Irfan.”
“Tak payah Cik Reisya. Saya boleh
tidur sini. Tak payah nak susah-susah.”
Tolak Irfan. Irfan melabuhkan
punggung.
“Jomlah Mak Leha. Nanti Reisya ambil selimut dengan
bantal. Mak Leha berikan pada
Irfan.” Mak Leha mengangguk. Dia menurut sahaja kata- kata Reisya itu.
Reisya memandang kepada Irfan yang
sudah pun merebahkan badannya dia atas sofa.
Hatinya mula berkata. Bencikah
dia kepada aku? Mengapa dia bersikap
dingin denganku? Di dalam bilik Mak Leha seperti gelisah. Perubahan itu
disedari oleh Reisya.
“Mak Leha kenapa? Tak selesa ke tidur kat sini?”
Mak
Leha menggelengkan kepala. Sebenarnya
berat hati untuk dia menyampaikan keputusan kepada Reisya. Dia tahu anak majikannya itu bersifat ingin
membantu namun pendirian Irfan juga dia tidak boleh membantah.
“Reisya, Mak Leha nak cakap sikit,
boleh?” Reisya yang sudah pun menghulurkan bantal kepada Mak Leha. Reisya
tersenyum. Dia tahu apa yang ingin
disampaikan oleh wanita itu. Dia pernah memberi tahu akan jawatan yang
ditawarkan kepada Irfan sebelum dia pulang semalam. Dan dia tahu Mak Leha ingin
melemparkan jawapan untuk jawatan itu.
“Mak Leha minta maaf, Reisya. Irfan tidak boleh terima tawaran yang Reisya
berikan. Dia kata dia mahu menjawat
jawatan dengan usahanya sendiri. Mak
Leha minta maaf banyak-banyak. Mak Leha
tak sampai hati sebenarnya nak beritahu dengan Reisya.” Reisya senyum. Dia sudah mengagak akan berita itu.
“Saya tahu Mak Leha. Saya kenal dengan dia. Dia akan dapatkan segala impiannya dengan
usaha dan keyakinannya. Tak mengapalah
Mak Leha. Nanti kalau dia perlukan
bantuan Mak Leha beritahu dengan saya.”
“Reisya, kenapa Reisya dan keluarga
begitu baik dengan kami?”
“Saya dah anggap Mak Leha macam ibu
saya sendiri. Saya kini sebatang kara,
Mak Leha. Saya tiada sesiapa. Setiap malam saya keseorangan. Cuma Mak Leha dengan Pak Malik tempat saya
menumpang kasih. Saya menyusahkan
ke?” Bergetar suara yang dilontarkan
oleh Reisya. Air mata Mak Leha juga
tumpah dengan pengakuan Reisya itu.
“Jangan risau, Reisya. Selagi ada hayat Mak Leha, Reisya tetap Mak
Leha sayang. Sudahlah jangan menangis
lagi. Mak Leha rasa sudah sampai masanya
Reisya mencari jodoh. Sekurang-kurangnya
ada yang menjaga dan melindung Reisya.” Nasihat yang tulus dari Mak Leha itu
benar-benar menyetuh perasaannya.
“Mak Leha tak sayangkan Reisya ke?”
Ada getaran kepada suara Reisya. Dia
cuba untuk menahan namun getaran itu dapat disedari oleh Mak Leha.
“Bukan itu maksud Mak Leha. Kasih seorang ibu, ayah dan suami punya rasa
kasih dan sayang yang tersendiri.
Sekurang-kurangnya bila Reisya berkahwin Reisya akan merasai kasih sayang
ibu dan ayah mertua. Reisya berhak
menikmati kebahagiaan tu Reisya.”
“Saya faham, Mak Leha. Saya pun berharap punyai keluarga seperti
keluarga Mak Leha. Tapi Reisya sedar yang Reisya ni perempuan, Mak Leha. Perempuan.
Reisya cuma menunggu bukannya bertindak.”
“Mak Leha minta maaf dengan
Irfan. Dia beritahu yang dia ada
temuduga dengan MerakSari Sdn Bhd esok.” Mak Leha menukar tajuk. Dia tidak mahu melukakan hati Reisya lagi.
Namun dia merasakan selagi ada hayat dia akan menganggap Reisya seperti anaknya
sendiri walau pun dia tidak akan bekerja di rumah itu pada suatu hari nanti.
“MerakSari?”
“Kenapa Reisya?”
“Er… tak ada apa-apa.”
