BAB
10
Maya dan Sofiah berlari menuju ke pantai apabila mereka terlewat untuk
acara seterusnya. Acara inilah yang
paling dinanti-nantikan oleh Maya. Acara
pantai. Kunci bilik ditinggalkan di
kaunter pertanyaan. Daniel selaku
pengerusi bagi lawatan tersebut memang sengaja mencari hotel yang menghadap
pantai. Sekurang-kurangnya aktiviti
mereka dapat diisi. Sampai saja di
pantai, dilihatnya sudah ramai yang sedang menanti. Daniel dan Hafiz sedang rancak berborak. Entah apa yang diboraknya pun tak tahu. Tapi.. ke mana pulak perginya Rozita? Tak nampak pun batang hidung dia. Takkan dia
dah mabuk kot? Kalau tidak dia dengan si
Hafiz macam belangkas. Ke hulu ke hilir
asyik berdua. Nak cari publisitilah
tu. Kononnya merekalah pasangan yang
paling ideal. Sudah sah dua-dua perasan!
Maya menghampiri Emma yang sedang
bermain dengan ombak di gigi pantai.
Emma mesti tahu ke mana Rozita pergi. Sebab mereka satu bilik.
“Emma, Ita mana?” Tanya Maya. Tangannya sempat bermain dengan ombak. Matanya tidak lepas memandang ke arah laut
yang luas terbentang.
“Dia tak sihat. Katanya kepala dia sakit.” Hah?
Kepala sakit? Tadi tengok bukan
main lagi dengan Encik Hafiz. Bisik hati Maya.
“Dia macam mana sekarang? Nak ubat ke?”
“Tak payah. Encik Hafiz dah berikan dia ubat. Mungkin lepas berehat, sihatlah dia tu.” Maya mengangguk tanda setuju. Dia kemudiannya kembali ke arah Sofiah yang
sedang meneliti jadual di samping Daniel.
Nak kacau daun ke? Tak
perlulah. Nanti kalau dah bertiga orang
kata semak. Maya mencari kelibat
Hafiz. La. . itu dia tengah lepak atas batu
rupanya.
“Encik Hafiz! Mana pergi teman
wanita Encik Hafiz? Dah pengsan
ke?” Sengaja Maya ingin menyakitkan hati
Hafiz. Hafiz yang terasa menjeling
tajam. Dia ni ada yang kena humban dalam laut.
Hafiz tidak bersuara sebaliknya dia memandang ke arah laut yang tenang.
“Encik Hafiz, janganlah macam
ni. Nanti tak laku. Marilah.
Acara dah nak mula. Tu, adik
Encik Hafiz dah panggil.” Ajak Maya.
Dilihatnya Daniel sudah melambaikan tangan supaya datang ke arahnya.
“Marilah Encik Hafiz. Nanti, kalau saya datang seorang apa pulak
kata orang. Seorang setiausaha tidak
pandai nak kendalikan majikannya sendiri.
Marilah, mereka semua dah tunggu.”
Maya menarik tangan Hafiz. Hafiz
dengan separuh terpaksa akur dengan tindakan Maya.
Sampai saja di sana , Daniel dan Sofiah yang menjadi dalam
bahagian permainan pantai memberikan jadual tentang perlawanan berkayak yang akan diadakan sebentar lagi. Setiap kayak akan dikendalikan oleh dua
orang. Mereka akan berkayak dari pantai hingga
ke bendera merah yang telah ditandakan, kemudian mereka akan berkayak semula ke
pantai untuk menentukan juara.
“Baiklah, sekarang kita akan undi
siapa yang akan menjadi pasangan masing-masing.” Laung Daniel.
Maya tekun mendengarkan setiap butir bicara yang disampaikan oleh
Daniel.
“Encik Hafiz, saya rasa Encik Daniel
dengan Sofiah memang secocok. Apa pulak
pendapat Encik Hafiz?”
“Sudah saya beritahu pada awak
Maya. Kalau awak suka melaga-lagakan
orang, buka saja syarikat agen cari jodoh.”
Maya panas dengan kata-kata Hafiz itu.
Maya senyap. Dia tahu, Hafiz
ketika itu usah ditegur. Kalau salah
cakap, ada juga yang kena campak dalam laut.
“Cik Maya Izatti!” Maya yang berada sedikit belakang
menjengahkan muka.
“Dia akan berpasangan dengan Encik
Hafiz!” Laung Sofiah. Maya antara dengar
atau tidak terduduk. Satu bala lagi yang
datang. Imiginasinya kini sudah
terserlah, yang dia pasti akan terjun laut.
“Baiklah, kalau semua sudah sedia
kita akan mulakan sekarang. Semua
peserta dikehendaki ke pantai dan bersedia di kayak masing-masing.” Maya yang sudah berada di kayak menggarukan
kepala. Aku nak duduk mana ni? Depan ke atau pun belakang?
