BAB 5
Maya
memerhatikan anak ayam yang berkeliaran di halaman dengan penuh khusyuk. Buah jambu air yang berada di dalam baldi
dicapai. Ruang hatinya kini disapa
kerinduan yang amat sangat. Rindu buat
yang tersayang kini kian menebal.
Sungguh pun jodoh yang ditentukan oleh keluarga adalah luar dari
dugaannya namun rentetan perjalanan masa memberikan ruang untuk dirinya menanamkan
rasa kasih dan sayang kepada insan yang bernama Bakhtiar yang juga kini menjadi
tunangannya. Namun begitu, sejak
akhir-akhir ini perilaku Bakhtiar yang banyak berubah memberikan teka-teki
kepada Maya.
Hatinya sering kali bertanya, adakah
Bakhtiar mempunyai perasaan sepertinya.
Punya kasih dan sayang…. Bersulamkan cinta yang kian berputik. Atau pun masih belum bercambah tunas-tunas
supaya memaksa dirinya menanti. Tetapi
sampai bila? Mungkinkah dia malu untuk
menyatakan isi hatinya? Mestikah aku
yang memulakan dahulu? Ah, tak manis kalau perempuan yang mulakan dulu. Nanti apa pula kata orang.
“Maya,” Maya tersentak. Dia berpaling. Wajah ibunya kini jelas berada di depan
mata. Mariam melabuhkan punggung di sisi
Maya. Wajah anak kesayangannya itu
ditatap.
“La… kenapa dengan mak ni? Tenung
orang macam nak makan je.” Mariam mengeluh.
Seperti ada sesuatu yang hendak dinyatakan.
“Kenapa mak? Ada
yang tak kena ke?”
“Emak ni risau tengok kau. Bila lagi kau nak kahwin. Mak bukan apa, kalau bertunang lama-lama ni
bukannya elok. Kalau cepat lagi
bagus. Mak dah berbincang dengan Mak
Alang kamu. Dia pun tanya perkara yang
sama. Dia cuma menanti keputusan
kamu. Dia bercadang nak buat majlis
bulan 5 nanti. Tapi mak minta tangguh
dulu. Mak nak berbincang dengan
kamu. Mak harap kamu janganlah
berdolak-dalik lagi. Mak risau. Umur kamu pun makin lama makin meningkat.
Sekarang pun dah masuk 26 tahun.
Bukannya 16 tahun. Kalau mak masa
dulu-dulu gerenti orang dah mengatakan kamu tu anak dara tua.”
“Mak, Maya tak kisah bila saja yang
mak nak tetapkan. Maya cuma ikut. Tentang modal, mak janganlah bimbang. Sikit sebanyak saya ada menyimpan. Lagi pun abang Bakhtiar pun ada beri hantaran
separuh. Kita gunakan saja duit tu
dulu.” Maya memberikan cadangan.
“Bukan duit yang mak
bimbangkan. Tapi kamu tu. Dah bersedia ke belum? Kalau boleh mak nak tetapkan hari. Nanti bolehlah mak beritahu dengan Mak Lang
kamu. Mak kalau boleh lagi cepat lagi
bagus. Macam mana dengan cadangan
mak? Kamu setuju tak nak buat majlis
bulan lima ni?”
Maya senyap. Bagaikan berat untuk
bibirnya berbicara. Fikirannya jauh
melayang menimbang segala yang diluahkan oleh ibuya itu. Dia tahu, selama ini dia akur dengan segala
keputusan orang tuanya. Entah kenapa, kali
ini dia tewas bermain dengan hati. Kalau
nak diikutkan hati mahu saja dia menangguh perkahwinan itu. Bukan kerana dia tidak mahu tetapi dia masih
belum bersedia. Tambahan lagi dia masih
baru saja bekerja. Duit masih belum
cukup lagi untuk dia merealisasikan impian orang tuanya itu.
“Macam mana dengan fikiran
kamu? Atau kamu nak minta tangguh lagi?”
Tanya Mariam sekali lagi membuatkan Maya tersentak.
“Entahlah mak.” Mariam mengerut dahi. Seperti ada sesuatu yang disimpan oleh
Maya. Fikir Mariam.
“Kenapa pulak? Kamu jangan kata tak jadi. Mak Alang kamu beria-ia nak mempercepatkan
majlis kamu. Sudah mak katakan wang
bukan alasan. Mak dan ayah kamu bukan ke
ada. Kami masih mampu nak biaya semua
tu. Apa yang perlu sekarang cuma
persetujuan kamu saja.” Sekali lagi Maya
terdiam. Mencari kunci kepada jawapannya
kini. Ah, apakah yang perlu aku lakukan?
Tidak sampai hati untuk melukan hati orang tua.
Patutkah aku menerimanya? Atau
pun bertindak mengikut perasaan?
Maya mengeluh. “Mak macam mana?”
“La…. budak ni dia tanya aku
balik. Mak rasa dah banyak kali mak
beritahu pada Maya. Mak kalau boleh nak
cepat. Dari tadi mak cakap engkau ni
faham ke tidak?” Maya tersenyum dengan
teguran ibunya itu. Dia malu sendiri.
“Kalau mak dah cakap macam tu apa
lagi yang boleh Maya buat? Maya ikut
je.” Jawapan yang meluncur dari bibir
Maya membuatkan Mariam tersenyum puas.
