BAB 14
Maya merehatkan diri sambil membaca novel yang baru dibelinya
semalam. Hari sabtu begini membuatkan
dia menghabiskan masa dengan membaca.
Tiba-tiba Maya dikejutkan dengan
bunyi loceng pintu yang bertalu-talu.
“Hish! Siapa pulak yang ganggu aku
ni? Tak senang betul aku nak
membaca. Cubalah bawa berehat hujung
minggu ni.” Maya bangkit. Dia kemudiannya mencapai kunci rumah yang
berada di atas meja. Sebelum membuka
pintu sempat juga Maya mengintai dari jendela.
Maya terkejut apabila melihat Bakhtiar sedang tercegat di hadapan
pintu. Maya mengerutkan dahinya. Apa pula dia buat di sini? Pelik.
Tak pernah datang, hari ini tiba-tiba muncul depan pintu rumah. Apa agaknya dia mimpi malam tadi?
“Hah, abang. Buat apa kat sini?” Itulah pertanyaan yang
pertama yang ditanya oleh Maya apabila melihat wajah tunangnya.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Suara Bakhtiar seakan
keras.
“Bukanlah tak boleh. Tapi selalunya kalau abang nak datang, abang
telefon Maya dulu. Ini tidak, tiba-tiba
datang. Mana Maya tak terkejut.
Kenapa? Abang nak bawa keluar ke? Kalau nak bawa keluar abang kena tunggu
sekejap. Maya pun belum mandi lagi.”
“Bukan, sebenarnya abang datang ni
ada hal sikit. Abang nak jemput Maya dan kawan-kawan Maya ke rumah abang malam
ni. Ada jamuan sikit. Kalau boleh Maya bawalah semua sekali housemate
Maya.”
“Malam ni? Pukul berapa bang?”
“Pukul 9.00 malam. Jangan lupa.
Mak dan ayah abang akan tunggu Maya.
Eh, abang sebenarnya nak cepat. Ada hal lagi. Abang kena pergi dulu. Okeylah, kita jumpa malam nanti.” Bakhtiar segera berlalu tanpa memberi ruang
untuk Maya berbicara lanjut. Maya menutup pintu dengan perlahan sambil
fikirannya jauh melayang. Jamuan? Hish! Apa yang aku nak pakai malam
nanti? Maya tidak tunggu lama. Dia
segera ke bilik untuk melihat segala pakaian yang ada di dalam alamari. Sambil itu dia cuba mengacukan pakaian di
tubuhnya. Dia mahu memberikan penampilan
yang terbaik buat Bakhtiar. Dia tidak
mahu Bakhiar memandang rendah kepadanya.
Biarkan Bakhtiar sedar akan kehadirannya nanti.
Malam itu, seperti yang dijanjikan
Maya, Maria, Shikin dan Rozita bersama-sama akan menghadiri majlis jamuan makan
malam di rumah Bakhtiar.
“Wah, kau Maya. Bukan main cantik lagi.”
“Yelah, nak pergi rumah bakal mak
mertua. Mesti kena pakai yang cantik.” Usik Shikin. Maya tersenyum. Baju kurung sutera Thai berwarna biru laut
yang dikenakan dengan kerongsang nyonya menyerlahkan kecantikan Maya walau pun
tubuhnya sedikit gempal.
“Dah, kau jangan nak sakat aku. Jom kita pergi sekarang. Nanti lambat pula kita sampai di sana.” Ujar Maya yang ingin menutup topik sahabatnya
itu. Dia tahu, selagi dia tidak berganjak sahabatnya itu pasti akan terus
mengusik.
Sampai saja di rumah Bakhtiar, Maya
mula mencari kelibat tunangnya. Rozita
yang datang bersama-sama dengan mereka hilang entah ke mana. Maya tersenyum apabila Bakhtiar mula
menghampirinya. Tapi… dia seakan-akan
kenal dengan dua insan di sisi Bakhtiar.
Encik Hafiz dan Encik Daniel? Apa
dia mereka buat di sini?
“Abang,” Tegur Maya.
Bakhtiar melemparkan satu senyuman kepada Maya. Mata Maya tidak terlepas kepada pandangan
Hafiz dan Daniel.
“Ini abang kenalkan kawan
abang. Ini Hafiz dan ini adiknya
Daniel. Hafiz, Daniel ini aku kenalkan
tunang aku Maya.” Hafiz yang masih dalam
keadaan terkejut sempat juga menghulurkan tangan. Maya menyambutnya walau pun hatinya dilanda
gelisah.
“O….. ini tunang kau rupanya. Pandai kau simpan dia. Bila kau nak makan nasi minyak?” Usik
Hafiz. Sambil itu dia sempat menjeling
tajam ke arah Maya. Maya yang tidak tahu
untuk berkata apa, cuma menjadi peneman kepada tunangnya itu.
“Tak tentu lagi. Eh, jom kita ke
sana. Mak dan ayah nak jumpa Maya. Mereka ada di sana. Marilah.”
Maya akur. Hatinya kini tidak
tenteram. Ah, apakah yang dilakukan oleh Bakhtiar? Mengapakah jawapan itu bukan
apa yang diharapkan?
Maya bersalaman dengan Salina dan
Taufik dengan penuh sopan.
“Datang juga Maya rumah Mak
Alang. Ingatkan tak sudi.”
“Tak adalah Mak Alang. Maafkan Maya.
Maya sibuk sikit. Mak Alang dengan Pak Alang apa khabar? Sihat?”
“Terima kasih, Maya. Kami sihat.
