BAB 12
Sofiah melabuhkan punggung
berhadapan dengan Daniel. Hatinya
tiba-tiba bergelora. Dia tidak tahu
kenapa apabila dia bertentang mata dengan Daniel hatinya mudah bergelora. Ah, apakah tandanya ini?
“Kenapa Encik Daniel panggil
saya? Kalau tentang tugasan tu saya
sudah pun siapkan. Cuma tunggu untuk
aktiviti esok saja.” Sofiah terkejut
dengan kehadiran majikannya tadi.
Difikirkannya Maya. Namun wajah
Daniel yang menerpa. Entah apa mimpi,
Daniel mengajaknya makan malam. Ada hal penting katanya. Sebagai setiausaha dia pelu patuh dengan
arahan itu selagi ianya tidak melanggar tatasusila sebagai pekerja.
“Lepas makan nanti kita
bincang.” Daniel melambai ke arah
pelayan yang lengkap memakai seragam.
Dia kemudiannya memesan makanan dan Sofiah yang masih dalam tanda tanya
hanya akur dengan keputusan Daniel.
Daniel meletakkan garfu dan sudu di dalam pinggan. Dia sendawa kecil. Keyang dirasakan pada saat itu. Menikmati makan malam bersama Sofiah
dirasakan satu detik yang begitu bermakna buat dirinya.
“Kita pergi ke pantai sekejap.” Ajak Daniel.
Sofiah tersentak. Sudah, apa
pulak ni? sampai ke pantai nak
bincangkan hal kerja? Sofiah agak sangsi
dengan majikannya. Dia takut andai kata
ajakkan itu ada muslihat yang tidak dia ketahui. Maklum sajalah zaman sekarang ni orang yang
kita sangka baik kadang-kala musuh dalam selimut.
“Tak boleh ke kita cakap di sini
saja?” Sofiah cuba mencari alasan. Dia merasakan satu debaran yang kian kencang.
“Maaf, Sofiah. Kalau boleh kita bincangkan di tempat
lain. Di sini ramai sangat.” Ajak
Daniel. Sofiah bangkit walaupun dia
masih lagi dalam keadaan ragu-ragu.
Daniel dan Sofiah beriringan
menyusur pantai di waktu malam. Air laut
yang menyapa tubuh Sofiah membuatkan dia memeluk tubuh. Sejuk bagaikan menusuk
ke tulang hitam. Dia menyalahkan diri kerana tidak memakai baju sejuk. Daniel merenung ke arah Sofiah. Dia segera meletakkan baju sejuknya atas bahu
Sofiah. Sofiah tersentak.
“Saya tahu, Sofiah sejuk.” Ujar Daniel.
Sofiah tunduk. Tidak sanggup
rasanya untuk dia bertentang mata dengan Daniel ketika ini. Seperti biasa hatinya bergelora. Dicuba untuk menepis segala rasa gelodak di
jiwa tetapi hampa. Setiap kali bersama,
perasaan itu dengan tiba-tiba menerpa.
“Maafkan Daniel kalau Daniel
menyusakahkan Sofiah.” Daniel? Sofiah terkejut dengan bicara yang baru saja
dilafazkan oleh Daniel. Tidak pernah dia
mendengar Daniel menggelarkan dirinya dengan nama.
“Apa ni Encik Daniel? Saya tak faham.” Sofiah cuba berlagak selamba walaupun
debaran hatinya kian kencang.
“Saya tahu Sofiah merasa kekok
sekarang ini. Bersama-sama dengan
majikan sendiri apa lagi di tempat sebegini.
Tentu Sofiah merasa tidak senang
hati.” Sofiah mengakui akan kebenaran
kata-kata Daniel itu. Dia merasa kekok
sekarang ini. Hatinya juga tidak tenang
seperti di lautan yang terbentang luas.
Sofiah melemparkan pandangan ke pantai.
Dia kaku untuk bersuara. Sofiah
menantikan apa saja yang diperkatakan oleh Daniel.
“Kenapa dengan Sofiah ni? Senyap je dari tadi.” Daniel cuba menyelongkar hati Sofiah.
“Tak ada apa-apa Encik Daniel. Encik Daniel cakap saja. Saya dengar.” Sofiah sedar ketika ini bukan masanya untuk
dia berkata apa. Dia akan cuba menyelami
apa yang tersimpan di hati majikannya.
“Cuba Sofiah tengok lautan di sana . Betapa setianya mendamparkan diri di
pantai. Setianya pantai dan laut tidak
boleh dipisahkan. Saya ingin sekali
menjadikan panduan kasih sayang saya kepada ibarat laut dan pantai.”
“Tapi, sesekali lautan yang tenang
akan pasti melalui ombak yang ganas. Begitu juga dengan pantai. Sekali air bah, sekali pantai akan berubah.”
“Yang berubah hanya pada fizikalnya,
Sofiah. Memang adat hukum alam. Itu memang kita tidak boleh menafikan. Ibarat hidup kita juga. Ada kala kita berada di dalam kegembiraan dan
ada kalanya kita akan disalut kelukaan.
