Tatacara Swa Terbit E-book Dan Permohonan EISBN

Teratak pena | 7:37 PM | 4 Comments so far

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Lama sungguh saya tidak coretkan sesuatu di dalam teratak ini. Maafkan saya. Maklumlah, BZ memanjang. Sampaikan blog bersawang pun tak sempat nak sapu. 

Baiklah, bertemu kita pada kali ini saya nak ceritakan tentang pengalaman saya swa terbit e-book buat pertama kali. Bukan di bawah mana-mana penerbit, tetapi atas usaha saya sendiri (self Published). Sebenarnya saya pun tidak menyangka boleh menghasilkan e-book ini secara sedirian.

Bermula daripada merangka, menulis dan mengedit memerlukan semangat dan disiplin yang tinggi. Ditambah lagi dengan kemajuan gajet yang membolehkan kita menulis di mana sahaja. Seperti entry saya sebelum ini, saya banyak menulis menggunakan gajet iaitu whatsapp. Boleh refer entry saya yang sebelum ini.

Boleh dikatakan 100% saya menaip menggunakan whatsapp. Al-hamdulillah... Setelah siap menulis di whatsapp, saya transfer ke laptop dan seterusnya proses mengedit. Setelah siap mengedit, berfikir pula untuk membuat cover buku.

Untuk cover buka, saya lebih selesa menggunkan Picsart. Ini kerana sesuai untuk saya yang masih amatur ni. Ada dua tajuk yang berjaya saya siapkan dan mahu diterbitkan sebagai e-book.


Yang ini adalah e-zine. Bermakna ianya tidak setebal novel dan tidak senipis cerpen. Anggaran tidak lebih dari 100 muka surat A4. Inilah dia cover hasil saya menggunakan PicsArt. 


Yang ini lebih kepada Novel kerana ianya lebih 250 muka surat. Cerita ini saya hasilkan memang lain dari yang lain. Pernah dengar hantu bercinta? Ha... Inilah dia buah tangan saya

Bila dah edit dan memilih cover, masa untuk saya wartakan karya saya. Saya memohon e-isbn. Bukan sekali dua saya mengisi borang tersebut. Rasanya banyak kali sampaikan mungkin staff di PNM bosan dengan saya...hehehe...

Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu semasa kita nak mohon e-isbn terutama sekali orang baru seperti saya. Antaranya:

1. Perlu mengisi borang PNM.PK.PBN(0).02(B1) - Yang ini perlu di isi sekali sahaja. Sebab yang ini nak dapatkan ID ISBN kita. Jadi, lepas ni boleh guna ID ISBN kalau ada nak terbitkan karya sendiri.

2. Isi borang PNM.PK.PBN(0).02(B2)-yang ini perlu diisi setiap kali kita nak dapatkan ISBN untuk karya kita. Okey, apa penting perlu diisi di dalam ini adalah: 

a. Kolum Judul buku pastikan tulis : TAJUK CERITA/NAMA PENULIS/JUMLAH MUKAS SURAT KARYA KITA
b. Tarikh terbit
c. Kalau E-book pastikan tulis URL untuk kita buat jualan. Untuk PNM mereka terima e-book jika ada URL shoppe atau pun e-sentral 

3. Salinan kad pengenalan 

4. Cetakan skrin kulit muka surat 

5. Cetakan skrin muka surat judul

6. Cetakan skrin muka surat hak cipta

7. Cetakan skrin muka surat isi kandungan (jika ada)

8. Cetakan skrin prakata atau pendahuluan atau  sinopsis

Jadi, bila dah lengkap semua borang dan dokumen, bolehlah scan dan email kepada : isbn@pnm.gov.my

kebiasaannya permohonan akan ambil masa 3-7 hari waktu bekerja. Tapi masa hari tu mungkin rezeki saya dan setelah beberapa kali kena revert, permohonan saya diluluskan tidak sampai 3 hari. Atau mungkin sebab saya tebitkan e-book dan borang saya lengkap sepenuhnya.

