Novel : Diari Pelajar - BAB 1

Teratak pena | 10:42 PM |
                Maktab Adabi Muar, kalau nak yang komesial lagi orang panggil Maktab Adabi Maharani.  Walau nama yang berbeza tetapi penghuninya tetap orang yang sama.  Terutama lagi dengan kelas 6 Atas 2 pada tahun 1997.  Tidak kira di mana, walau pun sesiapa pun semuanya akan tersimpan seribu kenangan.  Manis, pahit, yang suam-suam kuku, kelat semuanya kalau boleh di gaul hingga sebati mesti rasanya tak boleh nak digambarkan. 
                Kami semua di sini.  Di dalam kelas yang tidak pernah digambarkan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.  Semuanya di dalam bilik yang sama.  Kurus, atau yang comel serta yang sedang-sedang sahaja semua menjadi rencana untuk kita bersatu.  Setiap yang hidup pasti akan ada kelemahan dan kelebihannya.  Yang cantik atau sipi-sipi cantik semua tak ambil pusing.  Tidak kira putih ke sawo matang ke hitam manis ke apa yang penting kita orang semua gembira bersama.
                Kelas kami bukanlah yang high class.  Tak ada aircond atau dinding batu yang gah.  Tapi kami okey sahaja.  Cikgu?  Memang yang terbaik. Tabik tinggi kami dengan mereka yang tak kenal jemu nak mendidik kami.  Kalau tiada mereka siapalah kami di dunia ini.  Sudah tentu kami tidak kenal dengan perkataan ‘kejayaan’.Kami semua  sayang dengan mereka.  Dengan mereka kami mengenal dunia.  Mereka juga telah mengajar kami akan tentang persahabatan. 
                Kisah kami penuh rencah dan rempah.  Bak kata orang nak buat nasi beriani bermacam bahan yang perlu kita campak untuk jadikan ianya sedap sehingga menjilat jari.  Kalau tak banyak rempah rasanya menjadi hambar dan tawar.  Bersama-sama di dalam kelas ini menganyam kenangan yang tidak pernah dilupakan.  Nak kenal dengan warga 6 Atas 2?  Jom kita jengah siapa yang duduk di dalam kelas yang penuh dengan nostalgia.
ZIZIE -  Merupakan ketua kelas 6 Atas 2.   Dia ni Mat Romeo sekolah dan juga semesta alam. Kenalah dengan dia yang tinggi dan putih. Awek kat sekolah memang tak boleh nak kira dengan jari.   Jari kaki?  Belum tentu boleh dikira juga.  Kalau yang pergi berjumpa dengan awek mesti dia main baling kertas tengok giliran siapa yang dia nak ajak keluar.  Walau bagaimana pun dia ni seorang yang bertanggung jawab.  Hobi dia di dalam kelas asyik dengan lukisan kartunnya.   Angan-angan dia  kalau boleh nak jadi kartunis yang berjaya.  Tak dapat jadi kartunis dapat buka publishing sendiri pun dah okey juga. 
NASIR- Merupakan seorang yang kelakar dan suka mengusik rakan-rakan di dalam kelas.  Kalau dia berjumpa dengan si Yati mahu bergegar satu sekolah.  Gaduh je kerjanya.  Perangai macam anjing dengan kucing.  Tak boleh nak bertemu roma.  Dia ni suka mengambil keputusan sendiri.  Di dalam kelas perangai gila-gila kian menjadi kalau dia si Senin.  Bagai nak roboh sekolah kalau kena dengan lawak antarabangsa mereka tu.  Hobi dia suka membaca majalah Gila-Gila sebab saja je nak dapatkan info lawak.  Suka menyanyi dan kumpulan rock yang paling dia minati adalah kumpulan XPDC. 
SENIN – Merupakan badut kelas 6 Atas 2.  Kepalanya gila-gila macam Nasir juga.  Kadang-kala boleh jadi pening dibuatnya.  Suka sangat buat lawak  geletek di dalam kelas sampai cikgu pun ada masa tak boleh nak buat serang balas. Dia ni anak jati Melaka.  Dulu masa lepas SPM dia pernah jadi konduktor bas awam.  Sebab itulah dia suka bawa duit syiling kat sekolah.  Suka sangat bayar mee goreng kantin dengan duit syilingnya.  Menggaru kepala kakak kantin tu nak mengira duit syiling sebab sampai pagi esok belum tentu nak habis kira.
NAZLI – Merupakan ustaz kelas 6 Atas 2.  Nazli ni dalam kelas memang seorang yang pendiam.  Tetapi kalau dah sampai angau dia , boleh jadi mamat Trasher.  Seorang yang kacak dan sentiasa tersenyum.  Sebab itulah ramai sangat yang nak isi boring jadi adik angkat.  Tapi dia ni buat tak tahu je.  Bila dia kena marah muka merah menyala macam naga.  Memang tak boleh nak sorok muka tu kalau dia kena marah.  Suka sangat layan dengan subjek syariah sebab cita-cita dia nak jadi tok kadi katanya.  Bab yang paling diminati adalah bab munakahat atau orang dulu-dulu kata bab nikah kahwin.
 SUHAIMI – Dia ni merupakan seorang pelajar lelaki yang paling pendiam.  Nak kata Nazli pendiam, dia ni sepuluh kali pendiam.  Sepuluh patah orang bertanya, belum tentu dia jawab dengan sepatah kata.  Geleng, angguk, angkat bahu itu saja yang dia tahu.  Entah-entah ada banyak emas yang masih belum diteroka dalam anak tekaknya.  Sebab itu susah betul nak berborak dengan dia.  Suka memandang sekeliling kelas entah apa yang dia cari.  Cari awek ke cari idea pun tak tahu.  Dia ni minat dengan Aisyah, tapi takut nak meluahkan isi hatinya. 
