Assalamualaikum....
Bersiaran kembali...
Al-hamdulillah... novel kedua untuk tahun ni dari saya telah pun diterbitkan. Kali ini di bawah penerbit Cute Publication. Pada mulanya, tajuk TIGA JODOH adalah Jodoh Tiga Dara. Oleh sebab-sebab tertentu tajuknya telah pun diubah sikit. Tapi, jalan cerita dan watak tetap sama.
Okey, pertama sekali saya kongsikan sinopsis dari cerita ini.
Jodoh itu penuh misteri dan tanda tanya. Kadangkala tak
terfikir bahawa jodoh itu cuma di depan mata. Yang lebih pelik apabila jodoh
itu bertaut erat dengan insan yang paling kita benci. Pelik bukan? Tapi itulah namanya jodoh!
“Ya! Memang aku
gila! Aku gila nak kahwin dengan
kau!”-Borhan
“Saya sayangkan Kasih.”- Anas Rizal.
~Menyedari siapa dirinya, sukar untuk Kasih menerima cinta
itu dengan mudah.~
“Bukanlah, tapi ramai yang abang jumpa tak nak kawan abang
yang kerja driver ni. Katanya tak jamin
masa depan.” – Daniel
“Semua itu bukannya mengukur kebahagiaan kita.” - Hani
~Tanpa sedar, Hani
teruji dengan perasaannya sendiri. ~
“Bila awak nak kahwin.
Tak sabar rasanya nak tahu.”
-Farhan
“Tanya pihak lelakilah bos.
Bos ni dah kenapa nak peningkan jodoh saya pula.”-Eisya
~Adakah perasaan benci mampu bertukar cinta tatkala Eisya
menyedari siapa bakal raja di hatinya? ~
Tiga dara
Tiga teruna
Tiga kisah
Tentang apa? Pastinya jodoh! Jodoh tiga dara.
Kepada yang sudah pun pernah baca teaser di FB saya, kalau nak order sekarang ni sedang pre order. Boleh terus ke CUTE PULICATION. Nak kombo dengan Anologi Cerpen yang bertajuk CINTA EKSPRESS pun boleh juga.
No comments:
Post a Comment