Tapi, walau bagai manapun pantai dan laut tidak pernah terpisah walau
pun apa yang terjadi. Begitu juga dengan lumrah hidup dalam bercinta. Saya mahu mencari cinta seperti laut dan
pantai. Seiring bersama walau apa yang berlaku.
Tapi, ah! Entahlah. Mungkin pada
Sofiah adalah cerita yang amat membosankan.
Sebab itu saya berat hati untuk membicarakan hal yang saya rasa tidak
pernah masuk dek akal.” Lembuat saja kata-kata yang diucapkan oleh Daniel
membuatkan Sofiah merasa tenang mendengarkannya.
“Tidak salah untuk meluahkan, Encik
Daniel. Saya tahu, Encik Daniel ingin
jadikan pantai dan laut sebagai lambang dalam percintaan Encik Daniel. Tapi, kita tidak boleh lupa dengan karang dan
ikan yang berada di perutnya. Begitu
juga dengan pohon dan jeti yang menjadi perhiasannya. Kalau hanya laut dan pantai tanpa semua itu,
hidup tidak akan menjadi menarik. Begitu
juga dengan cinta. Cinta mesti bersulam
dengan kasih dan sayang. Ini semua
mestilah seiring agar kemudi kehidupan yang kita layarkan akan bertambah
bermakna.”
“Pandainya Sofiah.” Sofiah tunduk malu. Dia tersipu-sipu dengan pujian yang
dilemparkan oleh Daniel sebentar tadi.
“Tapi itu semua tidak akan menjadi
kenyataan sekiranya lautan bersendirian dan kasih sayang yang cuba dicipta
hanya sebagai mimpi apabila yang dinanti tidak pernah menyatakan hasrat
hatinya.”
“Apa maksud Encik Daniel? Saya memang tak faham. Kenapa?
Encik Daniel sudah dikecewakan atau pun takut untuk menyatakan hasrat
hati? Kalau dikecewakan, susahlah saya
nak tolong. Kalau susah nak menyatakan
hasrat hati bolehlah saya bantu. Saya
ini pun bukannya pandai sangat. Kenapa?
Ada sesiapa yang berkenan di hati?
Boleh saya tahu siapa dia?”
Sofiah mula berani untuk bersuara.
Dia tahu majikkkannya perlukan bantuan.
Dia sebagai seorang pekerja bawahan cuba untuk selesaikannya.
“Maya.” Sofiah terkejut. Ah, adakah Daniel menyukai dan menyintai
Maya?
“Tapi… dia sudah ada yang
punya. Berdosa kalau kita menyeksa
pantai dengan lautan yang bergelora.
Kelak pantai akan pasti merana.
Biarlah ianya beralun dengan perlahan agar tidak memberikan kesan yang
mendalam walaupun hati bagaikan disayat pilu.”
Daniel tergelak. Sofiah
tercenggang. Ah, permainan apakah yang
ingin dimainkan oleh Daniel?
“Saya tak katakan yang saya sukakan
Maya atau menyintai dia. Saya masih
sedar, Sofiah. Dia sudah menjadi milik orang.”
“Kalau begitu, apakah yang
membuatkan Encik Daniel resah begini?”
“Kerana Maya, saya bertemu dengan
pantai. Kerana Maya, saya mula membuka
mata. Mengenali cinta dan mendalami rasa
kasih dan sayang.” Sofiah memandang ke arah
Daniel. Dia begitu tidak mengerti dengan
penjelasan Daniel. Daniel menggenggam
erat tangan Sofiah. Sofiah tersentak. Dia tidak sangka dengan tindakan Daniel. Namun begitu, dia tidak dapat mengelak rasa
debaran yang kian kencang.
“Saya sebenarnya takut untuk
berterus-terang. Saya takut kalau saya sampaikan hasrat di hati, dia tidak
sudi. Bukankah malu nanti. Mana saya nak sorokkan muka saya ni?”
“Tidak salah mencuba Encik
Daniel.” Daniel senyap. Dia cuba mengumpul kata-kata. Sofiah senyap menantikan butir-butir bicara
Daniel. Hatinya kini tidak tenang. Dia dapat merasai seperti ada sesuatu yang
ingin diperkatakan oleh Daniel. Daniel
memandang ke arah Sofiah. Dia sedaya
upaya untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Sofiah.
“Encik Daniel seperti ada sesuatu
yang hendak disampaikan.” Akhirnya
Sofiah mengalah dengan tindakan Daniel yang seriba bahasa itu.
“Er… saya tahu, saya masih baru lagi
di syarikat. Tapi tak salahkan kalau
kita mengenali antara satu sama lain?”
“Tak salah Encik Daniel. O…. ini dia susah sangat nak cakap. Bukankah kita sudah mengenali antara satu
sama lain.” Sofiah tergelak kecil.
“Maksud saya mengenali lebih dari
seorang majikan. Seorang kekasih kepada
kekasih. Itu yang saya maksudkan. Saya
minta maaf kalau saya ini terburu-buru.
