Agak lama juga tak mencoret di dalam teratak ni. Dah bersawang sangat tanpa update apa-apa. Sudah satu bulan lebih kita meninggalkan tahun 2017. Tahun yang banyak memberi rezeki kepada saya sebenarnya. Pada tahun inilah, tanpa saya menduga tiga karya saya telah berjaya diterbitkan oleh dua penerbit yang berbeza.
Awal tahun 2017, saya menerima mesej dari editor KAKI NOVEL yang karya saya CINTA KAU DI MANA akan diterbitkan. Masa itu bagaikan rasa satu mimpi, sebab sebelum ini memang saya berangan nak menjadi salah seorang penulis di bawah naungan KAKI NOVEL dan akhirnya impian saya tercapai. Masa itu bagaikan apa yang telah saya usahakan berbuahkan hasil. Kerana itulah ia memberikan satu semangat untuk saya terus berkarya.
Saya juga tidak menyangka pada tahun 2017 juga saya duduk di meja penulis di bawah KAKI NOVEL semasa PBAKL. Apabila saya terima jemputan dari KAKI NOVEL rasanya bagaikan bulan jatuh ke riba, kerana sebelum saya pernah menanam impian duduk di kerusi penulis. Perasaan? Takut ada, berdebar ada, terharu pun ada.
Perjalanan karya saya kemudiannya dengan CUTE PUBLICATION. Saya tidak menyangka sama sekali karya saya diterima. Saya tidak pernah menyimpan apa-apa harapan, kerana saya tahu masih ada yang lebih baik dari saya. Bila TIGA JODOH diterima, saya tidak menyangka ianya diterbitkan enam bulan selepas CINTA KAU DI MANA.
Feedback yang saya terima amat terharu. Saya menerima mesej dan memberitahu cerita TIGA JODOH adalah sebuah cerita yang menarik. Al-hamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar. TIGA JODOH adalah karya saya yang kedua diterbitkan pada tahun 2017.
Mungkin sudah tiada jodoh saya dengan KAKI NOVEL saat penerbit tersebut mengundurkan diri. Namun itu tidak sedikit pun mematahkan semangat. Saya yakin dengan rezeki dari ALLAH. Semuanya sudah ditetapkan olehNYA. Kita yang hamba, kena yakin dengan ketentuannya. Ya, mungkin ada hikmah disebaliknya.
Tidak lama kemudian, dengan penerbit yang sama, saya menghantar karya KESUMA JIWA. CUTE PUBLICATION telah meluluskan manuskrip saya dan rezeki saya tertulis dengan kehadiran KESUMA JIWA dengan naskah sebuah novel tiga bulan kemudian. Ketika ini, saya merasakan ianya adalah hadiah untuk harijadi saya. Bulan november keluarnya novel KESUMA JIWA yang telah mengusik jiwa saya.
Pada bulan disember sekali lagi saya di meja penulis di bawah nauangan CUTE PUBLICATION. Perasaan terharu terus melekat di hati saya. Perasaan gembira saya tidak boleh saya lupakan. Ianya bagaikan mimpi yang telah menjadi satu realiti.
Pada tahun 2018, saya masih lagi berkarya. Saya akan lakukan mana yang saya mampu. Rezeki? saya letakkan di tanganNYA. Hanya Allah sahaja yang mengukir takdir saya. Satu manuskrip telah pun dihantar. Jika diberi rezeki, al-hamdulillah.... jika tidak, itu bukan jalan untuk saya mengaku kalah. Sebab saya pernah melaluinya sebelum ini.
WISH ME LUCK IN 2018
Tahniah atas pencapaian.. di setiap liku yg terpaksa dihadapi pasti ada anugerah yg terindah utk dikecapi.. terus kuatkan semangat utk berkarya.. insyaAllah, segalanya dipermudahkan!
ReplyDeleteAmin... Alhamdulillah... semuanya rezeki daripada Allah. Banyak juga liku yang terpaksa ditempuhi. Terima kasih dengan kata-kata pembakar semangat.
Delete