Harapannya untuk menerima menantu kini jelas di ruang matanya.
“Em…. Baru senang hati mak dengarkan
jawapan kamu tu Maya. Bukan apa, Mak
Alang kamu tu nak datang tanya sekali lagi minggu depan. Bila mak dah bercakap dengan kamu senang mak
nak bincang dengan dia. Sekarang ni
bolehlah kita berdikit-dikit untuk majlis kamu tu nanti.”
“Emak ni, macam tak sabar-sabar
pulak. Orang sebelah tak tetapkan hari
lagi, mak dah nak buat itu ini.”
“Kamu mana tahu, tapi mak rasa mak
nak buat cuti sekolah nanti. Lagi pun
abang dan kakak kamu boleh balik awal menolong.”
“Em… suka hati maklah. Maya ikut je.” Maya sudah tidak mahu berbicara lebih
lagi. Dia mematah-matahkan jambu air
tadi dan lantas di masukkan ke dalam mulut.
“Eh, mak nak masuk dulu. Kalau nak naik nanti bawa sekali baldi
tu.” Pesan Mariam sebelum dia
bangkit. Parang yang menjadi temannya dicapai. Dia kemudiannya meninggalkan Maya keseorangan
melayani perasaan.
Maya masih lagi menemani anak ayam
yang dari tadi asyik berkeliaran bersama-sama ibunya. Pada saat ini, segala permulaan perubahan
hidupnya menjadi halaman lamunannya. Dia
tidak menyangka kehadiran Bakhtiar pada satu ketika membawa hajat yang selama
ini tidak pernah terduga olehnya.
Bakhtiar telah meminang dan ingin menjadikannya sebagai suri hidup. Dirasakan dia bermimpi disiang hari. Tidak pernah terduga orang yang selama ini
dianggap sebagai seorang saudara memilih dirinya menjadi suri rumah. Dalam diam, Maya memanjat kesyukuran kepada
yang Esa dengan jodoh yang telah diberikan.
Selama ini dia sering saja berendam air mata. Dia sedar, orang yang berbadan besar kurang
menerima perhatian dari seorang lelaki.
Tetapi, Bakhtiar telah mengubah segalanya. Orang sepertinya boleh bercinta. Kalau nak diikutkan aku ni bukannya gemuk
sangat, tapi cuma berisi. Comel lote
kata orang. Walau bagaimana pun semenjak
di sekolah sehinggalah dia berhenti dan melangkah ke alam pekerjaan dia tidak
pernah bercinta. Kadang kala dia ingin
seperti kawan-kawan yang lain. Seperti
Nani, Nisah atau pun Rina. Mereka lebih
dulu merasai nikmat orang bercinta.
Setiap kali melihat pasangan berjalan berdua-duaan, hatinya
terusik. Bilakah masa aku akan menjadi
seperti mereka?
Bakhtiar adalah segalanya. Dalam diam Maya menyimpan hati kepada
Bakhtiar. Setelah disunting oleh Bakhtiar dia menanamkan rasa cinta dan kasih
kepada tunangannya itu. Rasa cinta itu
kemudiannya disulamkan dengan rasa sayang yang kini kian mekar. Walau pun pada satu ketika dia takut untuk
menyimpan harapan tetapi apabila cincin tersarung di jari manis memberikan
gambaran betapa indahnya ketika diri ini menjadi pilihan hati.
Sungguh pun begitu, Maya sering kali
bermain dengan teka-teki. Ah, adakah dia
juga berperasaan seperti ku? Setiap kali
bertemu, Maya sering kali melihat kejujuran melalui anak mata Bakhtiar. Namun gagal.
Setiap kali ianya bertentang, Bakhtiar akan mengubah paling. Pada ketika
itu, Maya seperti dipermainkan. Namun
kadang-kala hati ini memujuk juga.
Mungkin malu. Biasalah, pilihan
orang tua. Malu itu adalah perkara
biasa. Seperti yang bermain di fikiran,
Maya juga sering terjebak dengan prasangka. Adakah dia dipaksa? Kerana orang tua
dia terpaksa berkorban walau pun tiada rasa kasih sayang dan juga cinta? Maya kadang-kala bengang dengan situasi yang
berlaku kini. Bakhtiar seorang yang
romantik. Lembut tutur kata. Ah, bukan macam Encik Hafiz. Tiba-tiba wajah Hafiz bermain di ruang mata Maya.
Anak majikannya itu tidak seperti tunangnya. Jauh panggang dari api. Kalau berjumpa, ada saja salah orang. Kalau bertentang mata, ada saja yang
digaduhkan. Dia ingat dia saja yang
betul. Maya tersenyum sendirian apabila
terkenangkan wajah Hafiz.
Maya tersentak apabila terdengarkan
azan maghrib berkumandang sayup memecah senja yang kian merangkak. Anak ayam yang menjadi tontonannya tadi kini
sudah tiada. Mungkin sudah kembali ke
reban agaknya. Maya bangkit. Baldi merah dibawanya masuk. Lamunannya kini masih lagi bersisa. Kali ini bukan kerana Bakhtir, tetapi wajah
Hafiz yang paling dibenci menggelikan hatinya.
No comments:
Post a Comment