“Apa yang awak menungkan? Duduklah” Arah Hafiz. Maya berpaling memandang ke arah Hafiz.
“Saya nak duduk di mana?”
“Pasangan Encik Hafiz dan Maya
Izzati sila duduk di tempat masing-masing.”
Laung Daniel yang sudah pun bersedia dengan bendera kecil untuk
melepaskan peserta.
“Tak apalah. Awak duduk di depan. Biar saya di belakang.” Maya akur. Dia segera masuk ke kayak dan segera memegang
pedal untuk memulakan pertandingan.
“Baiklah, kegarisan….. sedia…
mula….” Kesemua kayak yang memasukki
pertandingan itu berlepas. Ada lebih
kurang 15 kayak yang ambil bahagian.
Pada ketika ini, Emma dan Lim masih lagi mendahului peserta yang lain. Maya dan Hafiz yang menduduki tempat kedua
sedaya upaya untuk memotong Emma dan Lim.
Setelah melepasi bendera merah, kayak Hafiz mula membuat pusingan. Tetapi… entah kenapa, Maya yang berada di
hadapan tidak dapat mengawal kayaknya.
Hafiz yang duduk di belakang cuba untuk menyelamatkan keadaan namun
gagal. Kayak mereka terbalik. Hafiz sempat naik semula ke kayak. Maya yang masih berada dalam air cuba meminta
bantuan.
“Maya, capai tangan saya.” Hafiz mula memberikan bantuan. Maya yang masih lagi tercungap-cungap cuba
mencari tangan Hafiz. Apabila berjaya,
Maya dengan sekuat hati memegang tangan Hafiz.
Hafiz berusaha menarik Maya naik ke kayak tetapi semua itu sia-sia
belaka. Keadaan fizikal Maya membuatkan
Hafiz memerah tenaga dengan sepenuhnya.
“Kau ni berat sangatlah Maya. Cuba
naikkan salah satu kaki awak. Senang
saya nak naikkan awak.” Maya berusaha menaikkan kaki kanan. Akhirnya dengan usaha Hafiz, Maya dapat
diselamatkan.
“Awak tak ada apa-apa Maya?” Maya menggeleng. Suaranya ibarat tersangkut di kerongkong.
Pada saat itu, pandangan mata mereka bertentang. Maya berpaling. Tidak sanggup dia menatap wajah Hafiz ketika
itu. Maya dan Hafiz akhirnya sampai ke garisan penamat dengan tempat yang
terakhir. Itu pun gara-gara kayak mereka
terbalik.
“Kau macam mana Maya?” Tanya Sofiah
seraya Maya sampai di pantai.
“Aku okey. Aku tak ada apa-apa.”
“Aku risau betul tengok kau jatuh
tadi. Nasib baik ada Encik Hafiz. Kalau tidak, tak tahulah aku nak cakap. Maya… Maya… hey, kenapa ni?” Sofiah tersentak apabila melihat butir-butir
jernih mula menghiasi pipi halus milik Maya.
Sofiah terkedu sebetar.
“Encik Hafiz!” Entah kenapa nama itu yang dilaung oleh
Sofiah. Hafiz yang baru saja
mengeringkan rambut berlari ke arah Sofiah.
“Kenapa?” Pertanyaan Hafiz disambut
oleh dengan wajah cemas Sofiah. Hafiz
memandang ke arah Maya.
“Maya, kenapa ni? Cuba cakap dengan saya.” Hafiz mula memujuk. Maya masih lagi senyap.
“Sofiah, ambilkan saya air.” Sofiah berlari meninggalkan Maya bersama-sama
dengan Hafiz. Hafiz merenung ke arah
Maya. Jelas kelihatan raut wajahnya yang
masih lagi dalam ketakutan.
“Maya masih takut lagi ke?” Maya menggangguk. Hafiz menyeka air mata Maya yang masih lagi
mengalir.
“Sudahlah tu. Bukankah saya sudah selamatkan awak? Maya jangan menangis lagi. Kalau awak tak
berhenti menangis apa pula kata orang nanti.
Seorang majikan membuli pekerjanya.”
Hafiz tidak berputus asa untuk memujuk.
Seketika itu Maya mula mempamerkan satu senyuman. Dia lega dengan pujukan Hariz itu. Sofiah kemudiannya sampai dengan membawa mineral
water yang di ambilnya dari peti simpanan air.
“Sofiah, bawa Maya naik ke
bilik. Dia sebenarnya masih lagi takut
tentang tadi.” Maya dan Sofiah mula beredar meninggalkan Hafiz keseorangan.
No comments:
Post a Comment