***********************************************************************
Reisya begitu gembira dengan
pelawaan Mak Leha untuk berhari raya di kampungnya. Sehinggakan dia lupa akan wasiat arwah
ayahnya yang tinggal baki satu minggu sahaja.
Kali ini dia tekad dan berserah kepada yang Esa tentang apa yang akan
berlaku. Biarlah jodoh itu datang dengan
sendirinya. Dia ingin manfaatkan cuti
ini dengan sebaiknya. Di dalam kereta
dia banyak berbual dengan Mak Leha dan Pak Malik berbanding dengan Irfan. Walau pun Irfan agak dingin dengannya namun
dia tahu Irfan ingin berbual dengannya.
Sampai sahaja di kampung Mak Leha,
masing-masing semua sedang menyediakan juadah untuk hari raya esok. Rumah tua itu kelihatan meriah dengan
berhimpunnya adik-beradik Mak Leha seramai 9 orang itu. Reisya amat seronok dan selesa saat berada di
situ. Tambahan lagi dengan layanan yang
diberikan membuatkan Reisya seperti sudah lama mengenali keluarga itu.
“Irfan pergilah tolong Reisya isi
ketupat tu.”Pinta Mak Leha kepada anak terunanya. Irfan menggelengkan kepala.
“Tak naklah mak. Itu kan kerja orang perempuan.” Sambut Irfan
yang sedang membantu sepupunya menghidupkan api.
“Pergi sajalah…. Kesian dia seorang
tu.” Akhirnya Irfan akur dengan desakan
dari ibunya. Dia menghampiri Reisya yang
sedang mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat. Menyedari kehadiran Irfan itu Reisya
melemparkan senyuman tanda terima kasih.
"Saya isikan beras nanti Irfan
tolong ukur. Saya tak pandai nak sukat.”
Ujar Reisya. Irfan akur tanpa suara.
“Awak jangan fikir yang saya akan
berterima kasih dengan apa yang telah awak lakukan terhadap keluarga saya.”
Reisya tersentak. Dia merenung ke arah Irfan dan cuba mendapatkan penjelasan.
“Apa yang Irfan cuba sampaikan
ni? Saya tak faham.”
“Dengan menolong saya mendapatkan
kerja?”
“Bukan ke Irfan sudah sudah bekerja
di MerakSari?”
“Dengan usaha saya sendiri dan
sebelum ini kenapa awak tawarkan jawatan kepada saya?” Begitu keras nada suara
Irfan membuatkan Reisya agak terkejut.
“Saya memandang kelayakan yang ada
pada Irfan. Itu sahaja.”
“Bukan ke awak kasihan dengan
keluarga saya?” kata-kata Irfan itu tepat mengenai hati dan jantungnya. Perit, pedih dan sedih!
“Itu dua perkataan yang berbeza,
Irfan. Saya minta maaf kalau saya sudah
meyusahkan Irfan. Kalau Irfan sudah
menyalah tafsirkan apa yang Reisya buat, maafkan Reisya.” Reisya berlalu meninggalkan kerjanya dengan
rasa yang amat perit sekali.
Di malam hari untuk umat islam
bergembira, Reisya menangisi tentang nasib yang menimpa dirinya. Dia keseorangan. Tanpa ayah dan ibu. ‘Ibu… ayah…. Reisya rindu….’ Air mata Reisya
tumpah lagi. Dia tidak tahu mengapa ini yang terjadi. Sebelum sempat untuk dia menyapa kebahagiaan
duka datang bertalu-talu. Reisya buntu
kepada siapa untuk dia melahirkan rasa kesunyian.
“Reisya…” Reisya berpaling. Raut wajah Mak Leha jelas di ruang
matanya. Reisya menyapu air mata.
“Kenapa ni? Irfan ada mengguris hati
Reisya ke?” Tanya Mak Leha perlahan. Dia
sedar akan perubahan Reisya setelah Irfan membantu Reisya petang tadi. Wajah ceria Reisya bertukar menjadi mendung
dan sedih.
“Tak ada apalah Mak Leha. Reisya tiba-tiba teringatkan ibu dengan
ayah.” Bohong Reisya yang cuba menutup akan perasaan sebenarnya. Dia tidak mahu sebab dia, Irfan akan
dimarahi. Ya, dia kaya. Tetapi dia miskin dengan kasih sayang. Itulah yang kini dicari oleh Reisya. Dia memerlukan kasih sayang saat dia
keseorangan kini.