Tapi saya takut. Takut apa yang saya harapkan akan terlepas ke tangan
orang lain. Terus-terang saya ingin
katakan pada Sofiah yang saya sudah mula jatuh hati dengan Sofiah. Kalau boleh saya nak mengenali Sofiah lebih
dari seorang kawan atau majikan.” Ucap
Daniel jujur. Sofiah merenung ke arah
anak mata Daniel. Namun tidak lama. Dia terleka dengan renungan manja Daniel.
“Bukan saya tak sudi, Encik
Daniel. Tapi, kita mesti fikirkan darjat
dan pangkat. Saya ibarat pipit, Encik
Daniel ibarat enggang. Saya bagaikan
bumi, tapi Encik Daniel bagaikan langit.
Kita tak sama, Encik Daniel. Saya
tak mahu apa kata orang tua Encik Daniel nanti.” Daniel tersenyum.
“Rupanya Sofiah masih belum kenal
saya dan keluarga saya lagi. Sungguh pun
saya dan keluarga adalah dalam kalangan orang yang berada, tapi kami tidak
pernah lupa dengan adat serta tempat lahirnya kami. Kami semua anak desa. Saya juga dilahirkan di desa. Bermain di bendang, mandi di sungai. Namun
itu bukan masalah kami untuk berjaya.
Walau pun ayah saya seorang anak desa, tetapi dia mempunyai semangat
juang yang tinggi. Walau pun sudah
mendapat pengkat sebagai Dato’, namun dia tidak pernah lupa menjenguk datuk
kami di kampung. Hati kami tetap di
desa. Setiap pada hari raya kampung juga
tempat kunjungan pertama kami. Cuma di
sini, kehidupan kami berbeza. Saya tahu,
terlalu awal buat Sofiah. Namun Daniel
tidak memaksa untuk terima Daniel.
Sofiah fikirkan dulu. Walau bagai
mana pun Daniel tetap menantikan Sofiah.” Sofiah senyap. Dia tidak tahu apakah jawapan yang sewajarnya
yang harus diberikan kepada Daniel.
“Berilah Sofiah masa, Encik
Daniel. Saya takut antara kita akan
terluka.”
“Biarlah terluka sekarang jangan
sudah menyimpan perasaan tetapi tidak kesampaian itu sudah menjadi satu
kedukaan yang akan memberikan kesan yang mendalam. Tak mengapalah. Kalau itu yang Sofiah pinta. Tetapi… apa yang Daniel harapkan adalah
jawapan yang baik dari Sofiah.”
Genggaman Daniel semakin erat.
Pada saat ini, Sofiah sudah dapat merasakan bunga-bunga jawapan kepada
persoalan Daniel.
Sofiah kembali ke bilik apabila jam
tangannya sudah mencecah ke angka 12.00 tengahmalam. Dengan perlahan Sofiah membuka pintu
biliknya. Tidak mahu dia mengejutkan
Maya yang mungkin sudah tidur. Namun,
itu semua andaiannya saja. Maya sedang menantinya.
“Hah, baru sekarang kau balik. Mana
kau pergi? Puas aku tunggu kau.” Sofiah serba-salah dengan pertanyaan Maya
itu. Ah, perlukah aku memberitahu hal yang sebenarnya?
“Aku pergi makan sekejap.” Jawab Sofiah yang tidak pasti bahawa jawapan
itu akan mempercayakan Maya.
“Hai, sudah 12.00 tengahmalam baru
kau nak makan. Kau makan nasi ke atau kau makan angin. Aku tak percayalah. Baik kau beritahu dengan aku. Kau pergi mana. Kalau kau tak beritahu aku, tak apa. Akan tahu juga. Kau bukan tak tahu, aku kalau nak tahu
cerita-cerita sensasi aku akan mendapatkannya walau apa yang terjadi. Aku tahu apa yang terjadi dengan kau. Kau jangan nak merahsiakan dari aku. Aku tahu
kau berjumpa dengan siapa. Walau bagai mana pun aku akan tetap tahu dari mulut
kau sendiri satu hari nanti. Tapi apa
yang aku tahu sudah tentu kau berjumpa dengan Encik Daniel. Kalau tidak macam mana baju sejuk dia ada
pada kau?” Sekap Maya.
“Sudahlah Maya. Kau jangan banyak sangat membebel. Aku malas
nak dengar. Dahlah, aku nak tidur. Nanti
kau tolong padamkan lampu. Okey, selamat
malam. Aku tidur dulu.” Sofiah sudah pun menarik selimut. Tak kuasa dia mendengarkan leteran Maya pada
malam-malam begini.
“Sofiah, dengarlah cakap aku
ni. Sofiah!” Maya mengoncangkan badan
Sofiah. Sofiah membatu. Maya mengalah. Mulutnya tidak berhenti. Masih lagi membebel.
“Tak apa, kalau kau tak nak cakap
dengan aku aku tak kisah. Tapi kau akan
beritahu juga dengan aku.” Maya
mengalah.
No comments:
Post a Comment