Assalamualaikum Semua...
Semoga sihat dan berbahagia.
Amboi, mukadimah bukan main lagi. Okeylah, hari ni nak kongsi TIPS menulis novel cara saya. Saya pun bukannlah penulis yang ternama. Mana yang saya tahu, saya akan beritahu. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Kalau ianya membantu, al-hamdulillah. Okey, nak cerita panjang nanti bosan pula. Jom kita tengok, apakah tipsnya.
1. Genre
-Kita gali diri sendiri untuk melihat, apakah genre yang sebati dengan kita. Ada bermacam genre di dalam dunia penulisan ini. Kalau nak tahu genre yang dekat dengan kita, boleh tengok buku apa yang banyak kita modalkan untuk membeli. Namun yang paling luas garapannya adalah seram dan cinta. Bila dah tahu apa yang kita minat, bolehlah mula menulis.
2. Kesesuaian bilangan patah perkataan / Muka surat
-Biasanya 30k Perkataan sudah dikira novel. Kalau kurang dari itu dikira mini novel. Namun yang ini bergantung kepada penerbit buku (sekiranya kita ingin hantar karya kita untuk publish). Biasanya penerbit menetapkan 50k ke atas. Malah ada juga yang minima 70k atau 80k. Semuanya bergantung kepada penerbit. Ada juga penerbit menetapkan jumlah muka surat. Contohnya 350 muka surat ke atas. Itu pun sudah dikira satu nakah novel.
3.Mencari Idea dan rangka cerita
-Ini sememangnya masalah yang selalu dihadapi. Bila sudah kering idea, mood nak menulis pun rasa down. Namun kena buang semua tu. Sebenarnya idea tu ada di mana-mana. Ada kala ianya terjadi kepada kita, mungkin disekeliling kita, malah mungkin dari imaginasi kita. Cuma kita kena cari cara bagaimana untuk kita garapkan di dalam cerita kita nanti.
Macam saya, semasa menunggu bas saya akan buka FB/wassup taiplah idea apa yang datang. Sebab apa? Bila sekali idea itu datang, kali kedua sudah jadi lain. Jadi kalau kat FB tu janganlah pergi post pulak. Jadikan dia draft. Macam saya ada dua nombor, dan biasanya saya akan wassup nombor yang satu lagi. Lepas tu, bolehlah transferkan ke word/boleh jadikan panduan kita untuk manuskrip kita nanti.
4.Bahasa
-Ini penting. Jangan sesekali gunakan bahasa jagan atau bahasa SMS. 'Jangan' jadi 'jgn' 'saya' jadi 'sy.' Please.... ini yang paling penting. Kalau hantar ke penerbit, sah awal-awal dah kena. Satu lagi, kalau menggunakan bahasa inggeris, pastikan anda italickan perkataan itu ya sayang. Biar tahu itu adalah bukan dari bahasa melayu.
5.Tawakal dan Usaha
-Ya, untuk mendapatkan satu manuskrip perlukan usaha yang tinggi. Tambah lagi kalau kita ni yang jenis bekerjaya. Contoh: Macam saya. Saya menulis hanya di waktu malam atau pun pada hari cuti sahaja. Ianya memang membataskan namun kita kena usaha. Walau hanya dapat satu hari tiga muka surat pun tak kisah. Tapi lagi banyak lagi baik. Cekalkan hati untuk kita siapkan manuskrip kita sendiri. Apa yang penting adalah usaha.
6. Pemilihan Tajuk
Ha... ini pun masalah juga. Ianya masalah besar bagi saya. Susah betul nak cari tajuk yang sesuai. Sebelum saya pilih tajuk, saya akan google dulu kalau mana tahu sama dengan novel-novel yang lain. Mungkin takut juga kalau tajuk sama apa pula kata penulis yang sedia ada. Kalau boleh elakkan.
7.Penghantaran Manuskrip.
-Perlu dingatkan, kalau boleh jangan tersalah hantar penerbit dan yang paling penting jangan hantar satu manuskrip kepada dua penerbit serentak. Ini akan mengundang manuskrip anda ditolak. Tambah lagi kalau kedua-duanya menerima manuskrip anda, silap hari bulan boleh kena black list. Biasanya tengok juga penerbit. Penilaian antara 3 hingga 6 bulan. Jika sudah melebihi enam bulan boleh e-mail semula dan bertanyakan tentang status manuskrip anda. Jika ditolak, barulah kita hantar ke penerbit lain.
Andai kata anda mahu menghantar manuskrip, boleh riki-riki penerbit yang ada. Di sini saya sertakan penerbit-penerbit yang ada di Malaysia
1.Cute Publication- Penerbit ini menerima semua jenis genre. Seram/cinta/thriller pun boleh hantar ke penerbit ini. Anggaran jumlah perkataan adalah 50k-70k. Masa penilaian adalah 3-6 bulan.
2.Prima / Alaf 21 - Buku Prima kebanyakkannya adalah untuk genre seram. Yang ini saya tidak pasti berapa minimum untuk jumlah perkataan yang diperlukan. Kalau untuk Alaf 21 kebanyakkannya more to cintan-cintun.
3.Suara Hati Publication- Untuk penerbit ini, minimum muka surat adalah 350 muka surat A4 paper. Anggaran perkataan antara 100K. Masa penilaian adalah 3- 6 bulan
4.Kasih Aries - Penerbit ini menerima manuskrip cinta,misteri, seram, bak kata pelbagai genre. Anggaran 55k-80k. Penilaian juga antara 3- 6bulan
5.Fajar Pakeer-Penerbit ini anggaran perkataan adalah 90-120k perkataan. Genre yang diterima oleh penerbit ini adalah cinta.