Oh ya, nanti sekejap. Pak Alang nak buat satu pengumuman sekejap.”
Taufik melangkah beberapa tapak.
“Para hadirin-hadirat yang dihormati
sekalian. Dengar sini semua,” Lantang suara Taufik membuatkan orang ramai
di situ memerhatikan ke arah Taufik.
“Kemari, Bakhtiar.” Bakhtiar akur. Dia berdiri di sisi ayahnya sambil
melemparkan senyuman kepada para hadirin.
“Suka saya menyatakan bahawa anak
saya, Andy Bakhtiar akan mengambil alih perniagaan saya berkuat-kuasa pada
bulan hadapan. Begitu juga dengan tarikh
pernikahan akan saya akan saya jalan pada bulan Mei nanti. Dengan ini saya…”
“Saya bantah perkahwinan ini.” Suasana senyap. Kesemua tetamu memandang ke arah
Bakhtiar. Maya mendengarnya
tersentak. Dia segera berpaling ke arah
Bakhtiar seolah-olah mencari jawapan yang sebenar. Apakah yang didengarnya sekarang ini adalah
benar atau pun sekadar mimpi?
“Saya tidak mahu berkahwin dengan
pilihan keluarga saya. Terus-terang saya
katakan saya tidak menyintai dia. Dia
tidak layak untuk saya. Saya lebih
menyintai Rozita. Dialah yang layak untuk saya dan dia juga bakal saya
peristerikan.” Maya terkejut. Begitu
juga dengan Hafiz.
Bagaikan sembilu menikam jiwa di rasakan oleh dua insane yang tidak
bersalah itu. Hafiz berpaling kea rah
Maya yang masih lagi dalam terkejut.
Hafiz merasakan tiada gunanya untuk dia berada lebih lama di situ. Cinta yang dianyam selama ini rupanya adalah
cinta palsu milik Rozita yang hidup penuh kepura-puraan. Hafiz merenung ke arah Rozita yang tersenyum
bangga. Seolah-olah tidak merasa berdosa
dengan apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.
Mata Maya mula berkaca. Dia mencari
kelibat Rozita. Ah! Dia begitu gembira
dengan perpisahan ini. Dada Maya
sebak. Tanpa menghiraukan orang lain
Maya berlari meninggalkan majlis itu.
Hatinya kini pilu. Bagaikan
dihiris sembilu. Dia tidak menyangka dia akan diperlakukan sedemikian. Dia malu
apalagi pertuangannya diputus dengan saksi orang ramai. Dirasakan dirinya kerdil dikalangan tetamu
yang datang malam itu. Air mata mula
mengalir menghiasi wajahnya. Dia tidak
sanggup berada lebih lama lagi. Dia mahu
meninggalkan majlis itu dengan secepat mungkin.
Oh, mengapakah ini harus
terjadi? Apakah salahku? Mengapakah dihukum sebegini? Salahkah aku menyintai dia? Salahkah aku meminta seulas kasih sayang
seorang kekasih?
“Maya,” Maya berpaling. Wajah Shikin dan Maria ditatap. Maya kemudiannya memeluk erat dua sahabatnya
itu. Tidak terbendung rasa
sedihnya. Shikin dan Maria yang tahu
kesedihan Maya turut mengalirkan air mata. Dia tidak sangka, rakan yang selama
ini dianggap seperti keluarga sanggup menikam sahabat dari belakang.
“Sabarlah Maya. Mungkin tiada jodoh kau dengan dia. Mungkin ada rahmatnya kau berpisah dengan
dia. Atau mungkin kau akan bertemu
dengan insan yang lebih baik dari dia.
Aku tahu, kau amat terluka sekarang.
Sudahlah. Jangan diingat
lagi. Mari, kita balik.” Ajak Shikin.
Tanpa berpaling lagi, Maya meninggalkan majlis itu tanpa sebarang
keizinan dari kedua-dua bakal mertuanya.
Biarkan. Biarkan mereka tahu betapa
terluka hatinya sekarang ini.
Maya memerhatikan hujan yang turun
melalui jendela biliknya. Hujan yang turun
memberikan ibarat hatinya yang kini dirundung kedukaan. Hati yang menangis kini kian merintih
sebak. Maya memerhatikan gambar Bakhtiar
yang berada di atas meja solek. Ah,
mengapa kau sanggup buat begini padaku Bakhtiar? Apa salah aku? Adakah aku melukan hatimu sehinggakan kau
menghukumkan aku begini? Tiadakah ruang
untukku di hatimu? Fikiran Maya kini
berputar resah mengigatkan wajah Rozita yang pasti kini sedang ketawa melihat
dirinya. Kenapa Rozita? Kenapa kau
sanggup membelakangi sahabatmu sendiri?
Kenapa Bakhtiar juga yang kau pilih?
Kenapa tidak Hafiz? Kenapa
Bakhtiar juga yang kau inginkan? Kenapa
tidak Hafiz untuk bakal suamimu?
Bukankah kau tahu Bakhtiar adalah milikku? Maya berlari menyembamkan mukanya di bantal.
Wajah Rozita kini membuatkan dia merasa benci yang selama dianggap kawan. Aku tidak akan maafkanmu, Rozita. Pasti satu hari kau akan pasti menerima nasib
yang sama seperti diriku. Maya tidak
mahu mengenangkannya lagi. Dia mahu
segala kenangan diantara dirinya dengan Bakhtiar hilang dibawa hujan
malam. Biarkan ia meresap ke dalam bumi
dan tidak akan kelihatan lagi.
No comments:
Post a Comment