“Sudahlah Reisya. Mak Leha tahu. Ada sesuatu yang dikatakan
oleh Irfan yang buatkan Reisya sedih macam ni.”
“Tak Mak Leha…. Betul. Reisya teringatkan ibu dengan ayah. Mak Leha. Reisya nak keseorangan sekejap.”
Pinta Reisya. Mak Leha bangkit meninggalkan Reisya. Mak Leha akur dengan permintaan Reisya. Mak Leha tahu, Reisya begitu merindui
keluarganya. Kata-kata Irfan adalah
penambah kepada kelukaan Reisya yang sedia ada.
Dengan tiba-tiba Reisya teringatkan
akan wasiat peninggalan arwah ayahnya.
Ayah, maafkan Reisya. Reisya
tidak dapat memenuhi impian ayah. Reisya
sudah kalah, ayah. Air mata Reisya
kembali tumpah. Kali ini dia tertidur
betemankan airmata.
Seminggu sudah berlalu…. Reisya
menerima seadanya dengan wasiat yang telah dibentangkan oleh Rafiq sebentar
tadi. Segala harta milik SelayangJuara
Sdn Bhd kini menjadi milik Dato’ Razlan.
MerakSari pula kini menjadi hak kepada pengurus besar di sana. Siapa lagi kalau bukan Irfan. Irfan yang mendengarnya ternyata
terkejut.
“Syarikat SelayangJuara adalah
perkongsian antara arwah dengan Dato’
Razlan. Manakala MerakSari adalah syarikat kecil milik arwah. Oleh sebab Cik Reisya tidak dapat menunaikan
wasiat arwah untuk mencari calon mertua maka segalanya jatuh kepada Dato’
Razlan dan juga Encik Irfan. Cik Reisya
hanya akan mendapat rumah milik keluarga dan juga villa di Fraser Hill.” Irfan terduduk di saat Rafiq membaca wasiat
itu. Dia memandang ke arah Reisya yang
begitu tenang. Ah! Apakah yang telah aku lakukan?
“Kenapa Reisya buat begini?” Mak
Leha bagaikan tidak percaya. Air matanya
cepat mengalir mengenangkan nasib Reisya.
“Reisya sudah pun bertemu dengan
calon mertua tetapi Reisya tidak boleh memaksa hati dan cinta untuk terima
Reisya. Reisya rela melepaskannya demi
keluarga yang telah Reisya temui. Reisya
berharap selepas ini Mak Leha jangan tinggalkan Reisya.”
“Tidak sayang. Walau apa yang terjadi Mak Leha akan menjaga
Reisya. Selagi ada hayat Mak Leha.” Mak
Leha memeluk erat Reisya dengan deraian air mata.
“Maafkan saya, Pak Malik. Saya tak boleh nak menggajikan Pak Malik
lagi. Saya cuma pekerja biasa sahaja.”
Ujar Reisya tenang.
“Reisya anggapa saja Pak Malik
hantar Reisya sebagai seorang anak boleh?” Reisya hampir mengalirkan air
mata. Betapa dia bersyukur mendapat
keluarga Mak Leha yang sudah menganggapnya sebagai seorang anak. Reisya berlalu kepada Irfan.
“Maafkan Reisya kalau Reisya
menyintai Irfan di dalam diam. Hati dan
perasaan tidak boleh dipaksa, kan?” Irfan yang mendengarnya terkedu.
****************************************************************************
Angin sepoi bahasa menenangkan jiwa
dan perasaan Reisya. Setelah dia meminta
cuti dari Dato’ Razlan, dia meminta kebenaran untuk tinggal di kampung Mak
Leha. Dia mahu menenangkan fikirannya.
“Assalamualaikum….” Reisya berpaling. Merenung wajah lelaki itu. Benarkah ini?
“Uncle Razlan? Apa yang uncle buat kat sini?” Tanya Reisya yang terkejut dengan kehadiran
Dato’ Razlan.
“Uncle nak pulangkan wasiat
ni.” Reisya tercenggang dengan kata-kata
Dato’ Razlan itu.
“SelangJuara hasilnya banyak dari
arwah ayah Reisya. Uncle cuma
membantu. Lagi pun uncle dah ada
perniagaan uncle sendiri. Uncle tiada
anak. Esok lusa kalau uncle dah tak
ada? Reisya saja yang layak mentadbir
SelayangJuara. Lagi pun Irfan kan ada?” Tersentak Reisya di saat Dato’ Razlan
membangkitkan nama Irfan. Apa
kena-mengena Irfan dengan SelayangJuara?