6.Love Novel-Genre cinta. Untuk penghantaran tidak pasti jumlah perkataan yang diperlukan untuk satu manuskrip. Kalau nak, boleh PM love novel untuk lebih lanjut.
*Namun apa yang penting:
1.Tulisan mesti Times New Roman bersize 123
2.1.5 line spacing.
3.Hindari palagiat. Tak senang hidup nanti.
#Last.... banyakkan doa dan jangan berputus asa. Jika Manuskrip anda ditolak jangan cepat nak mengalah. Ambil komen dari Editor, buat kajian dan cuba untuk memperbetulkan. Insya Allah... berkat usaha akan boleh berjaya.
#Manuskrip saya pernah ditolak dan direject. Ya, memang kita rasa sedih dan down. Tapi saya tak pandang semua itu dan buat semula yang baru. Ambil komen editor dan cuba ubah cara penyampaian kita sampai manuskrip kita boleh diterima. (Tapi sampai sekarang manuskrip yang ditolak tu saya buat pekasam. hahaha.... nanti-nantilah saya edit balik)
#Bukan itu sahaja, hasil nukilan saya pun pernah diciplak. Walau pun hanya secebis cerpen, namun rasa sedih sangat. Bukan senang untuk kita menghasilkan satu cerita. Berhempas pulas memerah otak dan tenaga. Namun begitu, percayalah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Oleh itu, tulislah dari hati kita sendiri. Insya Allah.... segalanya akan berjalan dengan lancar.
Sekali lagi diberi peringatan... JANGAN sesekali kita ambil usaha orang lain.
Okeylah rasanya macam dah banyak sangat membebel. Saya pun bukan penulis yang ternama, namun saya kongsi dengan apa yang saya tahu.
Selamat mencuba semua
Assalamualaikum wbt. Saya Iqmal dan saya mula menulis novel. Setiap cerpen dan novel yang saya buat, saya sent kan di dalam wattpad sebab saya masih tidak berkeyakinan. Novel yang saya masih buat sudah mencapai hampir 30k bersamaan 31 bab tapi saya masih cuba untuk capai sehingga 50 bab. Saya gunakan times new roman saiz 12 dan spacing 1.5. adakah saya perlu perbaiki spacing tu ataupun saiz tu? Saya masih kurang dalam dunia novel tapi saya sangat minat menulis sebab kadang-kadang kita berangan dan daripada angan-angan tu datangnya sebuah idea tapi saya tidak yakin sebab penggunaan gaya bahasa saya agak celaru serasa saya. Ada ke cara untuk saya cek penggunaan bahasa saya ataupun jalan cerita yang saya tulis?
ReplyDeleteSalam,saya nak bertanya, manuskrip tu kita nak hantar kesemua ke? Klau ada 23 bab manuskrip jd kesemua 23 bab itu kita hantar?
ReplyDeleteWaalaikumusalam...
DeleteBiasanya penerbit akan terima manuskrip penuh. Semasa menghantar manuskrip, perlu sertakan sekali sinopsis penuh dalam anggaran 3 muka surat.
Salam, hey, macam mana dengan cover? Kita kena buat sendiri atau pihak penerbit uruskan. lagi satu, semasa menulis manuskrip tajuk dan bab tu sebaris dengan first line ke?
ReplyDeleteWaalaikumusalam,
Delete1. Untuk cover penerbit yang akan uruskan.
2. Tidak perlu sebaris. Bab berada di atas sekali
Assalamualaikum, saya ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan.
ReplyDelete1. Macam mana dengan susunan manuskrip? Contohnya page pertama pengenalan, siniposis dan isi novel ke atau sinopsis letak pada susunan yang terakhir?
2. Manuskrip dalam size a4 atau letter?
Saya baru nak berjinak didalam bidang penulisan. Harap balasan dari Cik/Puan dapat membantu. Terima kasih. ^ ^
Assalam. Saya nak tanya, apa beza cerpen dan novel?
ReplyDeletecerpen adalah cerita pendek dan minimun page 7-9 sahaja. Sekiranya awak ada terjumpa kumpulan cerpen atau antologi cerpen kebiasaannya cerpen tersebut ditulis berdasarkan banyak cerita dan penulis. Setiap tajuk dan bab tidak mempunyai jalan ceriat yang sama berbeza pula dengan novel. Novel setiap bab yang dihasilkan perlukan mempunyai kesinambungan.
Deleteterima kasih banyak2! perjalanan sy masih jauh utk saya bersiap sedia nak jadi novelist. Semoga tercapai satu hari nanti. Aamiin ..
ReplyDeletenak tanya kalau selain bahasa melayu dan inggeris macam mana ye
ReplyDeleteassalamualaikum, saya nk tanya, apakah format manuskrip?
ReplyDeleteSaya ada beberapa cerpen tapi tak tahu nak publishkan.Boleh tak tolong saya?. Terimakasih
ReplyDeleteboleh menghantarkannya dimana-mana platform atau syarikat seperti, DBP. Hantarkan secara atas talian contohnya melalui email.
DeleteAssalamualaikum author. Kalau genre fanfiction boleh ke ?
ReplyDelete