Apabila pernohonan diluluskan, maka pihak PNM akan menghantar kita satu email yang mengandungi surat dan eisbn untuk e-book kita. 

Setelah mendapat surat, kita dikehendaki memberi copy ebook kepada pihak Perpustakaan Negara untuk simpanan. Yang ini ada dua cara. 
1. Burn ebook ke CD
2. 2 salinan di dalam pen drive

Jangan lupa hantar ke Perpustakaan Negara. 

Semoga dengan perkongsian ini akan memberi makna dan semangat untuk kita pertahankan karya kita dan keyakinan kita untuk swa terbit

ada dua orang guru saya yang banyak membantu dalam swa terbit ebook saya ini. 

1. Cikgu Khairy Tajudin- Mengajar saya tentang penulisan terutama Anekdot dan juga cara untuk swa terbit. 

2. Habibah - yang banyak mengajar tentang cara-cara membuat ebook. 

Mungkin kalian boleh belajar dengan mereka. Sebab saya pun masih lagi merangkak dalam swa terbit ini. 

Akhir kata, selamat maju jaya buat kalian dan semoga berjaya dengan apa yang anda lakukan. 

Chaiyok!


Anekdot: Kisah Uncle

Teratak pena | 10:44 PM | Be the first to comment!


MESEJ
Uncle masuk ke dalam premis sambil menangis teresak-esak. Habis satu tuala basah dengan air matanya.
"Selamat pagi, uncle."
"Selamat pagi," Sahut uncle dengan teresak-esak.
"Ya, uncle. Ada apa yang boleh saya bantu."
"Akaun uncle sudah kena potong. Wa..."
"Uncle bagi akaun nombor, saya semak."
Staf kaunter menyemak akaun uncle sebaik sahaja uncle memberikannya akaun nombor.
"Saya tengok okey saja uncle."
"Mana ada okey. Mesej orang lain, semua uncle dapat. Uncle hantar mesej sama aunty, tak ada balas langsung."
Staf kaunter melirik kepada telefon bimbit uncle. Semua mesej yang dihantar telah ditandakan dengan blue tick.
"Kalau tengok, aunty sudah baca semua mesej uncle ni. Uncle sudah cari aunty ke?"
"Buat apa mahu cari? Aunty tak ada hilanglah amoi. Masa uncle mesej dia ada sebelah uncle."
"Habis apa masalahnya uncle. Kan boleh borak duduk sebelah-sebelah."
"Tak ada apa... Saja mahu tunjuk itu mesej. Amoi boleh baca tak itu mesej?"
"I Love You."
Melompat bintang uncle sambil tepuk tangan. Tanpa kata, uncle keluar dari premis dengan ketawa lagak seperti orang kaya.

Anekdot Uncle :Kisah 3

Teratak pena | 10:35 PM | Be the first to comment!


"Good morning, amoi."

Staf kaunter yang sedang menyusun borang terkejut dengan suara uncle yang tiba-tiba menegur.

Staf kaunter tersenyum. "Good morning, uncle. Bila masa uncle masuk? Tak nampak pun."

"Uncla masuk pintu sana. Mahu bayar wang."

"Sudah bayar bil, uncle?" staf kaunter masih lagi senyum.

"Itulah masalah. Kalau uncle sudah bayar uncle tak ada datang sini. Itu mesin tak mahu uncle punya duit. Uncle tolak, mesin keluar. Uncle tolak mesin keluar. Dua jam o... Banyak penat."

"Mahu saya tolong ke uncle?"

"Wah! Amoi. You punya hati banyak suci bersih. Terima kasih amoi."

Maka uncle pun menyerahkan wang kepada staf kaunter. Tidak lama kemudian, terdengar suara staf kaunter menangis lagu.

"Uncle! Ini duit rupiah punya. Sampai mesin hancur pun tak terima. Waaaa.... "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2020 NJIAKREATIF. All rights reserved. | Sign in|Top of page