“Reisya, terimalah segaala yang
mendatang. Segala kesedihan ada titik
kegembiraannya. Faham tu? Okeylah.
Uncle nak balik dulu. Sebelum tu
uncle nak ucapkan selamat hari lahir.
Uncle ada bawa hadiah untuk Reisya.
Tapi dengan syarat Reisya kena tutup mata sambil kira sampai sepuluh
tau.”
“Uncle ni macam budak-budaklah.” Senyum
Reisya berbalas dengan riak wajah Dato’ Razlan yang seakan berkeras.
“Cepat!”
“Okeylah…. Satu…. Dua…”
Setelah mengira sehingga sepuluh
Reisya membuka mata dengan perlahan.
“Assalamualaikum…” Reisya
terkejut. Wajah Dato’ Razlan sudah
bertukar milik Irfan.
“Apa yang Irfan buat kat sini?” Matanya meliar mencari Dato’ Razlan. Ah, mimpikah ini? Reisya mencubit pipi kanannya. Aduh, sakit.
“Bukankan Dato’ Razlan dah beritahu
tadi?” Irfan mengenyitkan matanya. Benarkah dihadapannya itu Irfan? Nak pegang?
Eh, tak boleh. Anak teruna
orang. Lagi pun haram!
“Hadiah? Reisya tak faham.”
“Irfan minta maaf dengan apa yang
telah Irfan lakukan. Irfan sebenarnya
takut seandainya Irfan sambut cinta Reisya bagaikan Irfan menumpang tuah milik
Reisya.” Irfan memberi pengakuan.
“Apa yang ada dengan pangakat dan
darjat? Tuhan menjadikan semua manusia
sama sahaja. Yang meletakkan pangkat dan
darjat adalah manusia itu sendiri? Dan
pernahkah terfikir pakaian dan tempat tinggal di saat ajal menjemput semuanya
sama saja?” Irfan tunduk.
“Maafkan abang.” Reisya berpaling apabila Irfan menggelarkan
dirinya ‘abang’.
Irfan melemparkan senyuman manis
buat Reisya. Senyuman yang sebelum ini
sukar untuk Irfan lemparkan. Reisya tunduk dan mengalirkan air mata. Ya!
Air mata gembira. Apakah ini tanda Irfan sedia menerimanya? Irfan
mengeluarkan sebuah kotak kecil dari kocek kanannya. Dia membuka perlahan. Kelihatan sebentuk cincin permata yang
menghiasi bantal kecil baldu berwarna biru itu.
“Abang berjanji akan menjaga Reisya
seperti mana mak dan abah menjaga Reisya dan abang akan melindungi Reisya
seperti nyawa Irfan sendiri. Mak pesan
cincin ni untuk Reisya. Cuma menantu dia
saja yang boleh pakai cincin ni.”
“Maksud Irfan?”
“Lepas ni dah tak boleh nak panggil
nama lagi. Kena panggil abang. Dan abang belajar nak panggil ‘sayang’. Abang ni bukannya romantik sangat. Tapi…. tunggulah nanti abang rasa nak picit
je hidung sayang tu. Geram sangat!”
“Jangan sentuh! Belum boleh lagi.”
Reisya menutup hidungnya.
“Ala…. Abang nak picit hidung tu
boleh?” saja Irfan mengusik Reisya.
“Abang!”
“Abang saja je nak uji. Abang nak dengar sayang panggil nama ‘abang’
tu. Macam sweet je…. Macam best je….
Macam comel je…”
“Abang ni!”
“Terima kasih kerana menerima abang
yang tak seberapa ni. Dan terima kasih juga kerana sudi menjadi susuk kiri abang.”
“Kasih dan cinta Reisya cuma untuk
abang.” Air mata kebahagiaan pula yang menghiasi di wajah Reisya. Dia memadang tepat kepada anak mata Irfan.
“Begitu juga dengan abang.”
Irfan tersenyum…. Reisya begitu
juga… Dia bahagia kini. Segalanya adalah
miliknya selepas ini. Terima kasih, ayah
dengan apa yang telah kau lakukan.
Kebahagiaan ini akan disemai agar kekal selamanya. Reisya memandang kepada Mak Leha dan Pak
Malik yang sedari tadi menjadi pemerhati.
Dia segera memeluk Mak Leha.
No comments:
Post a Comment