SHIMAH – Merupakan anak jati Melaka.  Sekampung dengan Senin, tetapi di Maktab Adabi inilah mereka baru tahu yang mereka ni sekampung.  Seorang yang cukup berminat dengan dunia sastera.  Pantang ada pertandingan sajak atau pantun, mesti dia akan sertainya.  Dia juga merupakan setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.  Seorang yang suka membantu rakan-rakannya dan juga pendengar yang setia.  Dia ni cepat merajuk dan cepat sejuk. 
EMMA – Emma merupakan sahabat baik kepada Shimah.  Setiap hari mereka pasti menaiki bas yang sama.  Sampaikan pakcik driver bas tunggu kalau mereka lambat keluar rumah.  Dia ni tak banyak cakap.  Sungguh pun begitu kalau dia ketawa dialah yang paling kuat sekali.  Suka tersenyum dan seorang yang happy go lucky.  Tetapi dia menyimpan seribu rahsia yang cuma Shimah sahaja yang tahu.
AINA – Erm….Dia ni adalah anak jati Muar.  Bahasa jawa memang sudah sebati dengan darah dagingnya.  Sebab itulah kalau ada Bahasa Jawa dalam peperiksaan STPM dialah orang pertama yang akan ambil subjek tu.  Dia tahu dia boleh score dalam subjek itu.  Di dalam kelas suka sangat membaca buku (kira dia ni ulat bukulah juga.)  kalau sudah membaca, langsung tak ingat dunia.  Minat layan subjek ekonomi sebab pernah memasang angan-angan menjadi business lady.
ANI – Dia ni murah dengan senyuman dan suka ketawa. Wajahnnya ala-ala Shahrifah Aini gitu.  Bermata galak dan suka dengan make up.  Dalam kelas suka sangat bercerita tentang artis kegemarannya.  Dia ni sahabat baik kepada Aina dan dia juga sering memasang impian untuk melobi pasaran BSKL dengan perniagaannya sendiri.
NURI – Merupakan seorang yang suka berceloteh.  Kalau dah buka mulut tu memang susah nak control mulut dia tu.  Berkaca mata dan duduk dihadapan sekali bersama-sama dengan Suhaili.  Dia ni kalau beborak macam dunia ini ana yang punya.
MONA – Merupakan pelajar yang paling comel dan rendang je orangnya.  Dia dengan Yan memang seangkatan.  Kalau beri kuali dengan senduk memang dia suka sebab dia ni suka memasak.  Masak lemak cili api memang masakan kegemarannya.  Lagi pedas lagi sedap katanya.  Dia ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam.  Tetapi kalau datang angin dia boleh runtuh dengar suara dia.
SUHAILI – Seorang yang berkaca mata dan kurus je orangnya.  Dia ni merupakan penolong kelas 6 Atas 2. Selalu sahaja mengambil berat tentang anak-anak buahnya serta tegas dengan tugasannya.  Berjiran dengan Nuri dan selalu sahaja bergosip berdua.  Apa yang mereka gossipkan pun tak tahulah. 
YATI – Dia ni awek bertudung labuh.  Punyai tahi lalat di bibir dan merupakan musuh ketat kepada Nasir.  Walau bagaimanapun dia ni suka sangat dengan muzik alternative.  Muzik keras dan bingit.  Mulutnya di dalam kelas boleh tahan bisingnya.  Kalau berdebat memang sesuai dengan Nuri sebab kedua-duanya suara macam petir.  Sakit telinga kalau duduk sebelah dia.
AISYAH- Seorang pelajar perempuan yang paling pendiam di dalam kelas.  Suka sangat nak memendam perasaan.  Semenjak masuk ke tingkatan 6 Atas dia banyak menyendiri dan menyimpan rahsia tersendiri ekoran dari masalah keluarga yang dihadapinya. 
NIZA – Dia ni merupakan sepupu kepada Aisyah.  Seorang yang berbadan besar dan yang paling bergaya di dalam kelas.  Seorang yang suka mengambil berat akan kawan-kawan terutamanya sekali sepupunya, Aisyah.  Pantang dengar loceng rehat dan dialah orang pertama yang akan beratur ke kantin. 
JUN -  Merupakan pelajar perempuan yang paling tinggi di dalam kelas 6 Atas 2.  Dia ni suka dengan aktiviti lasak dan suka dengan jungle tracking. Yang seronoknya dia ni lasak walau pun seroang yang lemah lembut.
WATI – Punyai mata yang cantik dan berkulit hitam manis.  Sentiasa tersenyum dan suka dengan menjadi pemerhati.  Kalau dia menjeling, mahu cair dibuatnya. 
MASLINA – Merupakan seorang yang aggresiff dan minat dengan dunia permotoran.  Selalu memasang angan untuk membeli motor besar terutama sekali yang berjenama Kawasaki.  Kalau bertemu dengan Nasir satu kerja pun tak jalan.  Dok berborak saja mereka berdua.  Dah duduk berjiran.  Mestilah tanya khabar.  Betul tak?
YAN – Merupakan pelajar yang paling kecil dan paling genit sekali.  Dia  ni suka merayap masa cikgu tak ada  dalam kelas.  Tempat persinggahan yang selalu dikunjungnya adalah kelas sebelah sebab senang berborak dengan housematenya.

ASIAH – Merupakan bendahari kelas 6 Atas 2. Walau pun dia seorang yang pendiam dan lemah lembut  tetapi kalau minta hutang sampai lubang cacing dicarinya.  Suka dengan subjek ekonomi sebab itulah dia menjadi bendahari kelas. Dia ni menjadi secret admire kepada Aidil budak kelas sebelah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2020 NJIAKREATIF. All rights reserved. | Sign in|Top of page